Saturday 6 August 2011

Kispen 2: Anak Kucing

"meow.. meoww.." Hani tersentak dari lamunannya apabila terdengar ngiauan seekor anak kucing.

"Hish! sape yang buang anak kucing kat sini malam-malam buta hujan-hujan ni?" bentak Hani sendirian.

Pada mulanya dia ingin membiarkan sahaja anak kucing tersebut diluar. Tapi atas dasar kasihan dan perikemanusiaan, dia keluar untuk mencari anak kucing yang mengiau kesejukan itu.

Hampir 5 minit mencari, dia akhirnya menjumpai anak kucing tersebut di belakang rumahnya. Bulunya halus dan tidak terurus. Badannya kurus.

Oleh kerana kekurangan cahaya, Hani hanya dapat melihat dalam kesamaran susuk anak kucing tersebut.

Anak kucing tersebut masih mengiau lembut tatkala dia mencangkung dan menghulur tangannya. Sehinggalah satu ketika dia terdengar satu dengusan yang garang dan mengerikan. Dengusan yang mampu membuatkan sesiapa terpaku diam seribu bahasa.

Dalam dia keadaan cemas dan terpinga-pinga, anak kucing tersebut bangun dan menoleh..

Menunjukkan rupanya yang berwajah bayi dan menyeringai menunjukkan barisan giginya yang tajam.

Thursday 4 August 2011

Kispen 1: Terkilan

Arul menyentap kuat selimut yang menyelebungi Kido sambil berkata, "Wei, bangun, boss dah sampai." Tersentak dengan itu, dia mengomel sendirian.

Terkulat kulat Kido cuba bangun dari pembaringannya. Suasana pagi yang sejuk akibat hujan lebat awal pagi tadi membuatkan dirinya terasa malas untuk berganjak.

Kido mencapai telefon bimbit murahnya yang masih dicucuk charger. "54 tweet?" Bisiknya dalam hati. Dia membaca satu persatu tweet tersebut.

Rasa terkilan mula menyelubungi diri apabila dia terbaca tweet yang berbunyi, "..and then keep silent macam saya tunggul batu." Sejurus selepas itu, Kido tunduk dan berkata, "maafkan aku. aku tertidur. aku terlalu letih."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless