Showing posts with label Krisis Mesir. Show all posts
Showing posts with label Krisis Mesir. Show all posts

Tuesday, 22 February 2011

Hi my name is Facebook.


Satu pasangan suami isteri di Mesir telah menamakan anak perempuan mereka dengan nama FACEBOOK sebagai mengenang budi dan jasa baik sosial network itu kerana peranan besar yang dimainkan pada 25 Januari 2011 sehingga President Hosni Mubarak berjaya digulingkan. WTF?! Walau sebesar mana pun pengorbanan dan pengaruh Facebook, Twitter, Youtube dalam hidup guwa, tidak sesekali guwa akan berikan nama sebegitu rupa kepada anak guwa dan biarkan dia diejek disekolah kelak. Dumb and Fail parent.

Thursday, 3 February 2011

Soal nyawa pun mahu dipolitikkan?


Dulu masa guwa kecik guwa selalu pandang parti pembangkang ni sesuatu yang jahat, sesuatu yang nightmare giler babi dan Barisan Nasional pula parti yang superb, party yang holy giler babi. Lama kelamaan bila tahap pemikiran guwa dah di tahap stabil, guwa rasa sebaliknya. Tapi kadang-kadang guwa rasa dua-dua pihak nightmare giler babi, kadang-kadang pulak guwa rasa dua-dua pihak macam holy giler babi. Maybe para penyokong yang buat sesuatu parti yang nampak parti itu macam nightmare giler babi kot. Contoh macam penyokong parti ni, ada ke patut dia boleh cakap,

Majoriti pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Mesir adalah penyokong-penyokong Pas. Disana boleh dikatakan kilang untuk melahirkan pemimpin-pemimpin Pas.

Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada Kerajaan BN , jika hendak hantar pesawat untuk angkut mereka pulang, pastikan beri keutamaan kepada pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN terlebih dahulu. Jangan pedulikan mereka-mereka yang menyokong Pas. Biarkan mereka melalak-lalak, utamakan orang kita terlebih dahulu.

Orang-orang seperti mereka tidak perlu diutamakan untuk diberi pertolongan. Waktu mereka susah baru mereka ingat nak minta tolong kerajaan. Waktu senang merekalah yang menjadi barua-barua menghentam kerajaan. - RBF Online

Tuesday, 1 February 2011

The Art of Egyption Revolution (Photo+Video+Info)

Keadaan sebenar di Egypt as from 31 January 2011 by one of Malaysian student in Egypt:
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

 
Okay sekarang kita layan compilation video riot di Egypt. Bila tengok video ni, guwa rasa macam ada satu perasaan yang lain daripada yang lain beb. Lepas Tunisia, kini giliran Egypt pula. Islam semakin menguasai dunia? Jika benar Islam semakin menguasai dunia, bermakna kiamat semakin hampir. BTW, sementara tunggu video loading, usha dulu gambar-gambar yang guwa rembat ni.

Monday, 31 January 2011

Kerajaan Malaysia bangang atau bodoh?


Rakyat mesir akan melancarkan peperangan all out  (civil war) menjelang Rabu ini jika Husni Mubarak tidak berundur dalam tempoh yang diberikan. Mereka juga menasihatkan agar rakyat asing terutamanya pelajar Malaysia meninggalkan Mesir dalam tempoh ini. So, kerajaan Malaysia bila nak bawak balik pelajar Malaysia di sana? US, UK dan beberapa negara eropah yang lain semua dah complete evacuate rakyat diorang. Lembab gilerlah buat kerja, masa nak pilihan raya kemain lagi huha-huha sana sini siap spam email guwa ucap Chinese New Year dan guwa paling tak boleh blah dengan statement ni,
Kerajaan melihat tidak ada keperluan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir" -Muhyidin Yasin
Di kala rakyat kita terperangkap ditengah-tengah kekacauan di sana, dengan para perompak bersenjata api bermaharajalela merompak dari rumah ke rumah, ramai banduan yang terlepas dan ada sumber mengatakan pelajar pompuan Malaysia di Iskadariah Mesir telah dirogol.  Masih "tidak ada keperluan" eh? Ni yang guwa nak RAAGGGEEEE! Serius guwa harap satu hari Malaysia akan jadi macam Mesir dan Tunisia. Guwa bukan menggalakkan ke apa, tapi selagi rakyat tak bersuara macam tu, kerajaan hanya akan pandang kita sebagai hamba.

Sumber kena rogol ni guwa taktau betul ke tak, tapi ramai yang kata sumber ni daripada Ummi Medic Mesir dan seorang pelajar Malaysia di Mesir.

Nak info lebih baca blog ni. Krisis Mesir dan Nasib Rakyat Kita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless