Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Tuesday, 15 June 2010

Oh! Mohamad Qayyum Kembali ke Rahmatullah?

Status: Terkejut. Mood: Kelakar.

Sape Qayyum yang di maksudkan? Haa, Qayyum yang dimaksudkan kat atas tu adalah pemilik dan admin blog ini atau lebih dikenali dengan panggilan Kay. Aku agak terkejut gak dengan statement yang dikeluarkan mengatakan bahawa aku telah meninggal dunia. Mane taknya, tuan punye badan sihat walafiat beb, (cume gigi jer yang tengah sakit ni.) tapi statement yang dikeluarkan cakap aku dah kembali ke rahmatullah. Nak tau statement die camne korang bace la ni.

Klik image untuk besarkan sikit

Tak boleh blah an? Aku sebenarnye dah lame tak online sebab internet umah aku kene potong. (tak bayar bil punye pasal.hehehee) Aku tak tau lah sape yang keluarkan statement ni, yang aku tau akaun Facebook aku telah di akses oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan gambar-gambar peribadi yang aku hide dari orang kat dalam Facebook pon pasti die dapat akses jugak an? So, tak hairan la die boleh edit gambar aku dengan kemas untuk membuatkan statement tadi nampak betul dan nyata. So, hint yang aku dapat dia seorang yang pakar dalam menggunakan software edit mengedit picture cam photoshop dan software yang sewaktu dengannya. Yang Aku tak tau dan tertanya-tanya mane die dapat butir-butir peribadi aku. Setahu aku, aku hanya menggunakan nama Kay atau Kaydaheartless kat dalam laman sosial. Tapi tak tau la kalau aku ade bagitau name betul aku kat mane-mane laman sosial, maybe aku tak ingat. Thats why aku tak suka letak name betul kat laman-laman sosial or website ni. Kecuali yang buat ni betul-betul kenal aku. Bawah ni adalah picture yang telah diedit tu. Papepon, semat die edit picture aku ni. Thanx eh. hehee

Klik image untuk besarkan sikit

Kepada yang anggap aku ingin mencari publisiti murahan, aku tak boleh nak tutup mulut korang. Apa yang korang percaya, itulah yang akan korang pegang. So aku tak boleh nak paksa korang percaya betul tak? "Some called it karma, but I called it justice". Satu hari akan terbalas gak sape yang buat macam ni. Tapi aku rase orang yang buat ni just nak bergurau, tapi tak kena tempat. Papepon, bak lagu nyayian kumpulan Scorpion, "What you give~ you get back~" hehee

Nota sampingan:
Kepada Oh!Tidak.com, aku pinjam trademark Oh! korang yerr~
Janganlah saman aku sebab guna trademark korang tanpa kebenaran.hehee



Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:47pm Selasa 15 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Benda macam ni jangan dibuat main."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Saturday, 21 November 2009

Sasar Gadis Montel.

Status: Kecian+Pelik Mood: Aneh
Perhatian: Ini cerita betol. Bukan main² atau rekaan
bagi mendapatkan publisiti murahan.
Amaran: Tidak sesuai untuk tatapan pembaca yang tengah horny.

"Sasar Gadis Montel
Oleh Muhd Izawan Baharin

izawan@hmetro.com.my


gambar hiasan. klik image untuk besar.


KUALA LUMPUR: Kata-kata memikat dan ayat meraih simpati cukup menjadi helah bagi seorang penganggur mengikis wang beberapa gadis berbadan montel sebelum ditinggalkan di kawasan terpencil selepas mereka kehabisan duit.

Dengan penampilan bertindik sebelah telinga serta berbadan kurus, kasanova junior berusia19 tahun itu bijak menggunakan laman sosial MySpace di Internet untuk mencari mangsa gadis berbadan gempal sebelum dipujuk bertemu.


Mangsa diajak bersiar-siar dan amalan itu diulang beberapa hari dan pada masa sama, gadis yang menjadi sasaran tipu, dipujuk supaya meminta wang daripada ibu bapa untuk berbelanja.


Bagaimanapun, mangsa ditinggalkan sehelai sepinggang di tempat tertentu selepas semua wang dibawa dihabiskan kasanova itu.
Kegiatan kasanova itu didedahkan seorang bapa yang turut kehilangan anaknya dipercayai mengikut pemuda terbabit hampir dua minggu lalu dan gagal dikesan sehingga kini. Roni Mat Zin, 45, berkata pada jam 3.30 petang pada 23 Oktober lalu, anaknya, Asmira, 19, menghubunginya untuk meminta izin ke Kuantan, Pahang, bagi membeli peralatan menyiapkan kertas kerja pengajiannya.

“Anak saya melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di Kuantan dan dengan ditemani seorang rakan, dia ke bandar tetapi sebenarnya untuk bertemu lelaki itu.


“Saya tak tahu perkara itu sehinggalah dimaklumkan kehilangan Asmira keesokan hari oleh seorang rakannya dan diberitahu mengenai kejadian sebenar,” katanya yang datang ke Balai Berita, semalam.


Roni yang bertugas sebagai pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, selepas pertemuan itu, pemuda terbabit menghubungi Asmira sebelah malam memberitahu dia tidak mempunyai wang membeli tiket bas pulang ke Kuala Lumpur.


“Dengan bantuan seorang rakan, anak saya keluar dari asrama ke stesen bas dan meminta rakannya pulang dulu sehingga dihubungi menjemputnya ke asrama semula. Anak saya ketika itu hanya memakai seluar trek, tudung putih dan baju-T jingga.


“Asmira gagal dihubungi dan usaha menjejakinya mendapati dia kerap bergerak antara Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur, berdasarkan rekod pengeluaran wang di ATM serta penggunaan telefon bimbitnya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Sentul.


Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada rakan anaknya dan polis, dia mendapatkan gambar wajah pemuda terbabit serta mangsa lain kasanova itu.


“Saya menemui seorang gadis berusia 21 tahun di Shah Alam dan dimaklumkan dia juga dipengaruhi kasanova itu dan berlegar-legar tanpa tujuan dua minggu sebelum ditinggalkan di sebuah rumah sewa di Ipoh, Perak, selepas tidak lagi mampu memberikan wang.


“Malah, saya terkejut apabila dia mendakwa lebih daripada empat gadis yang semuanya berbadan besar menjadi mangsa kikis pemuda itu,” katanya.


Roni berkata, dia tidak tahu sama ada kasanova itu menggunakan ilmu pukau, namun dia didakwa mampu mempengaruhi ramai gadis dengan menceritakan kesusahan dan keperitan hidupnya.


“Saya bimbang keselamatan Asmira yang tidak diketahui di mana dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi saya di talian 013-3434604 atau balai polis berdekatan,” katanya.
"

Memacam lew zaman skunk ni.
aneh² je. adoiii~






Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:37PM Rabu 25 November 2009

Nenek pernah berkate:
"Manusia kalau nak hidup macam-macam bende diorang buat.
Bezanya baik dengan idak, halal dengan haram."
.fullstop.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless