Monday 7 February 2011

FAKTA: Warna merah lebih menyerlah dari warna biru

Yang mana warna yang menyakitkan mata jika dipandang. Of course warna merah kan.
Orang tak normal jer cakap warna biru sakit mata kalau dipandang.
Dah tentu-tentu warna biru warna yang meredupkan pandangan.

Fakta saintifik mengatakan warna merah adalah warna yang menyerlah daripada warna biru mungkin betul. Jika tidak masakan warna merah selalu digunakan untuk mengalertkan orang macam tanda amaran atau lampu isyarat tanda berhenti ye dak? Perkara ini bukan hanya dibuktikan melalui saintifik tetapi juga melalui bola sepak apabila The Blues ditapau buat kali kedua oleh The Reds di tempat lawan dan juga ditempat sendiri. Tragedik malang ini mengingatkan guwa kepada pepatah, | jika kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. | Kekalahan ini sudah guwa jangka saat Gerrard menghantar bola secara melintang kepada Maxi Rodriguez pada babak pertama yang guwa sangka 1 goal sudah menjadi milik The Reds tetapi malang sentuhan Maxi mengenai palang.

The Blues melakukan serangan balas dengan menggunakan pemain yang baru dibeli dengan harga yang sangat ridikeles bagi guwa tetapi gagal menjaringkan sebarang goal. Bukan itu sahaja, sepakan padu Drogba juga telah dihalang oleh pemain bernombor 9 itu menyebabkan bola tersasar keluar dan Drogba hanya mampu tersengih-sengih sambil menjelirkan lidah umpama dubuk liar yang kehausan.

Pada babak kedua perlawanan, akibat daripada keseganan Fernando Torres untuk menjaringkan goal terhadap kelab lamanya pada babak pertama, Meireles mengambil kesempatan itu dengan meledakkan 1 goal buat The Reds dan Torres hanya mampu termenung di bangku simpanan. Menyaksikan bekas rakan sepasukan meraikan goal tersebut, guwa dapat membaca kata-kata yang terlintas difikirannya dengan begitu mudah. Berikut adalah kata-katanya setelah guwa translate dari bahasa Spain kepada bahasa Malaysia, | Menyesal sial guwa pindah! |

Perlawanan ini juga menyaksikan konflik dalaman diantara Cech dan Ivanovic apabila Cech hampir-hampir menumbuk muka Ivanovic kerana menyusahkan dirinya untuk menangkap bola. Selain itu, pemain no2 The Blues itu juga mempunyai konflik dalaman bersama pemain no2 The Reds apabila Glen Johnson melakukan body contact secara kasar dikotak penalti sehingga menyebab ketonggekan Ivanovic tidak seimbang lalu tergolek jatuh sekaligus belas kasihan pengadil diminta untuk mendapatkan penalti. Sudah jatuh ditimpa tangga buat pemain no2 The Blues apabila pengadil tidak menghiraukan permintaannya mudahnya itu. Permainan tamat setelah 4minit masa tambahan dilengah-lengahkan oleh pemain The Reds. Fulltime Chelsea 0-1 Liverpool

Izinkan guwa untuk meluahkan perasaan guwa sebagai penyokong setia Chelsea disini: BABI! BABI! BABI! BABI! FFFFFFFFFFFFFUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless