Tuesday 30 November 2010

LOL - Sayang negara? So, kena kutuk balik bila dikutuk?

Klik image untuk tumbesaran yang sihat.

Firstly aku bukan tak patriotik dan aku sayangkan negara tempat dimana aku lahir ni. Tapi menunjukkan yang kita sayang negara dengan memaki hamun negara jiran? Apa yang kita dapat? Pingat kebesaran? Duit Saguhati? Kerajaan Malaysia ngan kerajaan Endon tak pandang la wei~ Tak payah layan lah Endon Endon ni semua. Korang layan buat pening kepala jer. Bukan terjejas pun ekonomi negara kalau diorang maki-maki macam ni. Dari korang maki diorang balik, baik korang cakap elok-elok. Ni aku bagi contoh "Wahai semua orang endon yang disayangi, jangan lah macam ni, tak baik tau. Berdamaikan lagi baik." Lagi-lagi kalau pompuan Melayu terakhir yang cakap, confirm cair ah Endon ni semua. LOL!

Maruah tercalar? Come on~ Maruah negara dah lama tercalar dek kerana kelakuan bangsa sendiri. So whats the point? Kalau nampak mat endon yang kerja buruh duk makan tengah hari satu kedai ngan korang, ada korang maki diorang macam ni? Ada diorang maki korang macam ni? Dalam facebook kemain lagi masing-masing lantang bersuara negara tu hanjenglah, negara ni khinzirlah. Depan-depan diam membatu, sudah lah wei~ Masing-masing hipokrit. BTW, for Indonesians, seriously you guys should get a life and stop bothering my country.

Click here for moarr info
PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA (FAM)

.

Just wondering


Aku tertanya-tanya adakah aku akan disaman kerana parody 2 Malam yang aku posted minggu lepas. I'm not scared okay, just wonder. Semua persoalan ni timbul lepas aku baca entri kat blog Teh Tarik Gelas Besar. Pada September lepas seorang blogger telah disaman dan ditangkap kerana parody TNB menyaman WWF kerana Earth Hour. Banyak lagi kes berkaitan blogger kena tangkap dan disaman, tapi ini yang terbaru.

Nampaknya parody sudah menjadi satu kesalahan jenayah di Malaysia. Para blogger tidak ada kebebasan bersuara lagi. Rakyat dikawal seperti kambing yang ditambat pada waktu petang di padang rumput. Come on, its just parody okay? Just for fun. Why are you so mad about it? You sure have no sense of humor huh? Oh Malaysia yang aku cintai. Kenapa kau telah berubah? Dulu kau tak macam ni. Adakah semua ini disebabkan pemimpin yang memimpin negara ini? Damn you kerana mengubah Malaysia yang aku cintai jadi macam ni. Oh god, sekarang aku dah masuk pasal pemimpin plak. I'm totally fucked up now. LOL XD

MALAYSIA
Rakyat = Kambing, Pemimpin = Pengembala.


+ Kredit to Collider for picture

.

5 things you shouldn't do as a Facebooker

Facebook, siapa yang tak kenal facebook, the largest and fast-growing social network these day. Aku percaya hampir separuh (mungkin juga lebih) penduduk di muka bumi ni ada akaun facebook. Tak payah cerita luar negara lah, dalam negara cukup. Aku sendiri ada akaun facebook. Bila dah ramai sangat, confirm macam-macam kerenah ada dan ini antara kerenah yang buat aku meluat:

1. Status update: Let me tell you every detail of my day.

Facebook bukanlah satu diary untuk kau post status setiap minit, show to everyone dan mengharapkan feedback daripada orang ramai. So, rasanya tak perlu kau post status-status sebegini: "Dah bangun! bersiap-siap nak pergi kelas/kerja." "Hari ni aku sarapan kokocrunch!" "I’m stucked in traffic. So, sampai kelas/kerja lambat." "Laparnya, nak makanlah." "Baru lepas makan. Kenyangnya!" "Hari ni aku tunggu bas. Setengah jam aku tunggu bas tak sampai-sampai. geramnya!" "Sebelum pergi kelas/kerja roti gardenier aku ada 10 keping, kenapa sekarang tinggal 5 keping?" Lepas tu bila tengah malam sikit mula lah keluar ayat bunga-bunga, jiwang-jiwang macam ni: "Keegoanku membawa padah apabila si dia yang aku cintai meninggalkan aku." "I will always love you. Selamat malam kekasih pujaan hatiku, Z(bukan nama sebenar)" "Betul kata pepatah, habis madu sepah dibuang. Aku ditinggalkan setelah dia jumpa orang lebih cantik dari aku" WTH?! PLEASE STOP! I’m begging you, okay? Just because you have 499 friends, doesn’t mean we all want to know what are you doing everyday. Lagi pun, aku buat akaun facebook bukan nak baca diary hidup kau.

2. Status update: Annoyed status.

Okay, facebookers yang macam ni pun memeningkan kepala. Mana taknya bila post status/wall, tulisannya shortform habis. Dah macam baca kod rahsia aku rasa. Dah shortform satu, hurufnya pulak kecil besar, kecil besar. Tak cukup dengan tu, ditambah pula dengan nombor dan huruf-huruf tak berkenaan macam huruf Q, huruf W, huruf Y. Here is the example of annoying status: "Ko xPaYah SedeYh! keTawa-keTAwa! haha!" "Pew hal akhir2 ney aq tengok budax2 dlm fb ney sik cer pasal kawen jew?" "LUv u0LLz! CyuNK k0WuNK KeT4t-k3Tat!" What’s the point you write like this meh? My eyes so hurt lar read your status. Aiyoo~ Your teacher never teach you how to write properly ker before? Okay okay, now read this, "AnN0YiNg xbc p3W y aQ tLis niE? ISn’t ThIs AnN0YiNg 2 ReAd?" Well, you must be crazy if you say no.

3. Picture tagging

Kemudahan ini telah disalah guna dengan teruk sekali. Aku tau muka kau paling handsome dikalangan yang terhandsome, bagi perempuan pulak aku tau muka kau paling cantik dikalangan yang tercantik. Jadi, tak perlu lah kau tag berpuluh-puluh user lain termasuk aku pada gambar muka kau yang sedang termenung merenung masa depan tu. No points okay, sebab aku dah tau yang kau memang handsome dan cantik sokmo. But, I can accept if you tag me a picture orang putus kepala, event flyers or something funny, at least I can comment on that picture. So, sila guna kemudahan tag menge-tag ni dengan baik yer adik-adik.

4. Friends

Facebook bukanlah tempat untuk kau mengumpul friends sehingga beribu-ribu dan bermegah mengenainya. Facebook is not Myspace! The average Facebook user has 100 to 200 friends on the site. Facebookers who have 300+ or 400+ friends is still reasonable for me. But 1,000 friends and above? Unless you’re Bill Gates, no one has that many okay. That’s just showing off! Just because you have 1 mutual friend with her or his friend doesn't mean she or he know you. Urgh! Actually, aku tak tau Bill Gates ada ramai member ke tak. haha!

5. Relationship status.

Aku tak paham dengan facebookers yang macam ni. Perlu ker tukar relationship status anda setiap hari or setiap minggu? Minggu ni single, minggu depan in a relationship, lepas tu engaged, married, complicated, then divorce lepas tu ulang balik single and so on. Satu dua jer aku nak tanya, anda ini tidak ada life kah? or terlalu desperate nak perhatian? Ops, mungkin pertanyaan aku ni terlalu kasar. I’m sorry. Tapi tolong lah jangan buat macam tu lagi. Bukan apa, aku cakap ni untuk kebaikkan anda dan keluarga anda juga.

Cukuplah 5 benda ni, ikut-ikutkan banyak lagi ni. Tapi aku ambil point yang penting-penting jer. Aku pun dah penat, mengantuk, semua ada. Aku tau mesti ada yang akan cakap "Suka hati lah wall aku!" "Oi Kay! kau ni suka jaga tepi kain orang ek!" "Kay, kau ni memang SAMPAH lah! Sama dengan blog kau! Dua-dua SAMPAH! Suka jaga tepi kain orang!" Kepada yang akan cakap macam tu, pergi terjun lombong lah! Aku peduli apa! Hahaha! Kepada facebookers yang bermasalah ni, jangan bengang kalau korang kena remove dengan friends korang disebabkan benda-benda yang aku cakap ni. Kalau bengang juga nyanyilah lagu Akim AF7 – Bengang. haha! Until next post, see ya! Selamat berfacebooking semua! :D


Note: Entri ni aku copy dari blog aku yang lagi satu. Aku just tambah ayat sikit plus add gambar. Aku cam malas nak cari bahan so aku main copy paste jer. :P

+ Kredit to Travel Adventures for the picture

Monday 29 November 2010

2nd place is not a LOSER okay!

Manchester United menang besar 7-1 menentang Blackburn Rovers pada Sabtu lepas dan Chelsea kesayangan aku sekadar seri 1-1 dengan Newcastle United pada Ahad sehari lepas Setan Merah mengadakan kenduri goal tanpa sengaja di Old Trafford dan ini bermakna The Blues ketinggalan 2 mata di belakang Setan Merah sekarang. So, buat masa sekarang ni memang ramai fans Setan Merah yang mengembek-ngembek kat wallpost facebook aku mintak dibelai janggutnya. Maybe diorang baru rasa nikmat menang besar untuk season ni kot. Yela, sebelum ni Setan Merah duk seri jer.

Well, aku admit skuad The Blues memang tak stabil sejak akhir-akhir ni dengan rentak permainan yang agak slow dan banyak melepaskan peluang-peluang untuk mencipta goal kemenangan. The Blues hanya mengutip 7 points in 6 matches dengan keputusan 2 Win, 3 Lose and 1 Draw. What a shame! Urgh!

Okay-okay aku taknak lah emo sangat hanya sebab Chelsea dah jatuh melepek kat tempat kedua sebab baru 15 perlawanan beb. Banyak lagi game dan macam-macam boleh berlaku. Apa yang membuatkan telinga aku agak panas dan hampir menggelegak sekarang ialah bila ada konco-konco Setan Merah yang dengan tidak segan silunya mengeluarkan kata-kata "2nd place is for the real loser" Watefak?? Dude, sebelum Setan Merah ni duduk atas atau dengan kata lainnya klasemen, diorang duduk kat mana? Diorang duduk bawah, diorang 2nd place dude.. Come on~ zzZZZ

Keep The Blue Flag Flying High!

.

Saturday 27 November 2010

"Kaydaheartless" Remember This Name

Siapa Kaydaheartless ni? Gempak sangat ker dia? Apa yang aku dengar Kaydaheartless adalah seorang anak muda yang kuat menganjeng dan dalam masa yang sama mempunyai hati yang lembut lagi penyanyang. haha! Tajuk dengan mukadimah macam gempak jer LOL! Bukan apa, aku cuba search nickname "Kaydaheartless" kat google dan hasilnya cukup memberangsangkan apabila segala word "Kaydaheartless" muncul pada carian Web sehingga berpuluh-puluh page. Wow! Berpengaruh jugak nickname aku ni LOL! joke joke.

Dalam pada aku sedang giat menjalankan aktiviti usha meng-usha, aku terjumpa beberapa blog yang cedok (share) aku punya entri dan blog yang siarkan link blog aku kat blog diorang. Tak payah bebel banyak sebab aku tau korang bukan baca pun, so check this out man:

List blog yang siarkan link blog aku:-
List blog yang share entri aku:-
Forum:-
Website pelik-pelik:-
Sampai sini jer la. Kalau nak letak semua memang takkan abes sebab memang banyak beb (cakap dengan nada serius dan dahi yang berkerut). Lagipun kalau cerita banyak pun bukan korang baca, scroll jer mouse sampai bawah. Betul tak? Yer aku tau entri ni membosankan sebab pasal diri aku. Aku tau diri aku membosankan. Atleast kalau bosan pun click lah button like. LOL! BTW, ini ada kata-kata daripada owner of this blog:


+ Kredit to Kodet Guides. Sebab entri terbaru dia yang memberikan aku semangat untuk buat entri ni. LOL!

Friday 26 November 2010

2 Malam | Two Nights

Klik image untuk tumbesaran yang sihat & jadikan poster ini sebagai wallpaper anda

Sinopsis
2 Malam mengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama Amyza (Rosnah Mat Aris) yang mengubah jantinanya menjadi lelaki dan menggunakan nama Emi Searching (Aaaron Kwok) sebagai nama baru. Dalam tempoh dia berjantina-kan lelaki, dia kerap terjebak dengan gejala sosial seperti minum arak, meniduri gadis-gadis sunti dan sebagainya sehinggalah dia berkenalan dengan seorang gadis ayu dan mulus bernama Ain Natasha (Pamela Anderson). Emi sudah bersedia untuk mengoyak-ngoyakkan kesucian mahkota peliharaan Ain dan dia telah membuat satu perangkap dengan mempelawa Ain ke rumah kosong. Malang tidak berbau kerana bukan Ain yang terperangkap dengan jeratnya tetapi dia yang terperangkap di rumah kosong tersebut yang terletak di atas Bukit Beruntung selama 2 malam. Selama dia terperangkap di rumah kosong itu, pelbagai perkara pelik dan menyeramkan berlaku kepada Emi. Bagaimana Emi boleh terperangkap di rumah tersebut? Apa perkara pelik dan seram yang berlaku kepada Emi? Siapakah Ain Natasha? Saksikan di panggung berdekatan anda pada 2013.

Fakta menarik tentang 2 Malam.
Walaupun poster menunjukkan yang filem ini akan ditayangkan pada 2013, tetapi filem ini telah ditayangkan di beberapa buah negeri di Malaysia pada Oktober yang lepas diatas desakan segelintir rakyat Malaysia yang tidak dapat menahan perasaan dan amarah untuk menonton filem ini dipanggung. Tsunami berskala kecil ini juga bakal melanda negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia. Sesiapa yang menonton filem ini pasti akan mengalirkan air mata tanpa sedar, menggigil kesejukan dan mengalami ketakutan tanpa ada hantu di depannya.

2 Malam tiru konsep 2 Alam?

Datuk Dr Mohamad Qayyum atau nama manja beliau Kay menjawab isu berkaitan 2 Malam yang dikatakan meniru konsep 2 Alam. "Perkara ini tidak disengajakan dan tidak berniat untuk menjatuhkan hatta memalukan mana-mana pihak sekali pun. Biasalah bila terlibat dalam bidang perfileman, pasti poster atau jalan cerita akan sedikit sebanyak menyerupai filem yang lain. Itu kita sebut sebagai reference atau rujukan. Poster dan konsep jalan cerita 2 Malam bukanlah isu besar. Apa yang menjadi isu besar sekarang adalah filem ini akan pecah panggung dengan kutipan RM80juta confirm." Itulah apa yang dikatakan oleh Datuk Dr Mohamad Qayyum dengan nada yang sangat bangga dan riak.

Beliau menyambung lagi, "Berkaitan poster 2 Malam yang dikatakan mengambil gambar daripada cerita The Exorcism of Emily Rose pula. Untuk pengetahuan umum, pihak kami telah menghubungi Emily Rose sendiri bagi mendapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar beliau sebagai poster 2 Malam dan beliau dengan berbesar hati mengizinkan pihak kami untuk menggunakan gambarnya. Pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa siasat dan segan silu telah menyebarkan fitnah dengan mengatakan filem ini menggunakan gambar Emily Rose tanpa kebenaran. Watahel?? I hate this people!"

Testimoni
Berikut adalah testimoni mengenai filem ini:

Kaum-kaum ibu

Kaum -kaum nenek

Kaum-kaum Harry Potter

Nota ringkas: Dude, this is just Parody okay. Hate it? Screw you! LOL!

+ Kredit to
Reza Hassan for the Nenek Picture.



Thursday 25 November 2010

PlayStation 4 Concept

Konsep PS4 (PlayStation 4) ini diinspirasikan daripada versi PlayStation sebelumnya dan tentunya PS4 mempunyai lebih banyak funtion berbanding versi playstation yang lepas-lepas. Okay, pertama sekali aku nak sentuh tentang design. Design memang superb beb dengan main unit and joystick yang transparent di tengah-tengah. Looks so cool! Bulatan hitam pada main unit adalah tempat untuk letak disk dan dengan fungsi touch screen pada transparent glass, user boleh memilih thumbnail yang dipaparkan hanya dengan menyentuh screen sahaja. Cool huh? The joystick is cable-free and its connect using Bluetooth 2.0. Here is the picture of PS4 conceptual:





Tiba-tiba teringat PSOne aku dulu. Pergh, banyak betul perbezaan. Giler babat ah SONY PlayStation. Keep it up guys. BTW, PS3 pun aku tak mampu nak beli lagi, dah sibuk kuar konsep untuk PS4. Damn! LOL!

+ Kredit to tuvie.com


Tuesday 23 November 2010

Final Year Project Short Animation

Korang jangan salah sangka plak bila baca tajuk entri ni, animation-animation kat bawah ni bukan aku yang buat, tapi hasil FYP (Final Year Project) member-member aku kat UniKL (Universiti Kuala Lumpur). Aku dengan bangganya mempersembahkan mahakarya mereka di blog aku yang tak seberapa ni. Harap korang dapat berikan pendapat, pandangan dan kritikan yang membina. Enjoys.

A Love Cookie by Faiz Rusli

FLY by Siti Khadijah

Pacmale by Amar Hamid

X the Tale of Warrior by Muhammad Safiuddin

Bagi aku, X the tale of Warrior by Muhammad Safiuddin paling gempak. Style lawan Dragonball + Naruto beb. Sebenarnya ada banyak lagi video, tapi kebanyakkannya rendah diri (kononnya) taknak upload kat facebook. BTW, aku suka berkawan dengan budak-budak animation ni. Sebabnya bila diorang berjaya jadi animator tersohor or 3D artis yang otai, boleh lah aku tumpang sekaki kejayaan diorang. LOL! joke joke. Papepon, majulah animasi Malaysia untuk kemakmuran negara. :D

-Kalau animation tikus aku tak hilang, aku dah upload dah. LOL


+Kredit to:
  • Faiz Rusli
  • Siti Khadijah
  • Amar Hamid
  • Muhammad Safiuddin

Terkencing Lepas Teguk Air Setan

Klik gambar untuk tumbesaran yang sihat.

Firstly, jangan nak ceramah-ceramah aku, aku dah habis baik dah sensor gambar ni. Secondly gambar ini dikatakan gambar lama. Thirdly, pompuan dalam gambar ni ada yang cakap budak Melayu, ada yang cakap budak Arab. Tapi berdasarkan situasi kat dalam gambar ni, aku tengok macam bukan kat Malaysia. Ceh, aku cakap macam aku ni kaki clubbing plak. Sorry, I budak baik tau~ Tak main lah clubbing clubbing ni. Takda class gitu. LOL!

+Kredit to Best 1 of 4

Monday 22 November 2010

Mitsubishi Lancer & Proton Inspira

EPIC Comic strip ever! LOL! Enjoys







Tahukah anda, Proton Inspira mempunyai 95% persamaan dengan Mitsubishi Lancer. LOL! Suatu ketika dulu, setiap orang berhasrat untuk mendapatkan Lancer Evo X dan kalau dapat sebijik, rasa macam dapat Lamborghini beb. Okay, itu cuma metafora. Bila memandunya di tengah jalan rasa bangga dan megah mula menguasai diri kerana kebanyakan mata pasti akan memandang kemegahan Lancer Evo X ini. Dulu kalau aku nampak kat jalan "Fuh! Lancer beb! Giler babat ah. Confirm kaya ni." Sekarang "Eh, tu Lancer ke Inspira?" LOL!

-Aku yakin ramai pemilik Lancer bengang dengan kemunculan Inspira. HAHA!


+Kredit to MYNJAYZ.com

Sunday 21 November 2010

Pakcik Arsene Frust

Pakcik Arsene frust menonggeng kerana tak dapat nak rasa duduk atas liga walaupun sekejap. Dah leading 2-0 tiba-tiba kalah mengejut 2-3. Perkara yang biasa kita lihat berlaku kepada Arsenal. LOL! Perbezaan diantara Chelsea dan Manchester United, Arsenal, Liverpool: Kalah, menang, seri kami tetap dipuncak liga. Anda setuju? haha!

"Pesanan aku untuk kelab gergasi EPL: City, United, Reds, Blues dan Gunners perlu konsisten jika mahu memenangi liga." -Kay the Heartless


BTW, ada sape-sape peminat Arsenal or Arsene Wenger ker kat sini? Sila jaga tatasusila bila mengomen yer. Haha!

+ kredit to Sokernet


Saturday 20 November 2010

10 photos of First Lady from Muslim Countries

Wanita Pertama Malaysia, Rosmah Mansor.

Wanita Pertama Indonesia, Kristiani Herawati Yudhoyono.

Wanita Pertama Mesir, Suzanne Mubarak (Ber-skirt putih).


Wanita Pertama Jordan, Queen Rania.

Wanita Pertama Qatar, Sheikha Mozah.

Wanita Pertama Bahrain, Shaikha Sabeeka.

Wanita Pertama United Arab Emirates, Princess Haya Bint Al Hussein.

Wanita Pertama Syiria, Asma Assad.

Wanita Pertama Lebanon, Wafaa Suleiman (Ber-skirt di sebelah kanan).

Wanita Pertama Tunisia, Leila Ben Ali.

Eh, tertinggal lagi dua. Wanita Pertama Turki dan Wanita Pertama Iran. Macam mana aku boleh tertinggal mereka berdua ni, sepatutnya tajuk "12 photos" not "10 photos" adoiii~ Ini satu kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan bagi seorang blogger yang berkarisma dan berketerampilan macam aku. Hmm, maybe sebab yang lagi 2 tu bertudung kot, sebab tu aku tak perasan. Pesanan untuk 10 Wanita Pertama diatas: Anda merupakan Wanita Pertama mewakili negara Islam anda. Kenapa anda tidak menunjukkan imej ke-Islaman anda? Jadikanlah 2 Wanita Pertama di bawah ini sebagai contoh. :)


Wanita Pertama Turki, Hayrunnisa Gul.

Wanita Pertama Iran, Azam Farahi.


+ Kredit to Fathul Naim

Friday 19 November 2010

2 Alam overall rating: 1 Star only

Rating ni bukan aku yang bagi, tapi Cinema.com.my. Click here for review

Untuk pengetahuan korang, aku tak tengok lagi cerita 2 Alam ni. Tak tau lah nak tengok ke tak. Maybe aku download jer kot. Okay, bila aku keluar statement macam ni bukan bermakna aku tak support industri perfileman Melayu okay. Aku support filem Melayu beb macam Lagenda Budak Setan, KL Drift2, I'm not Single, lagi-lagi kalau Lisa Surihani yang berlakon memang aku support habis-habisan. Tapi filem 2 Alam daripada DDR ni buat aku menyampah nak tengok. ME-NYAM-PAH. Sebab apa menyampah? Eleh lagi mau tanya, korang tau sebab apa kan? LOL!

2 Alam cerita apa? 2 Alam adalah filem lakonan Aaron Aziz, Suhaillah Salam dan Faizal Hussein yang berkisar tentang seorang pemuda bernama Adam bin Zainal yang telah men-transform-kan jantinanya menjadi nyah dengan mengunakan nama baru Amy. Kemudian dia membunuh dirinya mungkin kerana tak tahan setiap malam kena tahan dinding kot. Then lepas dia bunuh diri, mayatnya di bawa pulang ke kampung halaman yang telah lama ditinggalkan selepas dia transform jadi nyah. Masa nak kebumikan dia, mulalah jadi benda-benda pelik. Haa, jadi nyah-nyah diluar sana amat sesuai tengok filem ni untuk dijadikan pedoman dan iktibar. LOL

Pssttt... aku baru tau Faizal Hussein ada berlakon dalam filem ni. Mana taknya, semua poster filem duk terpampang besar gambar DDR bersama thumbs up sign dia. Bukan nak letak gambar pelakon yang membintangi, tapi gambar dia. LOL! Lagi satu, anggaran kutipan filem ni adalah RM40juta dan DDR dengan yakinnya dapat mengalahkan Harry Pottter. Harry Potter pula dijangka akan dapat around US$130juta by next week diseluruh dunia dan jangkaan ini dibuat oleh BOXOFFICE bukan pengeluar filem tersebut. Double LOL!

+ Kredit to Cinema.com.my

Thursday 18 November 2010

This IS NOT an entry about Aidiladha


Psstt pssttt.. Korang ada bahan tak untuk aku update kat blog ni? Meh la share. Hantar kat email (kaydaheartless.yahoo.com.my) aku okay? LOL! Bukan apa, aku malas nak update pasal Aidiladha sebab aku tau semua orang duk sibuk post entri pasal Aidiladha. Korang mesti bosan kan jenguk blog tu cerita pasal: "Hari ini dalam sejarah kerana buat pertama kalinya aku lapah kulit lembu, woohooo! Seronoknya."

Jenguk blog ni cerita pasal: "Aku tak dapat balik beraya. Mak abah, maafkan adik kerana tak dapat pulang beraya. sob sob sob." Sebab tu aku malas nak update pasal Aidiladha. Eh, jangan ada yang terasa plak dengan entri aku ni. Aku tau korang berpegang dengan prinsip "Blog aku, suka hati akulah nak tulis apa.". So, go on with your prinsip. Aku just cakap semua duk update pasal benda yang sama, so aku malas nak update lagi sebab point dia semua sama jer. Okay? No hard feeling Okay?

Anyway, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga pengorbanan yang kita lakukan demi Allah membawa rahmat kepada kita semua. :)

- Penat sembelih lembu tak hilang lagi. zzZZZ


Tuesday 16 November 2010

WTF - Buat Videoclip Sambil Berbogel



Burhan G - Tattere Pa Himlen Feat. Nik Jay

Ini bukan entri tentang video-video 3gp okay. Ini entri tentang videoclip sebuah lagu Burhan G yang dirakam dalam keadaan bogel. Siapa Burhan G ni? Burhan G adalah penyanyi puak Kurdish yang berasal daripada Tukey dan lahir pada 20 June 1983. Untuk info lebih lanjut mengenai Burhan G, korang boleh baca di sini.

BTW, lagu dah best, videoclip plak tak boleh blah. Lagu memang not bad, slow jer memang ikut flow. Kalau tak tengok videoclip dia mesti korang tak jangka punya yang videoclip dia macam ni kan? Betul tak? hehe

AMARAN: 18SX. Budak kecik 17tahun ke bawah JANGAN tengok. Aku sekeh sat gi. LOL!

+ Kredit to Apex Denan

Is This Malaysia or New York? Part II

Video ini adalah sambungan kepada Is This Malaysia or New York?. Dimana mereka telah disumpah oleh orang ramai dan bertukar menjadi biawak. Apa yang paling sadis dan menyedihkan ialah walaupun sudah bertukar menjadi biawak, mereka masih tidak menghiraukan orang ramai dan terus-menerus melakukan aksi panas mereka iaitu bercumbu ditepi jalan. Kita saksikan:




BTW, jangan ada yang percaya plak apa yang aku tulis kat atas tu. Kalau korang percaya aku tak tau nak cakap apa. LOL!

+Kredit to Nabil Amin

Old Blog, New style.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Firstly, aku taknak cerita panjang lebar so aku straight forward jer. Blog ini adalah blog lama yang telah diberi nafas baru. Kalau korang perasan, entri-entri sebelum ni aku banyak copy paste daripada forum or blog lain. Ya, aku admit kesalahan aku disitu, sebagai seorang blogger aku tak patut copy semata orang punya entri. Hingga satu hari aku decided nak stop blogging. Lama gak aku fikir sama ada nak teruskan atau tidak blog ni dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk terus blogging with this blog. HOYEAH! So, setelah diberi nafas baru dengan gaya yang baru, aku akan cuba kurangkan 90% copy paste dan cuba meningkatkan mutu penulisan aku supaya korang semua tak pening baca ayat aku, dan yang paling penting korang semua tak bosan bila baca blog aku. :D

Gambar Lisa ni takda kaitan pun dengan entri ni, saja letak nak rehatkan mata dengan memandang keayuan Lisa ni. I like Lisa! LOL! XD

Aku rasa ini jer lah yang aku nak cakapkan pada entri kali ni. Sorry, aku tau entri ni membosankan. So, pada yang sudi meluangkan masa untuk baca entri ni, terima kasih daun keladi, ada masa singgah lah lagi. hehe

BTW, sepatutnya entri ni adalah entri pertama selepas diberi nafas baru. Tapi disebabkan ada sedikit kesilapan, entry ni jadi entry ke-tiga setelah 2 entri aku posted: WTF - Bra Untying Contest in China and Is This Malaysia or New York?. until next post. See ya!

+ Picture kredit to Lisa Surihani

WTF - Bra Untying Contest in China

Aku ingat negara Matahari Terbit (Jepun) jer yang suka buat pertandingan or permainan pelik-pelik ni. China pun turut terlibat eh? dan aku sangat yakin bahawa ramai lelaki-lelaki pervert diluar sana mahu menyertai pertanding ni. Am I right guys? LOL XD









BTW, bila aku buat entry ni jangan pula ada yang cakap blog aku ni blog lucah. Aku starlight dahi sekor-sekor yang cakap macam tu. LOL!

+ Picture kredit to Do While
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless