Sunday, 6 June 2010

Jangan Jadikan Telekung Satu Isu

Status: Kelaparan. Mood: Biase-biase jer.

"Telekung surau ni kotor laa.. camne nak semayang ni,
"
"Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,"

Skrip biasa, terutamanya di shopping complex. Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’. Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat. Begitukah?

Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:
* Yakin telah masuk waktu
* Menutup aurat
* Mengadap kiblat
* Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
* Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung. Jadi, wajibkah? Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.” [ Al-Hajj : 7]

Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi. Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah. Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik.


Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..

Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat?


Nota sampingan:
Aku jumpe artikel ni mase tengah blogwalking, So, ape salahnye kalau aku share benda yang bagus betul tak? Sharing is caring. :)
Artikel asal dari Nisa' Melaka


Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 4:20pm Sabtu 7 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Solat tu WAJIB cu, terutama bagi lelaki."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)

1 comment:

Nurul said...

Bawalah kemana shj telekung travel yg kecil saiz beg nya muat letak dlm handbag.senang di bawa kemana shj.jom order di facebook telekung travel sharzlin atau email sharzlin83@yahoo.com. Murah sgt rm20 shj. Kini tiada alasan untuk tidak solat lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless