Sebenarnya aku sedih bila lihat blogspot bookmark tab kat brower aku ni. Gila kau tak sedih bila blog yang telah lama diusahakan kini terbengkalai di mamah masa. Aku bukan taknak update. Tapi apa yang hendak aku luahkan di blog ini sudah ku luahkan didalam mikro blog aku iaitu twitter. Tambahan pula kemalasan yang sedia ada ditambah lagi dengan kepenatan selepas bekerja. Memang tak jadi apa.
Suatu ketika dulu, aku tidak pernah terfikir twitter akan menghilangkan keinginan dan nafsu aku untuk blogging. Kerana twitter juga aku telah mengabaikan facebook. Sampai member aku cakap; kau dah lama tak online facebook apahal bro? Aku pulak jenis malas nak cakap banyak, so aku balas; busylah cari rejeki untuk anak bini.
Kerana twitter orang asing menjadi teman rapat. Kau bayangkan, 24 Disember 2011 itu hari aku ada jumpa dengan 2 orang tweeps ni (@arolselamat dan @KhairulAzkar). Jumpa terus borak macam dah kenal lama, macam dah pernah jumpa. Padahal julung julung kali tu jumpa.
Kerana twitter aku selalu berfikir diluar kotak. Ya, tweet tweet dari manusia yang aku follow kebanyakannya membuat akan aku berfikir. Tapi nak kena pandai follow jugak. Dapat yang jenis jiwa kacau memang jiwa kacau lah memanjang tweet dia. Dapat yang jenis kaki troll, troll je memanjang sampai tak tahu bezakan situasi dan waktu yang sesuai.
Ada lagi tapi aku malas nak taip dan olah. Ya, sejak dah bergiat aktif dengan twitter, aku jadi malas nak menaip panjang panjang. Dasyat kan? Nampak tak permainan twitter disitu? Jadi kepada yang masih tiada akaun twitter, nasihat aku lupakan lah nak buat akaun. Buang masa sebenarnya main twitter ni. Tiada faedahnya.
ps:- Tajuk kemain engrish, tapi entri dalam bahasa. mih mih mih