Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Sunday, 13 November 2011

1st Entry After 3 Months and 1 Week.

Aku nak update blog, malangnya tak tahu nak update apa. Aku syak Twitter telah mematikan nafsu blogging aku. Sedih juga rasanya bila mengenangkan blog yang tidak ber-update ni. Adakah ini yang dinamakan fenomena writer's block? Eceh, macam penulis novel gamaknya. Padahal hanya penulis blog picisan. Oh, bercakap tentang novel, aku sekarang sedang mendalami (dibaca; membaca) novel hasil nukilan novelis thriller no.1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid bertajuk Mandatori. Baru baca sampai Segmen 11, masih jauh lagi pembacaan dan penghayatan yang perlu aku lalui.


Mandatori mengisahkan seorang lelaki bernama Carlos yang menyimpan dendam untuk menuntut keadilan. Hukuman mati di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu menjadi titik permulaan baginya mencipta mahkamah keadilannya sendiri. Dialah pendakwaraya dan dia jugalah hakim yang menjatuhkan hukuman. Peguambela? Tidak pernah wujud peguambela dalam kamus mahkamah keadilannya kerana baginya, pendakwaan membawa erti kesalahan yang telah terbukti. Sesiapa yang diadili olehnya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan dan yang pasti hukumannya ialah hukuman mati mandatori.

Thursday, 2 June 2011

Aku part-time blogger yang pemalas. #dealwithit

Oleh kerana lama sangat tak update blog, guwa jadi sangat malas nak menaip. Jari-jemari guwa menjadi kaku. Otak kiri guwa hampir-hampir menjadi tepu dek kerana terlalu lama tidak berfikir macam mana nak buat ayat. Selama 2 bulan lebih blog ni tersadai, selama itulah guwa dapat banyak rengekan manja dan pertanyaan dari pembaca guwa kenapa dah lama tak update blog. ( #truestory brah! ) So, di pagi yang serba sunyi lagi sejuk ni, guwa nak buat comeback sikit. Nak bagitaulah yang blog ni masih bertuan dan masih bernyawa. Sekarang ni guwa agak ke-busy-an sebab tu tak dapat nak meng-update dengan kerap macam dolu-dolu. So kalau korang ada info nak kongsi dengan guwa, guwa alu-alukan. Bukan apa, nenek guwa pernah cakap, berkongsi itu mengambil berat. lulz

Anyway, guwa ada sikit info berguna untuk korang semua:

How to be popular for dummies.
1. Buat kenyataan yang agak babi.
2. Yakin dan bangga dengan kenyataan anda.
3. Post di blog, twitter atau facebook.
4. VOILA! now you can be popular mengalahkan #retis macam #adindaevans. kahkahkah!

Note ringkas tak berapa padat:
Aku part-time blogger yang pemalas. Aku malas nak update entri dan aku malas nak followback. For new followers of this blog,  Thanks!

Wednesday, 9 March 2011

Roti John bukanlah makanan kesukaan Lionel Messi.

Pagi tadi guwa bangun, dengan rambut panjang yang masih kusut tidak terurus, tiba-tiba perut guwa memulas-mulas dengan pulasan yang luar biasa hebatnya. Guwa berkata sendirian, | Celaka, ini mesti kari mamak semalam ni. | tanpa membuang masa, guwa terus mencapai rokok di atas rak buku dan bergegas ke tandas untuk memunaikan apa yang telah dihajatkan. Sambil membuang air kumbahan, guwa menyedut dan menghembus asap rokok dengan perasaan yang sangat tenang walau asshole agak sedikit pedih kerana tujahan bahan buangan yang terlalu laju. Selesai mandi-manda, guwa bersiap dan menuju ke dapur berhampiran untuk menghasilkan satu roti yang dinamakan Roti John. Tanpa guwa sangka, pertama kali percubaan guwa telah berjaya menghasilkan Roti John dengan begitu perfect sekali. guwa berkata sendirian lagi, kali ini dengan ketawa kecil, | Malam ni dah boleh  start berniaga. miehehe |

Oh, ini bukanlah Roti John yang guwa hasilkan. Guwa rembat kat google jer ni.

Meanwhile at Nou Camp...

Guwa tak kisah walau nampak macam gay, janji Barcelona menang - Lionel Messi
Barca attempts 19 on goal shotout against the visitor, while Arsenal never managed a shot on target and surely Barca beat Arsenal 3-1 and 4-3 on aggregate to reach the Champion League quarterfinals. Fuh, dasat geller leh~ Its oklah Arsenal, Barca memang kuat. Nak buat guane ye dok? ni FA cup ahad ni lawan ManUre, takkan tak boleh beat kot. The Blues dengan The Reds relax jer benam itu setan merah. kamon ganer! i no u can do it! Tetiba nak main miniclip plop. kbai!

Monday, 21 February 2011

Peraturan dan tatatertib ketika menjadi kawan guwa di alam maya.



Baca tajuk macam | lek eleh mamat ni, bajet artis sial nak ada peraturan, tatatertib bagai. | Bukannya apa, guwa memang dah lama bajet diri guwa ni artis. Tapi baru sekarang guwa nak tonjolkan kebajetan guwa ni. Kalau nak diikutkan entri ni sebenarnya lebih kepada nasihat. Nasihat untuk korang bagi memudahkan perjalanan hidup guwa. For your information, I've started approve people on facebook. But only girl and based on mutual friends jer (kalau yang cun tu takda mutual friends pun guwa approve gak. kalau guwa terapprove lelaki tu maknanya dia memang bernasib baik). Why? Because imapervert and wanna stalk their picture everyday lah. Problem? lulz

Guwa jugak semakin aktif menggunakan twitter sebagai platform untuk guwa melepaskan amarah, keluhan dan rengekan manja guwa. So, bagi yang baru menjadi friends dan followers guwa di facebook dan twitter, guwa nak bagitau: Status dan tweet guwa banyak berbaur bolasepak Chelsea, racist, lucah, caci maki, sarkanisma, troll dan sebagainya. Jadi, bila baca status dengan tweet guwa, sila baca dengan intonasi dan nada yang paling baik, yang paling lembut, yang paling perlahan, yang paling manja, hatta status itu berbunyi "macam babi lah kau ni!" bagi mengelakkan salah paham ketika membaca status guwa. Korang juga di izin dan dibenarkan untuk print skrin mana-mana status guwa yang korang tak puas hati dan berikan kepada Oh! atau Eh! media. lulz

Last but not least, bila baca status guwa sila jangan nak emosionalisma, patriotisma, politisma dan butthurtisma tak tentu pasal. Adalah tidak menjadi tanggungjawab guwa untuk mengikut rentak hati korang yang jiwang itu dan tidak menjadi tanggungjawab guwa juga untuk mengubati hati korang yang mudah terluka. Kalau rasa nak emo dan butthurt jugak, korang dipersilakan jalan terus, belok kiri lepas tu terus pergi mampos.

Thursday, 27 January 2011

Setem bukan sahaja untuk dijilat, lekat dan pos!

Setem [2009]


Setelah sekian lama guwa perap dan peram dalam hardisc, akhirnya pintu hati guwa terbuka untuk memberikan sedikit masa guwa dalam hidup ini untuk menonton movie ini.

Bapak ah, cerita dah lama baru nak tengok. Sadis sial!
Giler babi slowpoke mamat ni.

Hell yeah! Guwa memang noob, guwa memang slowpoke. You got prob with that buddy? Okay, First impression guwa, | cerita pasal setem? watahel? Dah takda modal nak buat filem ke orang Malaysia ni. | Dengan ego yang tinggi, guwa nekad untuk melihat sendiri isi kandungan filem ni. Setelah 1jam 49minit 23saat, guwa tamat menonton dan bersedia untuk menukar persepsi guwa dengan berkata, | Inilah filem 1malaysia yang paling tiptop! (sambil berdiri depan cermin dan menunjukan tanda bagus ala-ala Dr Rozmey)| Macam mana guwa tak cakap 1Malaysia; Melayu, Cina, India even watak Indon pun turut wujud dalam filem ni. Dan yang paling guwa suka tentang filem ni, MILF kegemaran guwa turut berlakon sama beb. Sapa lagi kalau bukan Vanida Imran, dah lah berpakaian nurse, seriously turn me on. Kahkahkah!

So, kepada yang belum tengok, guwa sarankan korang tengoklah filem ni. Jangan jadi macam guwa, nanti menyesal tak sudah. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kesilapan pihak krew yang tak patut berlaku dalam filem yang bermutu macam ni. Guwa macam biasalah, bila tengok movie mesti cari kesilapan punya. HAHAHA!

Kesilapan Pertama

Pada minit ke 0:13:29, tongkat yang digunakan pak Ramli telah patah kerana memukul Johan, tapi pada minit ke 0:13:34, pak Ramli bisa menggunakan tongkat itu seperti biasa. LOL!

Kesilapan Kedua
Pada minit 1:21, but kereta tersebut telah berlobang akibat di tembak, tapi pada minit ke 1:24 but kereta tersebut tidak berlobang lagi. Amazing! Double LOL!

Pengajaran yang guwa dapat melalui filem ini ialah, | Don't judge a movie by its title | Miehehe!

Storyline: 9/10
Action: 8/10
Special effect: 6/10
Ending: 6/10
Overall: 29/40

Note: Guwa malas nak tulis sinopsis and upload trailer.
Korang boleh usha kat sini: Sinopsis & Trailer

Poster movie dirembat dari: Ajurina9 tblog

Wednesday, 26 January 2011

Kalau dah nama tu setan!

Unbeaten by luck more than quality.
Thats why I hate the color of red.

Always been lucky twats, with help from refs.
The other reason why I hate the color of red.

Always cumming from behind afta the game.
Another reason why I hate the color of red.
3 baris rangkap diatas bukanlah bait-bait puisi, begitu juga bait-bait lagu. Ia adalah tweet guwa menandakan guwa frust giler babi tahap kerajaan langit bapak Pin! Dengan bermottokan | guwa taknak mencarut kali ni | Lastly keluar gak empat perkataan bangang dari mulut guwa yang guwa terbitkan melalui status di facebook.

Kalau dah nama tu setan, memang kewujudan kau akan dibenci. Tak kisahlah kau setan merah ker, setan gondol ker hatta syaiton nirajiimmm~ sekalipun, Tiga-tiga sama bangang. Bangang! Bangang! Bangang!


Kahkahkah! Pagi-pagi buta sedang orang taman guwa nenyak tido guwa dah emo sorang-sorang. Semuanya kerana ManU berjaya menapau Blackpool 2-3 walaupun separuh masa pertama Blackpool dah leading 2-0. Bila baca balik tweet dengan status guwa, guwa macam | babi, guwa emo dah macam kaum kerabat indons sial pagi tadi. | Cepat-cepat guwa ber-istigfar. Serius guwa tak dapat bayangkan kalau guwa ni adalah part of the Indons. Korang dapat bayangkan? Serius korang memang JILAKHA~ Kahkahkah!


Note: Guwa ada manipulated something dalam ni. Good pada sapa yang tau atau perasan. :)


Sunday, 23 January 2011

Guwa jiwang dalam heartless

Lagu One In a Million nyanyian nigga bernama Ne-Yo serius layan giler babi! Tapi guwa tak tau nak tuju kat sapa lagu ni. Yela, guwa ni hidup menyingle mati berteman. LOL Wait! Guwa jiwang dalam heartless dan dalam heartless guwa, ada sifat-sifat jiwang yang guwa pupuk. Korang tak butthurt kan? Okay, kalau tak meh layan lagu mamat nigga bibir tebal mata sepet ni sepam.





P/S: Minah Galen Hooks nampak comei plak dalam videoclip ni. #turnon

Saturday, 22 January 2011

Tuck in baju? RAAGGGEEEE!

Masa zaman-zaman persekolahan dulu guwa selalu kena tegur bila tak tuck in baju ketika berpakaian sukan. Hatta masa guwa study kat UiTM kejap pun guwa kena tegur sebab tak tuck in baju masa Minggu Mesra Siswa (MMS) berlangsung. Sebab musabab kenapa guwa sebagai lelaki tidak suka dan rasa nak RAAGGGEEEE! bila disuruh tuck in baju ketika berpakaian sukan adalah kerana dengan me-nuck in baju, secara tak langsung akan menampakkan bonjolan dicelah kangkangan guwa dan itu agak merimaskan guwa untuk bergerak dengan bebas. Guwa juga percaya sebilangan besar insan bernama lelaki mempunyai pendapat yang sama dengan guwa.

Tak segan dan merimaskan ke bila bonjolan sebegini diperhatikan ramai? Guwa pemalu punya orang of course lah guwa rasa segan. Tapi apa yang guwa pelik sekarang, kenapa ada segelintir pompuan yang guwa gelar kaum-kaum awek dengan relax dan bersahaja mendedahkan bonjolan-bonjolan mereka? Contohnya seperti gambar ini?

Tidakkah mereka merasa segan seperti mana guwa rasakan? Serius guwa nak kena menuntut ilmu dari kaum-kaum awek macam mana nak mengatasi masalah yang merimas dan menyegankan guwa jika bonjolan guwa terbonjol keluar. Kahkahkah!

Saturday, 27 November 2010

"Kaydaheartless" Remember This Name

Siapa Kaydaheartless ni? Gempak sangat ker dia? Apa yang aku dengar Kaydaheartless adalah seorang anak muda yang kuat menganjeng dan dalam masa yang sama mempunyai hati yang lembut lagi penyanyang. haha! Tajuk dengan mukadimah macam gempak jer LOL! Bukan apa, aku cuba search nickname "Kaydaheartless" kat google dan hasilnya cukup memberangsangkan apabila segala word "Kaydaheartless" muncul pada carian Web sehingga berpuluh-puluh page. Wow! Berpengaruh jugak nickname aku ni LOL! joke joke.

Dalam pada aku sedang giat menjalankan aktiviti usha meng-usha, aku terjumpa beberapa blog yang cedok (share) aku punya entri dan blog yang siarkan link blog aku kat blog diorang. Tak payah bebel banyak sebab aku tau korang bukan baca pun, so check this out man:

List blog yang siarkan link blog aku:-
List blog yang share entri aku:-
Forum:-
Website pelik-pelik:-
Sampai sini jer la. Kalau nak letak semua memang takkan abes sebab memang banyak beb (cakap dengan nada serius dan dahi yang berkerut). Lagipun kalau cerita banyak pun bukan korang baca, scroll jer mouse sampai bawah. Betul tak? Yer aku tau entri ni membosankan sebab pasal diri aku. Aku tau diri aku membosankan. Atleast kalau bosan pun click lah button like. LOL! BTW, ini ada kata-kata daripada owner of this blog:


+ Kredit to Kodet Guides. Sebab entri terbaru dia yang memberikan aku semangat untuk buat entri ni. LOL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless