Sunday, 29 November 2009

Pening oh Pening!

Status: Sakit kepale. Mood: Pening.

Adoiii~ pening aku ah.
Belajar pening, xbelajar pening, nak sambung belajar pon pening.
Pening oh pening. Mane xpening kalau dah bapak aku asyik tanye:
“Apply la mane2. Apply je sume. Nanti dapat pilih la.”
“Nak sambung belajar kat mane ni? Masuk UPiM lah.
Belajar networking, senang dapat keje. Yuran xpayah bayar. Ade elaun.”
“Nak masuk politeknik x?”
“Nak masuk UiTM x?”
"Unisel?"
Come on. I need space okay. Memacam tawaran aku dapat.
UiTM, Unisel, UPiM, Politeknik, Kolej Yayasan Melaka.
Sume course bukan taste aku.
Dapat yang taste, tempat belajar plak bukan taste.
Adoiii~ Menyesal pon ade gak xbelajar betol2 mase kat UniKL dulu.
Mase kat UniKL dulu aku amek Course Diploma in Animation.
Course tu memang best, memang minat aku.
Jumpe plak member2 yang sekepale macam aku.
Dengan xde final exam lagi. Memang masyuk.
Cume assignment/keje memang banyak ah.
Sem1 aku kat UniKL agak cemerlang bagi orang yang malas cam aku ni.
Aku kantoi mase sem2, bile tahap kemalasan aku membuak2.
Persoalannye skunk, sikap malas aku ni.
Belajar ape pon, kat mane pon, kalau malas memang xkemane.
Member aku siap nasihat kat aku:
“Pasni 1 je. Ko jangan buat macam dulu lagi. Ko belajar betol2. Jangan malas lagi.”

Okeyh. Berbalik pada cerita asal. Korang rase ape patut aku buat?
Otakku bertambah serabut+pening bile pikir pasal bende ni.









Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 7:21PM Rabu 18 November 2009.

Nenek pernah berkate:
“Buatlah keputusan berdasarkan pemikiran yang waras,
bukan berdasarkan nafsu dan emosi.”
.fullstop.







UiTM oh UiTM!

Status: Confused. Mood: Pening.

Bulan October 2009 aku ade dapat tawaran melanjotkan
pelajaran ke UiTM Kampus Johor Bahru. Course Diploma Seni Lakon.
Siap bagi dialog lagi suruh aku hafal untuk temuduga nanti.
Bapak ah. Nak berlakon2 plak. Aku xpergi pon temuduga tu.
Lepas tu aku pon xpikir ah pasal UiTM lagi. Tup² aku bagun tido pagi tadi dalam pukul 9pagi
aku tengok handphone ade 2 SMS 1 misscall. 1 misscall dari bapak aku.
1 SMS orang mintak share. (Pepagi da mintak share kredit, tah pape tah.)
1 lagi SMS daripada UiTM. Aku pon bace ah.
SMS tersebut berbunyi begini:
“RM0.00 UiTM:
Tawaran Kemasukan Pelajar ke UiTM sesi Disember 2009.
Sila layari http://istudent.uitm.edu.my/intake untuk maklumat selanjutnya.
Terima Kasih.”
Aku nak check kat tenet xboleh sebab tenet umah aku ade problem.
So aku send messege kat bapak ku suh die check kat pejabat die.
Then, bapak ku call aku cakap aku dapat tawaran Diploma Perakaunan.
Aku suruh bapak ku print tawaran tu bawak balik aku nak tengok.
Adoiii~ dapat akaun plak. Bertambah kusut aku ah.





Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 10:39PM Rabu 18 November 2009.

Nenek pernah berkate:
“Ape bende menatang UiTM tuh? Ha, cu?”
Adoiii~ nenek ni… (-. -“)
.fullstop.





Wednesday, 25 November 2009

Penjara Pudu oh Penjara Pudu!

PENJARA PUDU.

Sebab sebab Penjara Pudu sukar ditutup.
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur suatu ketika dulu.
Hanya boleh disebarkan pada orang² tertentu sahaja.

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah
diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil
"Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "Bilik Terakhir" kerana ia merupakan bilik
kediaman terakhir bagi pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai mati pada keesokan harinya.

Di "Bilik Terakhir" inilah pesalah dikatakan
akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri
dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali
kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu
kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi
maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden² yang masih ada di Penjara Pudu,
sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suara² sayu meminta tolong, menangis
dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Ada juga diantara warden yang terlihat
seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu
bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula
kelihatan kambing tersebut keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil
bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan
bahawa suara-suara yang sering kedengaran
diwaktu malam dari Bilik "Terakhir" itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati
ditali gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Pada suatu malam Jumaat ketika
hujan renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu.

Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang
pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.
Sedang ia mengamat-amati maka
terlihatlah dalam kesamaran

seekor kambing hitam sedang menuju kearah "Bilik Terakhir"
itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri "Bilik Terakhir" itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik
itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar,
seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan
juga diri memasuki pintu gua yang samar² itu sambil meninjau²
didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.

Apabila apabila sampai kedalam gua tersebut
alangkah terperanjatnya ia
bila didapati banyak harta karun dalamnya.
Ia cuba mengambil harta itu
tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan
lalu menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata:




"Heyyyyyy manusia. Jangan kau sentuh harta itu.
Harta itu bukan kau yang punya.
Ahmad Albab yang punya.
Ha Ha Ha Ha Ha!
Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa."




Tahniah kepada anda kerana membaca sampai habis.^^






Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 7:25PM Rabu 25 November 2009

Nenek pernah berkate:
"Mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam
dan minat membaca sangat bagus."
.fullstop.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follower Yang Sangat Heartless