Thursday, 12 August 2010

Kisah Benar

Status: Ngantuk. Mood: Kelakar.

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua umat Islam

Sempena ramadhan yang mulia ini, izinkan saya menceritakan pengalaman yang benar benar terjadi agar dapat kita renungkan bersama dan ambil iktibar melaluinya.

Kisah ini benar benar terjadi kepadaku sewaktu aku kanak-kanak. Aku amat takut kepada bapaku. Tidak seperti kanak-kanak sekarang, sepatah bapanya berkata, 10 patah dia menjawab. Dipendekkan cerita, bapaku suka memberikan amaran kepadaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak digemarinya. Sebagai contoh, jika ke kedai dan aku mengambil gula-gula atau coklat, dia pasti akan menjeling padaku. Bermakna aku disuruh meletakkan kembali gula-gula atau coklat yang diambil ketempatnya semula. Dengan berat hati aku menurut kehendaknya.

Suatu hari, aku mengikut bapaku ke surau untuk memunaikan solat maghrib. Waktu itu aku duduk di saf belakng dan bermain bersama rakan-rakan ku yang lain. Seperti biasa, bapaku menjeling padaku dengan muka yang bengis lagi garang. Aku sudah paham kehendaknya, lalu aku menuju ke saf paling hadapan dan duduk bersebelahan dengannya. Selesai bilal melaungkan azan dan iqamat, semua jemaah bangun untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat yang dipakai tok imam terselit dicelah punggungnya.

Aku dengan niat yang baik ingin membantu, terus menarik kain yang terselit itu. Bapaku yang sedang solat lantas memberikan jelingan mautnya padaku. Aku pun faham apa maksudnya, lalu tanpa berfikir panjang aku terus memasukkan kembali kain pelikat tok imam itu ke celah punggungnya semula. Apalagi, tok imam yang sedang khusyuk membaca surah terus melatah sambil membuka kekuda silatnya.

Habis satu jemaah batal solat maghrib pada hari itu kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Bapaku memohon maaf kepada tok imam dengan muka yang merah padam kerana menaham malu dan marah. Malam tu, berbirat punggung aku disebat dengan rotan hikmatnya.

Moral: Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. :))



Nota sampingan:
Cerita ni dah lame dah.
Aku amek dan ubah suai sikit.
Disclaimer, I do not own the picture and this original story.
Please don't sue me. Just sit back, relax and enjoy the story!

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:40am Khamis 12 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Jangan lah lurus sangat jadi orang."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless