Showing posts with label bola sepak yang teragung. Show all posts
Showing posts with label bola sepak yang teragung. Show all posts

Tuesday, 22 March 2011

Brilliant Brazilian

"Saya dah dua, abe Torres bila lagi?" - David Luiz
Takpa Torres, pelan-pelan kayuh na? Jauh dari Stamford Bridge dan England, masih ada yang menyokong anda dari setiap sudut sama ada tepi, depan mahupun belakang. Kita ketepikan kisah Torres dengan kemarau goalnya. Kita kembali kepada David Luiz dan Ramires the brilliant brazilian, berdasarkan perlawanan malam itu, jangkaan guwa bahawa Luiz the Kerinting Hair bakal mendapat gelaran Man of the match dan bukannya Ramires adalah tepat walaupun Ramires the Skeleton Boy melakukan gerakan solo yang cantik ketika menambah goal pada minit kecederaan. Luiz juga sempat memberitahu media bahawa rahsia tandukan bersahajanya ketrika menentang Manchester City adalah kerana keanjalan rambutnya yang kerinting. Dengan statement bintang muda itu, dijangka ramai peminat Chelsea dan pemain bola bakal mengkerintingkan rambut dengan foam rollers.

Meanwhile at City of Manchester...

"Nok haram sungguh sapa duk main laser-laser ni." - Chris Foy
Penyokong-penyokong Manchester City berang dengan kemenangan Chelsea dan menuduh Chelsea menipu dalam bermain sepak bola apabila satu pancaran laser telah dikesan pada wajah pengadil yang mengadili perlawanan, Chris Foy. Mereka juga cuba untuk tweetup #ChelseaCheatLaser dan #salahlaser tetapi tidak mendapat sambutan dari penduduk Indonesia.

Match Facts and Stats...
 

Wednesday, 9 March 2011

Roti John bukanlah makanan kesukaan Lionel Messi.

Pagi tadi guwa bangun, dengan rambut panjang yang masih kusut tidak terurus, tiba-tiba perut guwa memulas-mulas dengan pulasan yang luar biasa hebatnya. Guwa berkata sendirian, | Celaka, ini mesti kari mamak semalam ni. | tanpa membuang masa, guwa terus mencapai rokok di atas rak buku dan bergegas ke tandas untuk memunaikan apa yang telah dihajatkan. Sambil membuang air kumbahan, guwa menyedut dan menghembus asap rokok dengan perasaan yang sangat tenang walau asshole agak sedikit pedih kerana tujahan bahan buangan yang terlalu laju. Selesai mandi-manda, guwa bersiap dan menuju ke dapur berhampiran untuk menghasilkan satu roti yang dinamakan Roti John. Tanpa guwa sangka, pertama kali percubaan guwa telah berjaya menghasilkan Roti John dengan begitu perfect sekali. guwa berkata sendirian lagi, kali ini dengan ketawa kecil, | Malam ni dah boleh  start berniaga. miehehe |

Oh, ini bukanlah Roti John yang guwa hasilkan. Guwa rembat kat google jer ni.

Meanwhile at Nou Camp...

Guwa tak kisah walau nampak macam gay, janji Barcelona menang - Lionel Messi
Barca attempts 19 on goal shotout against the visitor, while Arsenal never managed a shot on target and surely Barca beat Arsenal 3-1 and 4-3 on aggregate to reach the Champion League quarterfinals. Fuh, dasat geller leh~ Its oklah Arsenal, Barca memang kuat. Nak buat guane ye dok? ni FA cup ahad ni lawan ManUre, takkan tak boleh beat kot. The Blues dengan The Reds relax jer benam itu setan merah. kamon ganer! i no u can do it! Tetiba nak main miniclip plop. kbai!

Saturday, 19 February 2011

Chelsea Blue Day


Guwa dengar lagu ni macam bersemangat ada, macam sayu pun ada. Teringat zaman kegemilangan Chelsea bersama Hasselbaink, Zola, Duff, Robben, Gudjohnsen, Crespo, Joe Cole, Maurinho dan ramai lagilah. Pergi mampos korang nak cakap guwa sandarkan pada kenangan macam the scousers ke apa. Apa yang penting guwa serius miss that moment.

Monday, 7 February 2011

FAKTA: Warna merah lebih menyerlah dari warna biru

Yang mana warna yang menyakitkan mata jika dipandang. Of course warna merah kan.
Orang tak normal jer cakap warna biru sakit mata kalau dipandang.
Dah tentu-tentu warna biru warna yang meredupkan pandangan.

Fakta saintifik mengatakan warna merah adalah warna yang menyerlah daripada warna biru mungkin betul. Jika tidak masakan warna merah selalu digunakan untuk mengalertkan orang macam tanda amaran atau lampu isyarat tanda berhenti ye dak? Perkara ini bukan hanya dibuktikan melalui saintifik tetapi juga melalui bola sepak apabila The Blues ditapau buat kali kedua oleh The Reds di tempat lawan dan juga ditempat sendiri. Tragedik malang ini mengingatkan guwa kepada pepatah, | jika kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. | Kekalahan ini sudah guwa jangka saat Gerrard menghantar bola secara melintang kepada Maxi Rodriguez pada babak pertama yang guwa sangka 1 goal sudah menjadi milik The Reds tetapi malang sentuhan Maxi mengenai palang.

The Blues melakukan serangan balas dengan menggunakan pemain yang baru dibeli dengan harga yang sangat ridikeles bagi guwa tetapi gagal menjaringkan sebarang goal. Bukan itu sahaja, sepakan padu Drogba juga telah dihalang oleh pemain bernombor 9 itu menyebabkan bola tersasar keluar dan Drogba hanya mampu tersengih-sengih sambil menjelirkan lidah umpama dubuk liar yang kehausan.

Pada babak kedua perlawanan, akibat daripada keseganan Fernando Torres untuk menjaringkan goal terhadap kelab lamanya pada babak pertama, Meireles mengambil kesempatan itu dengan meledakkan 1 goal buat The Reds dan Torres hanya mampu termenung di bangku simpanan. Menyaksikan bekas rakan sepasukan meraikan goal tersebut, guwa dapat membaca kata-kata yang terlintas difikirannya dengan begitu mudah. Berikut adalah kata-katanya setelah guwa translate dari bahasa Spain kepada bahasa Malaysia, | Menyesal sial guwa pindah! |

Perlawanan ini juga menyaksikan konflik dalaman diantara Cech dan Ivanovic apabila Cech hampir-hampir menumbuk muka Ivanovic kerana menyusahkan dirinya untuk menangkap bola. Selain itu, pemain no2 The Blues itu juga mempunyai konflik dalaman bersama pemain no2 The Reds apabila Glen Johnson melakukan body contact secara kasar dikotak penalti sehingga menyebab ketonggekan Ivanovic tidak seimbang lalu tergolek jatuh sekaligus belas kasihan pengadil diminta untuk mendapatkan penalti. Sudah jatuh ditimpa tangga buat pemain no2 The Blues apabila pengadil tidak menghiraukan permintaannya mudahnya itu. Permainan tamat setelah 4minit masa tambahan dilengah-lengahkan oleh pemain The Reds. Fulltime Chelsea 0-1 Liverpool

Izinkan guwa untuk meluahkan perasaan guwa sebagai penyokong setia Chelsea disini: BABI! BABI! BABI! BABI! FFFFFFFFFFFFFUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!

Sunday, 6 February 2011

K4KOMIK: Tidak Tahu Malu


Note: Gambar dirembat dari Sokernet.blogspot.com dan guwa edit apa yang patut. Wtf? game Chelsea dah nak mula. out for a footbaaaaallllll

Setan dibaham serigala liar!


Tanggal 6th February 2011, kelab yang kali terakhir memenangi FA Cup pada tahun 1960 dengan relax dan bersahaja malah dengan penuh bergaya mengalahkan kelab yang kononnya teragung di arena bola sepak dunia. Setelah ketinggalan 1-0 pada minit ke 3' babak pertama perlawanan hasil dari jaringan gerakan jual ikan Nani, sang serigala menyerang balas dengan tandukan Elokobi dari tengah kotak penalti pada minit ke 10' dan kelepup masuk menjadikan kedudukan terikat 1-1. Hasil dari jaringan itu, Elokobi mengekspresikan rasa gembira dihatinya dengan menendang tiang bendera di ruangan sepakan sudut sehingga tercabut dan memaksa agen yang bertugas untuk memasangnya kembali. Apa kes ni Elokobi? Relax, guwa tau lu happy dapat benam setan merah.

Pada minit ke 40' juga di babak yang prtama, Kevin Doyle telah meniru aksi Elokobi dengan menanduk masuk hantaran sepakan percuma oleh Nenad Milijas menyebabkan Van Der Sar tergamam kerana tidak menyangka pisang akan berbuah dua kali pada babak pertama. Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat. Sumber lain mengatakan, akibat daripada keliaran yang ditunjukkan sang serigala, setan merah telah gagal untuk menghasut penjaga goal Henneysey untuk memboloskan 2-3 goal dan disebabkan keliaran ini jugalah pengadil menjadi gerun untuk menyebelahi puak setan merah.

Ternyata 11 ekor setan yang berwarna merah masih belum mampu untuk mengatasi 11 ekor serigala hitam yang liar kelaparan memburu mangsa dikala kesejukan angin pagi. Ini sekaligus membuktikan bahawa sejarah semalam yang unggul bukanlah satu janji untuk sesebuah pasukan itu untuk terus menongkah langit yang tinggi dalam mengapai kejayaan. Apa yang sudah berlaku telah pun menjadi sejarah, dan sejarah setan merah dibaham serigala akan terus segar di dalam ingatan penyokong-penyokong serigala hitam ini.

Mungkin inilah yang dikatakan karma buat pasukan setan merah didikan Pak Alex si pengunyah gula getah. Jika anda masih ingat ya, tanggal 6 November 2010 yang lepas, 11 ekor setan didikan pak Alex ini telah berjaya menjinakkan 11 ekor serigala peliharaan Mick McCarthy (atau nama samarannya Mek Katty) yang liar dengan kemenangan 2-1 Hasil daripada 2 jaringan mamat korean kegilaan wanita Malaysia, Ji Sung Park si mata sepet. Guwa masih ingat kata-kata yang keluar dari mulut guwa apabila si mata sepet berjaya menjaringkan goal pada minit-minit terakhir perlawanan. Serius faking.

Apa yang menjadi tanda tanya sekarang, mungkinkah kekalahan pertama pagi ini yang bersamaan 6th February 2011 memang apa yang dimahukan setan merah bagi mengingati tragedik hitam 6th February 1958 - Munich? Apapun alasan dan jawapannya,  kekalahan pertama setan merah pada musim ini telah menamatkan riwayat dongeng pak Alex yang berseloroh ingin mengekalkan title unbeatennya. Saat ini juga guwa amat yakin penyokong-penyokong setan merah yang taksub akan melaung-laungkan statement, | Baru kalah sekali beb. Apa ada hal? | sebagai perisai untuk menangkis segala tomahan yang dilemparkan kepada mereka. Kah Kah Kah Kah!

Image from: Fransisca's Blog

Saturday, 5 February 2011

Fernando Torres Chelsea's number 9


This song is tribute to Chelsea vs Liverpool at Stamford Bridge tomorrow Sunday 6 Feb midnight/Monday 7 Feb morning. Pretty nice and creative song to me. I've put the lyric below, British slang serious hard to understand for a noob like me. Hope you guys can correct me if I'm wrong. Now lets sing along beibi!


It's just good to be true
I can't believe you're a blue
With your skill, your flare and your touch
You will score goal very much
It's like Christmas has arrive
El Nino is part of our Shed
It's just to good to be true
Fernando you're Chelsea blue

With or without your long hair
You still play with style and with flare
You've already got the world cup
And you'll win the Champion League now with us
Blue suit you more anyway
It's bring out joy I, I'd must say
Its just to good to be true
Fernando you're Chelsea blue

Here we go! Lets go!

Fernando Torres you used to play in red
But now oh Torres you play for us instead
Fernando Torres you're Chelsea's number 9

Fernando Torres now at Chelsea training ground
Fernando Torres you won't be ain't come down
Fernando Torres you're Chelsea's number 9

Fernando Torres you can still play in red
Fernando Torres but just for Spain instead
Fernando Torres El Nino we love you Torres
Yaaaayyyyy~
Si si si

Image credit goes to: Sokernet
Thanks to Zaki Supandi for the shared.

Tuesday, 1 February 2011

Reds no9 become Blues no9

Serius! Serius guwa betul betul tak sangka yang Torres akan jadi player Chelsea. Guwa ingat kisah Torres ni sama kes macam Rooney, just EPL gimmick. Rupanya, Torres memang dah muak dengan warna merah dan ingin menyarung jersey biru the pride of London. Selang beberapa minit guwa dapat tau David Luiz pun berjaya Chelsea kebas dari Benfica. Superb! Kita memang memerlukan Centre Back yang muda ya, bagi menguatkan kubu pertahanan yang diketuai oleh John Terry dan Forward bagi menggantikan Daniel Sturridge yang akan dipinjamkan ke Bolton. Happy Ending for the Blues in January transfers. Luiz and Torres FTW!


Saturday, 29 January 2011

Reds rejected Nandos transfer request

Hurmm, kena stay kat shit hole lagi aku.
The Reds boss: Kau jangan nak mengada Nandos, guwa nak bawak masuk Suarez ni nak gandingkan dengan kau. Kau nak pergi kat the mighty blues tu kau nak bergandingan dengan sape? Dubuk Liar? Tak payah berangan, dia sorang dah boleh rabak-rabakkan gawang lawan. Kau tak payah sibuk nak berganding dengan dia. Duduk jer kat sini jadi penunggu kat Anfield.

Feel sorry for Nandos for being made to stay at that shit hole.


Berita penuh dan soheh disini: Skysport
Gambar dirembat disini: www.kickette.com

Friday, 28 January 2011

Fernando: Let me join the mighty blues lah wei!

 BLUES MOVE ... how Torres could look in a Chelsea kit
Ayam Nando said: Let me join the mighty blues lah wei! Guwa dah bosan dengar fans the Kop asyik jerit | Yenuwa! Yenuwa! | semasa perlawanan. Dah macam Red Indian okay! Guwa nak dengar lagu, bukan laungan-laungan Red Indian. Lagu yang klasik tapi penuh makna dan semangat, lagu yang terklasemen dalam sejarah bola sepak Inggeris macam, | Flying high, up in the sky. We'll keep the blue flag flying high~ |
Sekarang terserah kepada sang jutawan untuk membuat keputusan. So apa kata fans Yenuwa sekalian? Kah kah kah kah!

Note: Yenuwa adalah YNWA yang selalu disebut-sebut fans the Kop. Guwa taktau macam mana nak sebut dan guwa rasa Yenuwa lebih mudah untuk guwa sebut. Berita dan gambar guwa rembat dari: The Sun UK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless