Showing posts with label uitm. Show all posts
Showing posts with label uitm. Show all posts

Monday, 12 April 2010

Event oh Event!

Status: Busy. Mood: Letih + fikiran berkecamuk.

Event yg ade dalam mase seminggu lebih kat kampus aku.

Sabtu 3 April 2010
-Marketing Day (Terlibat)

Ahad, 4 April 2010
-Tiada aktiviti

Isnin, 5 April 2010
-Temuduga biasiswa JPA (Tidak Terlibat)

Selasa, 6 April 2010
-Temuduga biasiswa JPA (Tidak Terlibat)
-Practice test speaking BEL120 (Terlibat)

Rabu. 7 April 2010
-Temuduga biasiswa JPA (Tidak terlibat)
-Test AIS130 dengan Miss Fairuz (Terlibat)

Khamis, 8 April 2010
-Solat hajat sempena Final Exam(Terlibat)
-Ceramah (Terlibat)

Jumaat, 9 April 2010
-Solat jumaat (Terlibat)

Sabtu, 10 April 2010
-Test FAR100 (Terlibat)
-Malam penyampaian Anugerah Dekan (Terlibat)
-Penyampaian hadiah futsal, paintball & keceriaan bilik (Terlibat)

Ahad, 11 April 2010
-Jabatan Pertahanan Awam (Terlibat)
-Temuduga kemasukan ke universiti bagi lepasan SPM (Tidak Terlibat)

Isnin, 12 April 2010
-Kuiz AIS130 dengan Pn Hafizah (Terlibat)
-Speaking test BEL120 dengan Pn Rohani (Terlibat)
-Kuiz MAT126 dengan Pn Suriati (Terlibat)

Selasa, 13 April 2010
-Daftar course (Terlibat)






Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 10:32AM Rabu 14 April 2010.

Nenek pernah berkate:
"Hidup sebagai student ni memang busy cuuuu~"
.fullstop.






Tuesday, 2 March 2010

Otak Bersepai 18SG

Status: Sadis. Mood: Rajin² Malas.

Lama aku tak update blog aku ni,
sejak aku sambung blajar di UiTM lewat tahun lepas.
Nak tulis ape pon tak tau dah,
nak sambung cerita yg lepas pon dah malas dah.
So, aku terus bukak cerita baru je lah.hehee

Entry kali ni agak tidak sesuai untuk tatapan budak² kecik.
Pompuan yang mengandung & orang yang lemah semangat pon tak sesuai.
Kenape tak sesuai? Tengok tajuk pon dah tau la tak sesuai. Adoiiii~
Aku nak cerita pon agak sadis. Korang tengoklah sendiri.hmm
Aku terpakse korbankan mase study Math ngn Akaun aku
untuk update cerita ni. Kerana apa? Kerana aku terpanggil
untuk membuka mata kawan² aku sementara masih sempat.
So, amek lah iktibar daripada gambar yang akan aku post nanti.





AMARAN!! 18SG










SEKALI LAGI, AMARAN!! 18SG













Lihatlah, bertapa sadisnye gambar ini. Otak² kepunyaan sapekah ini.
Membazir betol~ Oklah, sampai sini jer lah. Nak sambung study~ ;)







Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 11:02PM Selasa 03 March 2010

Nenek pernah berkate:
"Perkara pertama yang tidak patut lelaki lakukan
adalah membuat perempuan menangis dan
perkara yang kedua adalah jangan membazir MAKANAN
."
.fullstop.

Sunday, 29 November 2009

Pening oh Pening!

Status: Sakit kepale. Mood: Pening.

Adoiii~ pening aku ah.
Belajar pening, xbelajar pening, nak sambung belajar pon pening.
Pening oh pening. Mane xpening kalau dah bapak aku asyik tanye:
“Apply la mane2. Apply je sume. Nanti dapat pilih la.”
“Nak sambung belajar kat mane ni? Masuk UPiM lah.
Belajar networking, senang dapat keje. Yuran xpayah bayar. Ade elaun.”
“Nak masuk politeknik x?”
“Nak masuk UiTM x?”
"Unisel?"
Come on. I need space okay. Memacam tawaran aku dapat.
UiTM, Unisel, UPiM, Politeknik, Kolej Yayasan Melaka.
Sume course bukan taste aku.
Dapat yang taste, tempat belajar plak bukan taste.
Adoiii~ Menyesal pon ade gak xbelajar betol2 mase kat UniKL dulu.
Mase kat UniKL dulu aku amek Course Diploma in Animation.
Course tu memang best, memang minat aku.
Jumpe plak member2 yang sekepale macam aku.
Dengan xde final exam lagi. Memang masyuk.
Cume assignment/keje memang banyak ah.
Sem1 aku kat UniKL agak cemerlang bagi orang yang malas cam aku ni.
Aku kantoi mase sem2, bile tahap kemalasan aku membuak2.
Persoalannye skunk, sikap malas aku ni.
Belajar ape pon, kat mane pon, kalau malas memang xkemane.
Member aku siap nasihat kat aku:
“Pasni 1 je. Ko jangan buat macam dulu lagi. Ko belajar betol2. Jangan malas lagi.”

Okeyh. Berbalik pada cerita asal. Korang rase ape patut aku buat?
Otakku bertambah serabut+pening bile pikir pasal bende ni.









Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 7:21PM Rabu 18 November 2009.

Nenek pernah berkate:
“Buatlah keputusan berdasarkan pemikiran yang waras,
bukan berdasarkan nafsu dan emosi.”
.fullstop.







UiTM oh UiTM!

Status: Confused. Mood: Pening.

Bulan October 2009 aku ade dapat tawaran melanjotkan
pelajaran ke UiTM Kampus Johor Bahru. Course Diploma Seni Lakon.
Siap bagi dialog lagi suruh aku hafal untuk temuduga nanti.
Bapak ah. Nak berlakon2 plak. Aku xpergi pon temuduga tu.
Lepas tu aku pon xpikir ah pasal UiTM lagi. Tup² aku bagun tido pagi tadi dalam pukul 9pagi
aku tengok handphone ade 2 SMS 1 misscall. 1 misscall dari bapak aku.
1 SMS orang mintak share. (Pepagi da mintak share kredit, tah pape tah.)
1 lagi SMS daripada UiTM. Aku pon bace ah.
SMS tersebut berbunyi begini:
“RM0.00 UiTM:
Tawaran Kemasukan Pelajar ke UiTM sesi Disember 2009.
Sila layari http://istudent.uitm.edu.my/intake untuk maklumat selanjutnya.
Terima Kasih.”
Aku nak check kat tenet xboleh sebab tenet umah aku ade problem.
So aku send messege kat bapak ku suh die check kat pejabat die.
Then, bapak ku call aku cakap aku dapat tawaran Diploma Perakaunan.
Aku suruh bapak ku print tawaran tu bawak balik aku nak tengok.
Adoiii~ dapat akaun plak. Bertambah kusut aku ah.





Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 10:39PM Rabu 18 November 2009.

Nenek pernah berkate:
“Ape bende menatang UiTM tuh? Ha, cu?”
Adoiii~ nenek ni… (-. -“)
.fullstop.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless