Saturday 29 May 2010

Malang oh Malang!

Status: Tension. Mood: Tekanan.

25 May 2010. Hari malang bagi aku.

Kancil
Oleh kerana aku tido lewat, so aku decide tak tido semalaman kerana takut tak bangun keesokannya kerana bapak aku suruh aku amik adik aku kat sekolah. Selalunya adik aku balik dengan bapak aku, memandangkan bapak aku ade hal di Pagoh, so aku terpaksa amik dia pada hari itu. Jam menunjukkan pukul 8:24 pagi. Mata ku terasa berat dan mengantuk. Lalu aku bercadang untuk keluar bersarapan bagi menghilangkan rase ngantuk dan melengah-lengahkan mase sehingga pukul 1 tengah hari nanti. Aku rase tak sedap hati apabila melihat kereta kancil milik ibu ku itu. Tanpa menghiraukan perasaan itu, aku terus mencapai kunci kereta diatas meja komputer dan bergerak menuju ke destinasi. Sambil memandu, aku mengeluarkan sebatang rokok. "Shit, tinggal sebatang jer. Singgah kedai kejap ah beli rokok." aku berkata sendirian. Sedang aku memandu, tiba-tiba perasaan yang tidak menyenangkan tu muncul kembali, aku cuba menenangkan fikiran ku dengan melayan celoteh penyampai-penyampai radio Sinar.fm sambil berkata "Jangan la jadi ape-ape arini." Sampai di kedai. "Moi, Winston 20 satu." kata aku kepada Amoi yang menjaga kaunter. Lalu die menghulurkan sekotak rokok kepada ku dan aku menghulurkan sekeping not merah bernilai rm 10 kepadanya. Setelah mendapat baki, aku menuju ke kereta yang di parking di hadapan kedai tersebut. Aku menghidupkan enjin.



DAMN! Enjin kereta tak hidup. Aku cakap "patut lah rase tak sedap hati. nak jadi bende ni rupenye." Aku buka bonet kereta untuk melihat apa masalah kereta ni. Great! Air battery kering. Jam menunjukan pukul 8:45 minit pagi. Sape jer yang bangun pagi-pagi macam ni? Dengan handphone tak bawak. Aku tak gelabah. Aku cube mengawal kemachoan ku. Aku mengeluarkan sebatang rokok yang baru di beli tadi dan menghisap dengan tenang sambil memikirkan ape aku nak buat. Keputusan dibuat, aku pergi kerumah member ku yang berada berdekatan dengan tempat kejadian. (jauh la jugak sebenarnye.) Naik ape? Gua jalan kaki je beb! 8:59minit pagi aku sampai dirumahnya, aku memberi salam tapi tiada yang menyahut salam ku. "Tengah membuta lagi la ni" kata ku sendirian. Aku membuat keputusan drastik dengan memecah masuk ke rumahnya. (Sebenarnye pintu umah die tak kunci) Aku naik ke tinggkat 2 dan masuk ke biliknya untuk menyedarkan dia dari lamunan mimpi-mimpi indahnya. Ternyata usaha ku gagal dan tidak membuahkan hasil. Memberku sememangnya sukar di kejutkan dengan menggunakan cara normal. Aku lepak sebentar menghilangkan lelah akibat penat berjalan sejauh 0.9 kilometer. Kemudian aku terpandang laptop yang terdampar diatas meja dan tanpa berfikir panjang, aku membuat keputusan untuk online sebentar.


Bersambung. . . .


Nota sampingan:
Kereta kancil kat atas tu? tu bukan kereta kancil yang aku maksudkan. Gambar tu aku sebat kat Google. :)


Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:35pm Rabu 2 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Malang tidak berbau yer cu."
Betol tu nek!
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)

Saturday 22 May 2010

Beef oh Beef!

Klik gambar untuk besarkan sikit


Status:
Tergelak. Mood: Kelakar.

Aku tak tau la nak cakap ape bile tengok gambar ni. Hanya mampu tergelak. Ade pulak babi halal eh? ahahaaa Name tauke yang tak boleh blah tu, siap ade haji. tapi jual babi, babi yang halal. ahahahaa manusia, manusia~ Korang rase ni kat mane? Kalau kat Malaysia memang impossible lah. Aku rase kat Indonesia atau Thailand. So, peringatan pada sape yang nak beli beef tu, hati-hati. Pastikan anda membeli di premis-premis yang telah disahkan JAKIM.

Nota sampingan:
Babi punye babi. ahahahaa




Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 4:53pm Sabtu 22 May 2010.

Nenek pernah berkate:
"Inilah manusia-manusia yang tak tau hukum hakam agama."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Friday 21 May 2010

Boycott oh Boycott!

Status: Masih Geram. Mood: Agak Happy

"CONGRATULATION TO EVERYONE WE ALMOST SUCCEEDEDIN OUR GOAL, THE MAIN PAGE OF DRAW MUHAMMAD DAY HAS BEEN REMOVED FROM FACEBOOK AND FACEBOOK APOLOGIZED FOR THAT STUPIDITY BUT STILL THERE'S ANOTHER PAGE WORKING ON DRAW MOHAMMAD (NAUZBILLAH). THANKS TO EVERYONE WE ARE VERY GREATFULL TO ALL OF YOU." - Sumber dari group (AGAINST "Everybody Draw Mohammed Day!")

Nampak usaha kite semua berbaloi. Aku terpaksa tak online dihari kelahiran ku. Pengorbanan ku berbalas.

Nota sampingan:
Kenapa diorang pilih nak buat event durjana ni pada 20 May. Aku agak terkilan ah~ T__T




Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 8:23pm Jumaat 21 May 2010.

Nenek pernah berkate:
"Kiamat semakin hampir."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


20 May oh 20 May!


Status: Masih sambut birtday. Mood: Happy.

Memandangkan semalam adalah birthday aku, maka tajuk entri pada kali ini adalah 20 May.
Ada ape dengan 20 May? Ape yang specialnye 20 May ni? Haa, teruskan membaca yer~

Pada tahun ini, 20 May 2010 merupakan tarikh yang agak special bagi aku. Kerana apa? kerana pada tanggal 20 May 2010, umur aku genap 20 tahun. Sape yang main nombor tu cube la beli nombor 2020. (Amaran: Berjudi adalah haram dan berdosa besar disisi Islam.) Selain tu, pada 20 May 2010 jugak lah YouTube telah diblocked dan tak boleh di access di Pakistan. Aku juga berkongsi birthday dengan goalkeeper Chelsea kebanggaan ku, Petr Cech dan Iker Casillas goalkeeper Real Madrid. Special kan birthday aku? Kalau nak cerita ape yang jadi pada 20 May memang panjang. Korang pon bosan an panjang-panjang? Kalau nak tau lagi ape yang jadi pada hari kelahiran ku, picit sini.


Nota sampingan:
Sumber dipetik dari Wikipedia.




Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 4:01pm Jumaat 21 May 2010.

Nenek pernah berkate:
"Sejarah jangan sekali dilupe."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Birthday boy oh Birthday boy!


Status:
Sambut birtday. Mood: Happy.

2o May 1990. Itulah tarikh kelahiran ku di muka bumi ini. Dengan ini, tamat lah zaman belasan tahun ku. Sweet 20! Aku pun tak sangka yang aku sekarang dah berumur 20 tahun. Yela, perangai takde rope macam orang 20 tahun, perangai still kebudak budakkan. hehehee Hmm, rase macam sekejap jer mase berlalu. lagi 1, aku berkongsi birthday dengan Petr Cech! goalkeeper Chelsea kebanggaan ku. hehee Papepon aku nak ucapkan terima kasih pada yang wish birthday aku sama ada via Facebook, Myspace, Twitter, Tagged, Blog, Friendster, Yahoo Messenger, handphone dan tak lupe juga telefon rumah. Terima kasih banyak-banyak. Terutama kepada ibu dan bapa ku. Terima kasih kerana menjaga ku selama ini, memberi pendidikan dan didikan agama kepada ku, walaupun anakmu ni just a garbage. Tak terbalas jasa-jasa mu.

Nota sampingan:
Papepon, duit aku agak berterbangan sedikit kerana terpaksa membelanja adik dan member ku makan. T___T




Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 2:04am Jumaat 21 May 2010.

Nenek pernah berkate:
"Semakin lanjut usia kite, semakin kite dekat dengan kematian.
Perbanyakkan lah ibadah."
Baik nek! :)
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Wednesday 19 May 2010

Laici oh Laici!

Status: Berniaga. Mood: Bosan+Agak tension

Kenape tajuk entri ni laici? haa, nak citer la ni. sabar eh?
Ok, aku nak cerita ni, bace dengan sabar dan tenang tau.

Hari Isnin bersamaan dengan 17 May 2010, aku dengan bersemangatnye bangun pagi dan terus mandi. (pagi tu dalam pukul 11lebih sebenarnye~) Kenape? sebab hari tu hari 1st aku berniaga. mesti korang ingat aku berniaga buah laici kan? Salah. Sebenarnye aku berniaga air laici. Aku tidak berseorangan, aku menjalankan kegiatan ni secara berkumpulan iaitu bersama adik dan seorang sahabat ku yang ku kenal dari kecil. Pengembaraan bermula pada pukul 12tengah ari. Dengan memandu Kancil biru kepunyaan ibuku, kami bertiga terus ke tapak dimana kami ingin berniaga. (sebenarnye kawan aku naek motor~)

Malang tidak berbau pada hari itu, aku dan adik ku telah terpisah daripada sahabatku kerana dia pergi membeli ais dan straw. Tanpa membuang masa, aku dan adikku bergegas ke tapak dan membuka gerai terlebih dahulu. Lebih kurang 30minit 49saat, aku nampak kelibat sahabatku bersama motosikal EX5 hitam kesayangannya. Kami bertiga pon bersemangat membuka tin laici, nata de coco, tuang air dan laici dalam balang, masukkan ais, godak sana, godak sini, lebih kurang 5, 6 minit air siap dibancuh dan sedia untuk diteguk ketika cuaca panas. Kami seronok menanti kehadiran pelanggan pertama kami dan kami tertanya-tanya, adekah pelanggan pertama kami seorang wanita tua, atau pon seorang kanak, atau, mungkin juga seorang awek yang masih single.


1jam 45minit 23saat kemudian. . . . . .


Kami masih menunggu dengan penuh sabar dan muka yang tersenyum ikhlas.


2jam 27minit 19saat kemudian. . . . . .


Kami mula merasa tidak seronok tetapi kami masih menunggu lagi.


3jam 15minit 40saat kemudian. . . . . .


Kami mulai fedup. Aku dan adikku keluar untuk membeli makanan.


4jam tepat kemudian. . . . . .


Kami mengemas barang-barang dan pulang.


Result. Hari pertama berniaga + tiada pelanggan = kecewa.






Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 7:00pm Khamis 20 May 2010.

Nenek pernah berkate:
"Berniaga ni perlukan kesabaran yang tinggi,
lagi-lagi pada yang baru berniaga."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless