Monday 27 February 2012

Kau pengampu, aku juga pengampu.

Kita sebagai manusia takkan lari dari mengampu. Ini adalah fakta dan kenyataan berdasarkan kajian oleh aku sendiri. Sebenarnya  bila dengar perkataan "ampu" ni apa yang korang fikir? Atau apa yang terbayang di ruang minda korang?

Adakah; "Ampu? Euww, puhliss lah. Not my style okay." atau "Ampu ni kaki bodek, kaki kipas. Aku cukup meluat dengan orang hat lagu ni. Aku dapat memang lunyai aku bagi.

Okay enough is enough.

Ampu sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian. Satu ampu jenis bangang yang terang lagi bersuluh, satu lagi ampu jenis berhemah dan licik. Bagaimana pula yang dikatakan ampu jenis bangang dan berhemah ni? Okay, teruskan membaca.

Ampu jenis bangang yang terang lagi bersuluh ni kebiasaannya kerap dilakukan oleh orang yang bangang. Dah nama pun ampu jenis bangang ye dak? kehkehkeh. Maksud aku, pengampu jenis ini tidak memikirkan jangka masa panjang dan orang disekeliling asalkan apa yang dihajati dalam ampuannya berada didalam cengkaman dan genggaman. Kebiasaanya dibenci, dikutuk, diherdik dan dihina orang masyarakat sekeliling.

Macam mana tak dibenci oleh masyarakat. Contoh: Situasi 1- Lina kerap berdamping bersama pengarah di syarikatnya sehingga kerja kerja di departmentnya terbengkalai dan bertimbun sekaligus menyusahkan orang bawahannya

Okay, Ampu jenis berhemah dan licik. Pengampu jenis ini memang pandai dan licik. Dia pandai menyembunyikan identiti sebenar dia, bermuka muka dan jika dia salah menggunakan kelebihan yang ada, mahu jenayah kolar putih jadinya.

Pengampu jenis ini mengampu dengan menyiapkan tugasan yang diberikan dengan cemerlang, paling busuk pun dengan baik. Dia akan bertindak terhadap semua arahan yang diberikan. Jika berlaku kesilapan, alasan yang diberikan cukup logik, disertakan pula dengan alibi sehingga pihak yang ingin membantah pun fikir 345678 kali.

Dia juga akan berlaku baik dan ramah terhadap semua staff untuk menampakkan imej baik hinggakan pihak atasan nak marah pun macam segan segan walaupun memang salah. Itu semua adalah strategi pengampu yang berhemah serta licik dan ianya adalah ampuan untuk jangka masa panjang.

Kau pengampu? Aku juga pengampu. Tapi aku bukan pengampu jenis macam kau. Hiks.

Sunday 26 February 2012

Kronologi Melanggar Pakcik Melintas Jalan

KHAMIS 23 Februari 2012 - Aku memulakan pagi aku harini dengan melanggar orang tua yang melintas jalan dengan menggunakan motosikal.

Aku bukan apa. Dia melintas toleh kiri kanan je. Ikut hukum melintas jalan kena toleh kiri kanan kemudian kiri semula, baru melintas.

Ambik kau kena langgar sekali dengan aku. Orang tua tak orang tua. Nasib baik aku dah perlahan, kalau tidak mahu ke hospital beliau.

Lepas langgar tu aku cakap kat dia; Uncle, you ingat you lintas jalan dekat ghost town ke tak payah toleh kiri kanan, lintas terkedek kedek.

Dia dengan muka terkejut (mungkin terkejut sebab baru lepas dilanggar) terkebil kebil pandang aku.

Lepas tu aku cakap; Okaylah uncle, you pun hidup lagi ni. I gerak dulu. Dah lambat ni nak ke tempat kerja. *sambil menunjukkan jam kepada dia*

Uncle tu masih terkebil kebil, tapi mengangguk anggukkan kepala. Mungkin dia setuju apa yang aku cakap kot. Tanpa membuang masa aku terus memecut ke tempat kerja

Sampai di tempat kerja, lepas punch card apa semua, manager pulak panggil aku masuk office dia.

Dalam hati aku; Eh, takkan dia tahu aku langgar orang tua tadi. Tak mungkin orang tua tadi kaum kerabat dia. Aku melangkah masuk dengan hati penuh debaran.

Masuk masuk dia terus cakap: Macam mana kerja? Okay? Ada masalah beritahu. Kita bincang, boleh selesaikan sama sama. Aku hanya terangguk angguk, geleng geleng umpama lagu ahli fiqir. Cuma tiada muzik yang seiring dengan anggukkan dan gelengan aku sahaja,

"Oh, bulan 3 atau bulan 4 ni kamu akan naik pangkat. Sekarang ni kamu training dulu." Katanya lagi.

Aku berfikir sesaat dua sebelum membalas; Naik pangkat? Saya? Puan, nak bergurau ada cara dan batasnya puan. Kang ini makan dia. *sambil menunjukkan kaki*

Okay, tammat.

Moral of the story: Langgar orang tua akan dinaikkan pangkat.

Point sebenar: Aku nak cakap yang aku langgar orang tua je. Maaf, maksud aku terlanggar. Hiks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless