Showing posts with label geram. Show all posts
Showing posts with label geram. Show all posts

Saturday, 14 August 2010

Dimaki Kerana Berpuasa

Status: Terkejut+Terkujat. Mood: Sedih.

Klik image untuk saiz lebih besar dan jelas

Aku nak tengok apa pendapat korang semua. Aku tak tau nak jadi apa dengan dunia ni sekarang. Dibulan yang mulia ni, umat Islam dimaki hanya kerana berpuasa?? Astagafirullahalazim~ Dunia akhir zaman, dunia akhir zaman~ Aku terkejut, tergamam, terkujat, sedih, bila tengok posted tersebut. Bayangkan jika dia meninggal dunia dalam keadaan mempersendakan agama Allah. Tak dapat aku bayangkan seksaan yang menanti. Ya Allah, Engkau bukakan lah pintu hati mereka untuk menerima kebenaran dan hidayahMu agar dapat kembali ke pangkal jalanMu yang maha benar ya Allah. Amin~

Firman Allah:

فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلاَ يَضِلُّ وَلاَ يَشْقَى

Maksudnya:
Sesiapa yang mengikut hidayahKu maka dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka (Taha:123)



Nota sampingan:
Dapat dari facebook.
feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 8:15am Sabtu 14 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Dunia akhir zaman yang penuh dengan kemungkaran"
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Sunday, 1 August 2010

Customer Langsi VS Promoter Langsi

Status: Tension. Mood: Kelakar.

Kejadian ni berlaku 2 hari lepas iaitu pada pagi Khamis 29 Julai. Aku macam biasa ah jaga handbag wanita, promoter lah katakan. Mase tengah terpacak berdiri, aku ada lah usha 2 orang minah ni. Mane tak usha, dari tadi duk mundar mandir jer kat kawasan handbag. Dah lah pakai seksi, untuk orang macam aku ni confirm lah aku usha. hehee Di pendekkan cerita, akhirnya minah ni menjadi customer aku yang ke-5 pagi itu. Aku pon macam biasa ah layan, Berikut adalah hasil perbualan kami berdua.

Customer: Beg ni lepas less berapa ni?
Promoter: Mane kak, beg ni? Lepas less RM59.95 sen. Kire RM60 la.
Customer: Ade baru tak? aku tak nak yang display punye.
Promoter: Saya tak pasti ade baru ke tak. Saya pergi check dulu la.
Customer: Ha, pegi check sane.

Dari jauh aku nampak dia keluarkan semua kertas yang diisi dalam beg display tu. Agak pelik la~

5~6 minit kemudian . . . .


Promoter: Sorry kak, beg ni dah abes stok dah. Tinggal yang ni jer. Kalau akak nak akak boleh amek yang display ni.
Customer: Lah, takkan dah abes dah?
Promoter: Dah abes kak, ni stok lame ni. Sale pun dah lame start an?
Customer: Ko jangan nak tipu aku la, ni stok baru ni. Aku tak penah tengok pon sebelum ni?
Promoter: Betul lah stok lame. Buat ape aku nak tipu plak?
Customer: Ko jangan nak tipu la. Aku keje promoter ni dah lame tau. Kat BONIA aku pernah keje. POLO tempat ko keje ni pun aku pernah keje gak. Ko jgn nak tipu la.
Promoter: Adoiii~ Kalau aku nak tipu, awal-awal aku dah cakap takde stok, giler!
Customer: Sial la ko ni! Weyh, tolong ah weyh, cari ah yang baru. Yang ni dah cacat dah, color die comot.
Promoter: Takde, ko nak beli ke tak sekarang? Senang citer ko tak payah beli la. Kalau aku jadi ko, aku memang tak beli kalau dah macam ni.
Customer: Wah, ko tak layak jadi promoter ko tau? ade ke patut suruh customer tak payah beli. Ni kalau aku bagitau permanent ko ni abes ko. Mane permanent ko? Aku nak jumpe.
Promoter: Kesah plak aku?
Customer: Permanent ko yang pompuan india tu kan? Aku penah keje kat POLO ni aku tau la.
Promoter: Aah, nape? nak bagi tau die? pegi ah. tu pon kalau die ade.
Customer: Apasal plak?
Promoter: Sebab die cuti arini.
Customer: Ko dah takut ko cakap ah die cuti.
Promoter: Nak takut ape? dah memang die cuti. Aku pon dah malas ah keje promoter ni. Kalau die nak buang aku takde hal la~
Customer: Tolong lah weyh, cari ah yang baru.
Promoter: Tak paham bahasa betol. Stok yang ni dah abes la.
Customer: Sial betol. Dah abes, dah abes, bodoh betol la! Kejap, aku pergi usha tempat lain dulu. Ko jangan pegi mane-mane kejap lagi aku datang balik.
Promoter: Ha bagus bagus, pergi cari tempat lain. Semak kepale aku.

Selepas dia beredar, kawan ku datang dan memberitahu ku "minah tu nak mencuri tu. Tadi dia nak curi beg kat tempat aku,nasib baik aku perasaan." Kemudian dia bertanya kepada ku, "Tu dia nak pegi mane tu?" Aku jawab, "Die cakap nak usha beg kat belakang, pegi mampus ah die. malas aku nak layan" member ku balas, 'jap aku nak follow die".

15 minit kemudian . . . .

Customer: Takkan takde baru weyh?
Promoter: Ko nak curi beg ni eh?
Customer: Waklu! ingat aku ni ape? aku ade duit la, ingat aku miskin ker?
Promoter: Takpe la kalau ko bukan nak mencuri. Aku tanye jer.
Customer: Ni, beg ni, dah la mahal, pastu cacat plak tu.
Promoter: Mahal jadahnye RM 60, nak murah lagi pegi beli kat Danau ah!
Customer: Eeee~ tolong ah, tengok orang ah. tak main ah Danau Danau ni.
Promoter: Dah tu, beli jer la. bebel ape lagi? Hak elah~
Customer: Masalahnye beg ni dah cacat. Kalau Elok aku dah angkat dah. Cari ah yang baru dowh. Ni bukan aku nak pakai. Ni aku nak bagi kat akak kembar aku dowh. tolong ah.
Promoter: Lak elah tak percaya aku cakap. Ko tak percaya an? Jom ikut aku masuk stor ko pergi check sendiri.
Customer: Kalau aku check ade macam mane?
Promoter: Tu pun kalau ade, kalau takde?
Customer: Kalau takde takde ah.
Promoter: Dah, dah. Jom ikut aku. ko cari sendiri kat dalam stor.
Customer: Aku mane boleh masuk stor dowh. Blue Waves tahan nanti.
Promoter: Ikut jer la. Cakap aku bagi masuk. Jom, jom.

Dalam perjalanan ke stor.

Customer: Beg dah reject pon nak jual mahal-mahal.
Promoter: RM 60 tu murah la sebal. Ko nak murah macam mane lagi?
Customer: Ko keje promoter macam ni boleh la ko cakap murah. Aku keje ape jer.
Promoter: Ko keje ape?
Customer: Aku jual puki jer. Mane ade banyak duit.
Promoter: Ko jangan nak kencing aku la~ Jual puki 1 malam boleh dapat RM100 lebih la.
Customer: Ko mane tau? Ko bukan ade puki. Sengal!

Sampai di stor.

Promoter: Ha ni kotak die. ko cari ah kalau ade.
Customer: jap aku cari, ko jangan pegi mane mane.

Customer tadi terbongkok-bongkok menyelongkar kotak untuk mencari beg sehingga menampakkan G-stringnya yang berwarna hitam. Tapi disebabkan aku takde mood sebab perangai sial yang ditunjuk customer ni, aku buat taktau jer pasal G-string tu. Selepas beberapa saat dia mencari, aku bertanya.

Promoter: Ade tak? takde an? aku cakap tak caye. hallamak ai~
Customer: Hish! Bodoh la.
Promoter: Skang ko nak angkat ke tak beg ni?
Customer: Hish! Yela yela. aku beli la beg ni.
Promoter: Kalau dari tadi ko percaye cakap aku kan senang. Haish~

Aku pun mengambil beg tersebut dan menulis bil. Sambil menyerahkan beg kepada dia, aku berkata, "Terima kasih dan selamat membeli belah." Selepas selesai membuat pembayaran di cashier, dia lalu di depan ku dan melambai kepada ku sambil berkata "Bye~" Dalam hati aku cakap "Minah ni giler ke ape? haish~" =.="

Nota sampingan:
Ini cerita betul beb.
Bukan rekaan semata-mata untuk mencari publisiti. :)



Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 8:30pm Isnin 26 Julai 2010.

Nenek pernah berkate:
"Customer always right."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)

Thursday, 24 June 2010

Sikit-sikit nak buat group or page kat Facebook.

Status: Tak paham dengan pengguna Facebook. Mood: Marah sekejap.

Aku malas nak cakap banyak. Korang tengok ah gambar dan baca, setuju atau tak, kite citer belakang.

Klik untuk besarkan sikit


Group ni dah kene delete kowt. Lepas aku posted hampir 1jam. Aku nak usha lagi, tengok dahtakde. Baru nak post something kat wall die. Disebabkan tak jumpe group ni. so aku post kat wall aku jerr, sape yang ade join group ni terkena sekali la.

Pembetulan: Tadi aku usha balik, jumpe plak group ni. macam biskut kejap ade kejap xde. haish~

Klik untuk besarkan sikit


Aku tau korang tak sependapat dengan aku. Well, masing-masing punye pendapat an. Persoalannye sekarang perlu ke buat semua tu? takde jalan lagi baik boleh dicapai? dah mati akal sangat? ke segan nak tegur mamat tu? Whatever the reason is, some call it karma, but I call it justice. :)



Nota sampingan:
Aku cam suke ngan pantun aku aku buat secara spontan tu.
Paku dulang paku berdiri, sebelum cakap orang, tengok dulu diri sendiri. ngeahhhh~



Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 3:00am Khamis 24 Jun 2010.

Nenek pernah berkate:
"Melayu yang layu."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Wednesday, 19 May 2010

Laici oh Laici!

Status: Berniaga. Mood: Bosan+Agak tension

Kenape tajuk entri ni laici? haa, nak citer la ni. sabar eh?
Ok, aku nak cerita ni, bace dengan sabar dan tenang tau.

Hari Isnin bersamaan dengan 17 May 2010, aku dengan bersemangatnye bangun pagi dan terus mandi. (pagi tu dalam pukul 11lebih sebenarnye~) Kenape? sebab hari tu hari 1st aku berniaga. mesti korang ingat aku berniaga buah laici kan? Salah. Sebenarnye aku berniaga air laici. Aku tidak berseorangan, aku menjalankan kegiatan ni secara berkumpulan iaitu bersama adik dan seorang sahabat ku yang ku kenal dari kecil. Pengembaraan bermula pada pukul 12tengah ari. Dengan memandu Kancil biru kepunyaan ibuku, kami bertiga terus ke tapak dimana kami ingin berniaga. (sebenarnye kawan aku naek motor~)

Malang tidak berbau pada hari itu, aku dan adik ku telah terpisah daripada sahabatku kerana dia pergi membeli ais dan straw. Tanpa membuang masa, aku dan adikku bergegas ke tapak dan membuka gerai terlebih dahulu. Lebih kurang 30minit 49saat, aku nampak kelibat sahabatku bersama motosikal EX5 hitam kesayangannya. Kami bertiga pon bersemangat membuka tin laici, nata de coco, tuang air dan laici dalam balang, masukkan ais, godak sana, godak sini, lebih kurang 5, 6 minit air siap dibancuh dan sedia untuk diteguk ketika cuaca panas. Kami seronok menanti kehadiran pelanggan pertama kami dan kami tertanya-tanya, adekah pelanggan pertama kami seorang wanita tua, atau pon seorang kanak, atau, mungkin juga seorang awek yang masih single.


1jam 45minit 23saat kemudian. . . . . .


Kami masih menunggu dengan penuh sabar dan muka yang tersenyum ikhlas.


2jam 27minit 19saat kemudian. . . . . .


Kami mula merasa tidak seronok tetapi kami masih menunggu lagi.


3jam 15minit 40saat kemudian. . . . . .


Kami mulai fedup. Aku dan adikku keluar untuk membeli makanan.


4jam tepat kemudian. . . . . .


Kami mengemas barang-barang dan pulang.


Result. Hari pertama berniaga + tiada pelanggan = kecewa.






Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 7:00pm Khamis 20 May 2010.

Nenek pernah berkate:
"Berniaga ni perlukan kesabaran yang tinggi,
lagi-lagi pada yang baru berniaga."
.fullstop.

Hello silent reader, why not you leave a comment. I really appreciate that. :)


Wednesday, 23 December 2009

Bila Seorang Lelaki Bercerita.

Status: Work in Progress. Mood: Malas.

A
ssalamualaikum~
Hooooo-rahhhhhh!!
lame siot aku xupdate menatang ni, sebulan lebih ade kot.
kesian ko Mrs Diary, dapat tuan pemalas macam aku.hehe
pape pon sekarang aku da update kan~
Banyak bende yang jadi dalam mase sebulan lebih ni.
Aku ni rajin-rajin malas je nak update. So, aku bagi sinopsis jew la.
Dah la pemalas, org maen blog aku pon sebok nak mean blog.haha
Okay2. Dalam mase sebulan lebih ni, 1st event aku pergi Kuala Lumpur.
aku pergi sane atas sebab menghadiri kenduri kahwin akak sedare aku kat Cheras. Tapi ade cerita die sebelum aku menghadiri kenduri kahwin beliau.

Bermulanya suatu pengembaraan:
SEPATUTnye aku pergi Kuala Lumpur ngan family. Tapi disebabkan BAPAK aku telah melanggar pintu umah ku dengan menggunakan kereta kancil kepunyaan mak aku, mengakibatkan cermin pintu umahku pecah dan besinya bengkok lalu menjurus kepada kesukaran untuk menutup rapat. So, lepas decision dibuat. aku disahkan tidak perlu ikut untuk menjaga rumah. THANKS DAD, I really appreciated it.

Tapi aku xmudah putus asa. Kebetulan mase tu member aku ade umah, aku ajak die lepak tido umah aku. Dalam mase lepak2 tu memang dah berterabur makian kuar dari mulut aku. Sekotak rokok ku habiskan malam itu juga kerana melepaskan amarah ku. Dengan perasan yang masih lagi geram yang bercampur baur dengan tension walaupun telah habis sekotak rokok, aku terus mencapai tukul besi lalu mengetuk pintu umah ku sekuat hati agar dapat dirapatkan. aku tidak mempedulikan suasana lewat malam ketika itu. Apa yang aku mahukan ialah merapatkan pintu agar aku dapat bertolak ke Kuala Lumpur keesokannya. Setelah bertungkus lumus hampir 1jam lebih. Akhirnya usaha ku membuahkan hasil.

Aku bertolak ke Kuala Lumpur menaiki bas Mayang Sari pada pukul 3:30 petang dan sampai di Stesen Train Kampung Baru dalam jam 6:30 petang. Aku call mak aku untuk memberitahunya supaya datang mengambilku di Kg. Baru pada jam 9 malam kerana aku ingin singgah rumah sewa memberku sebentar. Sampai di rumah sewa, member ku bertanya kepadaku apa tujuan aku datang ke Kuala Lumpur. Aku pun memberitahu mereka bahawa tujuan aku datang adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan akak sedare ku. Tiba2 mereka menyatakan hasrat untuk ikut bersama menghadiri majlis tersebut. Aku call mak aku semula untuk memberitahu bahawa 6 orang member ku[Ahmad Firdaus, Mohammad Ridzuan, Asfyan Asri, Hafiz Mohamad, Hafiz Ashraf & Din] ingin ikut bersama dan aku akan datang ke Cheras pada hari esok. Aku pon bermalam satu hari sebelum bertolak ke Cheras keesokan harinya.

Sesat:
Okay. Aku tido agak lewat malam tu. Biasalah, kalau jumpa member2, mesti borak panjang. Lagi pon, aku ni bukan jenis tido awal. Dalam pukul 11 pagi aku bangun, mandi & bersiap. Tunggu member2 aku semua bersiap dalam pukul 12 tengah hari kitorang bertolak ke Cheras. Semua dalam keadaan excited. setelah hampir 30 minit kami bertolak, sesuatu yang tidak di ingini berlaku. Kami semua SESAT. ya, sesat. Kami sesat sehingga ke Shah Alam & tah mane2 lagi tah kawasan kat Selangor tu. Paling banyak buang mase kat lebuhraya. Ulang alik tah berapa kali, dalam kiraan aku 8kali, ulang 4kali, alik 4kali.

Dalam mase ulang alik, semua ku lihat tidak tentu arah, kerusi yang empuk tidak lagi dirasakan empuk. Keadaan yang sejuk berhawa dingin tidak lagi dirasai sejuk. lagu yang berputar dicorong radio seolah2 berbicara sendirian. Aku dapat rasakan aura yang amat tidak menyenangkan daripada mereka semua. bagi mengambil langkah berjaga-jaga, aku sekadar mendiamkan diri kerana takut sedikit percikan api, boleh membakar semuanya. Kami siap berhenti di R&R 2kali. Dah macam jalan jauh dah. PADAHAL DARI KG. BARU KE CHERAS. Dan semua ini mengambil mase 4jam! Bayangkan dari Kg. Baru ke Cheras mengambil masa 4jam! Aku yang dari Muar ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa 3jam sahaja. Ini tak logik ni. Aku cuba mencari jawapan bagi persoalan yang bermain di kepalaku. Aku berkata sendirian. Mungkin ada dikalangan kami yang tidak solat subuh pagi itu. Ataupun, mungkin juga ada dikalangan kami yang tidak baca doa semasa makan. Ahhh, aku cuba menghiraukan segala persoalan yang tidak elok di kotak fikiranku dengan bersangka baik. Tiba-tiba . . .


Bersambung . . .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless