Tuesday, 12 July 2011

Bersih 2.0 - Kebenaran Yang Tidak Mungkin Terselindung

"Tiada kekerasan yang digunakan terhadap rakyat." gua baca kat paper, itu Najib kata. "Kami ada bukti bahawa pihak polis tidak menggunakan kekerasan." kat paper juga gua baca, ini Hishamudin pula kata. "Polis kata jangan." Ini Pak Lah kata. "Padan muka kena tangkap, duk buat huru hara kenapa?" ini gua terbaca celaka mana tah komen. Gambar dan video yang gua lihat di internet teramatlah bertentangan dengan apa yang gua baca dan lihat di kaca televisyen dan suratkhabar, baik Metro mahu pun Berita Harian. Utusan? Lebih auta berbanding fakta. Jadi gua berfikir sejenak dengan menggunakan akal fikiran gua anugerah Ilahi yang gua rasa masih lagi waras sehingga kini.

Kenapa pemimpin kita mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan apa yang telah diketahui rakyat? Rakyat bodoh ke nak percaya buta-buta? Rakyat bangang ke sentiasa nak ikut telunjuk macam lembu? Djaman tok kaduk bolehlah rakyat sekalian baca paper dan percaya apa yang journalis tulis membuta tuli. sekarang kita berada djaman moden serba maju. Kamera bersepah, internet bersepah, apa kau buat ramai yang tahu.

Berdasarkan pemerhatian gua, ramai yang tak tahu atau buat-buat tak tahu tujuan perhimpunan Bersih diadakan. Ada internet tapi bodoh tak tahu guna. Hanya mengharapkan paper percuma semasa minum di kedai mamak dan buah mulut makcik-makcik kerepot untuk mengetahui isu semasa. Yang lain, hanya tercatuk di depan kaca televisyen menunggu jam 8:00 untuk mendengar sepasang pemberita mengobrel berita palsu. Tujuan perhimpunan ini diadakan untuk berdemonstrasi menghantar memorandum yang menuntut 8 perkara:
  1. Bersihkan senarai undi
  2. Mereformasi undi pos
  3. Guna dakwat kekal
  4. Masa kempen minima 21 hari
  5. Akses media bebas dan adil
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor
Kenapa kerajaan taknak terima 8 tuntutan ni? Ini bukanlah tuntunan yang boleh menghuru-harakan keadaan negara. Ini bukanlah tuntutan yang boleh menyebabkan berlakunya pendarahan. Tapi kenapa kerajaan tetap tidak mahu terima? Ah, persetan dengan semua ini. Gua malas nak fikir lagi. Apa yang telah berlaku telah pun menjadi sejarah. Sejarah yang takkan berubah. Tapi gua akan tetap sabar menunggu.. menunggu.. menunggu.. dan menunggu Tanah Tumpahnya Darahku akan bertukar pemimpin yang lebih adil, saksama, telus dalam mentadbir negara.

Ini ada gua sisipkan sekali beberapa gambar dan video yang gua yakin, ya, gua amat yakin, tidak keluar di media yang dikongkong kerajaan. Kerana apa? Kerana layanan yang diberikan oleh pihak polis terlalu Mesra, Cepat dan Betul.








Nota ringkas tak berapa padat:
Gua sebenarnya malas nak berfikir. Bila gua dah berfikir, entry gua akan jadi panjang macam ni. Tapi isi sampah. Kredit kepada empunya gambar dan video. Adios.

Friday, 8 July 2011

Drama Tebusan di Muar [Berita dan Video]








MUAR 7 Julai - “Cikgu bunuh saya, sebelum saya bunuh cikgu dan kesemua kanak-kanak ini.”

Itu antara ugutan lelaki, berusia 30 tahun yang menahan 30 orang kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun dan empat orang guru wanita dalam satu drama tebusan selama lima jam di Taman Asuhan Kanak-kanak Serikids, Taman Cemerlang, Sungai Abong di sini hari ini.

Lelaki yang dipercayai seorang penagih dadah itu membuat ugutan tersebut ketika pengetua taman asuhan itu, Tee Sew Tuan cuba memujuknya menyerah diri kepada polis.

"Dia meminta pengetua membunuhnya, kalau tidak dia akan membunuh kami semua,” cerita Norazah Mohd. Shah, 23, salah seorang daripada empat orang guru wanita yang turut dijadikan tebusan lelaki tersebut. - Bernama

Oh, ini ada sedikit fakta yang gua tak jamin kesohehannya:
  • Si penebus menebus guna parang.
  • 30 kanak-kanak dan 4 orang guru yang mahu ditebus.
  • Si penebus mahu berjumpa dengan PM Najib Razak
  • Si penebus meminta sepucuk pistol dari polis.
  • Unit Tindakan Khas (UTK) dari Bukit Aman turun padang.
  • Kejadian penebusan berlaku di mukim Sungai Abong, Muar Johor.
  • Si penebus telah di headshot oleh polis.
  • Si penebus dibawa ke hospital untuk rawatan tetapi mati disana.
  • Si penebus seorang yang mental
  • Si penebus seorang yang baik hati, kata seorang cikgu yang menjadi tebusan.
Nota ringkas tak berapa padat:
Ini entry malam tadi: sebab gua malas dan mengantuk, gua update hari ni. kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless