Status: Malas.
Mood: Not in Mood.
Ini adalah sambungan daripada
entry yang lepas.
Sedutan dari entry lepas.Aku lepak sebentar menghilangkan lelah akibat penat berjalan sejauh 0.9 kilometer. Kemudian aku terpandang laptop yang terdampar diatas meja dan tanpa berfikir panjang, aku membuat keputusan untuk online sebentar....
BatterySebut tentang online ape lagi, mesti korang terfikir Facebook kan? ya, memang aku online facebook. Dalam saat yang genting tu aku sempat lagi online + update status. Untuk pengetahuan umum, aku sememangnye seorang yang tenang dalam apa jua situasi. (
puji diri sendiri beb!) Memandangkan aku online pada waktu pagi, maka peratus orang yang online amat lah sedikit kerana semua masih tido, kerja, mahupun bersekolah. So, aku just main poker at facebook jer. Malang tidak berbau lagi. Aku telah kalah kesemua chips aku dalam permainan tu. Aku semakin mengalami tekanan perasaan yang kronik. Rase nak tumbuk jer laptop member aku tu. Tapi aku masih mampu untuk berfikir dengan waras bahawa tindakan di luar kawalan tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Online punye online, sedar tak sedar 4 batang rokok abes dan jam sudah menunjukkan pukul 11:30 minit pagi. Aku berbisik dalam hati "
budak ni kalau tak dikejut betul-betul memang ke laut la jawabnye.
Aku dah la nak amek adik aku pukul 1 nanti." Lalu aku nekad untuk mengejutnya dari lamunan mimpi-mimpi indahnya walaupun mengejutnya umpama mencurahkan air ke daun keladi. Tindakan ku membuahkan hasil seperti musim durian yang berbuah apabila member ku tersentak dan terbangun dari lamunannya.
Kemudian aku menceritakan kejadian yang tidak di ingini kepadanya. Dia ketawa terbahak-terbahak selepas mendengar ceritaku sebab kereta ku mati betul-betul depan kedai runcit. Aku cakap kat dia, "
Some called it karma, but I called it justice. Ko gelakkan aku arini, satu ari aku gelakkan ko balik." Member ku terkedu dan berkate, "
Hekeleh, banyak la ko punye karma justice. Gurau pon tak boleh, dah-dah jom tengok kereta ko jom." Aku pon balas. "
Eh, ko tak mandi dulu ker? Bau tengik dowh" Dengan selamba dia menjawab. "
Relax dude, kite orang bujang, single mingle. Bangun tido tak mandi ni semua lumrah hidup seorang yang bujang macam kite ni. Dah-dah, jangan banyak bebel. ko nak amek adek ko tak nak?" "
Lumrah orang bujang hanggok ko. Suke hati ko ah, jom gerak." aku membalas kata-katanya.
PERHATIANOleh kerana cerita ni terlalu panjang, saya telah mendapat feedback yang kurang senang dari para pembaca supaya mempercepatkan jalan cerita.Jadi, dipendekkan cerita kami sampai ditempat kejadian dengan menaiki motor kapcai milik member ku. Kemudian die mengeluarkan peralatannya dan membuka battery keretaku untuk dihantar ke bengkel kereta berhampiran untuk charge kembali. Malang tidak berbau untuk kali ketiga, Charger untuk mengecas battery kereta di kedai kereta yang ku pergi mengalami sedikit kerosakan teknikal dan tidak boleh mengecas. Aku dan memberku agak kecewa dan kami pergi kerumah member ku lagi sorang untuk bertanya dimana lagi ada bengkel kereta. Bajet nak tanye terus pergi, sekali lepak sampai setengah jam. Borak punye borak tengok-tengok jam dah 12:30 minit tengah hari. Aku tersentak dan mempelawa diri untuk pergi ke bengkel yang dimaksudkannya. Sampai di kedai tu tauke tu cakap "
Lagi 3jam datang amek." Aku balas, "
3jam eh? ok ok." jam menunjukkan pukul 12:55 minit tengah hari. Aku cakap kat member aku "
Weyh, amek adik aku terus ah. Nanti die nangis dowh kalau aku lambat."
Dipendekkan lagi cerita:
Aku sempat amek adik aku dengan bantuan member ku.
Member ku antar aku dan adik ku balik umah.
Sampai umah adik aku lagi sorang tepon suruh amek die sebab kelas tuisyen die dibatalkan.
Terpaksa aku pergi amek die kat sekolah naik moto.
Sampai umah oleh kerana keletihan dan mengantuk, aku tertido.
Bangun pukul 6petang aku dan adikku terus pergi ke kedai kereta amek battery.
Nasib baik sempat, tauke tu dah nak tutup kedai beb.
Then aku pasang battery kereta, terus balik bawak kereta ku yang tersadai sejak dari pagi.
-The End-
Nota sampingan:
Gambar durian tu takde kaitan pon dalam cerita ni. Saje letak sebab durian tu nampak sedap. Lagi satu, sebenarnye cerita aku ni panjang lagi. Sebab malas, aku skip-skip amek point-point penting je. Sori pada sesapa yang tak puas ati dengan ending cerita ni. :)
Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:51am Sabtu 5 Jun 2010.
Nenek pernah berkate:
"Berganda-ganda malang kau yer cu."
Tau xpe nek~ T__T
.fullstop.
Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)