Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Monday, 6 December 2010

Are you missing post from people on Facebook?

Dulu masa mula berjinak-jinak dengan facebook, friends ada ciput jer. So, semua post yang diorang posted guwa dapat lihat dengan mata kasar guwa and sometimes dengan mata hati. Setahun sudah berlalu, friends guwa mula bertambah tapi semenjak dua menjak ni guwa rasa kehilangan jer. Setelah diselidik dengan lebih mendalam mengenai masalah ini, akhirnya guwa dapat tau apa penyebab guwa rasa kehilangan. Rupanya posting and status member-member guwa and fan page yang guwa join tak muncul kat news feed. Patutlah dah lama tak nampak si dia update status, tapi bila jenguk page si dia ada jer status yang di update. So, kalau korang mengalami masalah yang sama dengan guwa, jangan risau. Guwa ada jalan penyelesaian. Korang cuma perlu tambah korang punya news feed limit jer. Tak tau macam mana? Cekidaut!

Here's how to increase the news feed limit:


1. Go to the bottom of your news feed. You will see "Edit Options". Click on it.




2. When you click on it, a "News Feed Setting" will popup and you will see "Number of Friends".



3. Enter a number into the box. Make sure you enter a high number so that you can see all the updates from you friends or fan page that you has join. A higher number means you will see new posts more frequently. Macam guwa letak 2000 terus sebab member guwa ada 400+ campur fan page yang guwa join 1500+

4. Then click "Save" and you are done. :D



Note: kalau followers kat fan page korang mengadu domba cakap status or post daripada page korang tak keluar kat news feed diorang, suruh diorang increase diorang punya news feed limit macam kat atas ni.


.

Wednesday, 1 December 2010

Cara mencegah Lelaki Pervert



Video ni completely dalam bahasa Cina. Tapi takpa, korang jangan risau. Dulu aku ada belajar bahasa mandarin dan peroleh Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Mandarin. So, aku boleh translate kat korang semua. Video ini bertujuan memberitahu wanita supaya berhati-hati dengan lelaki pervert atau lelaki kaki cabul dan video ini juga menunjukkan langkah-langkah bagaimana mencegah jika berlaku kepada anda kaum-kaum awek.
Situasi 1. Jika ada lelaki cuba memegang bahu anda (seperti didalam video tersebut), buka langkah mengunakan kaki kiri dan kunci kan kaki anda. kemudian gunakan tangan kiri anda untuk menolak bahunya kedepan dan dengan pantas gunakan tangan kanan anda untuk menolak dadanya dengan sekuat hati kebelakang.

Situasi 2. Kes ini biasanya terjadi didalam tren. Jika ada lelaki menghampiri anda dan melanggar buah dada anda menggunakan sikunya, jangan panik. Anda tolak kembali sikunya kedepan menggunakan siku anda, buka langkah dan tampar mukanya menggunakan tangan kiri anda. Langkah ini mengikut situasi sama ada dia berada diposisi kanan atau kiri.

Situasi 3. Jika anda berjalan-jalan di Pavilion atau Bukit Bintang, tiba-tiba seorang lelaki datang dari depan dan dengan sengaja menyentuh buah dada anda menggunakan sikunya, jangan panik atau menjerit "Pencabul! Pencabul". Orang ramai hanya akan pandang anda seperti anda ni orang gila. So, bagi mengelakkan anda dianggap gila, lepas dicabul anda terus pusing dan gunakan tangan kiri anda untuk menarik bahunya. Confirm dia terperanjat dan akan menoleh kearah anda. Selepas itu gunakan tangan kanan anda untuk menampar mukanya sekuat hati.

Situasi 4. Jika anda berjalan berseorangan di lot parking atau pun tempat-tempat sunyi dan tiba-tiba seorang lelaki cuba memeluk anda dari belakang, jangan panik. Buka tangan dan kaki anda serentak, kemudian gunakan tangan kanan anda untuk menyepuk (ketuk/pukul) kemaluannya.

Situasi 5. Sama seperti situasi 4, cuma kali si pencabul ingin memegang buah dada anda dari arah depan. Apa bila dia ingin memegang buah dada anda, dengan pantas masukkan kedua tangan anda diantara tangan dia dan buka tangan anda. kemudian tolak dadanya dan dengan kadar segera sepak kemaluannya. Ikut keselesaan anda ingin sepak menggunakan kaki apa.
Harap korang semua paham dan yang paling penting lakukan semua langkah-langkah ini dengan pantas dan teratur bagi mengelakkan pencabul tersedar dari terperanjat dan melarikan diri. Selamat mencuba!

Note: Tentang Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Mandarin tu, its totally bullshit. LOL!

.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless