Monday, 10 January 2011

Jatuh cinta dengan gadis bernama Aren

Aren. Serius guwa dah jatuh cinta kat dia. Tapi, siapa Aren tu? Lawa sangat ker sampai boleh pikat hati guwa yang heartless ni? Untuk pengetahuan korang Aren ni kepala dia giler-giler, perangainya agak ke-tomboy-an dan merupakan bekas ahli teakwando. Untuk menperjelaskan lagi situasi supaya tidak berlaku salah faham, Aren ni sebenarnya watak utama dalam | Novel Kisah Aku | terbitan Blog Yully. Hahaha!

Serius guwa cakap, Blog Yully merupakan blog pertama yang guwa pertama kali jenguk, guwa terus melekat baca entri dia dari entri 1st sampai the latest entri. Dah lah blog baru kan, guwa kalau blog baru ni guwa jengah-jengah camtu jer sebab guwa tau bloggers baru ni biasanya isi dia lame. Its lame not "lama" okay?

Kenapa guwa boleh melekat kat blog dia? Antaranya adalah disebabkan blog dia simple, penulisan yang boleh dikatakan agak baik, widget tak bersepah | maybe blog dia masih baru kot |, dan entry yang lain daripada yang lain kerana setiap entri di blog beliau adalah Novel bersiri yang diberi tajuk Kisah Aku.

Kepada owner blog, ini nasihat daripada guwa;

1. Jangan jadi seperti typical bloggers wanita di Malaysia.
Maksud guwa disini jangan campur adukkan entry blog anda dengan hal peribadi anda dan sebagainya. Kalau nak buat gak, guwa sarankan anda buat blog lagi satu.

2. Kekalkan personality dan identiti blog anda.

Blog anda sudah anda identiti sendiri. So, kekalkan ia. Sebagai seorang blogger, adalah penting untuk mempunyai identiti dan personality sendiri dalam penulisan dan juga perhiasan dalaman blog.

3. Jangan padatkan blog dengan widget sampah.

Tak perlu letak widget yang terlalu banyak sehingga blog jadi berat. Ia boleh mengakibatkan pengujung jadi menyampah nak jenguk blok anda kerana loading yang lama. Letak widget yang penting sahaja antaranya macam widget Shoutmix

4. Header yang sesuai dengan identiti blog.
Tak perlu rasanya letak gambar yang terlalu besar lebih lebih lagi gambar tersebut adalah gambar diri sendiri. Ya I know Its your blog. Tujuan guwa cakap macam ni adalah untuk mengelakkan pengunjung berasa jelek dengan blog anda. Yela, abes loading jer tetiba gambar muka anda yang besar gedabak muncul. Kalau ada yang sakit jantung boleh terkejut lalu mati tau tak? LOL

5. Perbaiki penulisan anda.
Guwa yakin anda adalah seorang noveler. So, pastikan cara penulisan anda seperti seorang penulis novel yang sebenar. Kalau rasa ayat tu perlu letak satu noktah, just letak satu noktah. Tak perlu letak sehingga bernoktak-noktah. Begitu juga tanda seru, tanda soal dan termasuk juga penanda wacana. Huruf kecil dan besar juga kena jaga.

Rasanya ini jerlah yang guwa nak cakap. So korang semua boleh lah jenguk blog beliau untuk baca novel bersiri Kisah Aku. Itupun kalau korang minat baca novel lah. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless