Showing posts with label misteri. Show all posts
Showing posts with label misteri. Show all posts

Wednesday, 14 April 2010

Suara Ghaib oh Suara Ghaib!


SEORANG penduduk menunjukkan perigi di Kampung Laha, Pulau Chondong, Kota Bharu tempat Siti Ramlah terjun selepas mendakwa disuruh berbuat demikian oleh suara ghaib.


Wanita berendam dalam air lebih sejam sebelum diselamatkan

Tidak tahu dari mana datang suara itu, Siti Ramlah Wok, 52, mendakwa dia bagaikan orang hilang akal apabila terdengar suatu arahan ghaib.

Dalam kejadian pada 10 pagi semalam, wanita itu mengikut arahan tersebut dengan menghampiri sebuah perigi buta dan terus terjun ke dalam perigi yang terletak tidak jauh dari rumahnya di Kampung Laha, Pulau Chondong di Kota Bharu, Kelantan.

Sebaik berada dalam perigi yang airnya cuma pada paras pinggang, Siti Ramlah yang seolah-olah baru sedar daripada perbuatannya itu menjerit meminta pertolongan.

Dia yang menghidap penyakit kencing manis kemudian diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang menaikkan mangsa dari perigi yang telah 10 tahun digali dan kini terbiar ekoran musim kemarau.

Suami mangsa, Husin Mat Ali, 63, berkata, inilah kali pertama Siti Ramlah bertindak di luar dugaan.

Sebelum ini tiada penduduk kampung itu yang mengadu mendengar suara ghaib seperti didakwa isterinya.

Perigi itu digali lebih 10 tahun lalu dengan paras kedalaman enam meter.

Bagaimanapun musim kemarau sejak awal tahun ini menyebabkan ia jarang digunakan lagi sehingga ditumbuhi semak.

Ia hanya digunakan sekali sekala oleh penoreh getah di kampung itu untuk mencuci tangan dan peralatan menoreh.

Siti Ramlah yang ditemui memberitahu, sebelum kejadian itu dia sedang berjalan kaki melalui laluan berhampiran perigi itu untuk 'ambil angin'.

Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan perigi yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya, dia mendakwa terdengar suara ghaib yang menyuruhnya terjun ke dalam perigi tersebut.

Sebelum terjun, Siti Ramlah sempat membaca surah al-Fatihah.

"Saya tidak pasti suara itu wanita atau lelaki. Apa yang saya dengar, suara itu mengarahkan saya datang dekat perigi dan terjun.

"Entah macam mana, saya kemudian mendapati saya sudah berada dalam perigi yang airnya pada paras pinggang dan ketika itu badan saya telah dipenuhi lumpur," ceritanya.

Dia yang mula ketakutan mengenangkan suara itu dan berada dalam perigi terus meminta tolong sebelum seorang penoreh getah terdengar jeritannya dan memberikan bantuan.

"Sebelum ini saya tidak pernah mengalami gangguan seperti itu dan kejadian ini benar-benar menakutkan saya," katanya.

Sementara itu, suami mangsa, Husin Mat Ali, 63, berkata, ketika kejadian dia menoreh getah tidak jauh dari rumahnya.

"Saya tidak sangka isteri saya terjun ke dalam perigi itu kerana dia tidak menghadapi masalah lain kecuali kencing manis sejak beberapa tahun lalu," ujarnya.

Katanya, sebelum ini tidak pernah berlaku kes orang terjun ke dalam perigi itu apatah lagi mendengar suara ghaib.

Dalam pada itu, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang telah menyelamatkan Siti Ramlah selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.15 pagi.

Mereka mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa dari perigi itu.


Info Kes Suara Ghaib

10 Mac 2010
Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Kangar, Perlis cedera parah akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah selepas mendakwa terdengar satu bisikan suara ghaib yang menyuruhnya terjun.

4 Februari 2010
Seorang pemuda berusia 20 tahun bertindak menikam bapanya sehingga mati manakala abangnya cedera parah selepas mendakwa bisikan suara seorang gadis bernama Siti Aisyah menyuruhnya berbuat demikian di Kampung Duyung Wan Su, Duyong Besar, Kuala Terengganu.

5 Januari 2010
Seorang pemuda, Rasidi Ismail mendakwa dia mendapat arahan dari langit untuk membunuh empat ahli keluarganya termasuk bapa dan adiknya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Seremban.

5 Mei 2006
Seorang bekas krew syarikat produksi televisyen Azwanizam Mat Desa didakwa membunuh isterinya, Azmah Mohamad di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Hiliran Ampang selepas terdengar suara yang mengatakan isterinya curang.

7 Januari 2005
Seorang mangsa tsunami, Rizal Shahputra mendengar suara ghaib yang mengingatkan dia supaya tidak tidur jika mahu terus hidup ketika hanyut dari Acheh ke Klang.

25 September 1999
Bekas ahli geologi Petronas Carigali, Muhamad Suhaimi Abdul Aziz didakwa membunuh isterinya di Bukit Damansara selepas terdengar suara ghaib yang memberitahu isterinya telah berlaku curang.






Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 4:26PM Rabu 14 April 2010.

Nenek pernah berkate:
"Taktau lah betol ker tak fakta ni cuuuu~."
.fullstop.




Wednesday, 25 November 2009

Penjara Pudu oh Penjara Pudu!

PENJARA PUDU.

Sebab sebab Penjara Pudu sukar ditutup.
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur suatu ketika dulu.
Hanya boleh disebarkan pada orang² tertentu sahaja.

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah
diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil
"Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "Bilik Terakhir" kerana ia merupakan bilik
kediaman terakhir bagi pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai mati pada keesokan harinya.

Di "Bilik Terakhir" inilah pesalah dikatakan
akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri
dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali
kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu
kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi
maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden² yang masih ada di Penjara Pudu,
sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suara² sayu meminta tolong, menangis
dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Ada juga diantara warden yang terlihat
seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu
bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula
kelihatan kambing tersebut keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil
bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan
bahawa suara-suara yang sering kedengaran
diwaktu malam dari Bilik "Terakhir" itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati
ditali gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Pada suatu malam Jumaat ketika
hujan renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu.

Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang
pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.
Sedang ia mengamat-amati maka
terlihatlah dalam kesamaran

seekor kambing hitam sedang menuju kearah "Bilik Terakhir"
itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri "Bilik Terakhir" itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik
itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar,
seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan
juga diri memasuki pintu gua yang samar² itu sambil meninjau²
didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.

Apabila apabila sampai kedalam gua tersebut
alangkah terperanjatnya ia
bila didapati banyak harta karun dalamnya.
Ia cuba mengambil harta itu
tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan
lalu menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata:




"Heyyyyyy manusia. Jangan kau sentuh harta itu.
Harta itu bukan kau yang punya.
Ahmad Albab yang punya.
Ha Ha Ha Ha Ha!
Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa."




Tahniah kepada anda kerana membaca sampai habis.^^






Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 7:25PM Rabu 25 November 2009

Nenek pernah berkate:
"Mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam
dan minat membaca sangat bagus."
.fullstop.





Monday, 9 November 2009

Gonggok oh Gongok!

Status: Terkejot Mood: Excited
Perhatian: Ini cerita betol. Bukan main² atau rekaan
bagi mendapatkan publisiti murahan.
Amaran: Tidak sesuai untuk tatapan penghidap
penyakit jantung & wanita mengandung.


Hari isnin 8 November 2009 itu hari aku ngan member aku g mandi Sungai Gabai. Tengah seronok bermandi manda, tetiba aku dengar member aku cakap: “Weyh! Ulat gonggok besar weyh!” Aku ingat diorg memain. Almaklumlah, member2 aku kurang waras sikit. Kepale otak ingat bergurau jek, sehingga mengakibatkan jangkitan sejenis penyakit yang dipanggil simptom "Berat Pemikiran". Okeyh. Berbalik kepada cerita ulat gonggok tadi. Aku pon bergegas ke tempat kejadian untuk melihat dengan mate kepale ku sendiri. “Besar giller lew.” Ayat 1st yang kuar dari molot ku lepas tengok menatang tu. Aku pon ape lagi, teros berlari lari anak untuk mendapatkan handphone mahal ku untuk snap picture beliau.
Inilah picture beliau. Lihatlah kebesaran Allah SWT.

klik image untuk besar.

Ape? zoom? cube tengok pic ni plak.

klik image untuk besar.

Photoshop?? Ya Allah. Xpercaya? Xpercaya tanye Iron.
Iron, ce citer. ce citer. tu dalam picture tu tangan Iron lew tu.
Aku xsangke boleh jumpe ulat gonggok sebesar ni.
Kenapa beliau boleh besar sebegini? Teori aku:-

Teori 1:
-Maybe kawasan tempat aku mandi tu terlalu tinggi serta
xde gangguan daripada mane2 individu & tanah yang lembap
menyebabkan beliau boleh membesar sebegini.

Teori 2:
-Maybe beliau terkena sinaran lampu besar/kecil kepunyaan Doraemon
ketika Doraemon datang bersama Nobita & kawan2 melalui mesin masa untuk mandi disitu.








p/s:- Iron = Kawan aku. Nama die Mohd Hafiz Ashraf.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 9:32PM Rabu 18 November 2009.

Nenek pernah berkate:
"Kebesaran Allah ada di mana-mana."
.fullstop.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless