Friday 31 December 2010

Pengumuman penting sempena tahun baru!

Kepada follower blog ni, guwa tau lu orang bukan nak sangat baca entry guwa, lu orang follow sebab nak guwa follow lu orang balik. Right? Takpa, guwa ikut jer rentak lu orang. Tapi kali ni silalah baca entri ini. Sempena tahun baru, sesiapa sahaja yang ada tersentap, tersinggung dengan guwa sepanjang tahun 2010, sakit hati, kecik hati, bengang dan sewaktu dengannya, sila calling atau inbox atau tweet atau message guwa. Guwa akan minta maaf dengan lu orang dengan seikhlas hati guwa. Bukan apa, guwa buat lu orang sakit hati tu semua supaya guwa nak lu ingat guwa jer.

#fact Guwa ni tak penting dan itu sahaja cara guwa nak buat lu orang ingat guwa. Gyahahaha!

Kalau takda sape contact, guwa consider guwa tak pernah buat salah dengan semua orang okay? Deal? Guwa sebenarnya malas nak update blog, lagi lagi nak sambut tahun baru ni kan, tapi guwa update jugak semata-mata nak cakap benda ni. Kalau orang lain takdanya nak buat macam ni. Baikkan guwa? Guwa tau guwa memang baik dan itu tak dapat disangkal lagi. LOL

#takpayah nak wish tahun baru sangatlah, hari ini dengan esok tetap sama bagi guwa. Guwa tetap guwa, lu orang tetap lu orang. HAHAHA!

#waitinyourcall.

Thursday 30 December 2010

Seputar: Indonesia terlepas penalti kerna dilaserin fans sendiri.



"Emang gue liat pancaran laser saat gue mau menyepak masuk bola ke gawang Malaysia menyebabkan sepakan gue tersasar. Gue tidak menyangka fans Garuda sanggup membeloti timnas sendiri. Gue kesal bangat sama sikap fans timnas Indonesia. Dasar maling!" -Firman Utina


#parody #affsuzukicup2010 #salahlaser #salahkopek #harimaumalaya #malaysiaboleh #2010memories #congratulationsmalaysia #salahbikmama #beritabohong #justforfun

Wednesday 29 December 2010

LOL - Ini satu KEBODOHAN #part2

Memang sekarang tengah hangat pasal bola sepak melibatkan Malaysia dan Indonesia sejak pertemuan 1st leg Ahad 26 Disember yang lepas. Lagi-lagi tanggal 29 Disember Indonesia akan melayan Malaysia di stadion Gelora Bung Karno mereka. Lagi meriah lah laman twitter dan facebook. Dengan isu laser yang itu tuduh yang ini, yang ini tuduh yang itu, dengan bini perdana menteri atau lebih dikenali Suami Bik Mama tak yakin pasukan negara boleh menang, dengan Julia Perez sibuk nak tunjuk belahan kopeknya yang tak seberapa. Tapi guwa ketepikan semua tu kerana guwa rasa terpanggil nak update blog bila terbaca komen daripada seorang meleis yang taksub ini.



Logo Apple sebenarnya dari buah Khuldi? Watefak lah kau ni meleis, jangan malukan guwa yang merupakan satu bangsa dengan kau boleh tak? Apahal kau taksub sangat sampai buat conclusion macam ni? kau cemburu dengan para pengguna Apple ker? janganlah meracuni pemikiran budak-budak yang akan meningkat dewasa. Cukuplah bangsa meleis yang terdahulu meracuni pemikiran guwa dan generasi guwa semasa kecil. Guwa bukan tolak kebenaran beb. Okay kalau betul dakwaan kau tu, dari mana kau dapat bukti? Dimana sumber-sumber SOHEH yang guwa boleh percaya? Guwa consider lu BULLSHIT jer kalau takda bukti-bukti dan sumber-sumber yang SOHEH. :)

Berkaitan:
LOL - Ini satu KEBODOHAN #part1

+Credit to
justkhai

Tuesday 28 December 2010

Tweet pakai otak okay!

Entri pendek:

Ini tweet guwa dengan sorang mamat Indo yang tersentap dengan tweet guwa tentang HATE MALAYSIA yang menjadi trending topic di twitter selama 2 hari berturut-turut. Cekidaut yo!


Sebenarnya guwa tak berapa paham english dia, tapi guwa buat-buat paham jer. Maybe dia guna English Belanda kot. Guwa guna english UK, baru nampak cool. LOL Mungkin betul kata Obe:


- Moral of the story, nak tweet, nak berdebat guna otak, bukan main hembus maki maki. Unless if you want to troll someone. LOL btw, sorry sebab bikin tajuk macam gempak. Guwa taktau nak buat tajuk apa. HAHAHA!


Darth Maul vs Yoda (Indonesia vs Malaysia)



A friend of mine has photoshoped this picture and tag me at facebook. I LOL'd so hard when I saw this picture. HAHAHA! Indonesia digambarkan sebagai Darth Maul dengan menggunakan laser/lightsaber merah dan Malaysia digambarkan sebagai Yoda dengan menggunakan laser/lightsaber hijau. Nampak macam Indonesia jahat sangat sebab digambarkan sebagai Darth Maul. LOL Well, tak semua Indonesians mulut macam lanciaw, segelintir jer yang mulut macam lanciaw. Sama macam Malaysians, tak semua Malaysians shuntat, segelintir jer yang macam shuntat. Kenapa digambarkan dengan laser hijau dan merah? Usha wallposted kat bawah ni:


- Anyway this poster is fucking creative yo!

+Credit to sven cal


Monday 27 December 2010

Girls, DO NOT always blame the boys!


There was a guy who was tired of reading his gf's msg's which always contained I LOVE U , I MISS YOU or HAVE YOU TAKEN UR MEAL ?

One night while laying on bed he received a msg from her but he didn't bother 2 read it , instead hw went to sleep ...

next day , he got a call from his gf's mom that ''HER DAUGHTER WAS RAPED AND KILLED LAST NIGHT"

he then read the msg " honey plz come here n help .. someone is following me"

- dun ignore anything from your loved ...

once otherwise one day u'll loose the one who loves u a lot -



I got this message on tagged from my friend. In my opinion lar, The girl should not bother the guy and keep asking and telling him the same thing again and again and again till the guy get bored. Not every guy like to receive a message that always contain those words and same questions everyday, and I one of these guys. If the girl not bothering the guy with those silly things at the first place, I bet the guy will read her message. Anyway, why she only send a message to her boyfriend? She doesn't have parent? or brother? or friends? Or because she want to save her credit? LOL I wonder why she must tell the same things every single day? The guy already know lar that girl love him. I seriously can't understand girls like this and when something happen, they always blame the guy. Wtf? I hope my future girl are not this type. Tired meh nak layan~ Want romantic guy? Go find Korean guy lar~


Amukan Garuda yang kepatahan sayap

Berair mata guwa baca komen, status or tweet mat-mat Indon dengan minah-minah Indon kat laman facebook dan twitter. Berair mata bukan tahan nangis, tapi sebab gelak yang melampau baca komen-komen diorang. Yang guwa tak boleh blah tu diorang boleh kata video yang Sharbinee kena laser tu video edit. Waklu video edit. Rakyat Malaysia terkenal dengan sifat malas okay, lagi-lagi bangsa meleis ni. Takda masa diorang nak main edit-edit video ni. Apa kata lu orang terima hakikat sebenarnya lu orang yang mulakan dulu main pancar-pancar laser ni. Jangan risau, guwa dan seluruh rakyat Malaysia akan maafkan lu dan seluruh rakyat Indon. HAHAHA! Lagi pun, laser yang dijual kat Malaysia ni biasanya warna merah, jarang guwa nampak warna hijau. Tak tau plak kalau guwa slowpoke.


Real: Gambar yang ni gambar real, takda edit-edit.


Fake: Gambar yang ini fake. Boleh bezakan yang real dengan yang fake kan? LOL

BTW, guwa kurang faham lah, apa masalah otak mat-mat Indon dengan minah-minah Indon ni. Kalah bola je pun, yang lu orang emosi sangat ni apasal? Lu orang mengamuk-ngamuk, serang page Malaysia, maki sana sini, bukan keputusan boleh berubah pun. Malaysia tetap hatrick dengan 3 goal. Sebelum ni Malaysia kalah 5-1 beb, takda pun rakyat Malaysia emosi, sentap macam lu orang siap nak serang page Indonesia. lu orang cakap Malaysia tak matang, sebenarnya lu orang yang tak matang. Apa yang lu orang banggakan sangat dengan skuad Garuda tu? Player pun import. Anyway, guwa cadangkan letak tajuk ni di ruangan sukan akbar lu orang esok,"Garuda diterkam Harimau di udara". Cool huh? Its okay, no need to give me credit. :)



For your information, we proud with our Harimau Malaya, and now we got a new nickname and I think its pretty cool. Remember this name, MaLAZER. Got problem with that? I'll point a laser at you! LOL

Berita menarik:
Indon: Sebelum kalah kebal laser, bila dah kalah salahkan laser.
Jurulatih Indon: Indonesia kalah bukan kerana laser.

Saturday 25 December 2010

Koleksi Kit Skuad Malaysia

Tanggal 26 haribulan December, Malaysia akan menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena 1st Leg Final AFF Suzuki Cup sebelum bergelar juara apabila menang 3-0 di tempat sendiri dan 2-0 ditempat lawan lalu menjadikan aggregat Malaysia 5 - 0 Indonesia. Tetapi apa yang sadis disini, guwa tak dapat pergi beb! ya, guwa tak dapat pergi. Sadis bukan? Sebab apa guwa cakap sadis? Sebabnya Malaysia vs Chelsea, 2008 guwa tak dapat pergi. Malaysia vs Korea Selatan, 2010 guwa tak dapat pergi. JohorFC plak tak dapat pergi final sebab kalah dengan N.Sembilan itu hari dan guwa pun kempunan tak dapat pergi.

Dan sekarang final 1st leg lawan Indonesia sekali lagi guwa tak dapat pergi. Turun naik Bukit Jalil dah berkali-kali, 1 match pun guwa tak dapat pergi. Jangan kata pergi, jenguk pun tak dapat. Haish~ Oleh itu, entri ini khas guwa buat sebagai menunjukkan semangat ke-Malaysia-an dan ke-harimau-an dalam diri guwa walaupun guwa asyik tak dapat pergi match-match yang guwa nak tengok.



HINT: Image yang comel boleh dibesarkan dengan mengelik image tersebut.



Keep The Jalur Gemilang Flag Flying High!


+Credit to TokGajah dan Switchimageproject.com

.

Friday 24 December 2010

I'm Kay, and I'm not gay.



"Memang tidak dinafikan agak sukar untuk menjaid seorang gay, di Malaysia.." -Azwan Ismail

LOL Watefak lah mamat ni sorang. Kesian kat mak pak kau, diorang nak cucu lah. Sila kembali ke pangkal jalan dan realisasikan impian diorang dengan memberikan mereka cucu lelaki atau perempuan yang comel. BTW, I'm Kay and I'm not gay!


Tuesday 21 December 2010

WTF - Serius celaka!

Serius memang celaka cari makan macam ni. Serangga perosak kepada bangsa sendiri. Dah kahwin kot, nak jugak sebat anak dara. Tinggalkan lah untuk kaum-kaum spesies macam guwa yang tak kahwin lagi. Guwa pun nak bina keluarga. So, kepada kaum-kaum awek sekalian, janganlah jadi hamba duit, jangan jadi terlalu murah. Separuh mati mak korang lahirkan korang, korang senang-senang jer bagi jantan nafsu kuda berbelang-belang jilat body korang. Thumbsup for this girl.











Credit to NoGold.com

.

Saturday 18 December 2010

Blog korang macam ini ker?

Ini adalah ciri-ciri blog yang tak sampai 1 minit pun guwa lepak. Cekidaut yo!

1. Blog yang mengeluarkan bunyi-bunyian lagu yang kuat dan annoying. Lu ingat guwa nak baca entri lu sambil dengar lagu kegemaran lu ker? Urghhh~
2. Iklan yang bersepah. Letak satu iklan sudah, ini nuff, adSense, advertlerts semua nak letak. Kalau nak cepat kaya sangat pergi kerja or join Multi Level Marketing (MLM).
3. Widget yang penuh. Perlu ker sumbat semua widget yang ada sampai jadi obesiti blog? Guwa bukan nak tengok widget, guwa nak baca entri.
4. Warna background yang menyakitkan mata. Blogger-blogger Malaysia dah lah ramai rabun macam guwa, letak warna backgroud plak warna yang sangat menyerlah. Tak lama lagi blogger Malaysia akan jadi buta beramai-ramai lah jawabnya.
5. Tulisan yang banyak shortform, kecik besar dan berwarna-warni. Sudah lah warna background menyakitkan mata, tulisan pun tak nak ketinggalan untuk join menyakitkan mata. Haish~
6. Cursor yang tidak normal. Dah elok-elok cursor tu bentuk anak panah, gatal tangan sangat pergi tukar jadi Hello Kitty lah, Hello Puppy lah. Buat guwa confuse jer.
7. Tak boleh right click. Kalau takut orang copy paste ayat or gambar, tak payah blogging or buat blog tu jadi private. Bagi orang yang suka bukak tab banyak-banyak macam guwa, right click amat penting okay. Kalau tak boleh right click guwa rasa hidup guwa tak bermakna.

So, bila guwa masuk blog seperti ini, tanpa buang masa guwa terus arahkan cursor mouse guwa kat penjuru browser, then guwa klik kotak yang berwarna merah. Menjadi seorang blogger memang mudah. Tetapi hendak menjadi seorang blogger yang bermutu agak susah. Kita blogging untuk pengunjung baca. Bila blogging pastikan ayat dan blog korang ikut selera kita dan pembaca. Kalau semua nak ikut selera kita. Memang cannot go lah. Nasihat guwa, jangan terlalu berpegang pada prinsip "Blog aku, suka hati akulah nak tulis apa!". Lambat laun prinsip itu akan makan diri. Papepon, Majulah blogger Malaysia demi negara!


Note: Ciri-ciri blog yang dinyatakan diatas tidak membuatkan blog korang nampak cool okay, sebaliknya membuatkan blog korang jadi semak, annoying dan merimaskan. Guwa pun masih mentah lagi dalam dunia blogging ni. Tertanya-tanya gak, apa yang lu orang tak puas hati bila baca blog guwa ni. So, jangan lupa tinggalkan komen tak puas hati lu orang okay.

.

Thursday 16 December 2010

Ketahui status pertama korang di Facebook

Ini entri pendek:

Korang nak tau apa status pertama guwa kat facebook? Ini adalah status pertama guwa masa mula-mula guwa buat facebook setahun yang lepas:

Kay Facebook bosan!! (Wed, 23 Sep 2009 17:09:33 GMT)


HAHAHA! ini masa mula-mula guwa buat facebook, masa tu facebook tak berapa nak popular macam sekarang. Guwa pun noob lagi selok belok tentang facebook, friends pun 2-3 kerat jer. Mana guwa tak cakap facebook bosan. LOL Macam mana guwa ingat status lama guwa siap dengan tarikh, masa GMT semua? Haaa, mudah jer beb. Korang klik jer aplication ni Mystatuses. Memang sempoi giler babat ah sape yang buat application ni. Membuatkan guwa terkenang saat-saat guwa ketika masih budak-budak. LOL!

Tak percaya? tengok ah ni. Sumpah macam budak-budak. LOL


Note: Macam baca diary yo!


.

Blog stats for Kay the son of Denan

This is blog stats for Kay the son of Denan from May 2010 till December 2010:

Overview


Posts and Pages


Traffic Sources


Audience



Note: Klik image untuk tumbesaran yang sihat.

.

Header for new Facebook layout

Kebanyakan pengguna facebook mengalami tekanan yang amat tinggi akibat daripada owner facebook, Mark Zuckerberg yang telah menukar layout lama facebook kepada yang lebih baru dan lebih buruk. Guwa secara tak langsung turut mengalami tekanan tersebut. Bila difikirkan semula, takda guna pun nak emo pasal benda ni. Daripada kita emo stress pasal benda ni lebih baik kita accept dan gunakan sebaik dan se-kreatif yang mungkin. Memang tidak dinafikan layout facebook yang baru ni nampak buruk dan serabut, tapi kalau kita kreatif semua benda akan jadi lawa dan kemas. Contohnya macam page guwa dan page member-member guwa ni.


Dengan adanya header ni, profile yang nampak serabut nampak sedikit kemas dan secara tak langsung ia menunjukkan identiti unik seseorang. Thanks to Mark Zuckerberg kerana menyediakan hide photo tag supaya dapat mengekal header ni walaupun orang lain tag kita dengan gambar-gambar lain. Fungsi hide ini tidak akan remove photo yang telah ditag secara total. Ia cuma remove dari profile kita sahaja dan photo yang telah di hide itu masih tersimpan dalam album photo tag kita.


Kes ni sama juga macam bawang, kulit bawang memang nampak kotor dan serabut, tapi bila kita kupas satu persatu kulitnya, ianya akan jadi bersih dan licin bukan? Anda setuju? Jika setuju picit "Like" and leave your comment yo!

Note: Kalau guwa rajin nanti guwa buat tutorial and I think I'll stick with facebook. LOL

.

Wednesday 15 December 2010

Kalau support, tukarlah profile picture!

Ini entri pendek:

Malaysia vs Vietnam: Gua taknak pun buat entri pasal Malaysia Vietnam ni. Tapi disebabkan member guwa dah tegur guwa kat facebook, guwa pun rasa terpanggil nak buat. Ini apa yang beliau cakap:

"Kay, tukar lah pro pic jersi. Kasi support sikit.."

Okay, ini pendapat guwa. Masing-masing ada cara tersendiri untuk menya-port team kegemaran. Kau meng-ekspressi-kan kau punya support dengan menukar profile picture kau dengan jersi Malaysia, guwa pula meng-ekspressi-kan guwa punya support melalui kata-kata semangat dalam hati dan berharap Malaysia akan ke final dan bergelar juara. Guwa sentiasa support Malaysia beb walaupon profile picture guwa bukan jersi Malaysia, dan guwa sentiasa support Malaysia walaupun Malaysia kena bantai 5-1 against Indonesia. Kerana apa? Kerana guwa anak Malaysia. Well, memanglah guwa anak kepada mak guwa, Anak Malaysia hanya kata ganti bagi Rakyat Malaysia supaya nampak lebih exaggerate. LOL



Sebagai menunjukkan rasa support guwa, guwa serta kan gambar Home and Away jersi Malaysia dan 1 extra Sweater. Thanks to Sports Malaysia kerana menye-ponsor-kan gambar ini

Go Go Malaysia!

Tuesday 14 December 2010

Perlukah pertikai pemain berkulit hitam?

Ini adalah entri pendek:

Seperti yang kita semua tahu, bola sepak adalah salah satu sukan yang bertaraf antarabangsa dan kestabilan dan kekuatan sesebuah pasukan ditentukan oleh para pemain yang berkaliber dan mempunyai skill yang tinggi. Sesebuah kelab juga berhak untuk mendapatkan khidmat mana-mana pemain yang dikehendakinya. Hatta pemain itu berkulit hitam sekali pun. Adalah tidak matang atau dalam bahasa kesatnya BODOH jika seseorang itu mempertikaikan sesebuah kelab yang mempunyai ramai pemain berkulit hitam. Tidakkah itu menunjukkan yang anda kaki-kaki pertikai ni seorang yang racist? Secara tidak langsung kebodohan anda turut terserlah.

Kepada kaum-kaum racist ni, anda tidak layak hidup didalam masyarakat yang majmuk. My advice, go pack your shit and move to jungle. I'm pretty sure you can live happily there.



Hate this people? Screw you!

.

Friday 10 December 2010

OMG - Mulut tempayan?







Mamat mulut besar ni nama dia Francisco Domingo Joaquim, berumur 20 tahun, berasal dari Angola dan mendapat gelaran “World’s widest mouth” dari Guinness Book of Records. Mamat ni pernah popular sekejap di internat pada 2 tahun yang lepas apabila video aksi terlampau beliau bersama dengan mulut besarnya tersebar di youtube. Guwa rasa ini lah rupa mulut tempayan yang selalu diperkatakan dalam peribahasa-peribahasa Melayu. LOL

Extra info: Mamat ni tidak pernah berjumpa doktor gigi sepanjang kehidupannya sebagai seorang yang bermulut besar atau kata lainnya bermulut tempayan dan apa yang menakjubkan, giginya disahkan sangat kuat, sihat dan sempurna. Maybe dia segan nak pergi jumpa doktor kot takut kena ejek. So, kesimpulannnya tak perlu gosok gigi dan berjumpa doktor gigi okay? Sebab ubat gigi tu ada satu bahan yang merbahaya yang boleh merosakkan gigi sebenarnya.


+ Laporan asal TujuhSebelas.com
.

Thursday 9 December 2010

LOL - Size cup penentu ketinggian nada suara

Kepada kaum-kaum awek semua, tahukah anda? Ketinggian nada suara anda ditentukan dengan size cup anda. LOL Tak percaya? Sila lihat video dibawah. Enjoys


Visit here to play the girls. Use button A S D F G H J

BTW, tak lama lagi korang nak sambut Christmas kan? So, video ini juga khas untuk korang yang sambut Christmas. Guwa tak sambut Christmas beb, sebab guwa pengikut Mazhab Syafi'ee.



+ Credit to Acai Bootedd & La Senza
.

Wednesday 8 December 2010

LOL - Ini satu KEBODOHAN!


Abjad 1st selalu digunakan dalam kehidupan kita seharian. Digunakan apabila berstatus, memberi komen di facebook, twitter dan sebagainya. Tapi tahukah kita apakah maksud sebenar disebalik abjad tersebut?

Mari merungkainya...

1st merupakan istilah dalam bahasa Nasrani lama. abjad 1 adalah merujuk kepada Islam, huruf S merujuk kepada Sv'u kyv iaitu bermaksud agama, huruf T dalam bahasa Nasrani selalu digunakan sebagai simbol, malah untuk simbol ajaran kristian, tapi maksud sebenarnya dalam bahasa nasrani Tvrti dan dalam bahasa Inggerisnya Terrorist iaitu pengganas.

1st merujuk first ataupun dalam bahasa melayu pertama, Jelas sekali mereka merujuk kepada Islam sebagai pengganas yang utama. Begitu tersembunyi helah Yahudi untuk mengoncongkan iman kita. Malah simbol tersebut diamalkan sebagai pemujaan bagi agama Yahudi dan Kristian. MasYaAllah..... - The Online Blog




HAHAHA! Serious shit! Guwa sebagai bangsa melayu cukup malu dengan kebodohan dan ketaksuban yang cuba ditonjolkan oleh bangsa guwa dalam memecahkan code atau abjad tertentu agar kelihatan sebagai satu agenda yahudi atau kristian. Apa masalah korang-korang ni? hmm? Cuba cerita dekat guwa. Maybe guwa boleh bantu? LOL! Dude, 1st adalah singkatan kepada first yang membawa maksud pertama. Itu sahaja okay, takda maksud lain. 1st bermaksud Islam pengganas yang utama? LOLWUT Habis tu macam mana pula dengan 2nd, 3rd, 4th and so on? Adakah anda baru berjaya memecahkan code adjab 1st sahaja buat masa ini? Adakah selepas ini anda akan meng-reveal-kan code untuk 2nd pula? Well, selamat berjaya STUPIDOS!

.

OMG - Manusia landak?



OMG! Manusia landak kah ini? Jawapannya TIDAK. Maaf, anda semua tertipu. LOL Sebenarnya brother ni sedang membekam-kan dirinya. Pernah dengar perkataan bekam? Bekam ialah salah satu perubatan tradisional dimana pengamal bekam mengeluarkan darah kotor, angin dan angin sejuk dari badan. Ada 3 jenis bekam yang selalu menjadi amalan iaitu bekam api, bekam angin dan bekam tanduk. Haaa, brother dalam gambar kat atas ni sedang melakukan teknik pembekaman dengan menggunakan tanduk. Style kot! Guwa pun nak cuba jugak. LOL


+ Credit to blog Pict Can Talk
.

Shahidan: Jangan sampai guwa sekat Facebook!

Shahidan Kassim merangkap Anggota Majlis Tertinggi Umno mencadangkan agar penggunaan facebook disekat kerana mengancam keselamatan negara dan wujud penghinaan terhadap agama.
"Jika mengancam keselamatan negara dan wujud unsur penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada facebook,"-Shahidan Kassim
Guwa baca statement dia ni nak tergelak pun ada. Kalau macam tu, guwa pun ada cadangan beb.
Blog: pengguna boleh buat blog yang menghina agama dan mengancam keselamatan negara. So, jika mengancam keselamatan negara dan wujud penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada blog.

Internet: pengguna boleh mengakses internet untuk menyebarkan penghinaan terhadap agama dan menyebarkan perkara yang boleh mengancam keselamatan negara. So, jika mengancam keselamatan negara dan wujud penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada internet.

Rakyat: Rakyat muslim and non-muslim menghina agama sesama sendiri kerana perselisihan faham dan boleh mengancam keselamatan negara kerana berlaku pergaduhan. So, jika mengancam keselamatan negara dan wujud penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada rakyat.
Facebook hanyalah website sosial yang mempunyai fungsi yang sama seperti website sosial yang lain, pengguna yang mencorakkannya. Begitu juga dengan blog, pengguna yang mencorakkannya. Kalau niat si pengguna jahat nak buat blog lucah itu bukan salah blog selaku website. Damn! jangan salah sangka, guwa tak pernah masuk blog-blog macam tu okay. Guwa budak baik. LOL

Anyway, kalau nak naikkan harga gula dan minyak, guwa tak kisah lagi walaupun pada hakikatnya darah guwa pun naik. Tapi, sekat facebook? Woohooo! Kalau nak tengok 28,250,000 juta rakyat Malaysia histeria dan mengamuk, sila lah sekat. HAHAHA!



Note: Sepatutnya ini adalah entri untuk awal pagi semalam. Tapi disebabkan blog guwa ni ada masalah sikit, so guwa postponed untuk hari ini. Tak tau lah blog guwa ni, dia tak kasi guwa login. Entah kenapa tiba-tiba dia merajuk dengan guwa.

+ kredit to mStar Online
.

Tuesday 7 December 2010

LOL - Produk baru untuk pasangan kekasih

Facebook sekarang sudah semakin tercemar. Bukan tercemar kerana layout terbaru facebook yang buruk tu, tapi tercemar dengan pasangan kekasih yang bermadu kasih dan mengadu domba kat wall sampai guwa naik meluat. Guwa tengok ada yang bercouple macam tak boleh berenggang langgung walau sesaat. Baru post status "A(bukan nama sebenar), B rindu sayang", tak sampai seminit dia dah buat status baru, "A (Bukan nama sebenar), sayang rindu B tak?" Ish aku lah, rasa nak cepuk-cepuk jer dahi dia lelaju. Wh..what? Guwa jealous? Memang tak lah nak jealous. LOL

BTW, guwa ada satu produk yang dicipta khas untuk pasangan kekasih jenis macam ni. Produk ini dicipta oleh syarikat perfileman Kay MOVIE PRODUCTION yang menerbitkan filem 2 Malam yang pernah mencetuskan fenomena dan tsunami berskala kecil di Malaysia. Dengan kuasa veto yang diberikan, guwa merperkenalkan.. (bunyi drum) Couple Toilet!

Cannot leave your partner even for a second? Thanks to the couple toilet, now you can stick with your partner 24hours, even in the toilet!
See? Even toilet bowls are combined! Awesome huh? *yuck* (¬_¬)


.

Amnesia

Eh! ini blog siapa?
Kenapa saya post entri disini?



Lukenabeb! haha Ini blog guwa la, sape jer yang berani ceroboh blog guwa. Saje bikin gempak tulis macam tu sebab entri ni guwa buat special untuk someone yang mengajukan soalan kepada guwa:
"kalau org tu sakit amnesia awak still cinta or x?."
Gulp! Cinta? Terus terang guwa cakap, guwa tak pandai bercinta. Sampai nenek guwa sound, "Eh kau ni jantan ke hape ah tak pandai bercinta?". Tapi guwa tak gelabah, guwa jawab dengan relax, "saya bukan jantan nek, saya lelaki sejati". Okay cukup dengan mukadimah sekarang sesi untuk menjawab soalan. Guwa takda jawapan untuk pertanyaan itu, tapi guwa ada pendapat.

Amnesia jer pun, bukan penyakit kusta atau barah otak yang boleh bawa mati. Takda sebab untuk tidak menyintai pasangan kita sebagaimana kita menyintainya sebelum dia kena penyakit amnesia. Melainkan cinta korang tu hanya berlandaskan harta dan nafsu serakah semata-mata. Actually, kalau ada kusta dengan barah pun takda sebab untuk tidak menyintainya kalau betul kita memang cinta dan sayangkan pasangan kita. haha
Tapi penyakit amnesia kan penyakit lupa ingatan. Boleh tahan ker kalau dia asyik tanya "awak siapa?" padahal awak balak/awek dia yang saling cinta menyintai sebelum ni.
Kita amek contoh macam dalam Legenda Budak Setan, walaupun awek dia hilang ingatan plus muka dah takda rupa pompuan yang sangat dia cintai, dia tetap relax dan tidak gelabah kerana dia tau itulah pompuan yang dia cintai. Damn! kantoi sudah guwa tengok Lagenda Budak Setan. LOL
Hekeleh..dalam movie, dalam novel boleh la, bak datang tengok real life?
Dude, kebanyakan movie adalah adaptasi daripada kehidupan sebenar manusia okay. Abes kalau mak lu kena amnesia, takkan bapak lu blah tinggal dia gitu jer? zzZZZ



Okay lah, sampai sini sahaja perbincangan kita bersama Dr Love Kay yang Heartless, cerita panjang-panjang pun bukan korang baca. Lagipun nak update benda lain lagi. Jaa ne!



Note: Siapa someone tu korang tak perlu tau sebab dia bukan awek guwa pun. Hanya orang asing yang guwa bawa borak sepatah dua kata. Tu pun melalui komen kat blog and shoutbox. Lagi pun dia tanya ni maybe sebab dia terpengaruh dengan drama kat tv3 tu, ape tah nama drama tu, guwa tak layan pun.


+ Credit to ~fajridet for the picture
.

Monday 6 December 2010

Edit photo contest

First of all, thanks to cik Hazirah Zainal kerana menge-tag guwa kat contest ini dan buat pertama kalinya guwa rasa tertarik nak join contest yang dianjurkan para bloggers kat blogspot ni. Sebab utama guwa join contest ni adalah kerana tajuk contest ini betul-betul menggetarkan jiwa jantan guwa untuk men-join-kan diri sekaligus memeriahkan contest ni. Sebelum ni contest-contest kat blog guwa pandang sebelah mata jer beb. Yer, guwa tau guwa agak kerek disitu. Maafkan ke-kerek-kan guwa sebentar tadi.


klik image untuk terus ke blog penganjur.

Okay, sekarang guwa nak memperkenalkan penganjur contest ini. Gambar awek kat atas ni bukanlah awek guwa seperti yang korang fikirkan. Tapi adalah penganjur contest ini. Nama beliau cik Dalia, atau nama panjangnya Qaseh Dalia Adelia. Putih mulus dan bertudung orangnya, sekali lagi jiwa jantan guwa bergetar apabila melihatnya. Tapi takpa, guwa relax jer. Guwa pun taknak bebel panjang lebar, sebab tujuan utama entri ini adalah untuk post gambar yang telah guwa edit 100% hasil keringat guwa. So, let's cekidaut yo!


Sebelum dan selepas: Click image untuk tumbesaran yang lebih sihat

Kenapa guwa pilih gambar ni? Suka hati guwa lah nak pilih gambar apa kan? Penganjur sendiri cakap:
"korang edit gambar ikut kreativiti korang masing2...gambar tu ikut hati korang...nak edit gambar masjid ke, gambar pemandangan ke,gambar korang sendiri,gambar qaseh pun xpe.."
Lagipun ini adalah gambar yang paling latest guwa edit. Guwa malas nak godek-godek PC guwa cari gambar baru so guwa amek gambar yang dah siap guwa edit. Takda buang masa betul tak? Guwa tak berharap pun akan menang sebab yang join contest ni ramai dan semuanya berbakat besar. So, guwa dengan rendah dirinya tak kisah menang atau tidak. Sekian saja dari guwa Kay the son of Denan also known as Kay the Heartless.


4 person to be tag:
raihanaONLY
Blog Kucing Putih
Lolita's World
Pelangi


tarikh tutup :
31 DISEMBER 2010
pemenang akan diumumkan pada :
8 JANUARI 2011

.

Are you missing post from people on Facebook?

Dulu masa mula berjinak-jinak dengan facebook, friends ada ciput jer. So, semua post yang diorang posted guwa dapat lihat dengan mata kasar guwa and sometimes dengan mata hati. Setahun sudah berlalu, friends guwa mula bertambah tapi semenjak dua menjak ni guwa rasa kehilangan jer. Setelah diselidik dengan lebih mendalam mengenai masalah ini, akhirnya guwa dapat tau apa penyebab guwa rasa kehilangan. Rupanya posting and status member-member guwa and fan page yang guwa join tak muncul kat news feed. Patutlah dah lama tak nampak si dia update status, tapi bila jenguk page si dia ada jer status yang di update. So, kalau korang mengalami masalah yang sama dengan guwa, jangan risau. Guwa ada jalan penyelesaian. Korang cuma perlu tambah korang punya news feed limit jer. Tak tau macam mana? Cekidaut!

Here's how to increase the news feed limit:


1. Go to the bottom of your news feed. You will see "Edit Options". Click on it.




2. When you click on it, a "News Feed Setting" will popup and you will see "Number of Friends".



3. Enter a number into the box. Make sure you enter a high number so that you can see all the updates from you friends or fan page that you has join. A higher number means you will see new posts more frequently. Macam guwa letak 2000 terus sebab member guwa ada 400+ campur fan page yang guwa join 1500+

4. Then click "Save" and you are done. :D



Note: kalau followers kat fan page korang mengadu domba cakap status or post daripada page korang tak keluar kat news feed diorang, suruh diorang increase diorang punya news feed limit macam kat atas ni.


.

Sunday 5 December 2010

Sila tukar profile picture anda okay!

"Change your profile picture to your favorite cartoon from when you were a kid. The goal of this game is not to see a human picture on Facebook, but an invasion of childhood memories until Mon 6 Dec. PLAY AND PASS ALONG! This is an informal Facebook Campaign to End Violence against Children."

LOL! Guwa tau guwa agak slowpoke disini. Tapi kalau hanya dengan tukar profile picture kepada gambar kartun kegemaran masa kecik-kecik dapat menghentikan keganasan dan kerakusan kaum-kaum dewasa menghentam kaum-kaum budak, guwa sanggup buat 10 akaun kat facebook then tukar semua kepada gambar kartun. Tapi guwa sedar yang guwa sekarang berada didunia yang sudah lama membusung dan hanya tinggal masa untuk pecah. Perkara seperti itu takkan menyedarkan kaum-kaum dewasa dari menghentam kaum-kaum budak dan sekaligus TIDAK akan menamatkan keganasan terhadap kaum-kaum budak.

Atleast kita orang caring, amek tau.

LOLWUT? Kalau betul lu orang caring, pergilah settle masalah tu betul-betul. Bukan gunakan the power of facebook untuk merealisasikan impian lu orang menghentikan keganasan ni dengan duduk terperap kat umah or bilik sambil chatting dengan member "Eh, kau tukar gambar kartun apa? Aku tukar gambar kartun Tomatoman. Faveret aku tu masa kecik". LOL! Daripada letak gambar kartun kegemaran yang buat lu orang terngiang-ngiang zaman indah lu orang masa kecik, baik lu orang letak gambar pelakon porno yang lu orang minat dengan hasrat kegiatan menonton filem porno oleh remaja masakini dapat dihentikan. Double LOL!




.

Saturday 4 December 2010

TAG - 25 Random things about me

Okay, guwa dapat tag ni daripada cik Afifah bt Shaiful Bahrin. Thanks babe. Guwa pun taktau ape fungsi tag menge-tag ni sebenarnya. Maybe ini peraturan untuk semua bloggers dan maybe juga peraturan itu berbunyi begini, "You have been tagged? What the hell are you waitin for? Do it now slowpoke!" Sebab tu ramai yang main tag menge-tag ni agaknya. Sejak kebelakangan ni guwa blogwalking ada jer entry pasal tag. Bila nampak entry pasal tag, guwa dengan otomatiknya akan skip entry tersebut dan baca entry seterusnya. Melainkan tag tersebut betul-betul menarik minat guwa untuk mengadap sampai habis. Guwa tak pernah jangka pun yang guwa akan kena tag satu hari nanti. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki? Or maybe karma? Whatever~ Papepon here is 25 random things about me:







This is the rule:
"Once you have been tagged , you are supposed to write a note with 25 random things facts or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because I want to know more about you."

Correction: If I tag you, its not because I want to know more about you, its because this tag require 25 people to be tag. Sorry, no offense.

25 people! Guwa pilih random jer.
01. I wish I was a kid again
02. raihanaONLY
03. Lolita's World
04. Curly itu Kerinting
05. Anonymous91 Territory
06. Blog Kucing Putih
07. Wani Gagah | Picca & Story Blog
08. Aku, Dia, Kami dan Semua
09. Izzati's Stories
10. Hitam Putih Kehidupan
11. Pawpaum!
12. All About T-qah
13. Hitam itu Bukan Selamanya
14. Aku dan Seni
15. Film and Animation
16. Izzy Izzudin Bercerita
17. Anak Gemilang
18. Anastasyea
19. The Zul World
20. Cik Terompah
21. Reaching Stars
22. Ada Couple Kata Single
23. Metamorphosis
24. Undefined Story
25. Wyda Ismail


Note: Peoples, you have been tagged. You sure know what to do right? and I dont give a damn if you want to do this tag or not. :)

.

COOL - Perodua Bezza Concept

Damn! Guwa tak habis lagi berangan dengan Proton Lekir, muncul pulak Perodua Bezza. Prototaip daripada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) ini sangat berbeza dengan kereta-kereta keluaran PERODUA yang lain. Konsep yang diperkenal lebih canggih dan berstail berbanding konsep yang diperkenalkan pada 5 Bersaudara. PERODUA melancarkan prototaipnya serentak dengan pelancaran Proton Pahlawan Series pada Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS10) semalam yang bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur. Let's check this out, and don't forget to troll okay! LOL





More photos:

DSC_4779 DSC_4784 DSC_4786 DSC_4787
DSC_4789 DSC_4790 DSC_4791 DSC_4792
DSC_4793 DSC_4794 dsc_4938 DSC_4941
DSC_4948 DSC_4955 DSC_4985 DSC_4987
DSC_4992 DSC_4996 DSC_4997 DSC_4999
DSC_5005 DSC_5006 DSC_5007 DSC_5009
DSC_5012 DSC_5013 DSC_5014 DSC_5015
DSC_5017 DSC_5019 photo-1 photo-2
photo-3



+ Kredit to Paul Tan's Automotive News
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless