Friday 10 June 2011

Pengarah KL Gengster dan Kongsi bakal disaman PEKIDA


PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida. Kod rahsia berkenaan selalunya digunakan di antara ahli-ahli Pekida dan ia tiada kaitan dengan gengsterisme seperti mana yang dipaparkan dalam kedua-dua filem ini."

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya lagi.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut. Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster. -mStar Online

Memang Pekida ni bagus, pertubuhan Islam, apa tak bagus plok. Tapi anak buah mung tu ramai dah terpesong mung tau dak? Kalau takda angin masakan pokok bergoyang. Setuju? Ok, guwa nak tanya 1st thing yang terlintas kat kepala hotak korang kalau dengar Pekida ni apadia? Penyalahgunaan kuasa? Gengster? Atau mafia melayu yang berani bila berkumpulan, menikus bila berseorangan?

Tujuan penubuhan Pekida ni bagus, suci, bermutu malah berfaedah kepada bangsa melayu dan umat Islam di Malaysia.
    Tujuan dan Matlamat Penubuhan PEKIDA:
2.1   Menegak dan memperjuangkan syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Hadis.
2.2   Mengujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong, Sultan-Sultan, Dan Raja-Raja Melayu.Kerajaan dan Pemerintah dan mematuhi Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
2.3   Mengujudkan sumber kewangan masyarakat Islam dan menubuhkan Yayasan serta menggalakan ahli untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan bagi meningkat dan meninggikan taraf kehidupan umat Islam di segala bidang serta mengadakan atau menebus harta, bangunan, dan lain-lain harta.
2.4    Menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli.
2.5    Mempertahankan Negara dari ancaman musuh dan anasir jahat, komunis, dan golongan anti Islam.
2.6    Mendirikan institusi pendidikan dan menjadikan bidang pendidikan sebagai tugas penting dan utama yang perlu dilaksanakan untuk ahli, anak-anak mereka dan masyarakat umum.

See? Suci murni bukan matlamat dan tujuan penubuhan Pekida ni. Tapi kenapa bila dengar Pekida, perkara-perkara negatif mula menular dalam diri?

Pasal kod rahsia tu, kenapa perlu ada kod rahsia dalam berjemaah. Pertubuhan Islam, amar makruf nahi mungkar yang bermaksud "mendekati perkara-perkara yang baik dan menjauhkan perkara-perkara yang tidak baik", pun ada rahsia-rahsia? Imej melayu terjejas dek kerana 2 filem arahan anak muda ni? Kamon, imej melayu dah lama terjejas wei, dah calar balar dah. KECOH LAH LU!



Nota ringkas tak berapa padat:
Apahal guwa emosionalisma terlebih ni. lulz Anyway, Gangsta Mexico, Gangster Hong Kong, Yakuza Jepun, Mafia Itali masing-masing ada filem pasal diorang. Takda pulak guwa dengar pengarah yang buat filem pasal diorang kena saman or kena bunuh. Sebenarnya guwa pun tak paham apa yang guwa mencarut dan cuba sampaikan disini. Lu orang paham?

Sumber: mStar Online & Pekida Malaysia 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless