Thursday 3 February 2011

Soal nyawa pun mahu dipolitikkan?


Dulu masa guwa kecik guwa selalu pandang parti pembangkang ni sesuatu yang jahat, sesuatu yang nightmare giler babi dan Barisan Nasional pula parti yang superb, party yang holy giler babi. Lama kelamaan bila tahap pemikiran guwa dah di tahap stabil, guwa rasa sebaliknya. Tapi kadang-kadang guwa rasa dua-dua pihak nightmare giler babi, kadang-kadang pulak guwa rasa dua-dua pihak macam holy giler babi. Maybe para penyokong yang buat sesuatu parti yang nampak parti itu macam nightmare giler babi kot. Contoh macam penyokong parti ni, ada ke patut dia boleh cakap,

Majoriti pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Mesir adalah penyokong-penyokong Pas. Disana boleh dikatakan kilang untuk melahirkan pemimpin-pemimpin Pas.

Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada Kerajaan BN , jika hendak hantar pesawat untuk angkut mereka pulang, pastikan beri keutamaan kepada pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN terlebih dahulu. Jangan pedulikan mereka-mereka yang menyokong Pas. Biarkan mereka melalak-lalak, utamakan orang kita terlebih dahulu.

Orang-orang seperti mereka tidak perlu diutamakan untuk diberi pertolongan. Waktu mereka susah baru mereka ingat nak minta tolong kerajaan. Waktu senang merekalah yang menjadi barua-barua menghentam kerajaan. - RBF Online

Apa ni? Mana letaknya sensiviti kita sebagai manusia? Kamon lah wei, ini soal nyawa. Bukan soal politik. Sedangkan nabi kita, Muhammad S.A.W pun tak pernah benci orang yang tidak menerima ajaran yang dibawanya suatu ketika dulu malah melayan semua orang dengan adil samada yang beragama Islam atau tidak. Adil dan saksama, ini benda basic yang guwa percaya semua penyokong parti pembangkang dan kerajaan belajar masa disekolah dulu. Guwa rasa budak kecik pun tau bezakan yang mana betul yang mana salah. Inikan pula seorang lelaki yang dah tumbuh bulu-buluan di merata tubuh badannya. Pada pandangan guwa tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak ketiga, | Serius penulis blog ni tak matang. | Shame on you lah wei.

Ada sesetengah blogger pulak cerita macam dia yang alami keadaan kat sana, cakap ibu bapa or rakyat hanya tau bising, marah dan mudah melenting.Yer, guwa tau maybe kerajaan susah nak buat keputusan memandangkan terdapat 11,000+ rakyat Malaysia disana. Ikut logik akal memang susah nak evakuasi semua sekali. Maybe juga traffic di ruang udara Mesir sesak. Apa yang dinyatakan di blog kau memang betul dan masuk akal. Kalau tak masakan ada pembaca kau yang sokong penulisan kau sampai 110% kan? Tapi apa yang guwa tak boleh terima sekarang kerajaan kata kos terlalu tinggi. Watahel? Benda lain boleh keluarkan kos sampai berbillion-billion, nyawa anak bangsa sendiri takda nilai? Memang guwa emo, memang guwa butthurt pasal benda ni.

Lagi satu korang cakap | Be realistic lah. Benda macam ni bukan senang nak settle. | Okay, guwa boleh terima, tapi at least hormatlah perasaan orang yang family dia terkandas kat sana, mereka lebih tau dari kita yang hanya dengar berita dari media. Memang keadaan disama masih terkawal dan masih di tahap kod oren. Tapi sampai bila? Takkan nak tunggu tahap kod merah baru panas bontot bergegas nak selamatkan diorang semua? Serius guwa cakap, hanya orang bodoh, guwa ulang, hanya orang bodoh yang percaya media 100% lebih-lebih lagi media yang dikawal kerajaan. Guwa bukan pro-pembangkang, guwa cuma dah muak dengan pemerintahan kerajaan. Apa pun korang bacalah note seorang pelajar di Mesir ni: Terima Kasih Malaysia


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless