Friday, 3 December 2010

WTF - This is what we call fashion disaster

"Eh, guwa tutup aurat beb, guwa pakai tudung ni. Lu sape nak tegur guwa? PM? Pak imam? Hey, PM dengan pak imam tengok guwa pun takda nak tegur tau?? Lu jaga awek lu sorang sudah la. Hak elah~ Kecah ah lu brader." Mungkin inilah kata-kata yang akan dilontarkan oleh kaum-kaum awek weirdo ini kepada jejaka tampan macam aku bila cuba menasihati mereka nanti.

Seriously aku kurang faham dengan pemikiran kaum-kaum awek yang macam ni. Kepala dah elok berbalut-balut, tapi malangnya bahagian bawah pula terbuka luas seluas mulut buaya darat yang kegersangan. Wahai kaum-kaum awek yang berfikiran pelik ni, korang ibarat kura-kura yang berjalan tanpa cengkerang dibelakangnya tau tak? Korang pernah tengok kura-kura togel? Tak pernah? Cuba bayangkan kura-kura togel macam mana. Kalau tak dapat bayangkan korang tengok gambar kat bawah ni. zzZZZ

Ini kita boleh pikir positive, maybe dia tak tau atau tak perasan bila seluar dia kena air, boleh menampakkan spender hitam dia. Tapi gambar yang lain tu. Macam tak boleh jer nak think positive. LOL
Minah ni paling sempoi, bogel jer la senang. Nak tunjuk sangat an?

Aku tak butthurt pun, just wondering apa yang diorang fikir dengan berpakaian macam ni. Haish, orang lain nak bertudung kau sibuk nak bertudung, lepas tu pakai tudung main-main. Maria Ozawa porn star Jepun tu pun kalau pakai tudung tutup semua takda nak bukak-bukak. Tak percaya? Usha ni beb.

LOL! XD


.

WTF - Cinta itu memang buta

Betul kata orang, cinta itu mempunyai satu kuasa ajaib dimana kita tidak akan memandang rupa paras atau harta benda hatta darjat dan pangkat sekali pun. Dulu aku tak percaya cinta daripada pompuan yang cantik. Kerana bagi aku pompuan yang cantik adalah ular betina yang akan membelit dan menelan mangsanya pada bila-bila masa. Tapi setelah aku tengok gambar-gambar ni, baru aku sedar bahawa keajaiban cinta itu sememangnya wujud yang penting ayat kena power. Ladies and gentleman, today I'll present to you, The Power of love!




Wait, wait, wait.. Tapi kan, aku rasa pompuan ni mesti kena ubat guna-guna. Tak pun poket jantan tu tebal. I still can't believe he could date that woman. He don't deserve that woman! I deserve! Okay, okay.. I know I'm not a god to say like that. But, look at him? I 'm a lot more handsome than him isn't it? LOL! joke joke


+ Kredit to IsuMalaysia.com

.

Wednesday, 1 December 2010

Cara mencegah Lelaki Pervert



Video ni completely dalam bahasa Cina. Tapi takpa, korang jangan risau. Dulu aku ada belajar bahasa mandarin dan peroleh Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Mandarin. So, aku boleh translate kat korang semua. Video ini bertujuan memberitahu wanita supaya berhati-hati dengan lelaki pervert atau lelaki kaki cabul dan video ini juga menunjukkan langkah-langkah bagaimana mencegah jika berlaku kepada anda kaum-kaum awek.
Situasi 1. Jika ada lelaki cuba memegang bahu anda (seperti didalam video tersebut), buka langkah mengunakan kaki kiri dan kunci kan kaki anda. kemudian gunakan tangan kiri anda untuk menolak bahunya kedepan dan dengan pantas gunakan tangan kanan anda untuk menolak dadanya dengan sekuat hati kebelakang.

Situasi 2. Kes ini biasanya terjadi didalam tren. Jika ada lelaki menghampiri anda dan melanggar buah dada anda menggunakan sikunya, jangan panik. Anda tolak kembali sikunya kedepan menggunakan siku anda, buka langkah dan tampar mukanya menggunakan tangan kiri anda. Langkah ini mengikut situasi sama ada dia berada diposisi kanan atau kiri.

Situasi 3. Jika anda berjalan-jalan di Pavilion atau Bukit Bintang, tiba-tiba seorang lelaki datang dari depan dan dengan sengaja menyentuh buah dada anda menggunakan sikunya, jangan panik atau menjerit "Pencabul! Pencabul". Orang ramai hanya akan pandang anda seperti anda ni orang gila. So, bagi mengelakkan anda dianggap gila, lepas dicabul anda terus pusing dan gunakan tangan kiri anda untuk menarik bahunya. Confirm dia terperanjat dan akan menoleh kearah anda. Selepas itu gunakan tangan kanan anda untuk menampar mukanya sekuat hati.

Situasi 4. Jika anda berjalan berseorangan di lot parking atau pun tempat-tempat sunyi dan tiba-tiba seorang lelaki cuba memeluk anda dari belakang, jangan panik. Buka tangan dan kaki anda serentak, kemudian gunakan tangan kanan anda untuk menyepuk (ketuk/pukul) kemaluannya.

Situasi 5. Sama seperti situasi 4, cuma kali si pencabul ingin memegang buah dada anda dari arah depan. Apa bila dia ingin memegang buah dada anda, dengan pantas masukkan kedua tangan anda diantara tangan dia dan buka tangan anda. kemudian tolak dadanya dan dengan kadar segera sepak kemaluannya. Ikut keselesaan anda ingin sepak menggunakan kaki apa.
Harap korang semua paham dan yang paling penting lakukan semua langkah-langkah ini dengan pantas dan teratur bagi mengelakkan pencabul tersedar dari terperanjat dan melarikan diri. Selamat mencuba!

Note: Tentang Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Mandarin tu, its totally bullshit. LOL!

.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless