Ini adalah kemalangan yang tidak membabitkan jiwa buat kali kedua telah aku alami. Korang pasti tertanya tanya kenapa tiba tiba part 2 bukan? Sebenarnya part 1 punya aku tak muatkan ke dalam blog usang ni. Ianya terjadi di pertengahan bulan November 2011 dan yang aku nak cerita ni yang terjadi pada 29 January 2012 baru baru ini.
Sebenarnya banyak siri hampir kemalangan terjadi kepada aku bermula dari pertengah tahun lepas (2011). Tapi disebabkan kehandalan aku mengawal motosikal maka aku dapat mengelak siri siri tersebut dari berlaku. Hanya 2 kes besar dan 2 kes kecil sahaja berlaku sepanjang pertengahan tahun lepas (2011) hingga awal tahun ini (2012). Ahhh sudah. Tiba tiba aku jadi malas pulak nak bercerita.
Korang tengok jelah gambar motosikal aku yang terbabit dengan kemalangan yang membabit motosikal juga tapi ditunggang oleh lelaki berbangsa India.
Barai. Apa yang sadis disini, motosikal mamat India tu takda apa apa. Celaka tak celaka lah kan? Dah lah tengah pokai ni.