Showing posts with label kelakar. Show all posts
Showing posts with label kelakar. Show all posts

Sunday, 6 February 2011

K4KOMIK: Tidak Tahu Malu


Note: Gambar dirembat dari Sokernet.blogspot.com dan guwa edit apa yang patut. Wtf? game Chelsea dah nak mula. out for a footbaaaaallllll

Friday, 4 February 2011

COOL - Ewww! by Anwar Hadi

HAHAHAHAHA!
Vlog mamat ni memang sempoi. Guwa ingat guwa jer yang memperjuangkan benda-benda ni, mamat ni pun memperjuangkan hak yang sama gak. Hak apa? Watch it yourself buddy. Anyway, keep it up mang! You rock!


Thanks to @apex_advan kerana memperkenaikan video ni kat chek.
Subscribe his video on youtube: IniAnwarHadi

Wednesday, 25 August 2010

Cara Menghilangkan Stress

Status: Gelak. Mood: Kelakar.



Disini aku ada 1 tips yang amat berguna untuk korang korang yang asyik stress jer tak abes abes. Yelah, exam dan test menjelang tiba, hari raya juga bakal menjelang, kepada yang stress semasa study, stress tak dapat cuti nak balik raya tu. Anda boleh menghilang stress dan tension anda dengan melakukan aksi sebegini. Stress anda dijamin akan hilang serta merta. Untuk pengetahuan anda, aksi ini tidak semestinya dilakukan semasa anda stress sahaja, tetapi anda juga boleh melakukan ketika anda sedang mengalami kebosanan tahap gaban. Jika mahu lebih feeling, anda boleh tukar kepada lagu yang lebih mudah untuk di fahami. Selamat mencuba. :)


Nota sampingan:
Papepon, aku memang menyirap tengok muke die! hahaha XD
Sharing is caring an? so, feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 10:15pm Rabu 25 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Stress yang berlebihan boleh membawa maut."
erk, fakta ker auta tu nek? =.="
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Sunday, 22 August 2010

Peminat Fanatik Siti Nurhaliza

Status: Gelak sakan. Mood: Tersenyum.


Hari ini...
Ku kenang semua saat kita bersama...




Saat kita masih kanak-kanak yang polos tanpa dosa...



Saat kita beranjak dewasa...



Saat kita mulai merasa indahnya berbagi suka dan duka...



Tertawa bersama...



Menangis bersama...



Senda gurau bahagia...



Hinggakan tumbuhnya benih cinta antara kita...



Kehangatan cinta kita kian terasa saat kita mula membuka blog bersama...



dan romantisnya saat kita membasuh pinggan berdua...

Hingga apa yang aku khuatiri selama ini terjadi juga...

ku buka mata, ku pasang telinga,

saat datangnya khabar berita...


Siti Nurhaliza,

siang tadi menikah...

Disunting Datuk Khalid Mohammad Jiwa...

di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur



Oh! Betapa kejamnya dunia...
Kini...semuanya hanya tinggal mimpi belaka...


Siti...

mengapa kau memilih duda...




Nota sampingan:
Terkedu aku,
ade jugak peminat yang fanatik sampai macam ni. hehehe

feel free to share.


Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 8:50am Ahad 22 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Nenek pon minat gak Siti, yang nyanyi lagu ape tu?
haa, sekebun cinta nan berbunga~"
nek, tu Ziana Zain. . . =.="
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Thursday, 12 August 2010

Kisah Benar

Status: Ngantuk. Mood: Kelakar.

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua umat Islam

Sempena ramadhan yang mulia ini, izinkan saya menceritakan pengalaman yang benar benar terjadi agar dapat kita renungkan bersama dan ambil iktibar melaluinya.

Kisah ini benar benar terjadi kepadaku sewaktu aku kanak-kanak. Aku amat takut kepada bapaku. Tidak seperti kanak-kanak sekarang, sepatah bapanya berkata, 10 patah dia menjawab. Dipendekkan cerita, bapaku suka memberikan amaran kepadaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak digemarinya. Sebagai contoh, jika ke kedai dan aku mengambil gula-gula atau coklat, dia pasti akan menjeling padaku. Bermakna aku disuruh meletakkan kembali gula-gula atau coklat yang diambil ketempatnya semula. Dengan berat hati aku menurut kehendaknya.

Suatu hari, aku mengikut bapaku ke surau untuk memunaikan solat maghrib. Waktu itu aku duduk di saf belakng dan bermain bersama rakan-rakan ku yang lain. Seperti biasa, bapaku menjeling padaku dengan muka yang bengis lagi garang. Aku sudah paham kehendaknya, lalu aku menuju ke saf paling hadapan dan duduk bersebelahan dengannya. Selesai bilal melaungkan azan dan iqamat, semua jemaah bangun untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat yang dipakai tok imam terselit dicelah punggungnya.

Aku dengan niat yang baik ingin membantu, terus menarik kain yang terselit itu. Bapaku yang sedang solat lantas memberikan jelingan mautnya padaku. Aku pun faham apa maksudnya, lalu tanpa berfikir panjang aku terus memasukkan kembali kain pelikat tok imam itu ke celah punggungnya semula. Apalagi, tok imam yang sedang khusyuk membaca surah terus melatah sambil membuka kekuda silatnya.

Habis satu jemaah batal solat maghrib pada hari itu kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Bapaku memohon maaf kepada tok imam dengan muka yang merah padam kerana menaham malu dan marah. Malam tu, berbirat punggung aku disebat dengan rotan hikmatnya.

Moral: Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. :))



Nota sampingan:
Cerita ni dah lame dah.
Aku amek dan ubah suai sikit.
Disclaimer, I do not own the picture and this original story.
Please don't sue me. Just sit back, relax and enjoy the story!

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:40am Khamis 12 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Jangan lah lurus sangat jadi orang."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Monday, 26 July 2010

Guru Yang Tiada Otak

Status: Bosan. Mood: Kelakar.



Guru tadika
: Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan ?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi.

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan.

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan ?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.


Nota sampingan:
ahahaa sebal punye cikgu,
kene ayam dengan anak murid~

Gambar daripada
http://cikguhafizal.webs.com/
Fell free to share. :)


Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 8:30pm Isnin 26 Julai 2010.

Nenek pernah berkate:
"Cikgu ni nak kene pelempang bercombo ni."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Tuesday, 15 June 2010

Oh! Mohamad Qayyum Kembali ke Rahmatullah?

Status: Terkejut. Mood: Kelakar.

Sape Qayyum yang di maksudkan? Haa, Qayyum yang dimaksudkan kat atas tu adalah pemilik dan admin blog ini atau lebih dikenali dengan panggilan Kay. Aku agak terkejut gak dengan statement yang dikeluarkan mengatakan bahawa aku telah meninggal dunia. Mane taknya, tuan punye badan sihat walafiat beb, (cume gigi jer yang tengah sakit ni.) tapi statement yang dikeluarkan cakap aku dah kembali ke rahmatullah. Nak tau statement die camne korang bace la ni.

Klik image untuk besarkan sikit

Tak boleh blah an? Aku sebenarnye dah lame tak online sebab internet umah aku kene potong. (tak bayar bil punye pasal.hehehee) Aku tak tau lah sape yang keluarkan statement ni, yang aku tau akaun Facebook aku telah di akses oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan gambar-gambar peribadi yang aku hide dari orang kat dalam Facebook pon pasti die dapat akses jugak an? So, tak hairan la die boleh edit gambar aku dengan kemas untuk membuatkan statement tadi nampak betul dan nyata. So, hint yang aku dapat dia seorang yang pakar dalam menggunakan software edit mengedit picture cam photoshop dan software yang sewaktu dengannya. Yang Aku tak tau dan tertanya-tanya mane die dapat butir-butir peribadi aku. Setahu aku, aku hanya menggunakan nama Kay atau Kaydaheartless kat dalam laman sosial. Tapi tak tau la kalau aku ade bagitau name betul aku kat mane-mane laman sosial, maybe aku tak ingat. Thats why aku tak suka letak name betul kat laman-laman sosial or website ni. Kecuali yang buat ni betul-betul kenal aku. Bawah ni adalah picture yang telah diedit tu. Papepon, semat die edit picture aku ni. Thanx eh. hehee

Klik image untuk besarkan sikit

Kepada yang anggap aku ingin mencari publisiti murahan, aku tak boleh nak tutup mulut korang. Apa yang korang percaya, itulah yang akan korang pegang. So aku tak boleh nak paksa korang percaya betul tak? "Some called it karma, but I called it justice". Satu hari akan terbalas gak sape yang buat macam ni. Tapi aku rase orang yang buat ni just nak bergurau, tapi tak kena tempat. Papepon, bak lagu nyayian kumpulan Scorpion, "What you give~ you get back~" hehee

Nota sampingan:
Kepada Oh!Tidak.com, aku pinjam trademark Oh! korang yerr~
Janganlah saman aku sebab guna trademark korang tanpa kebenaran.hehee



Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:47pm Selasa 15 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Benda macam ni jangan dibuat main."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Saturday, 22 May 2010

Beef oh Beef!

Klik gambar untuk besarkan sikit


Status:
Tergelak. Mood: Kelakar.

Aku tak tau la nak cakap ape bile tengok gambar ni. Hanya mampu tergelak. Ade pulak babi halal eh? ahahaaa Name tauke yang tak boleh blah tu, siap ade haji. tapi jual babi, babi yang halal. ahahahaa manusia, manusia~ Korang rase ni kat mane? Kalau kat Malaysia memang impossible lah. Aku rase kat Indonesia atau Thailand. So, peringatan pada sape yang nak beli beef tu, hati-hati. Pastikan anda membeli di premis-premis yang telah disahkan JAKIM.

Nota sampingan:
Babi punye babi. ahahahaa




Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 4:53pm Sabtu 22 May 2010.

Nenek pernah berkate:
"Inilah manusia-manusia yang tak tau hukum hakam agama."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Wednesday, 7 October 2009

If You Wanna Be My Lover parody.



Aku rase video ni sequal kepada No One.
muke mamat rambot afro sebelom ni
sebijik macam pompuan.
ngan rambot palsu die.
(tatau la rambot afro tu die luruskan ke ape.)
ngan gaye lembot die.
memang cam pompuan ar.
xboleh blah.haha.
senang citer korang tengok la
sendiri video kat atas tu.

Video ni pon aku download dari blog Ridz.
nak pergi blog die picit sini.
nak download video ni picit sini.










Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 7:10PM Rabu 07 October 2009

Nenek pernah berkate:
"Kalau da bosan pandai-pandai la ko
nak hiburkan diri sendiri."
haha.fullstop.





Saturday, 3 October 2009

No one parody.



Haha.
korang tengok dulu.
memang lawak cam shibai.
sumpah xtipu.
terutame skali yg rambot afro tu. haha.
try usha. aku jamin korang mesti gelak punye.
kalau xgelak pon kompem senyum punye la.
kalau korang gelak or senyum, sila komen.
kalau korang xgelak or xsenyum, xpayah komen.

Video ni aku download dari blog ridz.
nak pergi blog die picit sini.
nak download video ni picit sini.










Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 9:42PM Sabtu 03 October 2009

Nenek pernah berkate:
"Buat kerja bodoh sekali sekala xpe."
hahaa.fullstop.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless