Tuesday, 30 November 2010

5 things you shouldn't do as a Facebooker

Facebook, siapa yang tak kenal facebook, the largest and fast-growing social network these day. Aku percaya hampir separuh (mungkin juga lebih) penduduk di muka bumi ni ada akaun facebook. Tak payah cerita luar negara lah, dalam negara cukup. Aku sendiri ada akaun facebook. Bila dah ramai sangat, confirm macam-macam kerenah ada dan ini antara kerenah yang buat aku meluat:

1. Status update: Let me tell you every detail of my day.

Facebook bukanlah satu diary untuk kau post status setiap minit, show to everyone dan mengharapkan feedback daripada orang ramai. So, rasanya tak perlu kau post status-status sebegini: "Dah bangun! bersiap-siap nak pergi kelas/kerja." "Hari ni aku sarapan kokocrunch!" "I’m stucked in traffic. So, sampai kelas/kerja lambat." "Laparnya, nak makanlah." "Baru lepas makan. Kenyangnya!" "Hari ni aku tunggu bas. Setengah jam aku tunggu bas tak sampai-sampai. geramnya!" "Sebelum pergi kelas/kerja roti gardenier aku ada 10 keping, kenapa sekarang tinggal 5 keping?" Lepas tu bila tengah malam sikit mula lah keluar ayat bunga-bunga, jiwang-jiwang macam ni: "Keegoanku membawa padah apabila si dia yang aku cintai meninggalkan aku." "I will always love you. Selamat malam kekasih pujaan hatiku, Z(bukan nama sebenar)" "Betul kata pepatah, habis madu sepah dibuang. Aku ditinggalkan setelah dia jumpa orang lebih cantik dari aku" WTH?! PLEASE STOP! I’m begging you, okay? Just because you have 499 friends, doesn’t mean we all want to know what are you doing everyday. Lagi pun, aku buat akaun facebook bukan nak baca diary hidup kau.

2. Status update: Annoyed status.

Okay, facebookers yang macam ni pun memeningkan kepala. Mana taknya bila post status/wall, tulisannya shortform habis. Dah macam baca kod rahsia aku rasa. Dah shortform satu, hurufnya pulak kecil besar, kecil besar. Tak cukup dengan tu, ditambah pula dengan nombor dan huruf-huruf tak berkenaan macam huruf Q, huruf W, huruf Y. Here is the example of annoying status: "Ko xPaYah SedeYh! keTawa-keTAwa! haha!" "Pew hal akhir2 ney aq tengok budax2 dlm fb ney sik cer pasal kawen jew?" "LUv u0LLz! CyuNK k0WuNK KeT4t-k3Tat!" What’s the point you write like this meh? My eyes so hurt lar read your status. Aiyoo~ Your teacher never teach you how to write properly ker before? Okay okay, now read this, "AnN0YiNg xbc p3W y aQ tLis niE? ISn’t ThIs AnN0YiNg 2 ReAd?" Well, you must be crazy if you say no.

3. Picture tagging

Kemudahan ini telah disalah guna dengan teruk sekali. Aku tau muka kau paling handsome dikalangan yang terhandsome, bagi perempuan pulak aku tau muka kau paling cantik dikalangan yang tercantik. Jadi, tak perlu lah kau tag berpuluh-puluh user lain termasuk aku pada gambar muka kau yang sedang termenung merenung masa depan tu. No points okay, sebab aku dah tau yang kau memang handsome dan cantik sokmo. But, I can accept if you tag me a picture orang putus kepala, event flyers or something funny, at least I can comment on that picture. So, sila guna kemudahan tag menge-tag ni dengan baik yer adik-adik.

4. Friends

Facebook bukanlah tempat untuk kau mengumpul friends sehingga beribu-ribu dan bermegah mengenainya. Facebook is not Myspace! The average Facebook user has 100 to 200 friends on the site. Facebookers who have 300+ or 400+ friends is still reasonable for me. But 1,000 friends and above? Unless you’re Bill Gates, no one has that many okay. That’s just showing off! Just because you have 1 mutual friend with her or his friend doesn't mean she or he know you. Urgh! Actually, aku tak tau Bill Gates ada ramai member ke tak. haha!

5. Relationship status.

Aku tak paham dengan facebookers yang macam ni. Perlu ker tukar relationship status anda setiap hari or setiap minggu? Minggu ni single, minggu depan in a relationship, lepas tu engaged, married, complicated, then divorce lepas tu ulang balik single and so on. Satu dua jer aku nak tanya, anda ini tidak ada life kah? or terlalu desperate nak perhatian? Ops, mungkin pertanyaan aku ni terlalu kasar. I’m sorry. Tapi tolong lah jangan buat macam tu lagi. Bukan apa, aku cakap ni untuk kebaikkan anda dan keluarga anda juga.

Cukuplah 5 benda ni, ikut-ikutkan banyak lagi ni. Tapi aku ambil point yang penting-penting jer. Aku pun dah penat, mengantuk, semua ada. Aku tau mesti ada yang akan cakap "Suka hati lah wall aku!" "Oi Kay! kau ni suka jaga tepi kain orang ek!" "Kay, kau ni memang SAMPAH lah! Sama dengan blog kau! Dua-dua SAMPAH! Suka jaga tepi kain orang!" Kepada yang akan cakap macam tu, pergi terjun lombong lah! Aku peduli apa! Hahaha! Kepada facebookers yang bermasalah ni, jangan bengang kalau korang kena remove dengan friends korang disebabkan benda-benda yang aku cakap ni. Kalau bengang juga nyanyilah lagu Akim AF7 – Bengang. haha! Until next post, see ya! Selamat berfacebooking semua! :D


Note: Entri ni aku copy dari blog aku yang lagi satu. Aku just tambah ayat sikit plus add gambar. Aku cam malas nak cari bahan so aku main copy paste jer. :P

+ Kredit to Travel Adventures for the picture

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless