Friday 10 June 2011

WTF - Buat tatu gambar rakan Facebook


AMSTERDAM: Sesetengah orang suka menunjuk-nunjuk mengenai bilangan rakan yang mereka miliki dalam Facebook. Namun, kebanyakannya tidaklah melakukan perbuatan keterlaluan hingga mentatu gambar profil mereka di lengan. Seorang wanita mengambil keputusan mengingati semua rakan Facebooknya seramai 152 orang dengan mentatu gambar profil mereka pada lengannya.

Penggemar rangkaian sosial warga Belanda terbabit memuat turun rakaman video mengenai tatunya itu di YouTube. Wanita yang menggunakan nama ‘susyj87’ menulis: “Selepas beberapa bulan bekerja, saya mahu menunjukkan kepada anda semua tatu sosial saya. Cantik, bukan? Saya cukup bangga dengannya. Harap anda sukakannya juga!” Bagaimanapun, sesetengah pengguna YouTube mempertikaikan sama ada rakan Facebooknya itu akan kekal seperti tatu itu.

Tahniah atas tatu yang cantik itu. Harap anda terus berkawan dengan semua rakan anda dalam tempoh yang lama,” tulis seorang lelaki selepas menonton tindakan susyj87 menerusi Youtube.

Kebodohan dan kebijaksaan seseorang manusia dilihat dari perbuatannya.

Nota ringkas tak berapa padat:
Papepon, the tattoo artist serius hot! #turnon lulz
sumber: myMetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless