Wednesday 8 December 2010

LOL - Ini satu KEBODOHAN!


Abjad 1st selalu digunakan dalam kehidupan kita seharian. Digunakan apabila berstatus, memberi komen di facebook, twitter dan sebagainya. Tapi tahukah kita apakah maksud sebenar disebalik abjad tersebut?

Mari merungkainya...

1st merupakan istilah dalam bahasa Nasrani lama. abjad 1 adalah merujuk kepada Islam, huruf S merujuk kepada Sv'u kyv iaitu bermaksud agama, huruf T dalam bahasa Nasrani selalu digunakan sebagai simbol, malah untuk simbol ajaran kristian, tapi maksud sebenarnya dalam bahasa nasrani Tvrti dan dalam bahasa Inggerisnya Terrorist iaitu pengganas.

1st merujuk first ataupun dalam bahasa melayu pertama, Jelas sekali mereka merujuk kepada Islam sebagai pengganas yang utama. Begitu tersembunyi helah Yahudi untuk mengoncongkan iman kita. Malah simbol tersebut diamalkan sebagai pemujaan bagi agama Yahudi dan Kristian. MasYaAllah..... - The Online Blog




HAHAHA! Serious shit! Guwa sebagai bangsa melayu cukup malu dengan kebodohan dan ketaksuban yang cuba ditonjolkan oleh bangsa guwa dalam memecahkan code atau abjad tertentu agar kelihatan sebagai satu agenda yahudi atau kristian. Apa masalah korang-korang ni? hmm? Cuba cerita dekat guwa. Maybe guwa boleh bantu? LOL! Dude, 1st adalah singkatan kepada first yang membawa maksud pertama. Itu sahaja okay, takda maksud lain. 1st bermaksud Islam pengganas yang utama? LOLWUT Habis tu macam mana pula dengan 2nd, 3rd, 4th and so on? Adakah anda baru berjaya memecahkan code adjab 1st sahaja buat masa ini? Adakah selepas ini anda akan meng-reveal-kan code untuk 2nd pula? Well, selamat berjaya STUPIDOS!

.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless