Friday, 20 August 2010

Susulan Daging di McDonald's Tidak Halal

Status: Lega. Mood: Tersenyum.

Alhamdulillah, balik dari terawih aku terus buka blog nak tengok, nak godek apa yang patut. Aku agak terkejut sebab ramai gak yang datang menyinggahkan diri kat blog aku yang tak seberapa ni, dan ramai juga yang memberikan pandangan dan komen komen yang membina. Tidak kurang gak yang memaki hamun sana sini. Tapi ingat, bahasa yang kita guna melambangkan siapa diri kita dan bagaimana kita dididik yer sedara sedari semua. Tapi aku rasa takpe sebab yang komen maki maki tu semuanya anonymous.

Okay, berbalik pada topik daging McDonald's yang tak halal ni. Aku pun terus membaca komen yang dilemparkan untuk melihat pandangan masing masing. Satu satu komen buat aku gelak. Komen yang tak membina jer la yang buat aku tergelak macam komen yang maki maki semua tu. Akhirnya aku jumpa satu komen yang matang dan berfikiran terbuka dari bro Akaun05, dalam komen tersebut ada satu link yang menyatakan status McDonald's sekarang. Thanks bro, you are the best. :)

Haa, sape yang was-was dan masih meragui kestatusan McDonald's tu ni ada perbualan antara pengadu dengan JAKIM tentang status halal McDonald's. Perbualan diorang lebih kurang macam ni la~

"Pengadu : Saya ada terima surat pada __ April daripada Internet telah dihantar kepada ___ (MacFood tu) yang menarik balik persijilan daripada Uruguay. (korang tau cerita dah, yang tak tau cerita tengok kat sini)

JAKIM: Itu untuk daging


Pengadu : Daging apa tu Cik?


JAKIM : Daging lembu dari Uruguay kita telah tarik balik certificate halal sebab dia tak ikut piawaian kita.
Tapi McDonald semua kita dah maklumkan dan diorang dah tukar pembekal lain.

Pengadu: ok, sekarang ni mmg boleh makan la kat
mcdonald?

JAKIM: Boleh, boleh...dia dah tukar pembekal lain dan dia dah takde stok daging tu lagi..
dia ada mohon halal dengan kita

Pengadu: Surat tu mmg dah ade dah eh? Dah ade halal la eh?


JAKIM :
Mcdonald mmg mohon halal dengan kita.

Pengadu: Ok terima kasih


JAKIM: sama....
"


Kepada yang maki maki tu, Yay! McDonald's dah halal, boleh lah makan pasni. haha

Tak puas ati lagi? Haa korang boleh download perbualan tu dan dengar sendiri. DOWNLOAD HERE
Ok, sekarang terpulang pada anda semua nak menilai. Aku just menyampaikan. Papepon, tolong la sebarkan pada yang tak tau lagi tu. Sebarkan yer. Nak aku guna loudspeaker lagi ker? tak perlukan? ngeahhhahaha~

Nota sampingan:
Takde nota kowt arini. hehee
feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 10:05pm Jumaat 20 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Bolehlah nenek makan kat McDonald yer cu?"
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


30 comments:

NaM said...

Its good McD dah MINTAK sijil Halal. But the question is, dah LULUS kea???

kay daheartless said...

NaM, dah lulus lah tu. kalau tak, takkan JAKIM cakap camtu. peace yaw~

khairul azri said...

http://www.facebook.com/note.php?note_id=458367536997&comments

kay daheartless said...

Thanks Khairul, info yang berguna. :)

samat said...

mat... ni bukan soal lulus ke tak. soalnya, sijil halal supplier yg jakim kuarkan dh ditarik balik. jadi mcd pon dgn senang hati hentikan supplier tu. soalnya jakim. bukan mcd.

halal mcd tu mmg selama ni ada. halal supplier yg ditarik balik dan mcd pon hentikan dh supplier tu.

baca bahasa melayu pon tak paham ka ?

Anonymous said...

bodoh la ko ni kay. ko ni faham bahasa melayu ke tak?

kay daheartless said...

Mr. or Mrs. Anonymous.
Aku tau kau paling genius. Anugerah yang tuhan beri kat kau membuatkan kau paling genius dan orang macam aku ni semuanya bodoh belaka. Aku dah kata, Im just sharing. So, betulkan aku jika aku salah, tunjukkan aku jalan pulang jika aku sesat. Bukan tu ke yang diajar Islam? kau kan genius, mesti kau tau. Lain lah kalau kau ni bukan Muslim. Salam~

Anonymous said...

halal utk kte...halal jgk daging sedare2 kita di palestin...

riezall said...

To blogger....
rilek banyak aaa.... bende2 yang keluar kat internet dulu seblom kat paper memang banyak meragukan... lebih2 lagi kita tak tau sapa yang mula sebarkan cite2 begini kat internet. Kadang2 cite yg disebarkan ada benarnya tapi ada plak yang suka menokok nambah sampai kita was2.
Maybe tuan tanah ada info2 camni tapi boleh menyebabkan keraguan org lain, boleh la letak tanda soal ke(Kat tajuk), apa2 yang patut.....kerana org2 mcm saya lebih percayakan kulit dari isinya...

Adisaufi said...

hidup blogger!!!...stop je la prbincangn ni..gado2 pon tk guna gak..kembali kpd asal...wa tk kt sape2 tp 'nawaitu' kn tetapkn..InsyaAllah..yg lain2 tu serah je pd yg maha kuasa..YG KURIK ITU KENDI YG INDAH ITU BHS..:D

Anonymous said...

MCD kena boycots!!!! walaupun dia dapat sijil Halal dari JAKIM..sb MCD adalah salah satu syarikat penyumbang terbesar kepada Zionist laknat!! kalau kita pi makan kat MCD samalah kita meyokong tindakan yahudi keatas penduduk Palestin...kalau dh rasa xboleh nak tinggalkan MCD, pi lah cari tempat halal yang lain. sekarang kita dh ada RFC ,so xada alasan kenapa kita masih lagi makan di MCD...

행복^.^김보아 said...

Kpd En/Pn Anonymous No.8 ~

Pd pendapat saye la..isu McD penyumbang kpd Yahudi (or Zionist or whatever..sy xbrp phm sgt bende ni) n McD halal or haram are 2 different things..tuan blog ni cume nk clarify d issue yg mcd halal or haram sbb bile kt mcd haram org mrh..kt sebar fitnah la, ape la..(xpercaya bace comments post b4 this)

So, skrg ni bile dh terbukti mcd tu halal..it depends la samada korg nk makan mcd or x..knp nk campur-adukkan 2-2 isu ni..

Anyway, thanks tuan blog 4 making my day. Kelakar bile bc comments utk 2-2 posts tu..kt mcd haram marah..bile kt mcd dh halal pn nk marah jugak? manusia mmg ssh nk dipuaskan..=)

p/s: sy bkn nk cr gaduh dgn sape2..cume sy rs 2 isu berbeza xptt dicampur-adukkan..ape2pn sy suke ad 1 comment post b4 this yg kt "wpun kite xsuke bende tu kite xleh paksa org len utk xsuke bende yg kite xsuke tu.." =)

tekong said...

salam

sebagai net-etiquette, saya rasa post sebelum ini mengenai daging mcdonalds tidak halal, kotak comment itu perlu ditutup so tidak ada lagi orang yang membuat komen mengenai berita itu yang telah selesai..

wallahualam

shahrul said...

salam... halal atau x halal mcdonald's, harap kita selaku muslim boikot atas sumbangan langsungnya kpd rejim zionis. Details: http://www.inminds.co.uk/boycott-mcdonalds.html

http://www.inminds.co.uk/boycott-leaflet-a4-ramadan-campaign.pdf

website inminds.co.uk di atas jugak menyediakan senarai jenama yg bersekongkol dgn zionis, setelah mereka melakukan kajian. Kalau teringin sangat nak makan fast food, makan aje la BK ke, KFC ke, Wendy's ke.

Dulu dlm buletin utama ada klua berita pasal boikot McD, Coke dgn Starbucks pasal diorg directly sokong zionism. Antara yg kelihatan dlm kempen tu ialah org tionghua yg menurut teori kebarangkaliannya merupakan bukan muslim. Kalau org non-muslim sanggup boikot tapi org Islam dok beli lagi McD, saya pun tak tahu nak kata apa.

Anonymous said...

Aku tak tau la kn yg aku tau klu kita boikot mcd ke apa2 brand lain ke kita kena tau kita boikot sama la kita jthkn ekonomi negara kita~pernah pkr org2 yg keje kat mcd tu?ramai yg warga emas,org kurang upaya diterima keje kat mcd tu~kena pkr semua yg ada kat negara ni menyumbang kpd ekonomi negara...klu rasa tak puas ati jgn boikot trs ja antar surat rasmi kat perdana menteri tu pun klu berani la~kita ni ckp ja besar nk boikot sana sini blkg togak air setan...apa2 pun aku cuba nk kasi pendapat aku...sapa2 tak puas ati mmg aku taknk puaskn ati sapa2 pun~idup blogger !!!

Anonymous said...

McDonald mendapat pengiktirafan halal dari Jakim..ni info, boleh rujuk atau call JAKIM untuk verify info ini

Nama :
MACFOOD SERVICES (M) SDN BHD
Alamat :
NO.7,JALAN SS 13/5
47500 SUBANG JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA
Negeri :
Selangor Darul Ehsan
No. Telefon :
03-56330222
No. Fax :
03-56344779
e-mail :
rahimi.mahad@my.keystonefoods.com
Laman Web :
TIADA
No. Rujukan :
JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 1 002-07/2004 JLD.5
Pegawai Rujukan :
Victor Sim

shahrul said...

susulan komen boikot McD jatuhkan ekonomi negara, mmg betul akan jatuh kalau kita boikot McD n x pegi tmpt lain. Tp saya x suruh boikot semua fast food, spt yg ditulis di atas beralihlah kpd fast food yg x directly linked to zionists mcm KFC, BK, Wendy's etc. N kalau McD etc lingkup, pekerja2 dia boleh diambilalih oleh KFC etc yg bisnesnya makin berkembang hasil drp customer McD yg lari ke diorg. Quid pro quo.

In fact, boikot barangan yg melampau2 n x menasabah harganya spt Starbucks n beralih kpd restoran2 tempatan lebih baik dan sihat kpd ekonomi negara kalau anda buat kira2 sendiri. Barangan yg highly overpriced nie kesan spin off dia kpd ekonomi negara x sebesar mana. Manfaat dia berpusar sekitar tauke2 kapitalis je yg banyak.

Tapi kalau betul2 patriotik nak majukan ekonomi negara marilah kita beralih kpd Malaysian fast food mcm 1901, Chicken Rice Shop, RasaMas etc ataupun restoran2 tempatan. Kpd yg mengaku nak mempertahankan ekonomi negara, ini pilihan terbaik utk anda.

Anonymous said...

Salam,

Beralih la kpd Radix Fried Chicken...100% Restoran segera yang Halal lagi Musleem Product first in malaysia Halal,Fresh n Organic....jd kenapa masih ada mangkuk hayun pi makan kat MCD, KFC n Pizza Hut???

Anonymous said...

salam.
yeay.! dah boleh makan. :)

merujuk kpd komen di atas saya ni.
huh. bahasa. mangkuk hayun.
cara nak ajak tu dah baik. tp bhs pulak kurang sopan.
sO, i'll stick tO mcD lah. <3

gadis.thibb. said...

biasa la manusia. bahasa.

kalau ikut ustaz saya, meskipun tiada siapa pun tahu kita mencarut, memaki-hamun di dunia IT ini, dosanya tetap ada.

dan kebetulan di bulan ramadan ini,
" Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Prof. Dr Muhd Uqlah Ibrahim (Ulama Fiqh di Jordan) serta lain-lainnya, di samping pahala yang berganda. Dosa juga boleh berganda di bulan mulia ini"

tepuk dada, tanya iman :)

Ramadan Kareem, Allahuakram.

Nur Safwanah said...

salam.dh baca sema komen2 kt atas.. x boley ke guna bahas yg baek2.. btw,just nk komen pada manusia yg kata drpd McD beralihlah kpd KFC tu.. Bukan ke KFC pun produk yahudi? betulkan saya kalau saya salah.. Saya rasa 80% produk di M'sia is yahudi punya.. nak jumpa yg truly Malaysian sgt susah lebih2 lg di kwsn pedalaman.. Kan kan kan???

shahrul said...

jawapan kpd nur safwanah:

setakat ini saya hanya percaya kpd senarai jenama yg ada dlm link saya bagi kat atas (http://www.inminds.co.uk/boycott-leaflet-a4-ramadan-campaign.pdf) krn mereka dah lakukan penyelidikan dan disertakan dgn bukti yg mereka dapati. Yg lain2 tue pada saya rumors aje, termasuklah KFC (sbb setakat nie org yg bgtau KFC directly linked to zionism x bagi bukti).

Apa pun wajib diingat yg senarai dlm link di atas ialah jenama yg DIRECTly support zionism. Yakni yg secara dgn niat menyokong negara haram zionis dgn memberi dana & pelaburan. Yg bagi sumbangan tanpa niat n secara indirect tue takde la dlm senarai. Tapi kalau nak kira yg secara indirect, mungkin hampir semua produk akan ada dlm senarai. So kita avoid yg mana betul2 ternyata bagi sokongan secara direct.

Anyway saya lebih suka kalau kita beralih kpd produk muslim mcm radix. Itu lbh bagus.

p/s: kalau starbucks tu pada pendapat saya bukan hanya perlu boikot pasal kaitan dgn zionis, tp jugak pasal membazir. It's not even a 'want'.. it's a waste! Membazir tue kan sedara setan. Definisi membazir pada saya ialah bila kita terng2 bole beli benda yg serupa pd harga jauh lg murah, tp kita memilih utk beli kat tempat yg jual dgn harga melampau mahal. Apatah lagi bila brg tu bukannya necessity.

Anonymous said...

Dimana silap nya klu hal ni betul2 trjadi..stiap hari ada saja makan kita slalu makan dikatakan haram??namun knp masih trdapat LOGO HALAL JAKIM YG SAH???knp skg baru nk di perkatakan bukan dri dl lg klu dh tau x boleh dimakan oleh umat ISLAM mengapa boleh berada dipasaran terbuka..

Anonymous said...

yg terbaru dari website JAKIM ni?
http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=NEW-20100823131529&type=NEW

Anonymous said...

slm...
kesimpulannya...mcd ni halal ke x?

kak long said...

SALAM.....KALAU SEDARA SEDARI X PUASHATI LAGI...JEMPUTLAH BERTANYA KEPADA PIHAK JAKIM DENGAN CALL SNDRI YER......MAAFLAH KALU TERKASAR BAHASA...TP KITA PERLU MENILAI DAN MENGKAJI SESUATU PERKARA YANG KITA RASA WASWAS BARU BUAT KEPUTUSAN...
LG SATU ISU MCD NGAN YAHUDI ADALAH 2 PERKARA YANG BERBEZA....SAYA JADI SENSITIVE ISU NI PASAL REZEKI YANG SAYA SEKELUARGA DAPAT ADALAH DARI BEKERJA DI MCD...SBB HANYA INILAH SAHAJA REZEKI YANG MAMPU SAYA PEROLEHI SETAKAT INI...NAK MENGUTUK DAN MENGOMEN YANG TERUK2 FIKIRKANLAH JUGA WAHAI SEDARA SEDARI BERAPA RAMAI SAUDARA SEISLAM KAMU YANG MENYARA KELUARGA DGN BEKERJA DI MCD...BKN SEDIKIT...TIDAK ADILLAH BAGI MEREKA...SUDAH PASTI MEREKA BERASA SEDIH DGN ISU INI SEOLAH2 ORANG MENABUR PASIR DALAM PERIUK NASI KITA....RENUNG2KAN SELAMAT BERAMAL..

kayah said...

Assalamualaikum wbt...

Saya tak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa.. dan saya juga tidak ingin mengharamkan apa yang halal. kalau salah silela betulkan ye? ye?

teringat satu kisah semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

ade version lain burung pipit tu kata, supaya bila di akhirat nanti Allah akan tanya dia, apa dia buat semasa di nampak Nabi Ibrahim dibakar? jadi terlepaslah dia kerana dia dah berusaha untuk memadamkan api tu.

ape kene mengene pengene mcd ngan burung pulak ni? kite jdkan burung yang comel ini sebagai cnth ye rakan2 sekalian.

di akhirat kelak kita akan disoal dari mana kite perolehi rezeki kita dan KE MANA kita belanjakannya.

okay, contohla.. kite nak beli baju raya lepastu ade dua penjaja muslim. sorang tu kite tahu, die ni baik je okay sume. lagi sorang pulak kite tau, die seorang yang meminum arak. mksdnye klu kite beli barang kat die, ada kebarangkalian yang dia akan menggunakan duit kite untuk membeli arak. jualbeli kita halal dan sah, TAPI kalau kite berjual beli dengan die... sama lah kita bersubahat dengan dia minum arak. pahe dok? secara tak langsung mcm kite galakkan die.

HABIS TU APE KENE MENGENE DENGAN McD???? ha, barula masuk cite, mmg dah sah2 McD ni adalah salah satu penyumbang kepada zionis. jd kite kene boycott. tp kte boycott pun mcmla mcd akan bankrupt.

serious wa cakap nk harapkan kite punye boycott, kene tunggu kucing masuk Universiti baru McD bankrupt. so what's the point? kan?

pada para pembaca cmmnt ini mesti tgh konpius oleh kontradiksi dalam comment ini. usaha kita memboikot mmg x dpt nk menghalang kemaraan tentera israel membunuh saudara muslimin kita di palestin. TETAPI!!! TAPI! BUT!!! insyaAllah, ye, DENGAN IZIN ALLAH boikot barangan2 yg ptut diboikot ini barangkali akan menyelamatkan kita dari terjerumus ke dalam api neraka kelak.

sbb kite tak membelanjakan duit kita terhadap para pembunuh saudara kira sendiri. fahimtu?

kepada saudara yang bernama anonymous yang keje2 kat McD tu, cubela mencari alternatif lain. ingatlah sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar yang dari arah yang x disangka-sangka kepada orang yang bertakwa. saya tahu mmg saya cakap senang.. saya doakan moga-moga Allah memberi kesenangan di dunia dan di akhirat kepada saudara saudari anonymous yg bekerja dgn Mcdonald's ni

wahai muslimin dan muslimat, marilah sama2 kita singkirkan penyakit cintakan dunia dan takut mati dalam diri kita. biarlah susah di dunia, jangan menderita di akhirat. makanlah makanan yang halal lagi BAIK. halal x semestinya baik. klu halal tapi duit yang kite bayar makanan halal tu digunakan untuk membunuh jutaan manusia yang tidak berdosa dan merupakan saudara kita sendiri buat apa? bayangkan yang kene bunuh tu mak korang. ha, nak makan McD lg? pikiaq2 lah dalam2 dengan menggunakan akal yang sihat

Assalamualaikum wbt

kayah said...

alamak terbanyak kali pulak. pemilik blog sile delete yang terlebih2. hehe mintak maap

Anonymous said...

kepada saudara yang bernama anonymous yang keje2 kat McD tu, cubela mencari alternatif lain. ingatlah sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar yang dari arah yang x disangka-sangka kepada orang yang bertakwa. saya tahu mmg saya cakap senang.. saya doakan moga-moga Allah memberi kesenangan di dunia dan di akhirat kepada saudara saudari anonymous yg bekerja dgn Mcdonald's ni

TERIMA KASIH ATAS DOA INI,ALTERNATIF LAIN MEMANG ADA SENTIASA....TP SETAKAT INI HANYA INILAH YANG TERMAMPU DILAKUKAN SETELAH PUAS MENCARI KERJA DI TEMPAT LAIN...WALAUBAGAIMANAPUN SAYA SENTIASA BERDOA SUPAYA SENTIASA DIBERI KEBERKATAN ALLAH DGN REZEKI YANG DIPEROLOLEHI DR BEKERJA DI MCD...NIAT HANYA SATU UNTUK MENYARA KELURAGA....DRPD X DE KEJE ZAMAN SEKARANG BKN SENANG NAK DPT KEJE...SEDIH SANGAT LA DENGAN TUDUHAN2 CAMNI...HUHUHU...YA ALLAH,AKU MOHON KEREDHAAN DAN KEAMPUNANMU ATAS KEALPAAN DAN KETIDAKDAYAAN KU INI...SESUNGGUHNYA AKU INSAN BIASA YANG LEMAH....

Bagi orang yang tidak mengalaminya memang senang untuk bercakap dan beri cadangn itu ini......berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...wpun pahit ku telan jua...

Titanickaram said...

Assalmualaikum.
1. Ada sesiapa yg cerdik pandai bole memberi maklumat tepat siapakah pemilik kepada syarikat2 ini dimalaysia:

KFC Holding
Pizza Hut
Ayamas
McDonald

2. Berapa peratuskah komisyen yg diterima oleh negara asal(jika ada)kalau kita membeli produk2 itu.

3. Berapa jumlah sebenar (bukan tekaan was2) duit itu akan digunakan utk memerangai org islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless