Showing posts with label kebesaran Allah. Show all posts
Showing posts with label kebesaran Allah. Show all posts

Monday, 30 August 2010

Luasnya Neraka

Status: Membaca. Mood: Biasa biasa.

Assalamualaikum, kali ni entry aku mengenai neraka lagi. kepada yang dah baca, yang dah tahu, jadikan ini sebagai peringatan kepada kita. So, mana yang belum tahu, belum baca, masa ni lah kita nak ambil tau tentang benda ni semua. Mudah mudahan kita peroleh manfaat dari apa yang bakal dibaca nanti. Insya'allah~

___________________________________________________________________________________________

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi Muhammad S.A.W pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasulullah S.A.W

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi Muhammad S.A.W. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (pintu yang lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok Zarqum
8. Di bawah setiap pokok Zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat"

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah S.A.W sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi Muhammad S.A.W. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Baginda di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Setelah mendengar jawapan daripada Jibrail, Baginda menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Baginda masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok Zarqum
8. Di bawah setiap pokok Zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.


Info Tambahan:
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"


Maka jawabnya Rasulullah saw:
"Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."


DOA Nabi Allah Yunus

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

p/s : Kepada saudara/saudari yang mempunyai ilmu agama lebih mendalam, sekiranya ada kelemahan dan kecacatan dalam artikel ini sila beritahu. Mudah-mudahan kita semua peroleh manfaat.

Rujukan:

  • SYARH DAQOIQUL AKHBAR

Nota sampingan:
Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Bukan apa, ini semua untuk renungan dan amalan bersama.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

' Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)

Disclaimer, I do not own this original story.
Please don't sue me. Just sit back, relax and enjoy the story!
Sharing is caring an? so, feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 8:30pm Isnin 30 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Subhanallah, betapa luasnya neraka"
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Kalau Allah Baik, Kenapa Cipta Neraka?

Status: Membaca. Mood: Rajin rajin malas.

Baca tajuk jer dah lain macam an? Nak tau lagi? Dipersilakan baca sampai habis. :)

Okay, ini merupakan satu kisah benar, kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la, setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "Lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan-peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengarnasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam, hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga, maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga, perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak, sebab takde siapa yang akan terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah, mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian, semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "

Amacam cerita ni? Best tak? Best tak? Best an~ Aku rasa sampai sini sahaja untuk pagi ini. So, semoga kita bertemu kembali dihari dan waktu yang berlainan tetapi penuh dengan pengisian yang memberi manfaat kepada kita semua. Renung renungkan dan selamat beramal. Assalamualaikum. :)


Eh, ni ada pesanan untuk gadis gadis dan makcik makcik diluar sana

Nota sampingan:
Semoga akidah budak pompuan ni tidak semakin
sesat dan rosak. Amin~
Disclaimer, I do not own the picture and this original story.
Please don't sue me. Just sit back, relax and enjoy the story!
Sharing is caring an? so, feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 3:30am Isnin 30 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Budak budak sekarang memang macam ni eh cu?"
erk...entah la nek. hee~ ^_^"
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Thursday, 12 August 2010

Niat Puasa Ramadhan, Doa Sebelum Berbuka & Doa Selepas Berbuka

Status: Puasa. Mood: Biase biase jer.

Sempena bulan ramadhan yang mulia ni, aku ada entry yang aku rasa amat berguna untuk tatapan semua pembaca. Tengok tajuk pon dah tau kan entry apa yang aku maksudkan.hehe Puasakan sebulan sekali, maybe ada yang yang terlupa macam mana nak niat, macam mana nak baca doa sebelum berbuka, macam mana nak baca doa selepas berbuka. So, disini aku lampirkan niat puasa selama sebulan, niat puasa harian, doa berbuka dan doa selepas berbuka. Walaupun sudah 2 hari kita menghadapi ramadhan, harap entry ini tidak terlalu terlewat dan berguna untuk korang semua. Salam ramadhan dan selamat berpuasa. :)


Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa.
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala


Lafaz niat untuk puasa harian.
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Doa Sebelum Berbuka

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Doa Selepas Berbuka

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Nota sampingan:
No more alasan tak ingat niat puasa yerrr~ ;)
Feel free to share. Sharing is caring an~

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 4:10pm Khamis 12 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Puasa jangan tak puasa, tak puasa tak buleh raya."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)

Monday, 9 November 2009

Gonggok oh Gongok!

Status: Terkejot Mood: Excited
Perhatian: Ini cerita betol. Bukan main² atau rekaan
bagi mendapatkan publisiti murahan.
Amaran: Tidak sesuai untuk tatapan penghidap
penyakit jantung & wanita mengandung.


Hari isnin 8 November 2009 itu hari aku ngan member aku g mandi Sungai Gabai. Tengah seronok bermandi manda, tetiba aku dengar member aku cakap: “Weyh! Ulat gonggok besar weyh!” Aku ingat diorg memain. Almaklumlah, member2 aku kurang waras sikit. Kepale otak ingat bergurau jek, sehingga mengakibatkan jangkitan sejenis penyakit yang dipanggil simptom "Berat Pemikiran". Okeyh. Berbalik kepada cerita ulat gonggok tadi. Aku pon bergegas ke tempat kejadian untuk melihat dengan mate kepale ku sendiri. “Besar giller lew.” Ayat 1st yang kuar dari molot ku lepas tengok menatang tu. Aku pon ape lagi, teros berlari lari anak untuk mendapatkan handphone mahal ku untuk snap picture beliau.
Inilah picture beliau. Lihatlah kebesaran Allah SWT.

klik image untuk besar.

Ape? zoom? cube tengok pic ni plak.

klik image untuk besar.

Photoshop?? Ya Allah. Xpercaya? Xpercaya tanye Iron.
Iron, ce citer. ce citer. tu dalam picture tu tangan Iron lew tu.
Aku xsangke boleh jumpe ulat gonggok sebesar ni.
Kenapa beliau boleh besar sebegini? Teori aku:-

Teori 1:
-Maybe kawasan tempat aku mandi tu terlalu tinggi serta
xde gangguan daripada mane2 individu & tanah yang lembap
menyebabkan beliau boleh membesar sebegini.

Teori 2:
-Maybe beliau terkena sinaran lampu besar/kecil kepunyaan Doraemon
ketika Doraemon datang bersama Nobita & kawan2 melalui mesin masa untuk mandi disitu.








p/s:- Iron = Kawan aku. Nama die Mohd Hafiz Ashraf.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 9:32PM Rabu 18 November 2009.

Nenek pernah berkate:
"Kebesaran Allah ada di mana-mana."
.fullstop.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless