Showing posts with label pekida. Show all posts
Showing posts with label pekida. Show all posts

Tuesday, 21 June 2011

KL Gangster yang memang gangster.

Entri hari Isnin bersamaan 13 Jun tapi baru post hari ni. Bukti guwa seorang blogger yang permalas. Dalam entri ni guwa cuma nak cakap yang guwa dah tengok KL Gangster dan memberikan pandangan guwa selaku seseorang yang dah tengok filem ni. Pertama-tamanya, sape yang belum tengok. guwa sarankan lu orang tengok cepat. Guwa jamin lu orang mesti puas hati punyalah. Nak dibandingkan dengan filem Kongsi, memang tak terbanding beb. Filem ni 3 kali ganda syok, menarik, gempak dan puas hati dari filem Kongsi yang indah khabar dari rupa.

Memandangkan guwa ni rabun jauh, so guwa amek
seat depan-depan supaya sedap mata memandang.
Semua pelakon betul-betul menjiwai watak masing-masing. Guwa yang tak berapa minat Syamsul berlakon pun tak terganggu dengan lakonan beliau sebagai Shark anak tiri kepada King, taiko besar KL. Watak paling lawak dalam filem ni Sofi Jikan dengan Zizan. Zizan biasalah, dah memang pelawak. Tapi Sofi Jikan memang superb, ayat-ayat yang dia guna memang langsi.dan makan dalam. Aaron Aziz standard ah, meneruskan sifat-sifat cool beliau selaku watak utama dan hero dalam filem ni. Cerita ni bagi guwa memang terbaik, semua ikut flow. Watak pompuan yang pakai seksi, tunjuk peha dengan tetek kurap pun tak ditekankan macam filem gangster yang lain.

SINOPSIS
KL GANGSTER mengisahkan cerita hitam dua beradik;Malik dan Jai yang telah terjebak dalam dunia gangsterisme.Malik (abang Jai) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark,anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.Setelah dibebaskan,Malik bertekad ingin berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Malik menjalani rutin kehidupan seperti orang biasa  yang lain sambil menjaga ibunya yang sudah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengannya  sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malik memulakan kehidupan baru.  - Blog Syamsul Yusuf

TRAILER


WATAK UTAMA DAN DIALOG

Aaron Aziz sebagai Malik
Abang kepada Jai, kawan kepada Ajib dan Fadil. Bekas gangster yang disegani dan dimusuhi.
Dialog:
-Lu kasi guwa mati dulu la baru gua diam!
-Cuti dah abis bro~
-5 Tahun wa kat dalam, ramai yang nak cucuk wa, kat dalam mana mau lari?
- Hidup dan mati bukan kat tangan lu lah sial! 


Adi Putra sebagai Jai
Adik kepada Malik, hati batu.
Dialog:
- Memey laa~
-Abang tak abang, sapa kacau aku pecah! 
-Wa bukan takut mati, tapi wa tak nak mati
-Suke?! Lain kali jngan buat lagi taw. Nanti mak mara~
-Korang semua nak makan pasir? Makan lumut? Aku nak makan fish'n'chip!
-Lu jangan nak azan guwa pulak~
-Aku peduli ape! Aku tak nak hidup merempat macam kau!
-Tapi kalau dia sentuh kau Dragon, aku cium dia~
-Kirim salam sama Tok Anjang dia!
-Seram nih~
-Aku taat pada yang satu~



Sofi Jikan sebagai Ajib
Kawan kepada Malik. Seorang yang mementingkan persahabatan.
Dialog:
-Amacam cuti panjang? Bessstttt~?
-Sekarang wa boleh simpan wa punya sengat, pasal wa pun sudah penat~
-Sayur kita jual satu kilo 3,4 ribu bro! Ini satu kilo 3 ringgit lu mau jual ka?
-Lu menyalak manyak Kuat! Selupe anjing lu tau?
-Lu ada pistol ha? Lu kasi tembak. sini! sini! sini!
-Kasi wa mati sekali tengok? Wa pun sudah bosan tengok muka lu hari-hari.
-Lu tau ka? Lu tau ka? Lu tak tau maa~
-Tengok wa punya lutut, tara goyang kan?
-Jangan sampai gua kerat lu 18, baru lu taw erti penyesalan!
-Lu, wa, Dragon, perempuan, karaoke.. baru SELESA
-Lu rembat Malik, guwa rembat lu.

Zizan sebagai Fadil/Abang Long Dil
Kawan kepada Malik, seorang ahli Pekida.
Dialog:
-Itu belum abang long Dil, kalau abang long Dil dah arwah die tu~
-Ehh sial lah~ puih!
-Jangan risau, tak de alkohol .
-Lawan aku bukan 2 orang , tapi 2 lori.
-Abang long Bukit Bintang, semenjak guwa korek hidung dia, baik resdong dia.
Syamsul sebagai Shark
Musuh ketat Malik, anak tiri kepada taiko besar KL.
Dialog:
-Abang besar sudah keluar, wa ingat lu sudah mampus!
-Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang!













Nota ringkas tak berapa padat:
Sofi Jikan watak yang guwa paling minat dalam KL Gangster! Pekida ni memang cepat melatah betul, guwa tengok biasa je. Takda pun kod-kod rahsia. Lagipun cerita ni bukan pasal Pekida pun. HOK ALOH! Anyway, guwa taktau apahe ayat yang guwa guna dalam entri ni rasa macam tak kena je. -_-''
More sinopsis visit: Blog Syamsul Yusuf
Dialog kredit: Ujang 

Friday, 10 June 2011

Pengarah KL Gengster dan Kongsi bakal disaman PEKIDA


PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida. Kod rahsia berkenaan selalunya digunakan di antara ahli-ahli Pekida dan ia tiada kaitan dengan gengsterisme seperti mana yang dipaparkan dalam kedua-dua filem ini."

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya lagi.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut. Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster. -mStar Online

Memang Pekida ni bagus, pertubuhan Islam, apa tak bagus plok. Tapi anak buah mung tu ramai dah terpesong mung tau dak? Kalau takda angin masakan pokok bergoyang. Setuju? Ok, guwa nak tanya 1st thing yang terlintas kat kepala hotak korang kalau dengar Pekida ni apadia? Penyalahgunaan kuasa? Gengster? Atau mafia melayu yang berani bila berkumpulan, menikus bila berseorangan?

Tujuan penubuhan Pekida ni bagus, suci, bermutu malah berfaedah kepada bangsa melayu dan umat Islam di Malaysia.
    Tujuan dan Matlamat Penubuhan PEKIDA:
2.1   Menegak dan memperjuangkan syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Hadis.
2.2   Mengujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong, Sultan-Sultan, Dan Raja-Raja Melayu.Kerajaan dan Pemerintah dan mematuhi Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
2.3   Mengujudkan sumber kewangan masyarakat Islam dan menubuhkan Yayasan serta menggalakan ahli untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan bagi meningkat dan meninggikan taraf kehidupan umat Islam di segala bidang serta mengadakan atau menebus harta, bangunan, dan lain-lain harta.
2.4    Menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli.
2.5    Mempertahankan Negara dari ancaman musuh dan anasir jahat, komunis, dan golongan anti Islam.
2.6    Mendirikan institusi pendidikan dan menjadikan bidang pendidikan sebagai tugas penting dan utama yang perlu dilaksanakan untuk ahli, anak-anak mereka dan masyarakat umum.

See? Suci murni bukan matlamat dan tujuan penubuhan Pekida ni. Tapi kenapa bila dengar Pekida, perkara-perkara negatif mula menular dalam diri?

Pasal kod rahsia tu, kenapa perlu ada kod rahsia dalam berjemaah. Pertubuhan Islam, amar makruf nahi mungkar yang bermaksud "mendekati perkara-perkara yang baik dan menjauhkan perkara-perkara yang tidak baik", pun ada rahsia-rahsia? Imej melayu terjejas dek kerana 2 filem arahan anak muda ni? Kamon, imej melayu dah lama terjejas wei, dah calar balar dah. KECOH LAH LU!



Nota ringkas tak berapa padat:
Apahal guwa emosionalisma terlebih ni. lulz Anyway, Gangsta Mexico, Gangster Hong Kong, Yakuza Jepun, Mafia Itali masing-masing ada filem pasal diorang. Takda pulak guwa dengar pengarah yang buat filem pasal diorang kena saman or kena bunuh. Sebenarnya guwa pun tak paham apa yang guwa mencarut dan cuba sampaikan disini. Lu orang paham?

Sumber: mStar Online & Pekida Malaysia 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless