Tuesday, 7 December 2010

Amnesia

Eh! ini blog siapa?
Kenapa saya post entri disini?



Lukenabeb! haha Ini blog guwa la, sape jer yang berani ceroboh blog guwa. Saje bikin gempak tulis macam tu sebab entri ni guwa buat special untuk someone yang mengajukan soalan kepada guwa:
"kalau org tu sakit amnesia awak still cinta or x?."
Gulp! Cinta? Terus terang guwa cakap, guwa tak pandai bercinta. Sampai nenek guwa sound, "Eh kau ni jantan ke hape ah tak pandai bercinta?". Tapi guwa tak gelabah, guwa jawab dengan relax, "saya bukan jantan nek, saya lelaki sejati". Okay cukup dengan mukadimah sekarang sesi untuk menjawab soalan. Guwa takda jawapan untuk pertanyaan itu, tapi guwa ada pendapat.

Amnesia jer pun, bukan penyakit kusta atau barah otak yang boleh bawa mati. Takda sebab untuk tidak menyintai pasangan kita sebagaimana kita menyintainya sebelum dia kena penyakit amnesia. Melainkan cinta korang tu hanya berlandaskan harta dan nafsu serakah semata-mata. Actually, kalau ada kusta dengan barah pun takda sebab untuk tidak menyintainya kalau betul kita memang cinta dan sayangkan pasangan kita. haha
Tapi penyakit amnesia kan penyakit lupa ingatan. Boleh tahan ker kalau dia asyik tanya "awak siapa?" padahal awak balak/awek dia yang saling cinta menyintai sebelum ni.
Kita amek contoh macam dalam Legenda Budak Setan, walaupun awek dia hilang ingatan plus muka dah takda rupa pompuan yang sangat dia cintai, dia tetap relax dan tidak gelabah kerana dia tau itulah pompuan yang dia cintai. Damn! kantoi sudah guwa tengok Lagenda Budak Setan. LOL
Hekeleh..dalam movie, dalam novel boleh la, bak datang tengok real life?
Dude, kebanyakan movie adalah adaptasi daripada kehidupan sebenar manusia okay. Abes kalau mak lu kena amnesia, takkan bapak lu blah tinggal dia gitu jer? zzZZZ



Okay lah, sampai sini sahaja perbincangan kita bersama Dr Love Kay yang Heartless, cerita panjang-panjang pun bukan korang baca. Lagipun nak update benda lain lagi. Jaa ne!



Note: Siapa someone tu korang tak perlu tau sebab dia bukan awek guwa pun. Hanya orang asing yang guwa bawa borak sepatah dua kata. Tu pun melalui komen kat blog and shoutbox. Lagi pun dia tanya ni maybe sebab dia terpengaruh dengan drama kat tv3 tu, ape tah nama drama tu, guwa tak layan pun.


+ Credit to ~fajridet for the picture
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless