Wednesday 12 August 2009

Dalam Kenangan II

Selang 2 mgu slps pakcik blh bpk aku meninggal dunia pada pgi Ahad 26 Julai 2009, kini pakcik blh mak aku pula telah kembali ke rahmatullah pada pagi Ahad 9 Ogos 2009....Beliau yg lebih dikenali Pak Anjang atau Majid oleh saudara² terdekat meninggal dunia pada 8 pagi akibat kegagalan jantung untuk berfungsi dan meninggalkan seorg isteri...

Selepas mendapat berita, saya sekeluarga bergegas ke rumah arwah di utara tanah air di Kedah..saya sekeluarga bermalam di Kedah selama 2 malam sebelum berangkat pulang ke selatan tanah air Johor pada Selasa malam. saya selaku anak saudara sgt mengagumi beliau dan isteri kerana kewarakan dan kebaikan yg ditunjukkan oleh arwah dan isteri...antara cerita² yg saya tahu/dengar tentang arwah:
  1. Arwah sgt peramah dan lemah lembut didalam pertuturannya.
  2. Arwah sgt penyabar orgnya..tak pernah saya lihat atau dengar arwah marah.
  3. Arwah lebih mementingkan kesihatan dan kebajikan adik bradik dan keluarga terlebih dahulu drpd memikirkn tentang diri sendiri dan kesihatannya.
  4. Arwah sgt suka kucing dan akn mengutip kucing² terbiar utk di bawa balik...apabila arwah sakit, arwah ada berpesan kpd isterinya "jangan buang semua kucing² tu selagi saya tak mati...pejam mata saya awak nk buang buang lah, tapi buang di tempat² yg ada makanan"

*luangkan sedikit masa korang untuk sedekahkn Al-Fatihah kepada kedua arwah, Saad dan Majid...semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan org² beriman...
Al-fatihah.........




* = For muslim





sekali lagi aku kehilangan insan yg aku syg....T_T








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless