Sunday 29 April 2012

Bersih 3.0 - Pengalaman, Video, Gambar dan Pandangan.

Saya buka twitter, timeline penuh dengan ayat ayat sarkastik mengenai peserta dan perhimpunan Bersih. Kemudian saya buka facebook pula, newsfeed penuh dengan makian dan cacian terhadap peserta dan perhimpunan Bersih.

Pertama, saya suka cara awak memperlekehkan perjuangan mereka yang berjuang demi masa depan negara. Jadi, izinkan saya memaki awak sepatah dua? Fakyu awak. Kedua, awak pejuangkan kehidupan sosial awak, dia perjuangkan hak sebagai rakyat. Saya pula duduk depan PC pung pang pung pang. Apa yang saya cuba sampaikan disini, lain orang lain perjuangannya. Okay, berbalik pada topik utama.

Cerita dia macam ni, nak join Bersih ni kena bersihkan minda dulu sebenarnya. Misi dan visi tu kena jelas. Tak guna kalau join bersih tiba tiba laung "UMNO babi!" "BN Bangsat!" Jadi apa misi dan visi Bersih? Mari sama sama kita lihat, baca dan fikir.

Poster Bersih 3.0 - Duduk Bantah.
Berikut adalah tuntutan dan objektif utama perhimpunan Bersih:

1. Bersihkan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Sekarang, berapa ramai yang betul betul faham tentang Bersih? Jadi saya rasa amatlah bengang.. maaf, maksud saya bangang. Jadi saya rasa amatlah bangang bila penyokong dari parti NGO yang menyertai perhimpunan tersebut melaungkan "Hancur BN!" dan "Hidup PR!" Disini menunjukkan anda menyertai perhimpunan Bersih tanpa memahami dasar dasar yang menuntut ketelusan dalam pilihan raya. Nampak tak permainan dia macam mana?

Kesal sebenarnya bila tengok poster Duduk Bantah, tapi apa yang terjadi sangat mengecewakan, memalukan dan memeranjatkan atau dalam satu ungkapan mudah, facepalm.

Sekarang saya ingin berkongsi tentang pengalaman dan pandangan saudara @abelljefrry yang menyertai perhimpunan Bersih semalam. Saya rasa inilah kronologi yang terbaik dari seorang peserta Bersih untuk dikongsi bersama.


Pengalaman part1: Klik untuk baca dan sila baca dari bawah.
Pengalaman part2: Klik untuk baca dan sila baca dari bawah.
Pengalaman part3: Klik untuk baca dan sila baca dari bawah.

Pandangan: Klik untuk baca dan sila baca dari bawah ke atas.
Seperti yang dijanjikan, gambar #Bersih yang sempat saya rakam kan semalam.
1:30PM, masih aman. #BersihPic
Perkarangan Dataran Merdeka mula padat dengan peserta #Bersih. #BersihPic
Peserta #Bersih yang sudah mula duduk dgn aman, sekitar 2:30PM. #BersihPic
Peserta #Bersih yang panjat tembok bangunan untuk clear view/air.
Foto diambil 10 minit sebelum tear gas.
Laungan semangat penyokong PR semasa ketibaan barisan pemimpin
PR di perkarangan Dataran. #BersihPic
Gerak tangan Pemimpin PR, semasa memberi arahan/galakan untuk
peserta merempuh masuk. #BersihPic
Dan ini hasilnya sejurus peserta #Bersih mula merempuh masuk ke
Dataran Merdeka. Water Canon. #BersihPic
Masa Polis mula bertindak, mamat ni masih lagi atas palang
signboard & tiang lampu. #BersihPic


Ini video dari Buletin Utama TV3


Ini video dari salah seorang peserta Bersih.


Saya bukan pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang. Apa yang saya rasa salah saya tegur. Kalau saya salah, anda tegurlah pula ye dak. Jadi, saya tidak mahu tuding jari pada mana mana pihak. Nilai dengan hati dan akal, bukan dengan kaki dan tangan yang ditambah dengan sedikit emosi.

Apa pun yang telah berlaku semalam, ianya sudah menjadi sebahagian dari sejarah negara Malaysia. Memandangkan saya tiada ditempat kejadian. Jadi, saya tiada hak untuk mengatakan perjuangan seseorang itu bodoh atau melabel seseorang itu binatang. Chelsea power!



Wednesday 25 April 2012

UEFAlona vs Chelsea Power

"Walaupun kita sama nigga, tapi awak lebih
hina sebab awak sarung jersey Barca" - Nigga CFC, 2012

"Team dah menang baru nak keluar menyalak. Cuba kalah, duk menyorok bawah kerusi"

Sebenarnya bila menang ke kalah ke ada je, tak menyorok pun. Cuma awak tak nampak sebab pandangan dan jiwa awak telah dikaburi dengan kemenangan pihak yang awak sokong.

"Setakat menang sebab bina perkampungan kat dalam kotak penalti buat apa."

Awak pertikaikan team tu menang bina perkampungan kat kotak penalti? Eh, bina perkampungan kat kotak penalti itu strategi team tersebut. Awak kata team awak power, berdegar degar cakapnya, tapi kenapa tak boleh bolos? Cuba boleh bolos pulak, saya pasti lain pula bunyinya. Mungkin berbunyi; "Bina perkampungan kat dalam kotak penalti pun tak guna kalau lawan dengan team power."

"Malas lah nak bergaduh pasal bola. Macam budak takda ilmu didada."

Hihihi kelakarlah awak ni. Cover sikit walaupun bengang. Minggu lepas kemain berkobar cakap nak tapau dekat home. By the way, siapa yang ajak gaduh pasal bola tu? Pesen tak boleh terima kenyataan betei. Benda dah lepas usahlah dikenang. Season depan kan boleh cuba lagi.Okay okay, saya pun dah lapar ni. Take care. XOXO

"Menyesalnya aku keluar dari Arsenal. Ingat join Barca dapat menang piala. ;( " - Cesc Fabregas, 2012

p/s: Barca ni aku tak tahulah, reff dan bagi kerjasama yang baik kot. Kad merah dah dapat, penalty dah dapat, leading 2-0 dah dapat. Takpalah takda rejeki ye dak? hihihi *gelak tutup mulut*

Thursday 15 March 2012

Terdetik rasa menyampah.

Taksub sangat dengan Korea kau ni. Semua nak cerita pasal Korea, nak kaitkan dengan Korea payahlah. Wake up brother and sister, wake up. You live in Malaysia. Aku rasa kau perlukan buku; How to become a Korean fans for dummies. Aku rasa lah.

Minat boleh, tak salah di sisi undang undang yang digubal kerajaan Malaysia. Tapi ini sampai terlalu taksub, sampai semua topik yang dibualkan berkisar tentang Korea, sampai tak bercampur dengan orang yang tak minat Korea, sampai dressup semua nak macam artis Korea, sampai bercakap pun dah; oppa oppa nake nake fadilah kamsah hamidah sarang burung neyo gay. Sepatah haram tak faham apa cerita?

Lebih sadis ada yang membanding bandingkan artis Malaysia dengan artis Korea. Ya, ada. Jangan tak tahu. Pergi korea idak jugak ye dak? Come on, tak boleh lah macam ni. Boleh nak minat, tapi berpada pada lah. Jangan sampai terdetik rasa menyampah di hati orang yang melihat kamu. Biar balance orang kata. Okay adik adik BBNU semua?

Anyway, abang prefer Japan instead Korean. hiks.


Monday 27 February 2012

Kau pengampu, aku juga pengampu.

Kita sebagai manusia takkan lari dari mengampu. Ini adalah fakta dan kenyataan berdasarkan kajian oleh aku sendiri. Sebenarnya  bila dengar perkataan "ampu" ni apa yang korang fikir? Atau apa yang terbayang di ruang minda korang?

Adakah; "Ampu? Euww, puhliss lah. Not my style okay." atau "Ampu ni kaki bodek, kaki kipas. Aku cukup meluat dengan orang hat lagu ni. Aku dapat memang lunyai aku bagi.

Okay enough is enough.

Ampu sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian. Satu ampu jenis bangang yang terang lagi bersuluh, satu lagi ampu jenis berhemah dan licik. Bagaimana pula yang dikatakan ampu jenis bangang dan berhemah ni? Okay, teruskan membaca.

Ampu jenis bangang yang terang lagi bersuluh ni kebiasaannya kerap dilakukan oleh orang yang bangang. Dah nama pun ampu jenis bangang ye dak? kehkehkeh. Maksud aku, pengampu jenis ini tidak memikirkan jangka masa panjang dan orang disekeliling asalkan apa yang dihajati dalam ampuannya berada didalam cengkaman dan genggaman. Kebiasaanya dibenci, dikutuk, diherdik dan dihina orang masyarakat sekeliling.

Macam mana tak dibenci oleh masyarakat. Contoh: Situasi 1- Lina kerap berdamping bersama pengarah di syarikatnya sehingga kerja kerja di departmentnya terbengkalai dan bertimbun sekaligus menyusahkan orang bawahannya

Okay, Ampu jenis berhemah dan licik. Pengampu jenis ini memang pandai dan licik. Dia pandai menyembunyikan identiti sebenar dia, bermuka muka dan jika dia salah menggunakan kelebihan yang ada, mahu jenayah kolar putih jadinya.

Pengampu jenis ini mengampu dengan menyiapkan tugasan yang diberikan dengan cemerlang, paling busuk pun dengan baik. Dia akan bertindak terhadap semua arahan yang diberikan. Jika berlaku kesilapan, alasan yang diberikan cukup logik, disertakan pula dengan alibi sehingga pihak yang ingin membantah pun fikir 345678 kali.

Dia juga akan berlaku baik dan ramah terhadap semua staff untuk menampakkan imej baik hinggakan pihak atasan nak marah pun macam segan segan walaupun memang salah. Itu semua adalah strategi pengampu yang berhemah serta licik dan ianya adalah ampuan untuk jangka masa panjang.

Kau pengampu? Aku juga pengampu. Tapi aku bukan pengampu jenis macam kau. Hiks.

Sunday 26 February 2012

Kronologi Melanggar Pakcik Melintas Jalan

KHAMIS 23 Februari 2012 - Aku memulakan pagi aku harini dengan melanggar orang tua yang melintas jalan dengan menggunakan motosikal.

Aku bukan apa. Dia melintas toleh kiri kanan je. Ikut hukum melintas jalan kena toleh kiri kanan kemudian kiri semula, baru melintas.

Ambik kau kena langgar sekali dengan aku. Orang tua tak orang tua. Nasib baik aku dah perlahan, kalau tidak mahu ke hospital beliau.

Lepas langgar tu aku cakap kat dia; Uncle, you ingat you lintas jalan dekat ghost town ke tak payah toleh kiri kanan, lintas terkedek kedek.

Dia dengan muka terkejut (mungkin terkejut sebab baru lepas dilanggar) terkebil kebil pandang aku.

Lepas tu aku cakap; Okaylah uncle, you pun hidup lagi ni. I gerak dulu. Dah lambat ni nak ke tempat kerja. *sambil menunjukkan jam kepada dia*

Uncle tu masih terkebil kebil, tapi mengangguk anggukkan kepala. Mungkin dia setuju apa yang aku cakap kot. Tanpa membuang masa aku terus memecut ke tempat kerja

Sampai di tempat kerja, lepas punch card apa semua, manager pulak panggil aku masuk office dia.

Dalam hati aku; Eh, takkan dia tahu aku langgar orang tua tadi. Tak mungkin orang tua tadi kaum kerabat dia. Aku melangkah masuk dengan hati penuh debaran.

Masuk masuk dia terus cakap: Macam mana kerja? Okay? Ada masalah beritahu. Kita bincang, boleh selesaikan sama sama. Aku hanya terangguk angguk, geleng geleng umpama lagu ahli fiqir. Cuma tiada muzik yang seiring dengan anggukkan dan gelengan aku sahaja,

"Oh, bulan 3 atau bulan 4 ni kamu akan naik pangkat. Sekarang ni kamu training dulu." Katanya lagi.

Aku berfikir sesaat dua sebelum membalas; Naik pangkat? Saya? Puan, nak bergurau ada cara dan batasnya puan. Kang ini makan dia. *sambil menunjukkan kaki*

Okay, tammat.

Moral of the story: Langgar orang tua akan dinaikkan pangkat.

Point sebenar: Aku nak cakap yang aku langgar orang tua je. Maaf, maksud aku terlanggar. Hiks

Tuesday 31 January 2012

Meanwhile in Malaysia.... Myvi Terbang

  



Myvi Baru Lagi Best! Best tak bestlah kan sampai boleh terbang. Muahahaha. Anyway, guwa minat betul dengan Myvi Extreme 1.5 ni. Hampir inzal guwa tengok gambar gambar beliau. Aumm!




Credit to: Today Malaysia.com for Myvi Extreme 1.5 photos

Kemalangan Motosikal Part 2

Ini adalah kemalangan yang tidak membabitkan jiwa buat kali kedua telah aku alami. Korang pasti tertanya tanya kenapa tiba tiba part 2 bukan? Sebenarnya part 1 punya aku tak muatkan ke dalam blog usang ni. Ianya terjadi di pertengahan bulan November 2011 dan yang aku nak cerita ni yang terjadi pada 29 January 2012 baru baru ini.

Sebenarnya banyak siri hampir kemalangan terjadi kepada aku bermula dari pertengah tahun lepas (2011). Tapi disebabkan kehandalan aku mengawal motosikal maka aku dapat mengelak siri siri tersebut dari berlaku. Hanya 2 kes besar dan 2 kes kecil sahaja berlaku sepanjang pertengahan tahun lepas (2011) hingga awal tahun ini (2012). Ahhh sudah. Tiba tiba aku jadi malas pulak nak bercerita.

Korang tengok jelah gambar motosikal aku yang terbabit dengan kemalangan yang membabit motosikal juga tapi ditunggang oleh lelaki berbangsa India. 


Barai. Apa yang sadis disini, motosikal mamat India tu takda apa apa. Celaka tak celaka lah kan? Dah lah tengah pokai ni. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless