Friday 26 November 2010

2 Malam | Two Nights

Klik image untuk tumbesaran yang sihat & jadikan poster ini sebagai wallpaper anda

Sinopsis
2 Malam mengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama Amyza (Rosnah Mat Aris) yang mengubah jantinanya menjadi lelaki dan menggunakan nama Emi Searching (Aaaron Kwok) sebagai nama baru. Dalam tempoh dia berjantina-kan lelaki, dia kerap terjebak dengan gejala sosial seperti minum arak, meniduri gadis-gadis sunti dan sebagainya sehinggalah dia berkenalan dengan seorang gadis ayu dan mulus bernama Ain Natasha (Pamela Anderson). Emi sudah bersedia untuk mengoyak-ngoyakkan kesucian mahkota peliharaan Ain dan dia telah membuat satu perangkap dengan mempelawa Ain ke rumah kosong. Malang tidak berbau kerana bukan Ain yang terperangkap dengan jeratnya tetapi dia yang terperangkap di rumah kosong tersebut yang terletak di atas Bukit Beruntung selama 2 malam. Selama dia terperangkap di rumah kosong itu, pelbagai perkara pelik dan menyeramkan berlaku kepada Emi. Bagaimana Emi boleh terperangkap di rumah tersebut? Apa perkara pelik dan seram yang berlaku kepada Emi? Siapakah Ain Natasha? Saksikan di panggung berdekatan anda pada 2013.

Fakta menarik tentang 2 Malam.
Walaupun poster menunjukkan yang filem ini akan ditayangkan pada 2013, tetapi filem ini telah ditayangkan di beberapa buah negeri di Malaysia pada Oktober yang lepas diatas desakan segelintir rakyat Malaysia yang tidak dapat menahan perasaan dan amarah untuk menonton filem ini dipanggung. Tsunami berskala kecil ini juga bakal melanda negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia. Sesiapa yang menonton filem ini pasti akan mengalirkan air mata tanpa sedar, menggigil kesejukan dan mengalami ketakutan tanpa ada hantu di depannya.

2 Malam tiru konsep 2 Alam?

Datuk Dr Mohamad Qayyum atau nama manja beliau Kay menjawab isu berkaitan 2 Malam yang dikatakan meniru konsep 2 Alam. "Perkara ini tidak disengajakan dan tidak berniat untuk menjatuhkan hatta memalukan mana-mana pihak sekali pun. Biasalah bila terlibat dalam bidang perfileman, pasti poster atau jalan cerita akan sedikit sebanyak menyerupai filem yang lain. Itu kita sebut sebagai reference atau rujukan. Poster dan konsep jalan cerita 2 Malam bukanlah isu besar. Apa yang menjadi isu besar sekarang adalah filem ini akan pecah panggung dengan kutipan RM80juta confirm." Itulah apa yang dikatakan oleh Datuk Dr Mohamad Qayyum dengan nada yang sangat bangga dan riak.

Beliau menyambung lagi, "Berkaitan poster 2 Malam yang dikatakan mengambil gambar daripada cerita The Exorcism of Emily Rose pula. Untuk pengetahuan umum, pihak kami telah menghubungi Emily Rose sendiri bagi mendapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar beliau sebagai poster 2 Malam dan beliau dengan berbesar hati mengizinkan pihak kami untuk menggunakan gambarnya. Pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa siasat dan segan silu telah menyebarkan fitnah dengan mengatakan filem ini menggunakan gambar Emily Rose tanpa kebenaran. Watahel?? I hate this people!"

Testimoni
Berikut adalah testimoni mengenai filem ini:

Kaum-kaum ibu

Kaum -kaum nenek

Kaum-kaum Harry Potter

Nota ringkas: Dude, this is just Parody okay. Hate it? Screw you! LOL!

+ Kredit to
Reza Hassan for the Nenek Picture.



12 comments:

Kucing Putih said...

Stail gila babat! Nice!

Blogger Picisan said...

hahaha thanks dude~ XD

Anonymous said...

cool one, bro!

ikhsanroslan said...

bhahaa...
giler kentang doe...
terbaek!
yg xthn, bkit beruntung 2..
mne idea la ko dpt??
tmpat ak bhai...
bhahaha...

Blogger Picisan said...

@Mr/Mrs Anonymous.
Thanks for your comment. :)

@ikhsanroslan
Thanks bro. :D
Hahaha aku letak bukit beruntung sebab aku teringat umah pakcik aku kat sana. Sebab tu aku letak nama bukit beruntung. LOL

ILA HonEyBuNNy said...

he2...suka komen nenek tu....he2

KodetGuide said...

WAH! mcm mana dgn awek lak?

Blogger Picisan said...

@HonEyBuNNy
Hehehe comei an nenek tu komen? hehe XD

@KodetGuide
Aku dah cuba mintak testimoni dari kaum kaum awek. tapi biasa ah awek melayu Malaysia ni pemalu belaka. Bila aku pergi kat diorang jer nak tanya soalan, diorang cabut lari. haish~

Unknown said...

aiseh! mesti komen yg power dri awek2 , contohnya : wah , ini menambahkan semangat saya untuk menimang cahaya mata...haha

Blogger Picisan said...

hahaha! Nanti aku akan cuba dapatkan komen dari diorang. LOL XDD

Sofiayantie said...

hahaha.. cool giler... i like~

Blogger Picisan said...

@Sophia
Hahaha thanks kerana menyukainya. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless