Wednesday 8 December 2010

Shahidan: Jangan sampai guwa sekat Facebook!

Shahidan Kassim merangkap Anggota Majlis Tertinggi Umno mencadangkan agar penggunaan facebook disekat kerana mengancam keselamatan negara dan wujud penghinaan terhadap agama.
"Jika mengancam keselamatan negara dan wujud unsur penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada facebook,"-Shahidan Kassim
Guwa baca statement dia ni nak tergelak pun ada. Kalau macam tu, guwa pun ada cadangan beb.
Blog: pengguna boleh buat blog yang menghina agama dan mengancam keselamatan negara. So, jika mengancam keselamatan negara dan wujud penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada blog.

Internet: pengguna boleh mengakses internet untuk menyebarkan penghinaan terhadap agama dan menyebarkan perkara yang boleh mengancam keselamatan negara. So, jika mengancam keselamatan negara dan wujud penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada internet.

Rakyat: Rakyat muslim and non-muslim menghina agama sesama sendiri kerana perselisihan faham dan boleh mengancam keselamatan negara kerana berlaku pergaduhan. So, jika mengancam keselamatan negara dan wujud penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada rakyat.
Facebook hanyalah website sosial yang mempunyai fungsi yang sama seperti website sosial yang lain, pengguna yang mencorakkannya. Begitu juga dengan blog, pengguna yang mencorakkannya. Kalau niat si pengguna jahat nak buat blog lucah itu bukan salah blog selaku website. Damn! jangan salah sangka, guwa tak pernah masuk blog-blog macam tu okay. Guwa budak baik. LOL

Anyway, kalau nak naikkan harga gula dan minyak, guwa tak kisah lagi walaupun pada hakikatnya darah guwa pun naik. Tapi, sekat facebook? Woohooo! Kalau nak tengok 28,250,000 juta rakyat Malaysia histeria dan mengamuk, sila lah sekat. HAHAHA!



Note: Sepatutnya ini adalah entri untuk awal pagi semalam. Tapi disebabkan blog guwa ni ada masalah sikit, so guwa postponed untuk hari ini. Tak tau lah blog guwa ni, dia tak kasi guwa login. Entah kenapa tiba-tiba dia merajuk dengan guwa.

+ kredit to mStar Online
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless