Sunday 15 August 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Status: Dalam kebosanan. Mood: Bercelaru.


Assalamualaikum, ni ada sikit buah tangan untuk bacaan anda semua.
Selamat membaca, renung-renungkan dan selamat beramal. :)

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau semasa kecemasan.

Wallahu a’lam.

Nota sampingan:
Wujud lagi ker lelaki macam ni?
Just bertanya untuk kepastian. ngeahhh~
feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 3:00am Ahad 15 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


6 comments:

amirah said...

moga jodoh kita terdiri drpd org2 yg punya sikap mcm ni

Blogger Picisan said...

InsyaAllah :)

nur 'afifah :) said...

kat mna nak cari orng yg ciri2 kat atas..??
(^___-)

Blogger Picisan said...

cuba cari kat bazar ramadhan. peluang nak jumpe tu ade la 50/50. kekeke

fyena said...

mgkn ada laki begitu tp x akan memenuhi ke 10-10 kriteria....

nobody perfect.....

Anonymous said...

cari kat surau time smayang subuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless