Status: Work in Progress. Mood: Malas.
Assalamualaikum~
Hooooo-rahhhhhh!!
lame siot aku xupdate menatang ni, sebulan lebih ade kot.
kesian ko Mrs Diary, dapat tuan pemalas macam aku.hehe
pape pon sekarang aku da update kan~
Banyak bende yang jadi dalam mase sebulan lebih ni.
Aku ni rajin-rajin malas je nak update. So, aku bagi sinopsis jew la.
Dah la pemalas, org maen blog aku pon sebok nak mean blog.haha
Okay2. Dalam mase sebulan lebih ni, 1st event aku pergi Kuala Lumpur.
aku pergi sane atas sebab menghadiri kenduri kahwin akak sedare aku kat Cheras. Tapi ade cerita die sebelum aku menghadiri kenduri kahwin beliau.
Bermulanya suatu pengembaraan:
SEPATUTnye aku pergi Kuala Lumpur ngan family. Tapi disebabkan BAPAK aku telah melanggar pintu umah ku dengan menggunakan kereta kancil kepunyaan mak aku, mengakibatkan cermin pintu umahku pecah dan besinya bengkok lalu menjurus kepada kesukaran untuk menutup rapat. So, lepas decision dibuat. aku disahkan tidak perlu ikut untuk menjaga rumah. THANKS DAD, I really appreciated it.
Tapi aku xmudah putus asa. Kebetulan mase tu member aku ade umah, aku ajak die lepak tido umah aku. Dalam mase lepak2 tu memang dah berterabur makian kuar dari mulut aku. Sekotak rokok ku habiskan malam itu juga kerana melepaskan amarah ku. Dengan perasan yang masih lagi geram yang bercampur baur dengan tension walaupun telah habis sekotak rokok, aku terus mencapai tukul besi lalu mengetuk pintu umah ku sekuat hati agar dapat dirapatkan. aku tidak mempedulikan suasana lewat malam ketika itu. Apa yang aku mahukan ialah merapatkan pintu agar aku dapat bertolak ke Kuala Lumpur keesokannya. Setelah bertungkus lumus hampir 1jam lebih. Akhirnya usaha ku membuahkan hasil.
Aku bertolak ke Kuala Lumpur menaiki bas Mayang Sari pada pukul 3:30 petang dan sampai di Stesen Train Kampung Baru dalam jam 6:30 petang. Aku call mak aku untuk memberitahunya supaya datang mengambilku di Kg. Baru pada jam 9 malam kerana aku ingin singgah rumah sewa memberku sebentar. Sampai di rumah sewa, member ku bertanya kepadaku apa tujuan aku datang ke Kuala Lumpur. Aku pun memberitahu mereka bahawa tujuan aku datang adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan akak sedare ku. Tiba2 mereka menyatakan hasrat untuk ikut bersama menghadiri majlis tersebut. Aku call mak aku semula untuk memberitahu bahawa 6 orang member ku[Ahmad Firdaus, Mohammad Ridzuan, Asfyan Asri, Hafiz Mohamad, Hafiz Ashraf & Din] ingin ikut bersama dan aku akan datang ke Cheras pada hari esok. Aku pon bermalam satu hari sebelum bertolak ke Cheras keesokan harinya.
Sesat:
Okay. Aku tido agak lewat malam tu. Biasalah, kalau jumpa member2, mesti borak panjang. Lagi pon, aku ni bukan jenis tido awal. Dalam pukul 11 pagi aku bangun, mandi & bersiap. Tunggu member2 aku semua bersiap dalam pukul 12 tengah hari kitorang bertolak ke Cheras. Semua dalam keadaan excited. setelah hampir 30 minit kami bertolak, sesuatu yang tidak di ingini berlaku. Kami semua SESAT. ya, sesat. Kami sesat sehingga ke Shah Alam & tah mane2 lagi tah kawasan kat Selangor tu. Paling banyak buang mase kat lebuhraya. Ulang alik tah berapa kali, dalam kiraan aku 8kali, ulang 4kali, alik 4kali.
Dalam mase ulang alik, semua ku lihat tidak tentu arah, kerusi yang empuk tidak lagi dirasakan empuk. Keadaan yang sejuk berhawa dingin tidak lagi dirasai sejuk. lagu yang berputar dicorong radio seolah2 berbicara sendirian. Aku dapat rasakan aura yang amat tidak menyenangkan daripada mereka semua. bagi mengambil langkah berjaga-jaga, aku sekadar mendiamkan diri kerana takut sedikit percikan api, boleh membakar semuanya. Kami siap berhenti di R&R 2kali. Dah macam jalan jauh dah. PADAHAL DARI KG. BARU KE CHERAS. Dan semua ini mengambil mase 4jam! Bayangkan dari Kg. Baru ke Cheras mengambil masa 4jam! Aku yang dari Muar ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa 3jam sahaja. Ini tak logik ni. Aku cuba mencari jawapan bagi persoalan yang bermain di kepalaku. Aku berkata sendirian. Mungkin ada dikalangan kami yang tidak solat subuh pagi itu. Ataupun, mungkin juga ada dikalangan kami yang tidak baca doa semasa makan. Ahhh, aku cuba menghiraukan segala persoalan yang tidak elok di kotak fikiranku dengan bersangka baik. Tiba-tiba . . .
Bersambung . . .