Wednesday, 22 June 2011

8 Jam dan Transformers 3

Dua movie ni antara movie yang guwa paling tak sabar nak tengok. Harap-harap bukan macam cerita Kongsi, hanya menarik di trailer, haprak ditonton.

Transformers 3: Dark of the Moon


8 Jam: Pertarungan Di Antara Nyawa dan Cinta


Nota ringkas tak berapa padat:
Guwa agak tertarik dengan filem 8jam lakonan Sam ni. Sebab apa? Sebab guwa selalu bayangkan bila Malaysia nak buat filem bergenre macam ni dan sekarang, sudah terjamu depan mata trailer 8 Jam. Teruja mak u'olls. lulz

Entri terkait:

Tuesday, 21 June 2011

KL Gangster yang memang gangster.

Entri hari Isnin bersamaan 13 Jun tapi baru post hari ni. Bukti guwa seorang blogger yang permalas. Dalam entri ni guwa cuma nak cakap yang guwa dah tengok KL Gangster dan memberikan pandangan guwa selaku seseorang yang dah tengok filem ni. Pertama-tamanya, sape yang belum tengok. guwa sarankan lu orang tengok cepat. Guwa jamin lu orang mesti puas hati punyalah. Nak dibandingkan dengan filem Kongsi, memang tak terbanding beb. Filem ni 3 kali ganda syok, menarik, gempak dan puas hati dari filem Kongsi yang indah khabar dari rupa.

Memandangkan guwa ni rabun jauh, so guwa amek
seat depan-depan supaya sedap mata memandang.
Semua pelakon betul-betul menjiwai watak masing-masing. Guwa yang tak berapa minat Syamsul berlakon pun tak terganggu dengan lakonan beliau sebagai Shark anak tiri kepada King, taiko besar KL. Watak paling lawak dalam filem ni Sofi Jikan dengan Zizan. Zizan biasalah, dah memang pelawak. Tapi Sofi Jikan memang superb, ayat-ayat yang dia guna memang langsi.dan makan dalam. Aaron Aziz standard ah, meneruskan sifat-sifat cool beliau selaku watak utama dan hero dalam filem ni. Cerita ni bagi guwa memang terbaik, semua ikut flow. Watak pompuan yang pakai seksi, tunjuk peha dengan tetek kurap pun tak ditekankan macam filem gangster yang lain.

SINOPSIS
KL GANGSTER mengisahkan cerita hitam dua beradik;Malik dan Jai yang telah terjebak dalam dunia gangsterisme.Malik (abang Jai) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark,anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.Setelah dibebaskan,Malik bertekad ingin berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Malik menjalani rutin kehidupan seperti orang biasa  yang lain sambil menjaga ibunya yang sudah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengannya  sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malik memulakan kehidupan baru.  - Blog Syamsul Yusuf

TRAILER


WATAK UTAMA DAN DIALOG

Aaron Aziz sebagai Malik
Abang kepada Jai, kawan kepada Ajib dan Fadil. Bekas gangster yang disegani dan dimusuhi.
Dialog:
-Lu kasi guwa mati dulu la baru gua diam!
-Cuti dah abis bro~
-5 Tahun wa kat dalam, ramai yang nak cucuk wa, kat dalam mana mau lari?
- Hidup dan mati bukan kat tangan lu lah sial! 


Adi Putra sebagai Jai
Adik kepada Malik, hati batu.
Dialog:
- Memey laa~
-Abang tak abang, sapa kacau aku pecah! 
-Wa bukan takut mati, tapi wa tak nak mati
-Suke?! Lain kali jngan buat lagi taw. Nanti mak mara~
-Korang semua nak makan pasir? Makan lumut? Aku nak makan fish'n'chip!
-Lu jangan nak azan guwa pulak~
-Aku peduli ape! Aku tak nak hidup merempat macam kau!
-Tapi kalau dia sentuh kau Dragon, aku cium dia~
-Kirim salam sama Tok Anjang dia!
-Seram nih~
-Aku taat pada yang satu~



Sofi Jikan sebagai Ajib
Kawan kepada Malik. Seorang yang mementingkan persahabatan.
Dialog:
-Amacam cuti panjang? Bessstttt~?
-Sekarang wa boleh simpan wa punya sengat, pasal wa pun sudah penat~
-Sayur kita jual satu kilo 3,4 ribu bro! Ini satu kilo 3 ringgit lu mau jual ka?
-Lu menyalak manyak Kuat! Selupe anjing lu tau?
-Lu ada pistol ha? Lu kasi tembak. sini! sini! sini!
-Kasi wa mati sekali tengok? Wa pun sudah bosan tengok muka lu hari-hari.
-Lu tau ka? Lu tau ka? Lu tak tau maa~
-Tengok wa punya lutut, tara goyang kan?
-Jangan sampai gua kerat lu 18, baru lu taw erti penyesalan!
-Lu, wa, Dragon, perempuan, karaoke.. baru SELESA
-Lu rembat Malik, guwa rembat lu.

Zizan sebagai Fadil/Abang Long Dil
Kawan kepada Malik, seorang ahli Pekida.
Dialog:
-Itu belum abang long Dil, kalau abang long Dil dah arwah die tu~
-Ehh sial lah~ puih!
-Jangan risau, tak de alkohol .
-Lawan aku bukan 2 orang , tapi 2 lori.
-Abang long Bukit Bintang, semenjak guwa korek hidung dia, baik resdong dia.
Syamsul sebagai Shark
Musuh ketat Malik, anak tiri kepada taiko besar KL.
Dialog:
-Abang besar sudah keluar, wa ingat lu sudah mampus!
-Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang!













Nota ringkas tak berapa padat:
Sofi Jikan watak yang guwa paling minat dalam KL Gangster! Pekida ni memang cepat melatah betul, guwa tengok biasa je. Takda pun kod-kod rahsia. Lagipun cerita ni bukan pasal Pekida pun. HOK ALOH! Anyway, guwa taktau apahe ayat yang guwa guna dalam entri ni rasa macam tak kena je. -_-''
More sinopsis visit: Blog Syamsul Yusuf
Dialog kredit: Ujang 

Sunday, 12 June 2011

Fuck you es-kay-emm-emm!

Najib repeats promise of no Internet censorship
KUALA LUMPUR, April 24 — Datuk Seri Najib Razak promised Malaysians today that his administration would never censor the Internet. There had been two attempts to put a Chinese-style “Green Dam” to filter the Internet in Malaysia in the past while a number of Malaysians protested last week over the free 1 Malaysia email service which they felt was unnecessary. - The Malaysian Insider

Bulan April cakap lain bulan May buat lain. Apa kes? Pandai bermain kata betul kamu ya. Ingat rakyat-rakyat sekalian ni lembu ke? Kalau nak block YouJizz, Spankwire, RedTube, MadThumbs guwa tak kisah der. Ini sampai Piratebay tempat guwa lepak pun kena block celaka apa ini es-kay-emm-emm. Sohai lah ini gahmen. 




"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman ThePirateBay.org , Winston Bay kepada Malaysiakini.

Malasia prohibe el intercambio de archivos en el país
Malas noticias las que nos llegan desde Malasia, y es que la SKMM, la Comisión de Comunicaciones de Malasia encargada de las regulaciones, ha ordenado con una carta a todas las iSPs del país a que bloqueen todos los sitios que existan de intercambio de archivos. En estos momentos más de un decena de los principales servicios de hostings han sido bloqueados, entre otros, los famosos Megaupload o The Pirate Bay 

Malaysia Larang berkongsi fail didalam negeri
Berita buruk bahawa kita berasal dari Malaysia, dan SKMM, Suruhanjaya Komunikasi Malaysia yang dipercayai dengan peraturan, telah memerintahkan surat kepada semua ISP di negara untuk menyekat semua laman web yang ada untuk pertukaran file. Saat ini lebih dari sedozen hostings besar jasa telah disekat, termasuk Megaupload terkenal atau The Pirate Bay.-ALT1040 

Malajzijské úrady vydali príkaz na zablokovanie The Pirate Bay či Megaupload. Premiér krajiny Datuk Seri Najib Razak pritom vo svojom aprílovom vyhlásení prisľúbil, že jeho administratívna by nikdy necenzurovala internet. Podľa TorrentFreak komisia SKMM dala už dávnejšie najavo, že je rozdiel medzi cenzúrou a dodržiavaním zásad právneho štátu. Vyhlásenie o odstavení stránok nadobudlo platnosť 30. mája, no podľa dostupných informácií nie všetci provideri k blokovaniu pristúpili. -ZIVE 
Kerajaan Malaysia mengeluarkan perintah menghalang The Pirate Bay atau Megaupload. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak negara sementara dalam laporan bulan April berjanji bahawa pentadbiran tidak pernah akan disensor internet. Menurut Suruhanjaya TorrentFreak SKMM dia sudah sejak lama muncul bahawa perbezaan antara sensor dan menghormati supremasi undang-undang. Kenyataan di laman pembongkaran mulai berlaku pada tarikh 30 Mei, tetapi menurut pembekal maklumat yang sedia untuk menyekat semua bergabung. -ZIVE


Nota ringkas tak berapa padat:
Yang ayat berterabur tu guwa translate guna Google translator. Harap Maklum.
Sumber:

The Malaysian Insider
ALT1040
KIVE

Test your brain!




Nota ringkas tak berapa padat:
Ya, guwa malas nak fikir dan taip panjang-panjang. Oh ya, I've answered 6 question less than 3seconds dan berdasarkan jawapan yang guwa berikan, guwa serius perlukan pertolongan. kahkahkah!

Friday, 10 June 2011

Pengarah KL Gengster dan Kongsi bakal disaman PEKIDA


PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida. Kod rahsia berkenaan selalunya digunakan di antara ahli-ahli Pekida dan ia tiada kaitan dengan gengsterisme seperti mana yang dipaparkan dalam kedua-dua filem ini."

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya lagi.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut. Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster. -mStar Online

Memang Pekida ni bagus, pertubuhan Islam, apa tak bagus plok. Tapi anak buah mung tu ramai dah terpesong mung tau dak? Kalau takda angin masakan pokok bergoyang. Setuju? Ok, guwa nak tanya 1st thing yang terlintas kat kepala hotak korang kalau dengar Pekida ni apadia? Penyalahgunaan kuasa? Gengster? Atau mafia melayu yang berani bila berkumpulan, menikus bila berseorangan?

Tujuan penubuhan Pekida ni bagus, suci, bermutu malah berfaedah kepada bangsa melayu dan umat Islam di Malaysia.
    Tujuan dan Matlamat Penubuhan PEKIDA:
2.1   Menegak dan memperjuangkan syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Hadis.
2.2   Mengujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong, Sultan-Sultan, Dan Raja-Raja Melayu.Kerajaan dan Pemerintah dan mematuhi Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
2.3   Mengujudkan sumber kewangan masyarakat Islam dan menubuhkan Yayasan serta menggalakan ahli untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan bagi meningkat dan meninggikan taraf kehidupan umat Islam di segala bidang serta mengadakan atau menebus harta, bangunan, dan lain-lain harta.
2.4    Menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli.
2.5    Mempertahankan Negara dari ancaman musuh dan anasir jahat, komunis, dan golongan anti Islam.
2.6    Mendirikan institusi pendidikan dan menjadikan bidang pendidikan sebagai tugas penting dan utama yang perlu dilaksanakan untuk ahli, anak-anak mereka dan masyarakat umum.

See? Suci murni bukan matlamat dan tujuan penubuhan Pekida ni. Tapi kenapa bila dengar Pekida, perkara-perkara negatif mula menular dalam diri?

Pasal kod rahsia tu, kenapa perlu ada kod rahsia dalam berjemaah. Pertubuhan Islam, amar makruf nahi mungkar yang bermaksud "mendekati perkara-perkara yang baik dan menjauhkan perkara-perkara yang tidak baik", pun ada rahsia-rahsia? Imej melayu terjejas dek kerana 2 filem arahan anak muda ni? Kamon, imej melayu dah lama terjejas wei, dah calar balar dah. KECOH LAH LU!



Nota ringkas tak berapa padat:
Apahal guwa emosionalisma terlebih ni. lulz Anyway, Gangsta Mexico, Gangster Hong Kong, Yakuza Jepun, Mafia Itali masing-masing ada filem pasal diorang. Takda pulak guwa dengar pengarah yang buat filem pasal diorang kena saman or kena bunuh. Sebenarnya guwa pun tak paham apa yang guwa mencarut dan cuba sampaikan disini. Lu orang paham?

Sumber: mStar Online & Pekida Malaysia 

WTF - Buat tatu gambar rakan Facebook


AMSTERDAM: Sesetengah orang suka menunjuk-nunjuk mengenai bilangan rakan yang mereka miliki dalam Facebook. Namun, kebanyakannya tidaklah melakukan perbuatan keterlaluan hingga mentatu gambar profil mereka di lengan. Seorang wanita mengambil keputusan mengingati semua rakan Facebooknya seramai 152 orang dengan mentatu gambar profil mereka pada lengannya.

Penggemar rangkaian sosial warga Belanda terbabit memuat turun rakaman video mengenai tatunya itu di YouTube. Wanita yang menggunakan nama ‘susyj87’ menulis: “Selepas beberapa bulan bekerja, saya mahu menunjukkan kepada anda semua tatu sosial saya. Cantik, bukan? Saya cukup bangga dengannya. Harap anda sukakannya juga!” Bagaimanapun, sesetengah pengguna YouTube mempertikaikan sama ada rakan Facebooknya itu akan kekal seperti tatu itu.

Tahniah atas tatu yang cantik itu. Harap anda terus berkawan dengan semua rakan anda dalam tempoh yang lama,” tulis seorang lelaki selepas menonton tindakan susyj87 menerusi Youtube.

Kebodohan dan kebijaksaan seseorang manusia dilihat dari perbuatannya.

Nota ringkas tak berapa padat:
Papepon, the tattoo artist serius hot! #turnon lulz
sumber: myMetro

Tuesday, 7 June 2011

The Insidious

POSTER


TICKET

Ini seminggu lebih punya cerita, kalau makanan dah lama jadi taik. Tapi nasib baik ianya memori yang di simpan di kepala otak! Hidup bukannya selalu ada masa terluang nak update sentiasa, setuju? Ok, guwa cuma nak bagitahu yang guwa dah tengok movie seram 13pg bertajuk Insidious. Apa yang menarik perhatian guwa tentang cerita ni, ia seakan menjawab persoalan guwa yang sekian lama terbuku dihati dan jiwa kecil guwa tentang orang yang koma. Guwa selalu fikir, apa roh orang-orang yang koma ni buat. Takkan duduk terperap dalam badan je. So, cerita ni secara tak langsung menjawab sedikit persoalan guwa dari segi umumnya. Jalan cerita menarik, dari start sampai klimaks ikut flow je. But the sad thing is the ending serius SUCK ASS!

SCENE

Babak ini sangat CHIBBAI. Guwa jerit word 18SX dalam panggung masa ni. Dah la sebelah dengan belakang guwa kaum-kaum awek punya port. Guwa tak pasti sama ada market guwa jatuh merudum atau tak dek kerana jeritan 18SX tersebut. Yang penting, "ada guwa kesah!":

Konklusi guwa lepas tengok cerita ni membuatkan guwa terfikir, adakah perogol, pembunuh, perompak dan penjenayah berat sebenarnya adalah roh jahat yang telah memasuki badan mereka semasa mereka keluar "merantau" semasa tido pada waktu malam just like this movie?. Ok, guwa memang kebudak-budakan yang mudah terpengaruh dengan movie. kbai!

TRAILER

Nota ringkas tak berapa padat:
Umur dah 20an, tengok movie seram 13pg pun menjerit-jerit macam kena rasuk setan! #EPICPHAILZ!

Thursday, 2 June 2011

Aku part-time blogger yang pemalas. #dealwithit

Oleh kerana lama sangat tak update blog, guwa jadi sangat malas nak menaip. Jari-jemari guwa menjadi kaku. Otak kiri guwa hampir-hampir menjadi tepu dek kerana terlalu lama tidak berfikir macam mana nak buat ayat. Selama 2 bulan lebih blog ni tersadai, selama itulah guwa dapat banyak rengekan manja dan pertanyaan dari pembaca guwa kenapa dah lama tak update blog. ( #truestory brah! ) So, di pagi yang serba sunyi lagi sejuk ni, guwa nak buat comeback sikit. Nak bagitaulah yang blog ni masih bertuan dan masih bernyawa. Sekarang ni guwa agak ke-busy-an sebab tu tak dapat nak meng-update dengan kerap macam dolu-dolu. So kalau korang ada info nak kongsi dengan guwa, guwa alu-alukan. Bukan apa, nenek guwa pernah cakap, berkongsi itu mengambil berat. lulz

Anyway, guwa ada sikit info berguna untuk korang semua:

How to be popular for dummies.
1. Buat kenyataan yang agak babi.
2. Yakin dan bangga dengan kenyataan anda.
3. Post di blog, twitter atau facebook.
4. VOILA! now you can be popular mengalahkan #retis macam #adindaevans. kahkahkah!

Note ringkas tak berapa padat:
Aku part-time blogger yang pemalas. Aku malas nak update entri dan aku malas nak followback. For new followers of this blog,  Thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless