Showing posts with label malang. Show all posts
Showing posts with label malang. Show all posts

Friday, 28 January 2011

18SG - Kemalangan yang betul-betul heartless


Korang heartless ke tak? Orang yang heartless macam guwa jer boleh tengok video ni. Guwa pun tak pasti sama ada dia meninggal ke tak. Tapi at the end of the video dia dah senyap jer. Guwa assumed dia dah meninggal jer. So, sila bawa kenderaan anda laju-laju supaya video-video sebegini boleh dirakam dan di muatkan kedalam blog guwa. Ingat yer, BAWA KENDERAAN LAJU-LAJU. Sekian.

Video asal daripada Khairur Rijal dan di upload pada Jan 24, 2011 9:53am

Wednesday, 9 June 2010

Letupan Kilang Mercun Bright Sparklers, Sg Buloh.

AMARAN: UNTUK BACAAN 15 TAHUN KE ATAS

Fakta Kejadian: Tragedi letupan kilang mercun
Tarikh Kejadian: 07.05.1991
Anggaran Masa Letupan: 3.45 petang
Maut: 26 orang
Cedera: 83 orang
Jumlah Kutipan Derma Tabung Bencana: RM935,688.18

Oleh Nasron Sira Rahim
LETUPAN paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor.



Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia kedua. Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca dari sebuah kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi.

Bunyinya yang kuat bagaikan letupan bom berkuasa tinggi dan kesan gegarannya memecahkan cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang, yang terletak kira-kira tujuh kilometer jauhnya dari kilang itu. Jika kawasan sejauh itu mampu musnah dan rosak, dapatkan anda bayangkan keadaan mangsa yang berada hanya beberapa kaki dari bahan letupan itu ketika ia meletup



Tragedi kilang mercun itu memberi sejarah besar kepada negara. Ia sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini ia dibenarkan malah dihasilkan kilang di negara ini. Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.



Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer. Berpuluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan.



Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah saja, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan



Keadaan kelam-kabut terus berlaku apabila penduduk dan beberapa pihak yang berada berhampiran kilang melarikan diri bagi mengelak terkena serpihan batu, batang kayu dan besi yang berterbangan akibat letupan itu selain bahang api. Beberapa pihak yang gagal menyelamatkan diri akhirnya cedera terkena serpihan dan api itu. Kemalangan jalan raya turut berlaku sewaktu pemandu bergegas menyelamatkan diri ketika kebakaran ini. Seorang wanita cedera di kepala apabila terlanggar sebuah kereta di jalan raya dalam cubaan menyelamatkan diri itu.



Selepas letupan demi letupan itu semakin berkurangan, kedengaran raungan kesakitan di mana-mana. Berpuluh mangsa berlumuran darah merah manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak-saudara yang dikhuatiri menjadi mangsa tragedi. Wajah cemas dan sugul mengiringi pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada sesiapa saja yang dijumpai untuk mengetahui nasib sanak-saudara masing-masing yang bekerja di kilang berkenaan. Bimbang mereka jika insan disayangi menjadi korban tragedi itu.



Tangisan dan raungan semakin kuat kedengaran tatkala melihat keadaan ngeri mangsa yang rentung dan sudah tidak lengkap anggota badan dibawa keluar dari bangunan kilang yang hangus terbakar. Lapan jentera bomba termasuk dua dari Kem Tentera Sungai Buloh, Wilayah Persekutuan(2), Petaling Jaya (2) dan masing-masing sebuah dari Damansara Utama dan Shah Alam tiba seketika kemudian untuk memadamkan kebakaran dan menyelamat mangsa.

Lebih 50 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kepayahan lantaran pelbagai masalah timbul. Tekanan air terlalu rendah, pili jauh, api merebak terlalu cepat, angin kencang serta beberapa letupan menghalang tugas memadam dengan lebih mudah. Apabila pasukan bomba tiba, api sudah merebak ke tiga rumah berhampiran kilang. Akhirnya pasukan bomba terpaksa menggunakan air yang dibawa sendiri dan selepas bertungkus lumus selama dua jam, mereka akhirnya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain di sekitar kawasan berhampiran



Sembilan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima dari Hospital Sungai Buloh berulang alik mengangkut mangsa yang parah untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Keprihatinan orang ramai menyebabkan ada mangsa dibawa ke hospital menggunakan lori dan van dalam keadaan berlumuran darah. Walaupun kebakaran sudah dipadamkan, anggota bomba tidak dapat meneruskan operasi mencari mangsa dengan mudah kerana khuatir letupan akan kembali berulang berikutan masih ada tiga tempat simpanan letupan bawah tanah di kilang itu.

Dua daripada stor simpanan itu sudah meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter. Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya.
Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku.



SEHARI selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung. Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis, juga menerima aduan mengenai kehilangan enam penduduk tempatan. Selain itu, 37 rumah dan kilang serta tujuh motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu. Polis bagaimanapun mengalami kesukaran mengesan jumlah sebenar pekerja yang hilang dalam letupan itu berikutan majikan tidak mempunyai daftar kehadiran tugas harian dan ada pekerja kilang berhampiran yang cedera atau belum melaporkan diri.

Kemudian satu persatu kisah yang terselindung di sebalik tragedi itu mula terbongkar. Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978 malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji pekerja di bawah umur! Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan. Ia berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas sehingga terkena longgokan simpanan mercun dan bunga api yang terletak berhampiran seterusnya letupan semakin merebak. Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada usaha awal memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak disediakan secukupnya di kilang itu.



Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun. Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu. Kemudian operasi diteruskan dengan penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang.



Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan. Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam mengerikan iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.



Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang malah semakin merebak kepada beberapa penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu. Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal pihak berkuasa yang segera memadamkannya.


Nota sampingan:
Berita ni adalah ehsan dari Berita Harian.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 2:17pm Rabu 9 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Jangan main mercun, nanti jari putus."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)

Friday, 4 June 2010

Malang oh Malang! Part 2

Status: Malas. Mood: Not in Mood.

Ini adalah sambungan daripada entry yang lepas.

Sedutan dari entry lepas.
Aku lepak sebentar menghilangkan lelah akibat penat berjalan sejauh 0.9 kilometer. Kemudian aku terpandang laptop yang terdampar diatas meja dan tanpa berfikir panjang, aku membuat keputusan untuk online sebentar....

Battery
Sebut tentang online ape lagi, mesti korang terfikir Facebook kan? ya, memang aku online facebook. Dalam saat yang genting tu aku sempat lagi online + update status. Untuk pengetahuan umum, aku sememangnye seorang yang tenang dalam apa jua situasi. (puji diri sendiri beb!) Memandangkan aku online pada waktu pagi, maka peratus orang yang online amat lah sedikit kerana semua masih tido, kerja, mahupun bersekolah. So, aku just main poker at facebook jer. Malang tidak berbau lagi. Aku telah kalah kesemua chips aku dalam permainan tu. Aku semakin mengalami tekanan perasaan yang kronik. Rase nak tumbuk jer laptop member aku tu. Tapi aku masih mampu untuk berfikir dengan waras bahawa tindakan di luar kawalan tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Online punye online, sedar tak sedar 4 batang rokok abes dan jam sudah menunjukkan pukul 11:30 minit pagi. Aku berbisik dalam hati "budak ni kalau tak dikejut betul-betul memang ke laut la jawabnye. Aku dah la nak amek adik aku pukul 1 nanti." Lalu aku nekad untuk mengejutnya dari lamunan mimpi-mimpi indahnya walaupun mengejutnya umpama mencurahkan air ke daun keladi. Tindakan ku membuahkan hasil seperti musim durian yang berbuah apabila member ku tersentak dan terbangun dari lamunannya.

Kemudian aku menceritakan kejadian yang tidak di ingini kepadanya. Dia ketawa terbahak-terbahak selepas mendengar ceritaku sebab kereta ku mati betul-betul depan kedai runcit. Aku cakap kat dia, "Some called it karma, but I called it justice. Ko gelakkan aku arini, satu ari aku gelakkan ko balik." Member ku terkedu dan berkate, "Hekeleh, banyak la ko punye karma justice. Gurau pon tak boleh, dah-dah jom tengok kereta ko jom." Aku pon balas. "Eh, ko tak mandi dulu ker? Bau tengik dowh" Dengan selamba dia menjawab. "Relax dude, kite orang bujang, single mingle. Bangun tido tak mandi ni semua lumrah hidup seorang yang bujang macam kite ni. Dah-dah, jangan banyak bebel. ko nak amek adek ko tak nak?" "Lumrah orang bujang hanggok ko. Suke hati ko ah, jom gerak." aku membalas kata-katanya.

PERHATIAN
Oleh kerana cerita ni terlalu panjang, saya telah mendapat feedback yang kurang senang dari para pembaca supaya mempercepatkan jalan cerita.



Jadi, dipendekkan cerita kami sampai ditempat kejadian dengan menaiki motor kapcai milik member ku. Kemudian die mengeluarkan peralatannya dan membuka battery keretaku untuk dihantar ke bengkel kereta berhampiran untuk charge kembali. Malang tidak berbau untuk kali ketiga, Charger untuk mengecas battery kereta di kedai kereta yang ku pergi mengalami sedikit kerosakan teknikal dan tidak boleh mengecas. Aku dan memberku agak kecewa dan kami pergi kerumah member ku lagi sorang untuk bertanya dimana lagi ada bengkel kereta. Bajet nak tanye terus pergi, sekali lepak sampai setengah jam. Borak punye borak tengok-tengok jam dah 12:30 minit tengah hari. Aku tersentak dan mempelawa diri untuk pergi ke bengkel yang dimaksudkannya. Sampai di kedai tu tauke tu cakap "Lagi 3jam datang amek." Aku balas, "3jam eh? ok ok." jam menunjukkan pukul 12:55 minit tengah hari. Aku cakap kat member aku "Weyh, amek adik aku terus ah. Nanti die nangis dowh kalau aku lambat."

Dipendekkan lagi cerita:
Aku sempat amek adik aku dengan bantuan member ku.
Member ku antar aku dan adik ku balik umah.
Sampai umah adik aku lagi sorang tepon suruh amek die sebab kelas tuisyen die dibatalkan.
Terpaksa aku pergi amek die kat sekolah naik moto.
Sampai umah oleh kerana keletihan dan mengantuk, aku tertido.
Bangun pukul 6petang aku dan adikku terus pergi ke kedai kereta amek battery.
Nasib baik sempat, tauke tu dah nak tutup kedai beb.
Then aku pasang battery kereta, terus balik bawak kereta ku yang tersadai sejak dari pagi.

-The End-

Nota sampingan:
Gambar durian tu takde kaitan pon dalam cerita ni. Saje letak sebab durian tu nampak sedap. Lagi satu, sebenarnye cerita aku ni panjang lagi. Sebab malas, aku skip-skip amek point-point penting je. Sori pada sesapa yang tak puas ati dengan ending cerita ni. :)


Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:51am Sabtu 5 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Berganda-ganda malang kau yer cu."
Tau xpe nek~ T__T
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)

Saturday, 29 May 2010

Malang oh Malang!

Status: Tension. Mood: Tekanan.

25 May 2010. Hari malang bagi aku.

Kancil
Oleh kerana aku tido lewat, so aku decide tak tido semalaman kerana takut tak bangun keesokannya kerana bapak aku suruh aku amik adik aku kat sekolah. Selalunya adik aku balik dengan bapak aku, memandangkan bapak aku ade hal di Pagoh, so aku terpaksa amik dia pada hari itu. Jam menunjukkan pukul 8:24 pagi. Mata ku terasa berat dan mengantuk. Lalu aku bercadang untuk keluar bersarapan bagi menghilangkan rase ngantuk dan melengah-lengahkan mase sehingga pukul 1 tengah hari nanti. Aku rase tak sedap hati apabila melihat kereta kancil milik ibu ku itu. Tanpa menghiraukan perasaan itu, aku terus mencapai kunci kereta diatas meja komputer dan bergerak menuju ke destinasi. Sambil memandu, aku mengeluarkan sebatang rokok. "Shit, tinggal sebatang jer. Singgah kedai kejap ah beli rokok." aku berkata sendirian. Sedang aku memandu, tiba-tiba perasaan yang tidak menyenangkan tu muncul kembali, aku cuba menenangkan fikiran ku dengan melayan celoteh penyampai-penyampai radio Sinar.fm sambil berkata "Jangan la jadi ape-ape arini." Sampai di kedai. "Moi, Winston 20 satu." kata aku kepada Amoi yang menjaga kaunter. Lalu die menghulurkan sekotak rokok kepada ku dan aku menghulurkan sekeping not merah bernilai rm 10 kepadanya. Setelah mendapat baki, aku menuju ke kereta yang di parking di hadapan kedai tersebut. Aku menghidupkan enjin.



DAMN! Enjin kereta tak hidup. Aku cakap "patut lah rase tak sedap hati. nak jadi bende ni rupenye." Aku buka bonet kereta untuk melihat apa masalah kereta ni. Great! Air battery kering. Jam menunjukan pukul 8:45 minit pagi. Sape jer yang bangun pagi-pagi macam ni? Dengan handphone tak bawak. Aku tak gelabah. Aku cube mengawal kemachoan ku. Aku mengeluarkan sebatang rokok yang baru di beli tadi dan menghisap dengan tenang sambil memikirkan ape aku nak buat. Keputusan dibuat, aku pergi kerumah member ku yang berada berdekatan dengan tempat kejadian. (jauh la jugak sebenarnye.) Naik ape? Gua jalan kaki je beb! 8:59minit pagi aku sampai dirumahnya, aku memberi salam tapi tiada yang menyahut salam ku. "Tengah membuta lagi la ni" kata ku sendirian. Aku membuat keputusan drastik dengan memecah masuk ke rumahnya. (Sebenarnye pintu umah die tak kunci) Aku naik ke tinggkat 2 dan masuk ke biliknya untuk menyedarkan dia dari lamunan mimpi-mimpi indahnya. Ternyata usaha ku gagal dan tidak membuahkan hasil. Memberku sememangnya sukar di kejutkan dengan menggunakan cara normal. Aku lepak sebentar menghilangkan lelah akibat penat berjalan sejauh 0.9 kilometer. Kemudian aku terpandang laptop yang terdampar diatas meja dan tanpa berfikir panjang, aku membuat keputusan untuk online sebentar.


Bersambung. . . .


Nota sampingan:
Kereta kancil kat atas tu? tu bukan kereta kancil yang aku maksudkan. Gambar tu aku sebat kat Google. :)


Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:35pm Rabu 2 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Malang tidak berbau yer cu."
Betol tu nek!
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless