Showing posts with label Trailer. Show all posts
Showing posts with label Trailer. Show all posts

Wednesday, 22 June 2011

8 Jam dan Transformers 3

Dua movie ni antara movie yang guwa paling tak sabar nak tengok. Harap-harap bukan macam cerita Kongsi, hanya menarik di trailer, haprak ditonton.

Transformers 3: Dark of the Moon


8 Jam: Pertarungan Di Antara Nyawa dan Cinta


Nota ringkas tak berapa padat:
Guwa agak tertarik dengan filem 8jam lakonan Sam ni. Sebab apa? Sebab guwa selalu bayangkan bila Malaysia nak buat filem bergenre macam ni dan sekarang, sudah terjamu depan mata trailer 8 Jam. Teruja mak u'olls. lulz

Entri terkait:

Tuesday, 7 June 2011

The Insidious

POSTER


TICKET

Ini seminggu lebih punya cerita, kalau makanan dah lama jadi taik. Tapi nasib baik ianya memori yang di simpan di kepala otak! Hidup bukannya selalu ada masa terluang nak update sentiasa, setuju? Ok, guwa cuma nak bagitahu yang guwa dah tengok movie seram 13pg bertajuk Insidious. Apa yang menarik perhatian guwa tentang cerita ni, ia seakan menjawab persoalan guwa yang sekian lama terbuku dihati dan jiwa kecil guwa tentang orang yang koma. Guwa selalu fikir, apa roh orang-orang yang koma ni buat. Takkan duduk terperap dalam badan je. So, cerita ni secara tak langsung menjawab sedikit persoalan guwa dari segi umumnya. Jalan cerita menarik, dari start sampai klimaks ikut flow je. But the sad thing is the ending serius SUCK ASS!

SCENE

Babak ini sangat CHIBBAI. Guwa jerit word 18SX dalam panggung masa ni. Dah la sebelah dengan belakang guwa kaum-kaum awek punya port. Guwa tak pasti sama ada market guwa jatuh merudum atau tak dek kerana jeritan 18SX tersebut. Yang penting, "ada guwa kesah!":

Konklusi guwa lepas tengok cerita ni membuatkan guwa terfikir, adakah perogol, pembunuh, perompak dan penjenayah berat sebenarnya adalah roh jahat yang telah memasuki badan mereka semasa mereka keluar "merantau" semasa tido pada waktu malam just like this movie?. Ok, guwa memang kebudak-budakan yang mudah terpengaruh dengan movie. kbai!

TRAILER

Nota ringkas tak berapa padat:
Umur dah 20an, tengok movie seram 13pg pun menjerit-jerit macam kena rasuk setan! #EPICPHAILZ!

Thursday, 27 January 2011

Setem bukan sahaja untuk dijilat, lekat dan pos!

Setem [2009]


Setelah sekian lama guwa perap dan peram dalam hardisc, akhirnya pintu hati guwa terbuka untuk memberikan sedikit masa guwa dalam hidup ini untuk menonton movie ini.

Bapak ah, cerita dah lama baru nak tengok. Sadis sial!
Giler babi slowpoke mamat ni.

Hell yeah! Guwa memang noob, guwa memang slowpoke. You got prob with that buddy? Okay, First impression guwa, | cerita pasal setem? watahel? Dah takda modal nak buat filem ke orang Malaysia ni. | Dengan ego yang tinggi, guwa nekad untuk melihat sendiri isi kandungan filem ni. Setelah 1jam 49minit 23saat, guwa tamat menonton dan bersedia untuk menukar persepsi guwa dengan berkata, | Inilah filem 1malaysia yang paling tiptop! (sambil berdiri depan cermin dan menunjukan tanda bagus ala-ala Dr Rozmey)| Macam mana guwa tak cakap 1Malaysia; Melayu, Cina, India even watak Indon pun turut wujud dalam filem ni. Dan yang paling guwa suka tentang filem ni, MILF kegemaran guwa turut berlakon sama beb. Sapa lagi kalau bukan Vanida Imran, dah lah berpakaian nurse, seriously turn me on. Kahkahkah!

So, kepada yang belum tengok, guwa sarankan korang tengoklah filem ni. Jangan jadi macam guwa, nanti menyesal tak sudah. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kesilapan pihak krew yang tak patut berlaku dalam filem yang bermutu macam ni. Guwa macam biasalah, bila tengok movie mesti cari kesilapan punya. HAHAHA!

Kesilapan Pertama

Pada minit ke 0:13:29, tongkat yang digunakan pak Ramli telah patah kerana memukul Johan, tapi pada minit ke 0:13:34, pak Ramli bisa menggunakan tongkat itu seperti biasa. LOL!

Kesilapan Kedua
Pada minit 1:21, but kereta tersebut telah berlobang akibat di tembak, tapi pada minit ke 1:24 but kereta tersebut tidak berlobang lagi. Amazing! Double LOL!

Pengajaran yang guwa dapat melalui filem ini ialah, | Don't judge a movie by its title | Miehehe!

Storyline: 9/10
Action: 8/10
Special effect: 6/10
Ending: 6/10
Overall: 29/40

Note: Guwa malas nak tulis sinopsis and upload trailer.
Korang boleh usha kat sini: Sinopsis & Trailer

Poster movie dirembat dari: Ajurina9 tblog

Tuesday, 25 January 2011

Ngangkung Aku Masih Dara

Ngangkung [2010]

Movie yang mengisahkan pemujaan untuk mendapatkan nombor ekor. Filem bergenre lawak seram paling terbaik 2010 bagi guwa. Hantu dalam filem ni serius seram tak hengat. Guwa nak tercirit kot tengok hantu-hantu dia. Hantu yang terlalu seram untuk cerita lawak. Agak waste guwa rasa disitu. Tapi apa pun Ngangkung coolliow!

Aku Masih Dara [2010]


Believe or not? Guwa tengok movie ni guwa menangis sial. Guwa mengalirkan airmata tanpa sedar beb! Cerita yang bergenre | cintailah agamamu, tuhanmu, dan rasulmu lebih dari segalanya| telah berjaya membuatkan guwa bergenang airmata dan meleleh air hingus semua. Cerita cinta jiwang Lagenda Budak Syaiton nirojiimmmm~ pun tak boleh buat guwa keluar semua air kumbahan guwa. Cis! Macam mana nak kekalkan title Heartless macam ni, memang kena rembat ah title Heartless dengan downline guwa macam ni. Kahkahkah!


Recent movie that I've watched in the last two weeks:

Thursday, 13 January 2011

Movie - KaraK Official Trailer

Trailer daripada KRU ni adalah punca guwa tido awal semalam. Volkswagen kuning which is legend ghost story, plus hantu kaki panjang duduk mencangkung atas bumbung kereta, sangat rare daripada hantu-hantu dalam filem yang lain beb. Serius cool! Pernah dengar kisah volkswagen kuning? Hantu duduk atas bumbung kereta sedut darah or otak orang kat perhentian lebuh raya? Tak pernah? Maybe masa tu korang baby lagi kot. Anyway, this trailer berjaya membuatkan guwa terberak sedikit malam tadi. Harap movie ni tak macam movie-movie melayu yang lain.



Nota kecil: Maybe guwa akan tido awal lagi malam ni. Serius guwa memang penakut kalau berkaitan movie hantu. Tak kisahlah lawak, ke seram ke. Kalau real life guwa takdalah takut mana. LOL!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless