Thursday 24 June 2010

Sikit-sikit nak buat group or page kat Facebook.

Status: Tak paham dengan pengguna Facebook. Mood: Marah sekejap.

Aku malas nak cakap banyak. Korang tengok ah gambar dan baca, setuju atau tak, kite citer belakang.

Klik untuk besarkan sikit


Group ni dah kene delete kowt. Lepas aku posted hampir 1jam. Aku nak usha lagi, tengok dahtakde. Baru nak post something kat wall die. Disebabkan tak jumpe group ni. so aku post kat wall aku jerr, sape yang ade join group ni terkena sekali la.

Pembetulan: Tadi aku usha balik, jumpe plak group ni. macam biskut kejap ade kejap xde. haish~

Klik untuk besarkan sikit


Aku tau korang tak sependapat dengan aku. Well, masing-masing punye pendapat an. Persoalannye sekarang perlu ke buat semua tu? takde jalan lagi baik boleh dicapai? dah mati akal sangat? ke segan nak tegur mamat tu? Whatever the reason is, some call it karma, but I call it justice. :)



Nota sampingan:
Aku cam suke ngan pantun aku aku buat secara spontan tu.
Paku dulang paku berdiri, sebelum cakap orang, tengok dulu diri sendiri. ngeahhhh~



Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 3:00am Khamis 24 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Melayu yang layu."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Wednesday 23 June 2010

Beza antara Menteri Melayu dan Menteri Cina



Status: Tak paham dengan kerajaan Malaysia. Mood: Agak terkilan.

klik untuk besarkan sikit

Aku nak cakap ape lagi, sedangkan "Pemimpin B" yang bukan beragama Islam pun tau berjudi boleh mendatangkan kesusahan dan kehancuran dalam hidup. Bagi "Pemimpin A" pula, hormat tak hormat, mana boleh menghalalkan benda yang haram. Aku walaupun agama tak berapa nak kuat, tapi tau la sikit-sikit. BTW, ni bende basic kowt, JUDI ITU HARAM. Hallamak ai~ Segan la sikit dengan pemimpin yang bukan Islam. Ni aku posted kat blog aku ni jap lagi penyokong-penyokong "Pemimpin A" ni ade ah yang buat page "Kami benci Kaydaheartless" kat facebook. Silap-silap aku kene sumbat dalam ISA. Ops, Tak pasal-pasal blog aku jadi blog politik plak. ngeahhhahaha~

Nota sampingan:
Member share kat facebook, aku share kat blog. Sharing is caring an? ;)


Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:27pm Rabu 23 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Haa, yang ini lagi satu ni, Islam pada nama jer."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)



Tuesday 22 June 2010

Beza antara Brunei dan Malaysia

Status: Biase-biase. Mood: Normal.

Klik untuk besarkan sikit

Ni baru la negara yang betul-betul Islam. Demi kemakmuran rakyat dan negaranya yang tercinta, sanggup tolak semua usul arak, pelacuran dan judi. Ada satu negara asia lain yang mengaku mereka negara Islam, tapi meluluskan lesen judi baru-baru ni. Zon arak? Kilang arak pon dah bersepah der~ Pelacur jangan cakap la. Celah mana jumpe jer pelacur~ Budak sekolah pon ade yang jadi pelacur der~ Tak tau la mase depan negara yang lagi satu ni. Jadi cam Acheh agaknye nanti. Mintak dijauhkan.

Nota sampingan:
Jumpe kat facebook.


Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 1:27am Selasa 22 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Negara yang lagi satu tu, Islam pada nama jer."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Tuesday 15 June 2010

Dipatuk Rattlesnake

Status: Excited. Mood: Cool.

Gambar-gambar yang disiarkan ni maybe akan membuatkan seetengah daripada anda kurang selesa atau loya. Tapi bagi aku, aku suke tengok benda-benda macam ni. Aku tak tau kenapa, aku rase sangat teruja bila tengok gambar-gambar yang macam ni.hehee Gambar - gambar kat bawah ni adalah gambar tangan seorang mangsa yang terkena gigitan daripada Rattlesnake dan menyebabkan otot-otot ditangannya terkoyak. Racun daripada ular tersebut bertindak bagaikan asid yang menghakis! Berikut adalah 14 gambar penyambungan semula otot dan kulit yang terkoyak sehingga sembuh. Ah, sebelum tu. Ni dia rupa Rattlesnake. :)



































Nota sampingan:
Gambar ehsan daripada eBaum's World


Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 11:25pm Selasa 15 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Jangan main giler cu dengan ular."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Oh! Mohamad Qayyum Kembali ke Rahmatullah?

Status: Terkejut. Mood: Kelakar.

Sape Qayyum yang di maksudkan? Haa, Qayyum yang dimaksudkan kat atas tu adalah pemilik dan admin blog ini atau lebih dikenali dengan panggilan Kay. Aku agak terkejut gak dengan statement yang dikeluarkan mengatakan bahawa aku telah meninggal dunia. Mane taknya, tuan punye badan sihat walafiat beb, (cume gigi jer yang tengah sakit ni.) tapi statement yang dikeluarkan cakap aku dah kembali ke rahmatullah. Nak tau statement die camne korang bace la ni.

Klik image untuk besarkan sikit

Tak boleh blah an? Aku sebenarnye dah lame tak online sebab internet umah aku kene potong. (tak bayar bil punye pasal.hehehee) Aku tak tau lah sape yang keluarkan statement ni, yang aku tau akaun Facebook aku telah di akses oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan gambar-gambar peribadi yang aku hide dari orang kat dalam Facebook pon pasti die dapat akses jugak an? So, tak hairan la die boleh edit gambar aku dengan kemas untuk membuatkan statement tadi nampak betul dan nyata. So, hint yang aku dapat dia seorang yang pakar dalam menggunakan software edit mengedit picture cam photoshop dan software yang sewaktu dengannya. Yang Aku tak tau dan tertanya-tanya mane die dapat butir-butir peribadi aku. Setahu aku, aku hanya menggunakan nama Kay atau Kaydaheartless kat dalam laman sosial. Tapi tak tau la kalau aku ade bagitau name betul aku kat mane-mane laman sosial, maybe aku tak ingat. Thats why aku tak suka letak name betul kat laman-laman sosial or website ni. Kecuali yang buat ni betul-betul kenal aku. Bawah ni adalah picture yang telah diedit tu. Papepon, semat die edit picture aku ni. Thanx eh. hehee

Klik image untuk besarkan sikit

Kepada yang anggap aku ingin mencari publisiti murahan, aku tak boleh nak tutup mulut korang. Apa yang korang percaya, itulah yang akan korang pegang. So aku tak boleh nak paksa korang percaya betul tak? "Some called it karma, but I called it justice". Satu hari akan terbalas gak sape yang buat macam ni. Tapi aku rase orang yang buat ni just nak bergurau, tapi tak kena tempat. Papepon, bak lagu nyayian kumpulan Scorpion, "What you give~ you get back~" hehee

Nota sampingan:
Kepada Oh!Tidak.com, aku pinjam trademark Oh! korang yerr~
Janganlah saman aku sebab guna trademark korang tanpa kebenaran.hehee



Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:47pm Selasa 15 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Benda macam ni jangan dibuat main."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Wednesday 9 June 2010

Letupan Kilang Mercun Bright Sparklers, Sg Buloh.

AMARAN: UNTUK BACAAN 15 TAHUN KE ATAS

Fakta Kejadian: Tragedi letupan kilang mercun
Tarikh Kejadian: 07.05.1991
Anggaran Masa Letupan: 3.45 petang
Maut: 26 orang
Cedera: 83 orang
Jumlah Kutipan Derma Tabung Bencana: RM935,688.18

Oleh Nasron Sira Rahim
LETUPAN paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor.



Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia kedua. Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca dari sebuah kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi.

Bunyinya yang kuat bagaikan letupan bom berkuasa tinggi dan kesan gegarannya memecahkan cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang, yang terletak kira-kira tujuh kilometer jauhnya dari kilang itu. Jika kawasan sejauh itu mampu musnah dan rosak, dapatkan anda bayangkan keadaan mangsa yang berada hanya beberapa kaki dari bahan letupan itu ketika ia meletup



Tragedi kilang mercun itu memberi sejarah besar kepada negara. Ia sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini ia dibenarkan malah dihasilkan kilang di negara ini. Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.



Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer. Berpuluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan.



Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah saja, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan



Keadaan kelam-kabut terus berlaku apabila penduduk dan beberapa pihak yang berada berhampiran kilang melarikan diri bagi mengelak terkena serpihan batu, batang kayu dan besi yang berterbangan akibat letupan itu selain bahang api. Beberapa pihak yang gagal menyelamatkan diri akhirnya cedera terkena serpihan dan api itu. Kemalangan jalan raya turut berlaku sewaktu pemandu bergegas menyelamatkan diri ketika kebakaran ini. Seorang wanita cedera di kepala apabila terlanggar sebuah kereta di jalan raya dalam cubaan menyelamatkan diri itu.



Selepas letupan demi letupan itu semakin berkurangan, kedengaran raungan kesakitan di mana-mana. Berpuluh mangsa berlumuran darah merah manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak-saudara yang dikhuatiri menjadi mangsa tragedi. Wajah cemas dan sugul mengiringi pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada sesiapa saja yang dijumpai untuk mengetahui nasib sanak-saudara masing-masing yang bekerja di kilang berkenaan. Bimbang mereka jika insan disayangi menjadi korban tragedi itu.



Tangisan dan raungan semakin kuat kedengaran tatkala melihat keadaan ngeri mangsa yang rentung dan sudah tidak lengkap anggota badan dibawa keluar dari bangunan kilang yang hangus terbakar. Lapan jentera bomba termasuk dua dari Kem Tentera Sungai Buloh, Wilayah Persekutuan(2), Petaling Jaya (2) dan masing-masing sebuah dari Damansara Utama dan Shah Alam tiba seketika kemudian untuk memadamkan kebakaran dan menyelamat mangsa.

Lebih 50 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kepayahan lantaran pelbagai masalah timbul. Tekanan air terlalu rendah, pili jauh, api merebak terlalu cepat, angin kencang serta beberapa letupan menghalang tugas memadam dengan lebih mudah. Apabila pasukan bomba tiba, api sudah merebak ke tiga rumah berhampiran kilang. Akhirnya pasukan bomba terpaksa menggunakan air yang dibawa sendiri dan selepas bertungkus lumus selama dua jam, mereka akhirnya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain di sekitar kawasan berhampiran



Sembilan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima dari Hospital Sungai Buloh berulang alik mengangkut mangsa yang parah untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Keprihatinan orang ramai menyebabkan ada mangsa dibawa ke hospital menggunakan lori dan van dalam keadaan berlumuran darah. Walaupun kebakaran sudah dipadamkan, anggota bomba tidak dapat meneruskan operasi mencari mangsa dengan mudah kerana khuatir letupan akan kembali berulang berikutan masih ada tiga tempat simpanan letupan bawah tanah di kilang itu.

Dua daripada stor simpanan itu sudah meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter. Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya.
Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku.



SEHARI selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung. Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis, juga menerima aduan mengenai kehilangan enam penduduk tempatan. Selain itu, 37 rumah dan kilang serta tujuh motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu. Polis bagaimanapun mengalami kesukaran mengesan jumlah sebenar pekerja yang hilang dalam letupan itu berikutan majikan tidak mempunyai daftar kehadiran tugas harian dan ada pekerja kilang berhampiran yang cedera atau belum melaporkan diri.

Kemudian satu persatu kisah yang terselindung di sebalik tragedi itu mula terbongkar. Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978 malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji pekerja di bawah umur! Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan. Ia berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas sehingga terkena longgokan simpanan mercun dan bunga api yang terletak berhampiran seterusnya letupan semakin merebak. Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada usaha awal memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak disediakan secukupnya di kilang itu.



Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun. Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu. Kemudian operasi diteruskan dengan penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang.



Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan. Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam mengerikan iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.



Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang malah semakin merebak kepada beberapa penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu. Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal pihak berkuasa yang segera memadamkannya.


Nota sampingan:
Berita ni adalah ehsan dari Berita Harian.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 2:17pm Rabu 9 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Jangan main mercun, nanti jari putus."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)

Monday 7 June 2010

Kebaikan Penangguhan Hutang

Status: Bosan. Mood: Biase-biase jer.

Kepada pemiutang:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :


"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya."

(Hadis Riwayat Imam Tirmizi).



Kesimpulan Hadis:

1- Digalakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja.

2- Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.

3- Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka serta harus berurusan dengan cara hutang.


Kepada penghutang:
Okay, bagi sipenghutang pula, aku syorkan buku ni untuk korang semua. Asyik-asyik berhutang jer, kalau yang berhutang tu bayar balik hutang dia aku tak kisah. Ini senyap jer, bila ditanya baru tersengih-sengih macam kerang busuk.

Nota sampingan:
Aku pernah paksa orang bayar
hutang die kat aku dengan menggunakan kekerasan dan amaran secepat mungkin.
Ya Allah, hinanya hambaMu ini. T__T
Sumber dari Abubasyer

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 11:42pm Isnin 7 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Seeloknya kita berikan la mase kat orang yang berhutang tu."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)

Sunday 6 June 2010

Jangan Jadikan Telekung Satu Isu

Status: Kelaparan. Mood: Biase-biase jer.

"Telekung surau ni kotor laa.. camne nak semayang ni,
"
"Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,"

Skrip biasa, terutamanya di shopping complex. Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’. Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat. Begitukah?

Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:
* Yakin telah masuk waktu
* Menutup aurat
* Mengadap kiblat
* Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
* Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung. Jadi, wajibkah? Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.” [ Al-Hajj : 7]

Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi. Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah. Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik.


Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..

Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat?


Nota sampingan:
Aku jumpe artikel ni mase tengah blogwalking, So, ape salahnye kalau aku share benda yang bagus betul tak? Sharing is caring. :)
Artikel asal dari Nisa' Melaka


Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 4:20pm Sabtu 7 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Solat tu WAJIB cu, terutama bagi lelaki."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)

Friday 4 June 2010

Malang oh Malang! Part 2

Status: Malas. Mood: Not in Mood.

Ini adalah sambungan daripada entry yang lepas.

Sedutan dari entry lepas.
Aku lepak sebentar menghilangkan lelah akibat penat berjalan sejauh 0.9 kilometer. Kemudian aku terpandang laptop yang terdampar diatas meja dan tanpa berfikir panjang, aku membuat keputusan untuk online sebentar....

Battery
Sebut tentang online ape lagi, mesti korang terfikir Facebook kan? ya, memang aku online facebook. Dalam saat yang genting tu aku sempat lagi online + update status. Untuk pengetahuan umum, aku sememangnye seorang yang tenang dalam apa jua situasi. (puji diri sendiri beb!) Memandangkan aku online pada waktu pagi, maka peratus orang yang online amat lah sedikit kerana semua masih tido, kerja, mahupun bersekolah. So, aku just main poker at facebook jer. Malang tidak berbau lagi. Aku telah kalah kesemua chips aku dalam permainan tu. Aku semakin mengalami tekanan perasaan yang kronik. Rase nak tumbuk jer laptop member aku tu. Tapi aku masih mampu untuk berfikir dengan waras bahawa tindakan di luar kawalan tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Online punye online, sedar tak sedar 4 batang rokok abes dan jam sudah menunjukkan pukul 11:30 minit pagi. Aku berbisik dalam hati "budak ni kalau tak dikejut betul-betul memang ke laut la jawabnye. Aku dah la nak amek adik aku pukul 1 nanti." Lalu aku nekad untuk mengejutnya dari lamunan mimpi-mimpi indahnya walaupun mengejutnya umpama mencurahkan air ke daun keladi. Tindakan ku membuahkan hasil seperti musim durian yang berbuah apabila member ku tersentak dan terbangun dari lamunannya.

Kemudian aku menceritakan kejadian yang tidak di ingini kepadanya. Dia ketawa terbahak-terbahak selepas mendengar ceritaku sebab kereta ku mati betul-betul depan kedai runcit. Aku cakap kat dia, "Some called it karma, but I called it justice. Ko gelakkan aku arini, satu ari aku gelakkan ko balik." Member ku terkedu dan berkate, "Hekeleh, banyak la ko punye karma justice. Gurau pon tak boleh, dah-dah jom tengok kereta ko jom." Aku pon balas. "Eh, ko tak mandi dulu ker? Bau tengik dowh" Dengan selamba dia menjawab. "Relax dude, kite orang bujang, single mingle. Bangun tido tak mandi ni semua lumrah hidup seorang yang bujang macam kite ni. Dah-dah, jangan banyak bebel. ko nak amek adek ko tak nak?" "Lumrah orang bujang hanggok ko. Suke hati ko ah, jom gerak." aku membalas kata-katanya.

PERHATIAN
Oleh kerana cerita ni terlalu panjang, saya telah mendapat feedback yang kurang senang dari para pembaca supaya mempercepatkan jalan cerita.



Jadi, dipendekkan cerita kami sampai ditempat kejadian dengan menaiki motor kapcai milik member ku. Kemudian die mengeluarkan peralatannya dan membuka battery keretaku untuk dihantar ke bengkel kereta berhampiran untuk charge kembali. Malang tidak berbau untuk kali ketiga, Charger untuk mengecas battery kereta di kedai kereta yang ku pergi mengalami sedikit kerosakan teknikal dan tidak boleh mengecas. Aku dan memberku agak kecewa dan kami pergi kerumah member ku lagi sorang untuk bertanya dimana lagi ada bengkel kereta. Bajet nak tanye terus pergi, sekali lepak sampai setengah jam. Borak punye borak tengok-tengok jam dah 12:30 minit tengah hari. Aku tersentak dan mempelawa diri untuk pergi ke bengkel yang dimaksudkannya. Sampai di kedai tu tauke tu cakap "Lagi 3jam datang amek." Aku balas, "3jam eh? ok ok." jam menunjukkan pukul 12:55 minit tengah hari. Aku cakap kat member aku "Weyh, amek adik aku terus ah. Nanti die nangis dowh kalau aku lambat."

Dipendekkan lagi cerita:
Aku sempat amek adik aku dengan bantuan member ku.
Member ku antar aku dan adik ku balik umah.
Sampai umah adik aku lagi sorang tepon suruh amek die sebab kelas tuisyen die dibatalkan.
Terpaksa aku pergi amek die kat sekolah naik moto.
Sampai umah oleh kerana keletihan dan mengantuk, aku tertido.
Bangun pukul 6petang aku dan adikku terus pergi ke kedai kereta amek battery.
Nasib baik sempat, tauke tu dah nak tutup kedai beb.
Then aku pasang battery kereta, terus balik bawak kereta ku yang tersadai sejak dari pagi.

-The End-

Nota sampingan:
Gambar durian tu takde kaitan pon dalam cerita ni. Saje letak sebab durian tu nampak sedap. Lagi satu, sebenarnye cerita aku ni panjang lagi. Sebab malas, aku skip-skip amek point-point penting je. Sori pada sesapa yang tak puas ati dengan ending cerita ni. :)


Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:51am Sabtu 5 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Berganda-ganda malang kau yer cu."
Tau xpe nek~ T__T
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless