Sunday 6 February 2011

Setan dibaham serigala liar!


Tanggal 6th February 2011, kelab yang kali terakhir memenangi FA Cup pada tahun 1960 dengan relax dan bersahaja malah dengan penuh bergaya mengalahkan kelab yang kononnya teragung di arena bola sepak dunia. Setelah ketinggalan 1-0 pada minit ke 3' babak pertama perlawanan hasil dari jaringan gerakan jual ikan Nani, sang serigala menyerang balas dengan tandukan Elokobi dari tengah kotak penalti pada minit ke 10' dan kelepup masuk menjadikan kedudukan terikat 1-1. Hasil dari jaringan itu, Elokobi mengekspresikan rasa gembira dihatinya dengan menendang tiang bendera di ruangan sepakan sudut sehingga tercabut dan memaksa agen yang bertugas untuk memasangnya kembali. Apa kes ni Elokobi? Relax, guwa tau lu happy dapat benam setan merah.

Pada minit ke 40' juga di babak yang prtama, Kevin Doyle telah meniru aksi Elokobi dengan menanduk masuk hantaran sepakan percuma oleh Nenad Milijas menyebabkan Van Der Sar tergamam kerana tidak menyangka pisang akan berbuah dua kali pada babak pertama. Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat. Sumber lain mengatakan, akibat daripada keliaran yang ditunjukkan sang serigala, setan merah telah gagal untuk menghasut penjaga goal Henneysey untuk memboloskan 2-3 goal dan disebabkan keliaran ini jugalah pengadil menjadi gerun untuk menyebelahi puak setan merah.

Ternyata 11 ekor setan yang berwarna merah masih belum mampu untuk mengatasi 11 ekor serigala hitam yang liar kelaparan memburu mangsa dikala kesejukan angin pagi. Ini sekaligus membuktikan bahawa sejarah semalam yang unggul bukanlah satu janji untuk sesebuah pasukan itu untuk terus menongkah langit yang tinggi dalam mengapai kejayaan. Apa yang sudah berlaku telah pun menjadi sejarah, dan sejarah setan merah dibaham serigala akan terus segar di dalam ingatan penyokong-penyokong serigala hitam ini.

Mungkin inilah yang dikatakan karma buat pasukan setan merah didikan Pak Alex si pengunyah gula getah. Jika anda masih ingat ya, tanggal 6 November 2010 yang lepas, 11 ekor setan didikan pak Alex ini telah berjaya menjinakkan 11 ekor serigala peliharaan Mick McCarthy (atau nama samarannya Mek Katty) yang liar dengan kemenangan 2-1 Hasil daripada 2 jaringan mamat korean kegilaan wanita Malaysia, Ji Sung Park si mata sepet. Guwa masih ingat kata-kata yang keluar dari mulut guwa apabila si mata sepet berjaya menjaringkan goal pada minit-minit terakhir perlawanan. Serius faking.

Apa yang menjadi tanda tanya sekarang, mungkinkah kekalahan pertama pagi ini yang bersamaan 6th February 2011 memang apa yang dimahukan setan merah bagi mengingati tragedik hitam 6th February 1958 - Munich? Apapun alasan dan jawapannya,  kekalahan pertama setan merah pada musim ini telah menamatkan riwayat dongeng pak Alex yang berseloroh ingin mengekalkan title unbeatennya. Saat ini juga guwa amat yakin penyokong-penyokong setan merah yang taksub akan melaung-laungkan statement, | Baru kalah sekali beb. Apa ada hal? | sebagai perisai untuk menangkis segala tomahan yang dilemparkan kepada mereka. Kah Kah Kah Kah!

Image from: Fransisca's Blog

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless