Wednesday, 19 May 2010

Laici oh Laici!

Status: Berniaga. Mood: Bosan+Agak tension

Kenape tajuk entri ni laici? haa, nak citer la ni. sabar eh?
Ok, aku nak cerita ni, bace dengan sabar dan tenang tau.

Hari Isnin bersamaan dengan 17 May 2010, aku dengan bersemangatnye bangun pagi dan terus mandi. (pagi tu dalam pukul 11lebih sebenarnye~) Kenape? sebab hari tu hari 1st aku berniaga. mesti korang ingat aku berniaga buah laici kan? Salah. Sebenarnye aku berniaga air laici. Aku tidak berseorangan, aku menjalankan kegiatan ni secara berkumpulan iaitu bersama adik dan seorang sahabat ku yang ku kenal dari kecil. Pengembaraan bermula pada pukul 12tengah ari. Dengan memandu Kancil biru kepunyaan ibuku, kami bertiga terus ke tapak dimana kami ingin berniaga. (sebenarnye kawan aku naek motor~)

Malang tidak berbau pada hari itu, aku dan adik ku telah terpisah daripada sahabatku kerana dia pergi membeli ais dan straw. Tanpa membuang masa, aku dan adikku bergegas ke tapak dan membuka gerai terlebih dahulu. Lebih kurang 30minit 49saat, aku nampak kelibat sahabatku bersama motosikal EX5 hitam kesayangannya. Kami bertiga pon bersemangat membuka tin laici, nata de coco, tuang air dan laici dalam balang, masukkan ais, godak sana, godak sini, lebih kurang 5, 6 minit air siap dibancuh dan sedia untuk diteguk ketika cuaca panas. Kami seronok menanti kehadiran pelanggan pertama kami dan kami tertanya-tanya, adekah pelanggan pertama kami seorang wanita tua, atau pon seorang kanak, atau, mungkin juga seorang awek yang masih single.


1jam 45minit 23saat kemudian. . . . . .


Kami masih menunggu dengan penuh sabar dan muka yang tersenyum ikhlas.


2jam 27minit 19saat kemudian. . . . . .


Kami mula merasa tidak seronok tetapi kami masih menunggu lagi.


3jam 15minit 40saat kemudian. . . . . .


Kami mulai fedup. Aku dan adikku keluar untuk membeli makanan.


4jam tepat kemudian. . . . . .


Kami mengemas barang-barang dan pulang.


Result. Hari pertama berniaga + tiada pelanggan = kecewa.






Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 7:00pm Khamis 20 May 2010.

Nenek pernah berkate:
"Berniaga ni perlukan kesabaran yang tinggi,
lagi-lagi pada yang baru berniaga."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless