Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Sunday, 5 September 2010

Beza Iklan TV3 dan Iklan Petronas

Status: Tak paham. Mood: Pelik.



Okay, sape dah tengok iklan raya daripada TV3? Apa pendapat korang tentang iklan tu? Aku pelik lah dengan TV3 ni, dah takda idea sangat ker? Tau lah 1Malaysia kan, tapi jangan lah sampai hilang ciri ciri kita sebagai bangsa Melayu. haish~ Haa, bagi yang belum tengok, korang boleh tengok iklan tu kat bawah ni. Then, sila komen yer?



Dah tengok kan? Okay, sekarang korang baca plak info kat bawah ni.


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1. Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2. Buku - Bible
3. Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4. Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5. Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6. Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7. Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1. Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2. Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3. Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4. North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal) Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1. Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2. Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3. Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1. Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1. Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2. Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3. Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1. Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism
2. Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1. Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2. Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1. Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
2. Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

Apa pendapat korang seetelah baca info ni? Mesti ada yang tak sependapat, ada yang sependapat kan? So, terpulang macam mana anda menilai, Aku cuma seorang blogger yang ingin berkongsi cerita dan info dengan korang semua. Okay, ni plak iklan raya daripada Petronas. Enjoy~



Setiap iklan daripada Petronas sentiasa penuh dengan nilai murni yang cuba disampaikan.
Tak kira lah iklan raya atau merdeka. To TV3, you should learn how to make an ad like this.
Learn from Petronas okay?


Nota sampingan:
Wallahualam~
Aku tengok iklan TV3 ni pon tak berkenan.
Iklan petronas gak tetap dihati.
ngeahhh~
The info is taken from Yusrizan Usop
Sharing is caring an? so, feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 6:37am Ahad 5 September 2010.

Nenek pernah berkate:
"Dah takde idea sangat ker TV3?"
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)

Thursday, 2 September 2010

Lagi Penghinaan Terhadap Islam

Status: Sangat marah. Mood: Berang.


Klik image untuk tumbesaran yang sihat

Lagi sorang remaja yang ingin menjadi popular dengan mencetuskan kontroversi di Facebook. Kali ini penghinaan terhadap nama Allah, agama Islam dan bangsa Melayu. Astargfirullahalazim. Aku baca komen amoi ni memang sakit hati. Sakit yang teramat sangat! Jangan sampai tragedi berdarah berulang lagi. Well, korang semua pon tau kan apa dia tragedi berdarah kat Malaysia yang melibatkan antara kaum ni. Kepada Pihak berkuasa, sila ambil tindakan segera. Ini perkara yang sangat serius, jangan pandang sebelah mata lagi!



Nota sampingan:
Aku betul betul harap individu
tersebut dapat balasan yang setimpal!
Gambar ehsan daripada syahirul.com
Sharing is caring an? so, feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 5:40am Khamis 2 September 2010.

Nenek pernah berkate:
"Astargfirullahalazim...terkedu nenek cu~ T__T"
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)



Tuesday, 31 August 2010

Jangan Engkau Kahwini Wanita Enam

Status: Lapar. Mood: Puasa.



Pesanan Rasulullah SAW untuk kaum lelaki: "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, iaitu yang ananah, yang mananah, yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah"

1. Wanita Ananah
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau yang dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangunkan rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilalukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah

Menyatakan kasih sayangnya pada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain, wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelikannya. Selain itu wanita ini suka mengikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia suka tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan orang lain. Suka menunkuk-nunjuk.

5. Wanita Basaqah
Ada 2 makna:
Pertama, wanita sebegini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghiaskan diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tunjukkan kepada dunia. Wangnya dihabiskan untuk membeli alat solek, kasut dan barang kemas. Wanita sebegini juga suka dipuji-puji. Jika kebetulan dia menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, Wanita sebegini suka marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya

6. Wanita Syadaqah
Wanita ini banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kekecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dilakukannya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen sahaja.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli. Wallahualam~


Nota sampingan:
Semoga kita menjadi insan terbaik diantara yang terbaik.
Disclaimer, I do not own the picture and this original story.
Please don't sue me. Just sit back, relax and enjoy the story!
Sharing is caring an? so, feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 5:30pm Selasa 31 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Ingat lah wahai kaum lelaki, dan bagi kaum perempuan,
janganlah kamu jadi wanita yang sebegini"
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)



Monday, 30 August 2010

Luasnya Neraka

Status: Membaca. Mood: Biasa biasa.

Assalamualaikum, kali ni entry aku mengenai neraka lagi. kepada yang dah baca, yang dah tahu, jadikan ini sebagai peringatan kepada kita. So, mana yang belum tahu, belum baca, masa ni lah kita nak ambil tau tentang benda ni semua. Mudah mudahan kita peroleh manfaat dari apa yang bakal dibaca nanti. Insya'allah~

___________________________________________________________________________________________

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi Muhammad S.A.W pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasulullah S.A.W

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi Muhammad S.A.W. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (pintu yang lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok Zarqum
8. Di bawah setiap pokok Zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat"

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah S.A.W sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi Muhammad S.A.W. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Baginda di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Setelah mendengar jawapan daripada Jibrail, Baginda menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Baginda masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok Zarqum
8. Di bawah setiap pokok Zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.


Info Tambahan:
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"


Maka jawabnya Rasulullah saw:
"Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."


DOA Nabi Allah Yunus

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

p/s : Kepada saudara/saudari yang mempunyai ilmu agama lebih mendalam, sekiranya ada kelemahan dan kecacatan dalam artikel ini sila beritahu. Mudah-mudahan kita semua peroleh manfaat.

Rujukan:

  • SYARH DAQOIQUL AKHBAR

Nota sampingan:
Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Bukan apa, ini semua untuk renungan dan amalan bersama.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

' Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)

Disclaimer, I do not own this original story.
Please don't sue me. Just sit back, relax and enjoy the story!
Sharing is caring an? so, feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 8:30pm Isnin 30 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Subhanallah, betapa luasnya neraka"
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Kalau Allah Baik, Kenapa Cipta Neraka?

Status: Membaca. Mood: Rajin rajin malas.

Baca tajuk jer dah lain macam an? Nak tau lagi? Dipersilakan baca sampai habis. :)

Okay, ini merupakan satu kisah benar, kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la, setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "Lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan-peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengarnasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam, hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga, maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga, perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak, sebab takde siapa yang akan terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah, mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian, semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "

Amacam cerita ni? Best tak? Best tak? Best an~ Aku rasa sampai sini sahaja untuk pagi ini. So, semoga kita bertemu kembali dihari dan waktu yang berlainan tetapi penuh dengan pengisian yang memberi manfaat kepada kita semua. Renung renungkan dan selamat beramal. Assalamualaikum. :)


Eh, ni ada pesanan untuk gadis gadis dan makcik makcik diluar sana

Nota sampingan:
Semoga akidah budak pompuan ni tidak semakin
sesat dan rosak. Amin~
Disclaimer, I do not own the picture and this original story.
Please don't sue me. Just sit back, relax and enjoy the story!
Sharing is caring an? so, feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 3:30am Isnin 30 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Budak budak sekarang memang macam ni eh cu?"
erk...entah la nek. hee~ ^_^"
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Friday, 27 August 2010

Mandi Wajib (Junub)

Status: Mandi manda. Mood: Ngantuk.



Assalamualaikum,
Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya. So, arini aku nak berkongsi sedikit ilmu yang aku dapat dari JAKIM iaitu mandi wajib yang betul. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
  • Pertama, niat.
  • Kedua, menghilangkan najis di badan.
  • Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
  • Bagi perempuan yang habis haid,
niat mandi wajib ialah: ”Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.
  • Manakala bagi perempuan yang habis nifas,
niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke-2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais dan menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke-3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah juga saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan:
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13:
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu. Jika ada yang belum tahu, masa ni lah nak ambil tahu.

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi dan Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th" kalau korang perasan lah~
Wassalam.


Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain


Nota sampingan:
Alhamdulillah~
Selama ni aku mandi wajib dengan cara yang betul.
Terima kasih kepada ustaz & ustazah yang mengajar
aku di sekolah dulu. hihihi
Sharing is caring an? so, feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 8:05am Jumaat 27 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Ai cu, ni apa kes pagi pagi posted entry mandi wajib ni?
ada jadi apa apa ke malam tadi?
"
Erk, apa nenek mengarut ni? abaikan~ =.="
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Wednesday, 25 August 2010

Perempuan Cacat Otak

Status: Pelik dengan budak sekarang. Mood: Marah sekejap.

Bila kejahilan melanda hati, zikir dijadikan mainan.



This is not funny okay? Budak kolej mana ni? Cacat otak betul budak budak zaman sekarang ni, baik yang lelaki ke, yang perempuan ke, sama jer. Retard! Dah la tak hafal, lepas tu nak mempersendakan plak. Terus aku takda mood lepas tengok video ni. Malas aku nak cakap banyak lah. Korang nilai lah sendiri manusia yang dipanggil gadis melayu ni. Salam~


UPDATE


Ni aku ada dapat gambar dengan link facebook & blog
salah sorang minah yang persenda zikir tu.
Dia dah tukar nama dan profile picture kat facebook dia.
Facebook
Blogspot



Nota sampingan:
Apa nak jadi lah dengan budak budak sekarang ni.
Sharing is caring an? so, feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 11:45pm Rabu 25 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Perempuan lagi buat hal.Malu nenek la. haish~"
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

Status: Penat. Mood: Puasa.


Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..

  • 01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
  • 02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
  • 03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
  • 04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
  • 05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
  • 06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
  • 07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
  • 08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya. Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya. Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan. Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif. Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang, lelaki buaya darat, lelaki mengganggu, lelaki sexual harashment. Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel. Sape yang cakap macam tu? Anda tau kan sape yang berkata begitu. Senang citer lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat. Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Wallahua'lam


Nota sampingan:
Sumber asal dari I luv Islam.
Sharing is caring an? so,
feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 7:05pm Rabu 25 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Nak seribu daya, taknak seribu dalih."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Tuesday, 24 August 2010

Rasulullah SAW & Pengemis Buta

Status: Senyum dalam tangisan. Mood: Sedih.



Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r. a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r. a. "Setiap pagi Rasulullah saw selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar r. a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r. a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r. a mulai menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar r. a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu.Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepada pada aku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r. a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r. a ia pun menangis dan kemudian berkata,"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikit pun, malah ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " dan pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar r.a.



Nota sampingan:
Sedih aku.
Mulianya Rasulullah S.A.W
tidak ada satu manusia dimuka bumi ini pon
yang dapat mencontohi baginda dengan sempurna.
feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 1:10am Selasa 24 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Alangkah bagusnya jika nenek hidup dizaman itu, cu."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)

Saturday, 21 August 2010

Logo Halal di Tukar Kepada Logo 1Malaysia?

Status: Dengar lagu raya. Mood: Ngantok.


Klik image untuk saiz yang lebih besar dan jelas

Ni ada satu gambar, korang semua nilai lah. Beri pandangan masing masing, yang nak maki pon boleh. Aku malas nak cakap banyak. Nanti kalau aku cakap banyak, ngomel sane sini ade yang cakap, "huh terkejut aku......kebanyakan blogger nih tulih pkai otak ke ape?" dan macam macam lagi lah. Ni pon aku rase dah banyak aku cakap ni. (actually aku menaip, bukan bercakap. haha) Papepon, aku nak tanya satu jer. Adakah pertukaran logo Halal kepada logo 1Malaysia menandakan ianya halal di makan oleh semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama? Contoh, kalau korang beli kicap, tiba-tiba takda tanda halal, ada logo 1Malaysia jer. Korang tak rasa was-was ker? Tolong jawab yer. Anda semua kan pandai pandai belaka~


Nota sampingan:
Takde mood aku nak buat nota.
feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 8:40am Sabtu 21 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Haiyaaa~ macam-macam la sejak Malaysia tukar PM ni"
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)

Friday, 20 August 2010

Susulan Daging di McDonald's Tidak Halal

Status: Lega. Mood: Tersenyum.

Alhamdulillah, balik dari terawih aku terus buka blog nak tengok, nak godek apa yang patut. Aku agak terkejut sebab ramai gak yang datang menyinggahkan diri kat blog aku yang tak seberapa ni, dan ramai juga yang memberikan pandangan dan komen komen yang membina. Tidak kurang gak yang memaki hamun sana sini. Tapi ingat, bahasa yang kita guna melambangkan siapa diri kita dan bagaimana kita dididik yer sedara sedari semua. Tapi aku rasa takpe sebab yang komen maki maki tu semuanya anonymous.

Okay, berbalik pada topik daging McDonald's yang tak halal ni. Aku pun terus membaca komen yang dilemparkan untuk melihat pandangan masing masing. Satu satu komen buat aku gelak. Komen yang tak membina jer la yang buat aku tergelak macam komen yang maki maki semua tu. Akhirnya aku jumpa satu komen yang matang dan berfikiran terbuka dari bro Akaun05, dalam komen tersebut ada satu link yang menyatakan status McDonald's sekarang. Thanks bro, you are the best. :)

Haa, sape yang was-was dan masih meragui kestatusan McDonald's tu ni ada perbualan antara pengadu dengan JAKIM tentang status halal McDonald's. Perbualan diorang lebih kurang macam ni la~

"Pengadu : Saya ada terima surat pada __ April daripada Internet telah dihantar kepada ___ (MacFood tu) yang menarik balik persijilan daripada Uruguay. (korang tau cerita dah, yang tak tau cerita tengok kat sini)

JAKIM: Itu untuk daging


Pengadu : Daging apa tu Cik?


JAKIM : Daging lembu dari Uruguay kita telah tarik balik certificate halal sebab dia tak ikut piawaian kita.
Tapi McDonald semua kita dah maklumkan dan diorang dah tukar pembekal lain.

Pengadu: ok, sekarang ni mmg boleh makan la kat
mcdonald?

JAKIM: Boleh, boleh...dia dah tukar pembekal lain dan dia dah takde stok daging tu lagi..
dia ada mohon halal dengan kita

Pengadu: Surat tu mmg dah ade dah eh? Dah ade halal la eh?


JAKIM :
Mcdonald mmg mohon halal dengan kita.

Pengadu: Ok terima kasih


JAKIM: sama....
"


Kepada yang maki maki tu, Yay! McDonald's dah halal, boleh lah makan pasni. haha

Tak puas ati lagi? Haa korang boleh download perbualan tu dan dengar sendiri. DOWNLOAD HERE
Ok, sekarang terpulang pada anda semua nak menilai. Aku just menyampaikan. Papepon, tolong la sebarkan pada yang tak tau lagi tu. Sebarkan yer. Nak aku guna loudspeaker lagi ker? tak perlukan? ngeahhhahaha~

Nota sampingan:
Takde nota kowt arini. hehee
feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 10:05pm Jumaat 20 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Bolehlah nenek makan kat McDonald yer cu?"
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless