Showing posts with label guwa layan filem melayu beb. Show all posts
Showing posts with label guwa layan filem melayu beb. Show all posts

Wednesday, 22 June 2011

8 Jam dan Transformers 3

Dua movie ni antara movie yang guwa paling tak sabar nak tengok. Harap-harap bukan macam cerita Kongsi, hanya menarik di trailer, haprak ditonton.

Transformers 3: Dark of the Moon


8 Jam: Pertarungan Di Antara Nyawa dan Cinta


Nota ringkas tak berapa padat:
Guwa agak tertarik dengan filem 8jam lakonan Sam ni. Sebab apa? Sebab guwa selalu bayangkan bila Malaysia nak buat filem bergenre macam ni dan sekarang, sudah terjamu depan mata trailer 8 Jam. Teruja mak u'olls. lulz

Entri terkait:

Tuesday, 21 June 2011

KL Gangster yang memang gangster.

Entri hari Isnin bersamaan 13 Jun tapi baru post hari ni. Bukti guwa seorang blogger yang permalas. Dalam entri ni guwa cuma nak cakap yang guwa dah tengok KL Gangster dan memberikan pandangan guwa selaku seseorang yang dah tengok filem ni. Pertama-tamanya, sape yang belum tengok. guwa sarankan lu orang tengok cepat. Guwa jamin lu orang mesti puas hati punyalah. Nak dibandingkan dengan filem Kongsi, memang tak terbanding beb. Filem ni 3 kali ganda syok, menarik, gempak dan puas hati dari filem Kongsi yang indah khabar dari rupa.

Memandangkan guwa ni rabun jauh, so guwa amek
seat depan-depan supaya sedap mata memandang.
Semua pelakon betul-betul menjiwai watak masing-masing. Guwa yang tak berapa minat Syamsul berlakon pun tak terganggu dengan lakonan beliau sebagai Shark anak tiri kepada King, taiko besar KL. Watak paling lawak dalam filem ni Sofi Jikan dengan Zizan. Zizan biasalah, dah memang pelawak. Tapi Sofi Jikan memang superb, ayat-ayat yang dia guna memang langsi.dan makan dalam. Aaron Aziz standard ah, meneruskan sifat-sifat cool beliau selaku watak utama dan hero dalam filem ni. Cerita ni bagi guwa memang terbaik, semua ikut flow. Watak pompuan yang pakai seksi, tunjuk peha dengan tetek kurap pun tak ditekankan macam filem gangster yang lain.

SINOPSIS
KL GANGSTER mengisahkan cerita hitam dua beradik;Malik dan Jai yang telah terjebak dalam dunia gangsterisme.Malik (abang Jai) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark,anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.Setelah dibebaskan,Malik bertekad ingin berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Malik menjalani rutin kehidupan seperti orang biasa  yang lain sambil menjaga ibunya yang sudah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengannya  sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malik memulakan kehidupan baru.  - Blog Syamsul Yusuf

TRAILER


WATAK UTAMA DAN DIALOG

Aaron Aziz sebagai Malik
Abang kepada Jai, kawan kepada Ajib dan Fadil. Bekas gangster yang disegani dan dimusuhi.
Dialog:
-Lu kasi guwa mati dulu la baru gua diam!
-Cuti dah abis bro~
-5 Tahun wa kat dalam, ramai yang nak cucuk wa, kat dalam mana mau lari?
- Hidup dan mati bukan kat tangan lu lah sial! 


Adi Putra sebagai Jai
Adik kepada Malik, hati batu.
Dialog:
- Memey laa~
-Abang tak abang, sapa kacau aku pecah! 
-Wa bukan takut mati, tapi wa tak nak mati
-Suke?! Lain kali jngan buat lagi taw. Nanti mak mara~
-Korang semua nak makan pasir? Makan lumut? Aku nak makan fish'n'chip!
-Lu jangan nak azan guwa pulak~
-Aku peduli ape! Aku tak nak hidup merempat macam kau!
-Tapi kalau dia sentuh kau Dragon, aku cium dia~
-Kirim salam sama Tok Anjang dia!
-Seram nih~
-Aku taat pada yang satu~



Sofi Jikan sebagai Ajib
Kawan kepada Malik. Seorang yang mementingkan persahabatan.
Dialog:
-Amacam cuti panjang? Bessstttt~?
-Sekarang wa boleh simpan wa punya sengat, pasal wa pun sudah penat~
-Sayur kita jual satu kilo 3,4 ribu bro! Ini satu kilo 3 ringgit lu mau jual ka?
-Lu menyalak manyak Kuat! Selupe anjing lu tau?
-Lu ada pistol ha? Lu kasi tembak. sini! sini! sini!
-Kasi wa mati sekali tengok? Wa pun sudah bosan tengok muka lu hari-hari.
-Lu tau ka? Lu tau ka? Lu tak tau maa~
-Tengok wa punya lutut, tara goyang kan?
-Jangan sampai gua kerat lu 18, baru lu taw erti penyesalan!
-Lu, wa, Dragon, perempuan, karaoke.. baru SELESA
-Lu rembat Malik, guwa rembat lu.

Zizan sebagai Fadil/Abang Long Dil
Kawan kepada Malik, seorang ahli Pekida.
Dialog:
-Itu belum abang long Dil, kalau abang long Dil dah arwah die tu~
-Ehh sial lah~ puih!
-Jangan risau, tak de alkohol .
-Lawan aku bukan 2 orang , tapi 2 lori.
-Abang long Bukit Bintang, semenjak guwa korek hidung dia, baik resdong dia.
Syamsul sebagai Shark
Musuh ketat Malik, anak tiri kepada taiko besar KL.
Dialog:
-Abang besar sudah keluar, wa ingat lu sudah mampus!
-Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang!













Nota ringkas tak berapa padat:
Sofi Jikan watak yang guwa paling minat dalam KL Gangster! Pekida ni memang cepat melatah betul, guwa tengok biasa je. Takda pun kod-kod rahsia. Lagipun cerita ni bukan pasal Pekida pun. HOK ALOH! Anyway, guwa taktau apahe ayat yang guwa guna dalam entri ni rasa macam tak kena je. -_-''
More sinopsis visit: Blog Syamsul Yusuf
Dialog kredit: Ujang 

Tuesday, 22 February 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah, cerita sampah ke?


Dah lama guwa nak update pasal benda ni. tapi takda mood, sampailah guwa terbaca satu entri kat blog someone tentang filem melayu yang macam sampah yang guwa tengok lebih kepada komdem cerita ni. Guwa bukanlah peminat sejati Kak Limah, cuma guwa tak gemor cara dia tulis macam dia tau segalanya selok belok filem tempatan. Sebenarnya banyak message-message yang diselitkan oleh Mamat Khalid dalam filem-filemnya. Macam yang terbaru ni, Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sebenarnya banyak message yang cuba disampaikan dalam cerita ni. Tapi yang orang boleh nampak dengan jelas hanyalah "ce ceriter, ce ceriter." dan "Kite bako jer" Lepas tu cakap cerita ni sampah. Apa kes? So, apa message yang guwa dapat dalam filem melayu "sampah" ni?

1: Babak Pak Jabit dengan Pak Abu
Pak Abu: "Kita tukar fesyen baru, tak payah buat pilihanraya."
Pak Jabit: "Haa, eloklah tu, Pak Abu memang tak boleh memimpin dah. Inilah apa yang berlaku dalam parti politik kita, dah tua masih lagi nak memimpin. Bila ada masalah, langsung tak boleh bertindak."
Pak Abu: "Betul, betul apa dicakap si Jabit ni. Sepatutnya orang muda-muda yang memimpin. Bukan orang tua."
Seriously orang bebal jer yang tak dapat tangkap maksud yang cuba disampaikan. Sudah terang lagi bersuluh ayat adalam babak ini ditujukan khas buat parti politikalization yang busuk.

2: Usop meluahkan luahan hati.
"Kereta sorong ni kalau bukan hak milik kerajaan, dah lama wat lempo jer kat sungei"
Apa yang kome semua dapat tangkap?

3: Jampi daripada bomoh siam.
 "Plawok! Plawok! Plawok! Plawok! Plawok! Plawok! Plawok! Plawok! Plawok! Plawok! Plawok! plawok! Plawok! Plawok! Plawok! Plawok!"
Apa yang lu orang tau maksud plawok ni? Apa yang guwa tau plawok ni bermaksud penipu dalam konteks pemahaman orang timur. Secara tak langsung Mamat Khalid cuba menyampaikan bahawa bomoh-bomoh ni kebanyakannya penipu. Lu orang yang tak tau maksud mesti bila tengok babak ni tak tergelak kan? Guwa tengok jer babak ni berdekah-dekah guwa gelak.

4: Semasa Usin menyanyikan lagu Cinta Kristal nyanyian Rahim Maarof plak. Terdapat satu band yang berupa syaiton nirajim. Apa lancau tetiba ada setan goreng gitar plak kan? Tapi guwa syak Mamat Khalid memerli masyarakat melayu yang kerap mengaitkan kumpulan rock dengan pemujaan syaitan dan blackmetal.

5: Bila usin mengatakan,
"Teman 3tahun, 3tahun di Singapore tu takda sekor hantu pun teman tengok kat sana tau. Yang ada tu ha, hantu tue tu, merepek-repek cuba nak mengajor kita semua ni, macam mana nak mentadbir negara kita ni, heh!"
Apa yang lu orang dapat tangkap bila baca ayat ni?

Last but not least, Bila satu bomoh indonesia datang dan kerap berkata
"aku ini orang indonesia, kalau enggak penuh ilmu didada tidak sampe ke..."
guwa tak pasti ini apa guwa syak ini adalah perlian kepada rakyat Indonesia.

Ini je lah yang guwa dapat update, guwa memang pemalas nak update entri panjang-panjang pasal filem-filem ni. Lagipun, guwa bukannya amek jurusan perfileman nak cakap lebih pasal filem, Guwa pun  sama noob jer dengan lu orang tentang filem ni semua. Tapi lu orang yang tengok movie ni lepas tu talk shit bout this movie nampak ke semua ni? Wait, kalau lu orang nampak mesti tak buat entri kondem-kondem kan? heh.

Middle finger untuk orang macam ni? Tak perlu, daripada guwa bagi middle finger baik guwa bagi fingering terus ye dak? lulz Papepon layan seyh lagu ni. Teringat zaman-zaman kecik masa hingui duk meleleh. kehkehkeh

Friday, 28 January 2011

Disebabkan Pisau Cukur, masa guwa terbuang!

 Pisau Cukur [2009]
Buang masa! Itu word pertama yang keluar dari mulut guwa lepas tengok movie ni. Scene penuh dengan aksi gedik melampau dan serius ke set lakonan tu atas kapal? Guwa tengok macam dalam studio beb. Nasib baiklah Sharifah Sofea yang merupakan one of the busty MILF yang guwa minat selain Vanidah Imran ada berlakon sama. Semangatlah sikit nak tengok sampai habis. :3

Storyline: 5/10
Action: 2/10
Special effect: 0/10
Ending: 5/10
Overall: 12/40

Note: Sinopsis dan trailer boleh usha disini: Sinopsis & Trailer
Movie poster dirembat dari: www.thebestmoviereview.com

Thursday, 27 January 2011

Setem bukan sahaja untuk dijilat, lekat dan pos!

Setem [2009]


Setelah sekian lama guwa perap dan peram dalam hardisc, akhirnya pintu hati guwa terbuka untuk memberikan sedikit masa guwa dalam hidup ini untuk menonton movie ini.

Bapak ah, cerita dah lama baru nak tengok. Sadis sial!
Giler babi slowpoke mamat ni.

Hell yeah! Guwa memang noob, guwa memang slowpoke. You got prob with that buddy? Okay, First impression guwa, | cerita pasal setem? watahel? Dah takda modal nak buat filem ke orang Malaysia ni. | Dengan ego yang tinggi, guwa nekad untuk melihat sendiri isi kandungan filem ni. Setelah 1jam 49minit 23saat, guwa tamat menonton dan bersedia untuk menukar persepsi guwa dengan berkata, | Inilah filem 1malaysia yang paling tiptop! (sambil berdiri depan cermin dan menunjukan tanda bagus ala-ala Dr Rozmey)| Macam mana guwa tak cakap 1Malaysia; Melayu, Cina, India even watak Indon pun turut wujud dalam filem ni. Dan yang paling guwa suka tentang filem ni, MILF kegemaran guwa turut berlakon sama beb. Sapa lagi kalau bukan Vanida Imran, dah lah berpakaian nurse, seriously turn me on. Kahkahkah!

So, kepada yang belum tengok, guwa sarankan korang tengoklah filem ni. Jangan jadi macam guwa, nanti menyesal tak sudah. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kesilapan pihak krew yang tak patut berlaku dalam filem yang bermutu macam ni. Guwa macam biasalah, bila tengok movie mesti cari kesilapan punya. HAHAHA!

Kesilapan Pertama

Pada minit ke 0:13:29, tongkat yang digunakan pak Ramli telah patah kerana memukul Johan, tapi pada minit ke 0:13:34, pak Ramli bisa menggunakan tongkat itu seperti biasa. LOL!

Kesilapan Kedua
Pada minit 1:21, but kereta tersebut telah berlobang akibat di tembak, tapi pada minit ke 1:24 but kereta tersebut tidak berlobang lagi. Amazing! Double LOL!

Pengajaran yang guwa dapat melalui filem ini ialah, | Don't judge a movie by its title | Miehehe!

Storyline: 9/10
Action: 8/10
Special effect: 6/10
Ending: 6/10
Overall: 29/40

Note: Guwa malas nak tulis sinopsis and upload trailer.
Korang boleh usha kat sini: Sinopsis & Trailer

Poster movie dirembat dari: Ajurina9 tblog
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless