Wednesday, 23 December 2009

Bila Seorang Lelaki Bercerita.

Status: Work in Progress. Mood: Malas.

A
ssalamualaikum~
Hooooo-rahhhhhh!!
lame siot aku xupdate menatang ni, sebulan lebih ade kot.
kesian ko Mrs Diary, dapat tuan pemalas macam aku.hehe
pape pon sekarang aku da update kan~
Banyak bende yang jadi dalam mase sebulan lebih ni.
Aku ni rajin-rajin malas je nak update. So, aku bagi sinopsis jew la.
Dah la pemalas, org maen blog aku pon sebok nak mean blog.haha
Okay2. Dalam mase sebulan lebih ni, 1st event aku pergi Kuala Lumpur.
aku pergi sane atas sebab menghadiri kenduri kahwin akak sedare aku kat Cheras. Tapi ade cerita die sebelum aku menghadiri kenduri kahwin beliau.

Bermulanya suatu pengembaraan:
SEPATUTnye aku pergi Kuala Lumpur ngan family. Tapi disebabkan BAPAK aku telah melanggar pintu umah ku dengan menggunakan kereta kancil kepunyaan mak aku, mengakibatkan cermin pintu umahku pecah dan besinya bengkok lalu menjurus kepada kesukaran untuk menutup rapat. So, lepas decision dibuat. aku disahkan tidak perlu ikut untuk menjaga rumah. THANKS DAD, I really appreciated it.

Tapi aku xmudah putus asa. Kebetulan mase tu member aku ade umah, aku ajak die lepak tido umah aku. Dalam mase lepak2 tu memang dah berterabur makian kuar dari mulut aku. Sekotak rokok ku habiskan malam itu juga kerana melepaskan amarah ku. Dengan perasan yang masih lagi geram yang bercampur baur dengan tension walaupun telah habis sekotak rokok, aku terus mencapai tukul besi lalu mengetuk pintu umah ku sekuat hati agar dapat dirapatkan. aku tidak mempedulikan suasana lewat malam ketika itu. Apa yang aku mahukan ialah merapatkan pintu agar aku dapat bertolak ke Kuala Lumpur keesokannya. Setelah bertungkus lumus hampir 1jam lebih. Akhirnya usaha ku membuahkan hasil.

Aku bertolak ke Kuala Lumpur menaiki bas Mayang Sari pada pukul 3:30 petang dan sampai di Stesen Train Kampung Baru dalam jam 6:30 petang. Aku call mak aku untuk memberitahunya supaya datang mengambilku di Kg. Baru pada jam 9 malam kerana aku ingin singgah rumah sewa memberku sebentar. Sampai di rumah sewa, member ku bertanya kepadaku apa tujuan aku datang ke Kuala Lumpur. Aku pun memberitahu mereka bahawa tujuan aku datang adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan akak sedare ku. Tiba2 mereka menyatakan hasrat untuk ikut bersama menghadiri majlis tersebut. Aku call mak aku semula untuk memberitahu bahawa 6 orang member ku[Ahmad Firdaus, Mohammad Ridzuan, Asfyan Asri, Hafiz Mohamad, Hafiz Ashraf & Din] ingin ikut bersama dan aku akan datang ke Cheras pada hari esok. Aku pon bermalam satu hari sebelum bertolak ke Cheras keesokan harinya.

Sesat:
Okay. Aku tido agak lewat malam tu. Biasalah, kalau jumpa member2, mesti borak panjang. Lagi pon, aku ni bukan jenis tido awal. Dalam pukul 11 pagi aku bangun, mandi & bersiap. Tunggu member2 aku semua bersiap dalam pukul 12 tengah hari kitorang bertolak ke Cheras. Semua dalam keadaan excited. setelah hampir 30 minit kami bertolak, sesuatu yang tidak di ingini berlaku. Kami semua SESAT. ya, sesat. Kami sesat sehingga ke Shah Alam & tah mane2 lagi tah kawasan kat Selangor tu. Paling banyak buang mase kat lebuhraya. Ulang alik tah berapa kali, dalam kiraan aku 8kali, ulang 4kali, alik 4kali.

Dalam mase ulang alik, semua ku lihat tidak tentu arah, kerusi yang empuk tidak lagi dirasakan empuk. Keadaan yang sejuk berhawa dingin tidak lagi dirasai sejuk. lagu yang berputar dicorong radio seolah2 berbicara sendirian. Aku dapat rasakan aura yang amat tidak menyenangkan daripada mereka semua. bagi mengambil langkah berjaga-jaga, aku sekadar mendiamkan diri kerana takut sedikit percikan api, boleh membakar semuanya. Kami siap berhenti di R&R 2kali. Dah macam jalan jauh dah. PADAHAL DARI KG. BARU KE CHERAS. Dan semua ini mengambil mase 4jam! Bayangkan dari Kg. Baru ke Cheras mengambil masa 4jam! Aku yang dari Muar ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa 3jam sahaja. Ini tak logik ni. Aku cuba mencari jawapan bagi persoalan yang bermain di kepalaku. Aku berkata sendirian. Mungkin ada dikalangan kami yang tidak solat subuh pagi itu. Ataupun, mungkin juga ada dikalangan kami yang tidak baca doa semasa makan. Ahhh, aku cuba menghiraukan segala persoalan yang tidak elok di kotak fikiranku dengan bersangka baik. Tiba-tiba . . .


Bersambung . . .

Sunday, 29 November 2009

Pening oh Pening!

Status: Sakit kepale. Mood: Pening.

Adoiii~ pening aku ah.
Belajar pening, xbelajar pening, nak sambung belajar pon pening.
Pening oh pening. Mane xpening kalau dah bapak aku asyik tanye:
Apply la mane2. Apply je sume. Nanti dapat pilih la.
Nak sambung belajar kat mane ni? Masuk UPiM lah.
Belajar networking, senang dapat keje. Yuran xpayah bayar. Ade elaun.
Nak masuk politeknik x?
Nak masuk UiTM x?”
"Unisel?"
Come on. I need space okay. Memacam tawaran aku dapat.
UiTM, Unisel, UPiM, Politeknik, Kolej Yayasan Melaka.
Sume course bukan taste aku.
Dapat yang taste, tempat belajar plak bukan taste.
Adoiii~ Menyesal pon ade gak xbelajar betol2 mase kat UniKL dulu.
Mase kat UniKL dulu aku amek Course Diploma in Animation.
Course tu memang best, memang minat aku.
Jumpe plak member2 yang sekepale macam aku.
Dengan xde final exam lagi. Memang masyuk.
Cume assignment/keje memang banyak ah.
Sem1 aku kat UniKL agak cemerlang bagi orang yang malas cam aku ni.
Aku kantoi mase sem2, bile tahap kemalasan aku membuak2.
Persoalannye skunk, sikap malas aku ni.
Belajar ape pon, kat mane pon, kalau malas memang xkemane.
Member aku siap nasihat kat aku:
Pasni 1 je. Ko jangan buat macam dulu lagi. Ko belajar betol2. Jangan malas lagi.

Okeyh. Berbalik pada cerita asal. Korang rase ape patut aku buat?
Otakku bertambah serabut+pening bile pikir pasal bende ni.









Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 7:21PM Rabu 18 November 2009.

Nenek pernah berkate:
“Buatlah keputusan berdasarkan pemikiran yang waras,
bukan berdasarkan nafsu dan emosi.”
.fullstop.







UiTM oh UiTM!

Status: Confused. Mood: Pening.

Bulan October 2009 aku ade dapat tawaran melanjotkan
pelajaran ke UiTM Kampus Johor Bahru. Course Diploma Seni Lakon.
Siap bagi dialog lagi suruh aku hafal untuk temuduga nanti.
Bapak ah. Nak berlakon2 plak. Aku xpergi pon temuduga tu.
Lepas tu aku pon xpikir ah pasal UiTM lagi. Tup² aku bagun tido pagi tadi dalam pukul 9pagi
aku tengok handphone ade 2 SMS 1 misscall. 1 misscall dari bapak aku.
1 SMS orang mintak share. (Pepagi da mintak share kredit, tah pape tah.)
1 lagi SMS daripada UiTM. Aku pon bace ah.
SMS tersebut berbunyi begini:
RM0.00 UiTM:
Tawaran Kemasukan Pelajar ke UiTM sesi Disember 2009.
Sila layari http://istudent.uitm.edu.my/intake untuk maklumat selanjutnya.
Terima Kasih.
Aku nak check kat tenet xboleh sebab tenet umah aku ade problem.
So aku send messege kat bapak ku suh die check kat pejabat die.
Then, bapak ku call aku cakap aku dapat tawaran Diploma Perakaunan.
Aku suruh bapak ku print tawaran tu bawak balik aku nak tengok.
Adoiii~ dapat akaun plak. Bertambah kusut aku ah.





Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 10:39PM Rabu 18 November 2009.

Nenek pernah berkate:
“Ape bende menatang UiTM tuh? Ha, cu?”
Adoiii~ nenek ni… (-. -“)
.fullstop.





Wednesday, 25 November 2009

Penjara Pudu oh Penjara Pudu!

PENJARA PUDU.

Sebab sebab Penjara Pudu sukar ditutup.
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur suatu ketika dulu.
Hanya boleh disebarkan pada orang² tertentu sahaja.

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah
diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil
"Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "Bilik Terakhir" kerana ia merupakan bilik
kediaman terakhir bagi pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai mati pada keesokan harinya.

Di "Bilik Terakhir" inilah pesalah dikatakan
akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri
dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali
kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu
kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi
maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden² yang masih ada di Penjara Pudu,
sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suara² sayu meminta tolong, menangis
dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Ada juga diantara warden yang terlihat
seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu
bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula
kelihatan kambing tersebut keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil
bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan
bahawa suara-suara yang sering kedengaran
diwaktu malam dari Bilik "Terakhir" itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati
ditali gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Pada suatu malam Jumaat ketika
hujan renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu.

Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang
pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.
Sedang ia mengamat-amati maka
terlihatlah dalam kesamaran

seekor kambing hitam sedang menuju kearah "Bilik Terakhir"
itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri "Bilik Terakhir" itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik
itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar,
seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan
juga diri memasuki pintu gua yang samar² itu sambil meninjau²
didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.

Apabila apabila sampai kedalam gua tersebut
alangkah terperanjatnya ia
bila didapati banyak harta karun dalamnya.
Ia cuba mengambil harta itu
tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan
lalu menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata:




"Heyyyyyy manusia. Jangan kau sentuh harta itu.
Harta itu bukan kau yang punya.
Ahmad Albab yang punya.
Ha Ha Ha Ha Ha!
Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa."




Tahniah kepada anda kerana membaca sampai habis.^^






Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 7:25PM Rabu 25 November 2009

Nenek pernah berkate:
"Mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam
dan minat membaca sangat bagus."
.fullstop.





Saturday, 21 November 2009

Sasar Gadis Montel.

Status: Kecian+Pelik Mood: Aneh
Perhatian: Ini cerita betol. Bukan main² atau rekaan
bagi mendapatkan publisiti murahan.
Amaran: Tidak sesuai untuk tatapan pembaca yang tengah horny.

"Sasar Gadis Montel
Oleh Muhd Izawan Baharin

izawan@hmetro.com.my


gambar hiasan. klik image untuk besar.


KUALA LUMPUR: Kata-kata memikat dan ayat meraih simpati cukup menjadi helah bagi seorang penganggur mengikis wang beberapa gadis berbadan montel sebelum ditinggalkan di kawasan terpencil selepas mereka kehabisan duit.

Dengan penampilan bertindik sebelah telinga serta berbadan kurus, kasanova junior berusia19 tahun itu bijak menggunakan laman sosial MySpace di Internet untuk mencari mangsa gadis berbadan gempal sebelum dipujuk bertemu.


Mangsa diajak bersiar-siar dan amalan itu diulang beberapa hari dan pada masa sama, gadis yang menjadi sasaran tipu, dipujuk supaya meminta wang daripada ibu bapa untuk berbelanja.


Bagaimanapun, mangsa ditinggalkan sehelai sepinggang di tempat tertentu selepas semua wang dibawa dihabiskan kasanova itu.
Kegiatan kasanova itu didedahkan seorang bapa yang turut kehilangan anaknya dipercayai mengikut pemuda terbabit hampir dua minggu lalu dan gagal dikesan sehingga kini. Roni Mat Zin, 45, berkata pada jam 3.30 petang pada 23 Oktober lalu, anaknya, Asmira, 19, menghubunginya untuk meminta izin ke Kuantan, Pahang, bagi membeli peralatan menyiapkan kertas kerja pengajiannya.

“Anak saya melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di Kuantan dan dengan ditemani seorang rakan, dia ke bandar tetapi sebenarnya untuk bertemu lelaki itu.


“Saya tak tahu perkara itu sehinggalah dimaklumkan kehilangan Asmira keesokan hari oleh seorang rakannya dan diberitahu mengenai kejadian sebenar,” katanya yang datang ke Balai Berita, semalam.


Roni yang bertugas sebagai pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, selepas pertemuan itu, pemuda terbabit menghubungi Asmira sebelah malam memberitahu dia tidak mempunyai wang membeli tiket bas pulang ke Kuala Lumpur.


“Dengan bantuan seorang rakan, anak saya keluar dari asrama ke stesen bas dan meminta rakannya pulang dulu sehingga dihubungi menjemputnya ke asrama semula. Anak saya ketika itu hanya memakai seluar trek, tudung putih dan baju-T jingga.


“Asmira gagal dihubungi dan usaha menjejakinya mendapati dia kerap bergerak antara Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur, berdasarkan rekod pengeluaran wang di ATM serta penggunaan telefon bimbitnya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Sentul.


Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada rakan anaknya dan polis, dia mendapatkan gambar wajah pemuda terbabit serta mangsa lain kasanova itu.


“Saya menemui seorang gadis berusia 21 tahun di Shah Alam dan dimaklumkan dia juga dipengaruhi kasanova itu dan berlegar-legar tanpa tujuan dua minggu sebelum ditinggalkan di sebuah rumah sewa di Ipoh, Perak, selepas tidak lagi mampu memberikan wang.


“Malah, saya terkejut apabila dia mendakwa lebih daripada empat gadis yang semuanya berbadan besar menjadi mangsa kikis pemuda itu,” katanya.


Roni berkata, dia tidak tahu sama ada kasanova itu menggunakan ilmu pukau, namun dia didakwa mampu mempengaruhi ramai gadis dengan menceritakan kesusahan dan keperitan hidupnya.


“Saya bimbang keselamatan Asmira yang tidak diketahui di mana dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi saya di talian 013-3434604 atau balai polis berdekatan,” katanya.
"

Memacam lew zaman skunk ni.
aneh² je. adoiii~






Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:37PM Rabu 25 November 2009

Nenek pernah berkate:
"Manusia kalau nak hidup macam-macam bende diorang buat.
Bezanya baik dengan idak, halal dengan haram."
.fullstop.







Monday, 9 November 2009

Gonggok oh Gongok!

Status: Terkejot Mood: Excited
Perhatian: Ini cerita betol. Bukan main² atau rekaan
bagi mendapatkan publisiti murahan.
Amaran: Tidak sesuai untuk tatapan penghidap
penyakit jantung & wanita mengandung.


Hari isnin 8 November 2009 itu hari aku ngan member aku g mandi Sungai Gabai. Tengah seronok bermandi manda, tetiba aku dengar member aku cakap: “Weyh! Ulat gonggok besar weyh!” Aku ingat diorg memain. Almaklumlah, member2 aku kurang waras sikit. Kepale otak ingat bergurau jek, sehingga mengakibatkan jangkitan sejenis penyakit yang dipanggil simptom "Berat Pemikiran". Okeyh. Berbalik kepada cerita ulat gonggok tadi. Aku pon bergegas ke tempat kejadian untuk melihat dengan mate kepale ku sendiri. “Besar giller lew.” Ayat 1st yang kuar dari molot ku lepas tengok menatang tu. Aku pon ape lagi, teros berlari lari anak untuk mendapatkan handphone mahal ku untuk snap picture beliau.
Inilah picture beliau. Lihatlah kebesaran Allah SWT.

klik image untuk besar.

Ape? zoom? cube tengok pic ni plak.

klik image untuk besar.

Photoshop?? Ya Allah. Xpercaya? Xpercaya tanye Iron.
Iron, ce citer. ce citer. tu dalam picture tu tangan Iron lew tu.
Aku xsangke boleh jumpe ulat gonggok sebesar ni.
Kenapa beliau boleh besar sebegini? Teori aku:-

Teori 1:
-Maybe kawasan tempat aku mandi tu terlalu tinggi serta
xde gangguan daripada mane2 individu & tanah yang lembap
menyebabkan beliau boleh membesar sebegini.

Teori 2:
-Maybe beliau terkena sinaran lampu besar/kecil kepunyaan Doraemon
ketika Doraemon datang bersama Nobita & kawan2 melalui mesin masa untuk mandi disitu.








p/s:- Iron = Kawan aku. Nama die Mohd Hafiz Ashraf.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 9:32PM Rabu 18 November 2009.

Nenek pernah berkate:
"Kebesaran Allah ada di mana-mana."
.fullstop.






Sunday, 18 October 2009

Nasi Lemak Special



A
hhh.
ini adelah makanan tengah hari ku utk hari ini
mak ku yg masak. sedap ouh.
bagi yg tatau menatang ape ni,
menatang ni name kampong die nasi lemak.
name bandar nasi lemak ni ialah:
Nasi Lemak Kukus Sambal Sotong Kari Ayam with Fried Prawn.
singkatannye plak NLKS²KAFP.
dengar name da tau sedap+special.
terserlah kebandarannye. apetah lagi menjamahnye.
bagi orang-orang yg da 4-5 hari xmakan.
pasti diorang akan memuji kesedapan & kelazatan
nasi lemak special ni atau name saintifiknye NLKS²KAFP.

aku ade menemuramah sorang mamat yg xmahu name
& mukenye disiarkan. (name samaran pon die xkasi siarkan.)
bagi mengukuhkan kesahihan & kebenaran yg aku cakap tadi.
berikot adelah kate² beliau:
"wa cakap lu. sekali lu jamah, seumur hidop lu,
lu xkan lupe rase nasi lemak ni. wa gerenti beb.

wa cakap bukan maen² ni. serius ni beb.
kecuali kalau lu da nyanyok.
mmg xboleh nak buat ape."

disini ade lagi satu temuramah yg sempat sy rakamkan.
kate atok yg sudah berusia lewat 80an:
(orang tua ni pon xnak name ngn muke die disiarkan.)
"walopon atok ni xde SPM. da tua.
gigi pon da xde.
tapi yg ni, atok memang
setuju. setujulah bahawasanye

nasi lemak cucu memang sedap.
tanpa ragu² mahu pon was² lagi.
"

hmm, begitulah kate² dari beberape penduduk
yg telah menjamah nasi lemak ini.
nampaknye mase pon da mencemburui kite.
elok la saya mengundurkan diri.
rasenye saya pon da cukup mengarut ni.
adios amigos.









Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 2:33PM Ahad 18 October 2009

Nenek pernah berkate:
"Kalau mengarut sekali sekala xpe,
ia xkan memudaratkan kesihatan."
haha.fullstop.





Mei-chan no Shitsuji.



M
ei-chan no Shitsuji.
ni lagi 1 drama jepun yg baru
aku abes tengok 3hari lepas. (Khamis 16 Oct 2009)
drama ni drama baru. awal tahun ni kuar. (2009)
drama ni aku tgk 1shot je 1hari. drama ni memang
lawak+kelakar+gembira+sedih+romantik+geram.
korang tau lew kalau ade element2 tu sume.
sesuatu citer/drama tu sememangnye best.
drama ni pasal sorang pompuan bername Shinonome Mei
yg tatau pon die berketurunan keluarga Hongo yg terkenal & kaya.
lepas ibu bapa die mati akibat kemalangan.
sorang butler rank S bername Shibata Rihito
datang kepadanye memberitahu die bahawa die adelah
seorang cucu dan pewaris kepada keluarga Hongo
dan dikehendaki berpindah kesekolah perempuan St. Lucia
dimane sekolah tersebut adelah sekolah bagi anak² perempuan
orang kaya belajar untuk menjadi lady & successor of family.
lepas die pindah kesekolah tersebut. bermulalah kisah yg lawak+kelakar+gembira+sedih+romantik+geram.
nak tau lagi detail korang tengok lew drama ni.
seriously korang kene tengok drama ni.
ni ade video preview ngan info cket pasal drama ni. check it out.


Chart
klik untuk besar image



Info:

Details

  • Title: メイちゃんの執事
  • Title (romaji): Mei-chan no Shitsuji
  • Also known as: Mei-chan's Butler
  • Format: Renzoku
  • Genre: Romance, comedy
  • Episodes: 10
  • Viewership rating: 14.0 (Kanto)
  • Broadcast network: Fuji TV
  • Broadcast period: 2009-Jan-13 to 2009-Mar-17
  • Air time: Tuesday 21:00
  • Theme song: My SunShine by ROCK`A´TRENCH

Synopsis

The story revolves around a young woman named Mei, who was rescued as a young girl by someone calling himself her "butler." With only a vague memory, though, the experience seems like just a dream. But one day, after her parents' accidental death, he appears: Rihito comes from a line of outstanding butlers, and he has been appointed to serve her! Now her ordinary life has completely flipped, as she discovers that she's actually the heiress to a fortune, and is forced to transfer to St. Lucia Girls' Academy, where all the students have butlers! As a result, her childhood friend Kento decides to enroll in a butler school so that he can stay close to her. --Tokyograph

Cast

"M" denotes Master and "B" denotes Butler.

Shadow (Ombra) Rank

Moon (Luna) Rank

Sun (Sole) Rank

St. Lucia Girl’s Academy

Hongo Family

Nakamoto Family

Others

Production Credits

Episode Information

Episode Subtitle Kanto Kansai Nationwide
01 Good-Looking Butlers Granting the Desires of Women! 14.9 ??.? ??.?
02 I'll Risk My Life To Protect You!! 14.8 ??.? ??.?
03 I Want to Serve You 14.4 ??.? ??.?
04 You Are The One I Need 12.0 ??.? ??.?
05 Rihito Hugged Me 13.6 ??.? ??.?
06 Kento's Big Confession 14.0 ??.? ??.?
07 I'll Be By Your Side 13.1 ??.? ??.?
08 A Duel! Rihito vs. Kento 13.5 ??.? ??.?
09 Don't Die, Rihito! 13.4 ??.? ??.?
10 Last Kiss 16.6 ??.? ??.?
Average --- 14.0 ??.? ??.?

Source: Video Research, Ltd.

Awards

Videos

Rock'A'Trench - My Sunshine [Mei-chan no Shitsuji OST]




Mei-chan no Shitsuji preview music [Fan made]







Info & image kredit to: Wiki d-addicts
Video kredit to: youtube.com









Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 12:29PM Ahad 18 October 2009

Nenek pernah berkate:
"Hidup seperti biase adelah kebahagian yg paling sempurna."
.fullstop.







Wednesday, 14 October 2009

Zettai Kareshi.



Setelah sekian lame drama ni tersimpan dalam hardisk ku.
baru semalam aku berpeluang tangok.
memang tak sia2 aku simpan citer ni lelame dalam hardisk ku.
sebab citer ni memang best. baek punyee.
semalam aku tengok straight sampai episode 07.
arini aku sambung sampai episode 11 the finale.
2 ari aku habeskan mase ku tengok citer ni. haha.
(sehari pon da boleh abes sebenarnye.haha)
citer ni kuar tahun lepas kat jepun.
ni mase citer ni ditayangkan kat Jepun.
15 April 2008 hingga 24 June 2008
so citer ni agak baru gak ah.
yg secial episode pon aku da tengok haha. citer ni pasal ape?
citer ni pasal robot bernama 01 also known as Night Tenjo,
yg menyintai seseorang pompuan bernama Izawa Riiko
yg asyik kene rejected je ngan laki.
aku nak citer pon payah la.
korang bace lah info kat bawah ni.
kalau nak lagi detail.
ha korang tengok la citer tu.hehe










Klik image untuk besar


Info:

  • Title: Zettai Kareshi
  • Also known as: Absolute Boyfriend
  • Tagline: Kanzen Muketsu no Koibito Robot / The Completely Perfect Boyfriend Robot
  • Genre: Romance, comedy
  • Broadcast network: Fuji TV

  • Episodes: 11
  • Viewership ratings: 13.2 (Kanto)
  • Broadcast period: 2008-Apr-15 to 2008-Jun-24
  • Air time: Tuesday 21:00
  • Theme song: Okaeri by ayaka

Synopsis

Robot maker, Kronos Heaven, finally develops "Night Tenjo", the perfect male humanoid programmed to be devoted and completely loyal to his lover. The company chooses temp worker Izawa Riko to take part in a 5-day free trial. At first, Riko only sees Night as a household appliance. But when she finds out how deep Night's devotion to herself is, Riko finds herself falling in love with him. Joining the love triangle is Asamoto Soshi, a distinguished young executive at her company who has feelings for her. --Fuji TV

Cast

Production Credits

Episode Information

Episode Subtitle Ratings
(Kanto)
Ratings (Kansai) Ratings (Nationwide)
01 The robot that bestows love 13.1 ??.? ??.?
02 Poor love, totally 14.3 ??.? ??.?
03 Stolen love, totally 15.1 ??.? ??.?
04 Kissing love, totally 13.1 ??.? ??.?
05 Jealous love, totally 13.1 ??.? ??.?
06 Scrapped 12.4 ??.? ??.?
07 A love that touched her 13.0 ??.? ??.?
08 A new robot love 12.1 ??.? ??.?
09 Missing you 13.0 ??.? ??.?
10 I won't let you have her 11.9 ??.? ??.?
11 Miracle 13.6 ??.? ??.?
Average -- 13.2 ??.? ??.?

Source: Video Research, Ltd.

Special

  • Viewership ratings: 9.0 (Kanto)
  • Broadcast date: 2009-Mar-24
  • Air time: Tuesday 21:00-23:00
  • Theme song: Okaeri by ayaka

Synopsis

Three years later, newly engaged Soshi & Riiko return from Paris only to have Tenjo Night stand between them.

Cast


Info kredit to: Wiki d-addicts











Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:29PM Jumaat 14 October 2009

Nenek pernah berkate:
"Cinta mewujudkan keajaiban."
.fullstop.











Friday, 9 October 2009

Tamatnye suatu drama.


A
hhh.
tamat pon drama pasal sound menyaound.
brother tu xberani pulak.
mule² beriya² nak jumpe aku la.
pecahkan kepale aku la.
ape la.bla bla bla.
sebab die macam da terdesak sangat nak jumpe aku.
aku pon bagi alamatku.
bile aku da bagi alamatku sume.
da bagi "bunga" sume.
pelawa die datang.
die xberani pulak. adoiii~
die pon da block aku dari myspace die.
aku baru nak tanye.
jadi xdatang? nak comfirmkan la.
nanti senang aku nak sediakan bahan untuk masak, makan².
pape pon. bende da settle.
aku pon malas nak citer banyak.
bende kecik je pon.


xtau ape kes?
bace kat sini:-
Kes 1: Sini.
Kes 2: Sini.
Kes 3: Sini.




Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 3:52AM Jumaat 09 October 2009

Nenek pernah berkate:
"Bende da settle jangan diperbesarkan lagi."
.fullstop.






Rentetan kisah tadi.

Belom sampai esok die da komen aku balik.
siap nak marah².
nampak sangat die salah.
nak bace komen die?
ni komen die.

Komen die:
"oi PUKIMAK!!!
mana ko skng!!!
aku nk jmpe ko!!!
aku nk ckp dpn2 ko bg ko FAHAM ape maksud aku!!!!
MULUT MACAM PALATTTTTTTTTTTTTTTT
aku dpt ko mmng pecah kepala!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Pergh.
memang marah betol ni. haha.
aku pon balas ar "pantun" die tu.
ni "pantun" aku.


Komen aku:
"uiks.
ko xapprove komen ku er?
takot dak2 laen bace?
aku juz cakap ape yg betol.
btol xbtol skunk?
ko pulak nak melenting. nampak sgt ko salah.
xpuas ati. nak cari aku?
ko cari kat sini.
Jalan Mulia 4, Taman Mulia, Jalan Kesang Laut, Muar, Johor.
aku sedia pulut kuning.
aku bentang kapet merah.
datang ar.
tengok kepale sape yg berdarah dulu.
erk.
ko pakai baju er?
ke nak one on one?"






Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 1:32AM Jumaat 09 October 2009

Nenek pernah berkate:
"Orang yang xpuas. kite layan sampai die puas."
.fullstop.




Rentetan kisah semalam.

Ni pasal kes semalam ni.
pasal buletin kat myspace tu.
aku ingat da setel.
rupenye belom. die xpuas ati.
die hantar komen kat myspace ku.
nak tau die cakap ape?
bace kat bawah ni.

Komen die:
"now life it doesnt matter.. wana find truth friend.
but i didt said a bes friends!!! read it up again silly!
i said those friends la.. i only chose a friends suit wit me..
not them wit smokers and drug edict or watever there r..
who r u wan judge me munafik. cuz i nvr said ther r my enemy!
i juz said if don like don hangup wit them..
aku da la ala pada ASAP ROKOK!!!!
aku ada masalah kalu kne asap rokok!!!
dn aku benci pada rokok!!!
dan mereka faham aku benci pada rokok cuma mmber rapat!!!
dan mereka xkn merokok dpn aku..
dan bg mereka yg x pham aku.. mereka akan buat!!
ADA FAHAM SKNG!
so makna nye kite kne kawan jugak ke dgn pembunuh?
pengkhianat? perogol..?
dan x bole nk belakon dpn dierunk yg kite x suka?
U R VERY DUMB STUPID I TOLD U!!!!
don reply if u nvr understand the statement ok!"

Aku cari balik buletin tu nak bace.
sebab die suruh aku bace balik.
nak gak aku bace balik.
cari-cari da xde da buletin tu.
die da delete. da delete pastu suruh aku bace.
memang si-bo-doh.
nasib la aku da copy. pastu post kat blog aku.
nak bace buletin die bace kat sini.
lepas die komen aku komen la balik.

Komen aku:
""but i didt said a bes friends!!!"
oh. u didnt said a best friend?
dont play dumb u hypocrite.
u want me to highlight wat u've said?
ok i'll highlight it for u.
"memandang kn bes fwens aku da bpindah ke facebook..
aku berani nk kata kn nie!!!"

u didnt said it?
wow. awesome.
u truly a hypocrite. im so impress.
and i didnt judge u munafik.
u can ask ustaz or ustazah or pendakwah if u want.
hypocrite same like munafik.
oh. u also said

"i nvr said ther r my enemy!"

but in ur buletin u've said

"at a moment i will say u BABI!
at all! u noe babi ialah segala kejahatan dimuka bumi nie."

if they all pig. of course they all ur enemy.
what a stupid hypo.
ni. yg pasal isap rokok depan ko.
ko cakap ape?

"dan mereka faham aku benci
pada rokok cuma mmber rapat!!!
dan mereka xkn merokok dpn aku.."

tapi dalam buletin ko.
ko cakap ape?
ko cakap bes fwens ko.
kalau bes fwes ko nape diorg xpaham n isap rokok depan ko.
sekarang ko da putar belit citer.
ni lagi satu.

"makna nye kite kne kawan jugak ke dgn pembunuh?
pengkhianat? perogol..? dan x bole nk belakon dpn dierunk yg kite x suka?"

lak? masuk pembunuh sume tu plak.
tu terpulang ar individu masing2 nak kawan ngan sape.
kenapa nak belakon kalau ade mulut.
lepas tu citer belakang-belakang.
xsuke cakap xsuke.
ko ni memang pandai putar belit citer aek?

tak ade member ko cari-cari.
dah ade member ko buat macam sampah.
time nak ko gune.
time xnak ko buang.
si-bo-doh."

kalau die xpuas ati lagi.
komen lagi.
jangan risau. aku xkan block user die.
komen la bebanyak.
aku tetap akan layan sampai die puas.







Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 12:48AM Jumaat 09 October 2009

Nenek pernah berkate:
"Orang hypocrite memang pandai berkate-kate.
berhati-hatilah kamu"
.fullstop.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless