KHAMIS 23 Februari 2012 - Aku memulakan pagi aku harini dengan melanggar orang tua yang melintas jalan dengan menggunakan motosikal.
Aku bukan apa. Dia melintas toleh kiri kanan je. Ikut hukum melintas jalan kena toleh kiri kanan kemudian kiri semula, baru melintas.
Ambik kau kena langgar sekali dengan aku. Orang tua tak orang tua. Nasib baik aku dah perlahan, kalau tidak mahu ke hospital beliau.
Lepas langgar tu aku cakap kat dia; Uncle, you ingat you lintas jalan dekat ghost town ke tak payah toleh kiri kanan, lintas terkedek kedek.
Dia dengan muka terkejut (mungkin terkejut sebab baru lepas dilanggar) terkebil kebil pandang aku.
Lepas tu aku cakap; Okaylah uncle, you pun hidup lagi ni. I gerak dulu. Dah lambat ni nak ke tempat kerja. *sambil menunjukkan jam kepada dia*
Uncle tu masih terkebil kebil, tapi mengangguk anggukkan kepala. Mungkin dia setuju apa yang aku cakap kot. Tanpa membuang masa aku terus memecut ke tempat kerja
Sampai di tempat kerja, lepas punch card apa semua, manager pulak panggil aku masuk office dia.
Dalam hati aku; Eh, takkan dia tahu aku langgar orang tua tadi. Tak mungkin orang tua tadi kaum kerabat dia. Aku melangkah masuk dengan hati penuh debaran.
Masuk masuk dia terus cakap: Macam mana kerja? Okay? Ada masalah beritahu. Kita bincang, boleh selesaikan sama sama. Aku hanya terangguk angguk, geleng geleng umpama lagu ahli fiqir. Cuma tiada muzik yang seiring dengan anggukkan dan gelengan aku sahaja,
"Oh, bulan 3 atau bulan 4 ni kamu akan naik pangkat. Sekarang ni kamu training dulu." Katanya lagi.
Aku berfikir sesaat dua sebelum membalas; Naik pangkat? Saya? Puan, nak bergurau ada cara dan batasnya puan. Kang ini makan dia. *sambil menunjukkan kaki*
Okay, tammat.
Moral of the story: Langgar orang tua akan dinaikkan pangkat.
Point sebenar: Aku nak cakap yang aku langgar orang tua je. Maaf, maksud aku terlanggar. Hiks
No comments:
Post a Comment